199 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 (g) Prosedur: (i) Lekatkan satu bola keluli di atas sebuah bongkah kuprum. (ii) Gantung sebiji pemberat 1 kg setinggi 50 cm di atas bongkah kuprum seperti yang ditunjukkan dalam rajah. (iii) Jatuhkan pemberat 1 kg ke atas bebola keluli. (iv) Ukur diameter lekuk yang terbentuk di atas bongkah kuprum dengan pembaris. (v) Ulang eksperimen tiga kali, pada ruang berbeza pada bongkah kuprum yang sama. (vi) Ulang langkah (i) hingga (v) dengan menggunakan bongkah loyang menggantikan bongkah kuprum. (h) Keputusan: Eksperimen 1 2 3 Diameter purata / cm Diameter lekuk di atas bongkah kuprum / cm a b c a + b + c 3 = x Diameter lekuk di atas bongkah loyang / cm d e f d + e + f 3 = y (i) Perbincangan: Purata diameter lekuk di atas bongkah kuprum, x lebih besar daripada purata diameter lekuk di atas bongkah loyang y. (j) Kesimpulan: Loyang lebih keras daripada kuprum // aloi lebih keras daripada logam tulen. Eksperimen untuk membandingkan ketahanan pada kakisan di antara aloi dan logam tulen. SP 8.1.2 (a) Tujuan: Untuk membandingkan ketahanan kakisan antara besi dan keluli tahan karat (b) Pernyataan masalah: Adakah keluli tahan karat lebih tahan kakisan daripada besi? (c) Hipotesis: Keluli tahan karat lebih tahan hakisan daripada besi (d) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Paku besi dan paku keluli tahan karat (e) Pemboleh ubah bergerak balas: Pengaratan paku (f) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu dan kepekatan larutan natrium klorida (g) Radas: Tabung uji, rak tabung uji, silinder penyukat 10 cm3 Bahan: Paku keluli tahan karat, paku besi, larutan natrium klorida 0.5 mol dm–3, kertas pasir Paku keluli tahan karat Tabung uji A Tabung uji B Paku besi Larutan natrium klorida Benang Pemberat 1 kg Bebola keluli Pita selofan Bongkah kuprum Kaki retort Susunan alat radas: 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 199 21/12/2022 2:58 PM
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 200 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 (h) Prosedur: 1 Bersihkan paku keluli tahan karat dan paku besi menggunakan kertas pasir untuk menyingkirkan sebarang karat pada permukaan. 2 Isi tabung uji yang dilabel A dan B dengan 5 cm3 larutan natrium klorida 0.5 mol dm3 . 3 Masukkan paku keluli tahan karat ke dalam tabung uji A dan paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji B. 4 Biarkan kedua-dua tabung uji selama empat hari. 5 Rekod pemerhatian selepas empat hari. (i) Pemerhatian: Jenis paku Pemerhatian Paku keluli tahan karat Tiada perubahan Paku besi Pepejal perang terbentuk pada paku (j) Kesimpulan: Besi berkarat manakala keluli tahan karat tidak berkarat/Keluli tahan karat lebih tahan kakisan berbanding besi Namakan unsur yang membentuk komponen utama kaca. • Silikon dioksida, SiO2 yang wujud semula jadi dalam tanah. Senaraikan sifat kaca. • Lut sinar, keras tetapi rapuh, tidak poros, penebat haba, penebat elektrik, rintang terhadap bahan kimia, mudah dicuci dan boleh menahan mampatan. Bagaimana untuk membuat jenis kaca yang berbeza? • Jenis kaca yang berbeza dengan sifat yang berbeza terbentuk dengan memanaskan silika bersama dengan bahan kimia yang lain. SP 8.2.1 8.2 KOMPOSISI KACA DAN KEGUNAANNYA SK 8.2 Apakah sifat dan kegunaan kaca? SP 8.2.1 Jenis kaca Komposisi Sifat Istimewa Kegunaan