KERTAS CADANGAN ____________________________________________________ KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PERINGKAT SEREMBAN ______________________________________________________________ TARIKH CADANGAN : 17hb dan 18hb Jun 2023 TEMPAT CADANGAN: PADANG BOLA SEPAK SEK MEN TEKNIK TUANKU JAAFAR ANJURAN : PERSATUAN AMPANGAN KITO JAGO NEGERI SEMBILAN
PENDAHULUAN Kejohanan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Ampangan Kito Jago Negeri Sembilan. Persatuan Ampangan Kito Jago Negeri Sembilan akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Seremban. Program ini berharap dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk - penduduk kampung dalam Seremban. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada penduduk Seremban agar lebih mengenali antara satu sama lain dan secara tidak langsung ianya dapat memberikan keharmonian dan kesejahteraan penduduk di kawasan Seremban. 2.0 MATLAMAT Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara. Di samping itu, ianya dapat mencungkil bakat baru khususnya dalam sukan bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil, mungkin suatu hari nanti remaja – remaja di kawasan Seremban akan mewakili negara jika latihan yang sistemik dan konsisten dapat di sempurnakan. Sehubungan dengan itu Persatuan Ampangan Kito Jago Negeri Sembilan tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan membena muda mudi kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.
3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. 3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. 3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 3.5 Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial. 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dicadang ialah 17th dan 18th Jun 2023 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari Ahad. 4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang. 4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1 5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT) Rasional pemilihan Padang bola Sek Men Teknik Tuanku Jaafar adalah kerana; 5.1 Peminjaman padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan .
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka. 5.3 Membantu menambah Dana PIBG Sek Men Teknik Tuanku Jaafar. 6.0 PERASMIAN Program Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini akan dirasmikan oleh En. Muhammad Ghazali bin Zainal Abidin Pengurusi Persatuan Ampangan Kito Jago . Ia akan berlangsung di Padang Bola Sek Men Teknik Tuanku Jaafar. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 30 minit kerana (PERASMI) akan memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini. 7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 7.1 Jumlah pasukan : 32 pasukan 7.2 Jumlah AJK pertandingan : 20 orang 8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penaung : MUHAMMAD GHAZALI BIN ZAINAL ABIDIN Penasihat : MOHD NASSRUL FAISE BIN MOHD NASIR JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Program : ARIFIN BIN MUSA Naib Pengerusi : MUHAMMAD IKHWAN BIN ISMAIL Setiausaha : MOHAMAD NAZRI BIN ABDUL RASHID Timbalan S/U : MOHD NUR SYAFAZID BIN ROSLAN
Bendahari : NUR FARISHA AFZAN BINTI MOHD SHAH AHLI JAWATANKUASA AJK Hadiah : MOHD NORHOSNY BIN MAK NOR AJK Pertandingan : EZREEN EDZWAN BIN JAMALUDIN AJK Keselamatan & Disiplin : ABDUL FATTAH BIN ZAINAL AJK Kebajikan : AKMAL BIN MUSA AJK Pengurusan Padang : MUHAMMAD SHAHRUL IKMAL BIN ZAINAL ABIDIN AJK Promosi : MOHD ALIF BIN SABARUDIN 9.0 ANGGARAN BELANJAWAN Lampiran A 10.0 FORMAT PERTANDINGAN Lampiran B 11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Seremban JAWATANKUASA Persatuan Ampangan Kito Jago Negeri Sembilan TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Seremban JENIS PROJEK KESUKANAN (BOLA SEPAK) MATLAMAT ATAU PENCAPAIAN PROGRAM ● Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. ● Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
● Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. ● Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. ● Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. ● Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. ● Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial. ANJURAN Persatuan Ampangan Kito Jago Negeri Sembilan TARIKH 17 dan 18 Jun 2023 (Cadangan) TEMPAT Padang bola sepak Sek Men Teknik Tuanku Jaafar BIL. PASUKAN 32 pasukan ANGGARAN KOS RM 12,780.00 12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN ULASAN PENASIHAT :
TANDATANGAN & COP : _________________________ TARIKH : ______________________ 13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA) 14.0 PENUTUP Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih. LAMPIRAN A ANGGARAN BELANJAWAN ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 12,780.00 Jumlah Permohonan RM 12,780.00 ANGGARAN PERBELANJAAN: PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH Promosi - Banting - Banner 4 unit 10 unit RM 40.00 RM 100.00 RM 160.00 RM 1,000.00 Pengurusan padang - Sewa padang 2 hari 2 hari RM 1,000.00 Peralatan - Bola, Bep, Wisel, Bendera 2 hari RM 300.00 RM 600.00 PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH Pengadil 8 orang RM 200.00 / sehari RM 1,600.00 Makanan - Urusetia 20 orang RM 25.00 RM 1,000.00 (2 hari) P.A. Sistem 1 set RM 500.00 RM 1,000.00 (2 hari) Rela 4 orang RM 80.00 RM 640.00 (2 hari)
Emcee 1 orang RM 100.00 RM 200.00 (2 hari) Hadiah ● Tempat pertama - Wang tunai Medal ● Tempat kedua - Wang tunai Medal ● Tempat ketiga - Wang tunai Medal ● Tempat keempat - Wang tunai - Medal ● Tempat 5th – 10th - Hamper 12 orang 12 orang 12 orang 12 orang 6 unit RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 100.00 RM 2,000.00 RM 120.00 RM 1000.00 RM 120.00 RM 500.00 RM 120.00 RM 300.00 RM 120.00 RM 600.00 First Aids 2 orang RM 200.00 RM 400.00 Kos Luar Jangka 1