Soda kapur Silikon dioksida, Natrium karbonat, Kalsium karbonat • Tahan kakisan bahan kimia • Pekali pengembangan haba tinggi , tetapi tidak tahan haba . Membuat kaca, mentol elektrik, cermin dan bekas kaca. Borosilikat Silikon dioksida, Boron oksida, Natrium oksida, Aluminium oksida • Tahan kakisan bahan kimia • Pekali pengembangan haba rendah • Tahan haba apabila dipanaskan pada suhu tinggi Membuat barangan memasak dan barangan kaca makmal seperti tabung didih dan bikar. Kaca silika terlakur Silikon dioksida • Lut sinar • Tahan kakisan bahan kimia • Pekali pengembangan haba rendah • Boleh dipanaskan pada suhu yang tinggi, tahan terhadap pertukaran suhu yang cepat. Barangan kaca makmal, kanta, cermin teleskop dan gentian optik. Kaca plumbum Silikon dioksida, Natrium oksida, Plumbum(II) oksida • Indeks biasan dan ketumpatan yang tinggi • Kelihatan berkilat Pinggan mangkuk, barangan kaca kristal dan kaca hiasan. 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 200 21/12/2022 2:58 PM
201 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 Apakah itu seramik? SP 8.3.1 • Seramik adalah bahan pepejal bukan organik yang bersifat bukan logam. • Ia terbentuk daripada sebatian logam atau separa logam yang dibentuk dan dikeraskan dengan pemanasan pada suhu tinggi. Berikan contoh sebatian yang membentuk seramik. SP 8.3.1 • Sebatian logam seperti aluminium oksida, Al2O3 dan magnesium oksida, MgO. • Sebatian separa logam seperti boron nitrida, BN, dan silikon karbida, SiC. Bagaimana atom-atom unsur terikat di dalam seramik? Terangkan bagaimana ikatan tersebut mempengaruhi sifat-sifatnya. • Atom-atom unsur di dalam seramik diikat oleh ikatan ionik dan ikatan kovalen yang kuat: (i) Seramik melebur pada suhu yang sangat tinggi, keras dan tahan mampatan. (ii) Seramik akan pecah jika daya yang kuat dikenakan kerana atom-atomnya tidak mudah menggelongsor antara satu sama lain. (iii) Seramik tidak boleh mengkonduksi elektrik kerana tidak mempunyai elektron yang bebas bergerak. Senaraikan sifat-sifat umum bagi seramik. SP 8.3.1 (a) Keras dan kuat (b) Lengai secara kimia (c) Penebat haba (d) Rintangan haba tinggi (e) Penebat elektrik (f) Mudah pecah Apakah klasifikasi seramik? • Seramik diklasifikasikan sebagai: (i) Seramik tradisional (ii) Seramik termaju Apakah itu seramik tradisional? Berikan contoh kegunaannya. • Seramik yang diperbuat daripada tanah liat, Al2O3.2SiO2.2H2O. • Apabila air dan tanah liat bercampur, tanah liat menjadi lembut dan boleh dibentuk pada bentuk dan saiz yang dikehendaki. • Tanah liat yang terbentuk akan dipanaskan pada suhu yang tinggi . • Contoh kegunaan: batu bata, pinggan, tembikar dan simen. Apakah itu seramik termaju? Berikan contoh. • Seramik yang diperbuat daripada bahan bukan organik: (i) Seramik oksida seperti alumina, Al2O3, zirkonia ZrO2. (ii) Seramik bukan oksida seperti silikon karbida (SiC) dan silikon nitrada (SiN). Apakah sifat-sifat seramik termaju. • Seramik termaju mempunyai sifat rintangan haba dan lelasan yang tinggi, sangat lengai secara kimia serta memiliki sifat super konduktiviti . 8.3 KOMPOSISI SERAMIK DAN KEGUNAANNYA SK 8.3 TAHAP PENGUASAAN (TP) Menguasai Belum menguasai TP4 Menganalisis pengetahuan mengenai bahan buatan dalam industri dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam. 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 201 21/12/2022 2:58 PM
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 202 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 SP 8.4.1 Apakah bahan komposit? • Bahan komposit terdiri daripada gabungan dua atau lebih bahan yang bukan homogen . • Kebanyakan bahan komposit diperbuat daripada dua bahan iaitu bahan matriks dan bahan pengukuhan . • Bahan matriks mengelilingi dan mengikat bahan pengukuhan bersama untuk membentuk bahan komposit: + = Bahan pengukuhan Bahan matriks Bahan komposit • Contoh bahan komposit semula jadi adalah kayu. Kayu diperbuat daripada gentian selulosa yang panjang. Gentian ini dikumpul bersama oleh tumbuhan polimer lain dipanggil lignin: ⇒ Bahan pengukuhan adalah gentian selulosa ⇒ Bahan matriks adalah lignin 8.4 BAHAN KOMPOSIT DAN KEPENTINGANNYA SK 8.4 Contoh-contoh kegunaan seramik termaju. Seramik termaju Sifat-sifat Kegunaan Alumina dan zirkonia • Bahan yang tidak reaktif secara kimia, ketahanan yang tinggi, ketumpatan yang tinggi, kekerasan tinggi dan tahan haus • Zirkonia digunakan sebagai implan pergigian • Alumina digunakan sebagai pengganti tulang dalam pembedahan ortopedik seperti penggantian pinggul dan lutut Silikon karbida • Sangat keras dan kuat • Untuk membuat cakera pemotong. • Rintangan yang tinggi terhadap haba dan tahan kepada kejutan terma • Untuk membuat cakera brek Tungsten karbida • Sangat keras dan tahan pada lelasan • Untuk membuat cincin tungsten karbida (Bahan yang boleh menyebabkan kesan calar pada tungsten karbida hanya berlian.) Catatan: Cakera pemotong adalah alat untuk memotong bahan yang keras, jubin seramik logam, konkrit dan batu sebagai contoh. Lengkapkan jadual tentang sifat dan kegunaan seramik. SP 8.3.2 Seramik Klasifikasi seramik Sifat-sifat Kegunaan Kaolin Seramik tradisional • Keras dan kuat • Bahan binaan seperti simen, jubin, bata, dan mangkuk tandas. Kaolin Seramik tradisional • Tidak reaktif secara kimia dan tidak mudah mengakis • Peralatan dapur seperti periuk dan pinggan • Barang hiasan seperti pasu dan tembikar Seramik oksida Seramik termaju • Mempunyai takat lebur yang tinggi dan penebat haba yang baik, kekal stabil di bawah tekanan yang tinggi • Penebat seperti lapisan relau, dinding reaktor nuklear dan bahagian enjin Alumina Seramik termaju • Penebat elektrik yang baik • Penebat elektrik dalam peralatan elektrik seperti plug elektrik, ketuhar dan kabel elektrik 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 202 21/12/2022 2:58 PM
203 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 Contoh bahan komposit, komponen, sifat istimewa dan kegunaannya SP 8.4.2 Contoh bahan komposit Komponen Sifat komponen Sifat bahan komposit Contoh kegunaan Konkrit yang diperkukuhkan (i) Konkrit diperkukuhkan dengan tetulang keluli atau jejaring dawai. (ii) Konkrit adalah bahan matriks dan tetulang keluli, wayar atau jejaring adalah bahan pengukuhan . Konkrit Tetulang keluli Jejaring keluli • Tetulang keluli atau jejaring dawai keluli • Kekuatan tegangan yang tinggi • Mudah karat • Sangat kuat dan mampu menahan daya tegangan • Tidak mudah retak • Boleh dibentuk pada sebarang bentuk • Tahan kakisan • Pembinaan bangunan, jalan raya, bata dan pelantar minyak. • Konkrit • Kuat tetapi rapuh • Kekuatan regangan yang lemah • Tahan kakisan Kaca gentian (i) Terhasil apabila gentian kaca ditambah dengan plastik (ii) Gentian kaca adalah bahan pengukuhan dan plastik adalah bahan matriks • Gentian kaca • Rapuh, kuat dan keras • Kekuatan regangan tinggi • Keras, ringan dan kuat • Ketumpatan rendah • Lengai terhadap bahan kimia • Mudah dibentuk dalam lapisan nipis tetapi masih kuat • Penebat haba dan elektrik • Membuat tangki simpanan air, bot kecil, topi keledar, badan kenderaan, bumper kereta, tali raket dan joran. • Plastik • Lembut, fleksibel dan ketumpatan rendah Gentian optik (i) Teras – gentian kaca adalah bahan pengukuhan (ii) Salutan – kaca/plastik adalah bahan matriks (iii) Jaket pelindung – plastik adalah bahan matriks Jaket pelindung Salutan Teras • Plastik • Indeks pembiasan rendah • Fleksibel • Bukan konduktor • Nipis jadi mudah dibengkok dan ringan • Stabil secara kimia daripada dawai • Data dihantar secara digital • Kapasiti penghantaran yang tinggi • Kurang terdedah kepada gangguan • Dalam telekomunikasi, di mana substesen telefon disambung oleh gentian optik • Kabel domestik bagi rangkaian television • Video kamera • Menyambungkan komputer dalam rangkaian kawasan tempatan (LAN) • Sebagai laser untuk melakukan pembedahan • Dalam endoskopi, instrumen untuk memeriksa bahagian dalaman badan • Gentian kaca • Indeks pembiasan rendah • Keras • Bukan konduktor Apakah perbezaan antara bahan komposit dan komponennya? SP 8.4.3 • Bahan-bahan komposit mempunyai sifat-sifat yang lebih baik berbanding dengan komponen-komponen asal. 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 203 21/12/2022 2:58 PM
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 204 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 Contoh bahan komposit Komponen Sifat komponen Sifat bahan komposit Contoh kegunaan Kaca fotokromik (i) Terhasil dengan membenamkan kristal argentum klorida di dalam kaca/polimer lut sinar. (ii) Kaca/ polimer lut sinar adalah matriks . Argentum klorida dan Kuprum(I) klorida adalah bahan pengukuhan • Kaca/ Polimer lut sinar • Lut sinar • Tidak sensitif pada cahaya • Lut sinar • Menjadi gelap apabila terdedah pada cahaya terang dan menjadi jelas apabila terdedah pada cahaya malap • Menyerap sinaran UV • Kanta optik dalam gelas • Cermin depan kereta • Pengukur intensiti cahaya • Argentum klorida dan kuprum(I) klorida • Sensitif pada intensiti cahaya • Menyerap sinaran UV Superkonduktor Campuran barium oksida, kuprum(II) oksida, itrium oksida boleh dibuat dalam seramik dipanggil perovskite, YBCO • Kuprum(II) oksida • Rintangan terhadap elektrik yang tinggi • Mengkonduksi elektrik tanpa rintangan apabila ia disejukkan pada suhu rendah • Digunakan dalam peranti pengimejan magnetik perubatan (MRI) • Penjana dan transformer • Bahagian komputer • Kereta api peluru • Barium karbonat • Itrium oksida 1 Jadual menunjukkan ciri-ciri dua kaca yang berbeza. Kaca X Kaca Y Komponennya adalah silika, natrium karbonat, boron oksida dan aluminium oksida. Komponennya adalah silika, natrium karbonat dan kalsium karbonat. (a) Namakan jenis kaca X dan Y. Kaca X: Kaca borosilikat Kaca Y: Kaca soda kapur (b) Rajah berikut menunjukkan kaca yang digunakan pada satu bahagian oven. P Kaca X boleh digunakan untuk membuat bahagian P. Apa yang akan terjadi jika kaca Y digunakan untuk membuat bahagian P? Berikan satu alasan. Kaca Y akan retak kerana tidak tahan suhu yang tinggi. Soalan Subjektif TP2 TP4 KBAT LATIHAN PENGUKUHAN TAHAP PENGUASAAN (TP) Menguasai Belum menguasai TP5 TP6 Menilai pengetahuan mengenai bahan buatan dalam industri dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan. Merekacipta menggunakan pengetahuan mengenai bahan buatan dalam industri dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan aktiviti/tugasan dalam situasi baharu secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat. Kuiz 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 204 21/12/2022 2:58 PM
205 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 TP1 TP2 TP4 2 Gentian optik boleh menggantikan wayar kuprum dalam penghantaran maklumat. Wayar kuprum Gentian optik (a) Namakan tiga struktur yang dapat membentuk gentian optik. Teras, lapisan salutan dan jaket pelindung (b) Bagaimanakah gentian optik dapat menghantar data dan maklumat? Data dihantar secara digital pada kapasiti penghantaran data yang tinggi. (c) Banding dan bezakan gentian optik dengan wayar kuprum dalam kabel domestik rangkaian televisyen. Kedua-dua gentian optik dan wayar kuprum digunakan dalam membawa data. Gentian optik boleh membawa data dalam kapasiti yang lebih besar dan tidak terjejas oleh gangguan elektromagnet. 3 Jadual berikut menunjukkan contoh-contoh dan komponen bagi empat jenis bahan buatan dalam industri. Jenis bahan buatan Contoh Komponen P Konkrit yang diperkukuhan untuk membina bangunan Simen, pasir, batu kecil dan keluli Q Pingat yang diperbuat daripada gangsa Kuprum dan logam S Kaca Peralatan kaca hiasan yang diperbuat daripada kaca jenis R Silikon dioksida, natrium oksida, plumbum(II) oksida Seramik Silikon karbida Silikon, karbon (a) Namakan P, Q, R dan S. P: Bahan komposit R: Kaca plumbum Q: Aloi S: Timah/stanum (b) (i) Nyatakan kegunaan konkrit yang diperkukuhkan. Membuat rangka bangunan dan jambatan. (ii) Apakah kelebihan konkrit yang diperkukuhkan berbanding dengan konkrit? Konkrit yang diperkukuhkan dapat menahan tekanan yang tinggi/menyokong muatan berat/lebih kuat/kekuatan daya tegangan yang lebih tinggi daripada konkrit. (c) (i) Lukis susunan atom dalam Kuprum tulen Kuprum Kuprum Stanum Gangsa TP2 TP2 TP3 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 205 21/12/2022 2:58 PM
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 206 UNIT 8 MODUL • Kimia TINGKATAN 4 (ii) Gangsa lebih keras daripada kuprum. Terangkan. • Atom-atom logam kuprum tulen mempunyai saiz yang sama dan tersusun dalam lapisan. • Lapisan-lapisan atom lebih senang menggelongsor di antara satu sama lain apabila daya dikenakan. • Saiz atom stanum yang lebih besar berbanding dengan atom kuprum dalam gangsa telah menyebabkan atom-atom kuprum menjadi tidak tersusun. • Kehadiran atom stanum menyukarkan lapisan atom logam daripada menggelongsor apabila daya dikenakan. (d) (i) Namakan kategori seramik bagi silikon karbida. Seramik termaju (ii) Nyatakan kegunaan silikon karbida dan ciri-ciri berdasarkan kegunaannya. Untuk membuat cakera pemotong. Ia tahan pada rintangan haba yang tinggi dan tahan kejutan haba yang tinggi. TP4 TP2 Kuiz TP2 TP3 TP3 TP3 TP4 TP4 1 Rajah di bawah menunjukkan susunan atom dalam aloi X. Kuprum Zink Apakah aloi X? A Loyang C Kupronikel B Gangsa D Duralumin 2 Aloi Y digunakan untuk membuat badan kapal terbang. Antara berikut, yang manakah adalah aloi Y dan komponen utamanya? Aloi Y Komponen utama A Duralumin Magnesium B Duralumin Aluminium C Gangsa Kuprum D Kupronikel Kuprum 3 Kaca yang manakah adalah sesuai untuk membuat bikar dan tabung uji yang boleh digunakan untuk pemanasan? A Kaca plumbum B Kaca soda kapur C Kaca borosilikat D Kaca fotokromik 4 Maklumat di bawah menunjukkan sifat kaca X. Apabila kaca X dipanaskan dengan kuat dan seterusnya dimasukkan ke dalam air sejuk, kaca itu tidak pecah. Apakah kaca X? A Kaca plumbum B Kaca soda kapur C Kaca silika terlakur D Kaca borosilikat 5 Seramik digunakan untuk membuat dinding reaktor nuklear. Antara berikut, yang manakah adalah ciri seramik untuk penggunaan itu? A Keras dan kuat B Penebat elektrik yang baik C Kekal stabil pada suhu tinggi D Lengai terhadap bahan kimia dan tidak terkakis 6 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan bahan Z yang digunakan dalam keretapi laju. Mengkonduksi elektrik tanpa rintangan pada suhu rendah. Apakah bahan Z? A Duralumin C Polivinil klorida B Superkonduktor D Kaca gentian Soalan Objektif PRAKTIS SPM 08 U8 Kimia T4(p196-206)csy2p.indd 206 21/12/2022 2:58 PM
Jadual Berkala Unsur 1 18 1 1 H Hidrogen 1 2 13 14 15 16 17 2 He Helium 4 2 3 Li Litium 7 4 Be Berilium 9 5 B Boron 11 6 C Karbon 12 7 N Nitrogen 14 8 O Oksigen 16 9 F Fluorin 19 10 Ne Neon 20 3 11 Na Natrium 23 12 Mg Magnesium 24 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Al Aluminium 27 14 Si Silikon 28 15 P Fosforus 31 16 S Sulfur 32 17 Cl Klorin 35.5 18 Ar Argon 40 4 19 K Kalium 39 20 Ca Kalsium 40 21 Sc Skandium 45 22 Ti Titanium 48 23 V Vanadium 51 24 Cr Kromium 52 25 Mn Mangan 55 26 Fe Ferum 56 27 Co Kobalt 59 28 Ni Nikel 59 29 Cu Kuprum 64 30 Zn Zink 65 31 Ga Galium 70 32 Ge Germanium 73 33 As Arsenik 75 34 Se Selenium 79 35 Br Bromin 80 36 Kr Kripton 84 5 37 Rb Rubidium 85.5 38 Sr Strontium 88 39 Y Yttrium 89 40 Zr Zirkonium 91 41 Nb Niobium 93 42 Mo Molibdenum 96 43 Tc Teknetium 98 44 Ru Rutenium 101 45 Rh Rodium 103 46 Pd Paladium 106 47 Ag Argentum 108 48 Cd Kadmium 112 49 In Indium 115 50 Sn Tin Stanum 119 51 Sb Antimoni 122 52 Te Telurium 128 53 I Iodin 127 54 Xe Xenon 131 6 55 Cs Sesium 133 56 Ba Barium 137 57 La Lantanum 139 72 Hf Hafnium 178.5 73 Ta Tantalum 181 74 W Tungsten 184 75 Re Renium 186 76 Os Osmium 190 77 Ir Iridium 192 78 Pt Platinum 195 79 Au Aurum 197 80 Hg Merkuri 201 81 Tl Talium 204 82 Pb Plumbum 207 83 Bi Bismut 209 84 Po Polonium 210 85 At Astatin 210 86 Rn Radon 222 7 87 Fr Fransium 223 88 Ra Radium 226 89 Ac Aktinium 227 104 Rf Rutherfordium 257 105 Db Dubnium 260 106 Sg Siborgium 262 107 Bh Bohrium 262 108 Hs Hassium 265 109 Mt Meitnerium 266 110 Ds Darmstadtium 271 111 Rg Roentgenium 272 112 Uub Ununbium 285 Unsur peralihan 58 Ce Serium 140 59 Pr Praseodimium 141 60 Nd Neodimium 144 61 Pm Prometium 147 62 Sm Samarium 150 63 Eu Europium 152 64 Gd Gadolinium 157 65 Tb Terbium 159 66 Dy Disprosium 162.5 67 Ho Holmium 165 68 Er Erbium 167 69 Tm Tulium 169 70 Yb Itterbium 173 71 Lu Lutetium 175 90 Th Torium 232 91 Pa Proaktinium 231 92 U Uranium 238 93 Np Neptunium 237 94 Pu Plutonium 244 95 Am Amerisium 243 96 Cm Kurium 247 97 Bk Berkelium 247 98 Cf Kalifornium 249 99 Es Einsteinium 254 100 Fm Fermium 253 101 Md Mendelevium 256 102 No Nobelium 254 103 Lr Lawrensium 257 Lantanida Aktinida Logam Separa logam Bukan logam Petunjuk: Nombor proton Simbol unsur Jisim atom relatif Nama unsur 09 Kimia F4 (Jadual)csy1p.indd 1 21/12/2022 4:15 PM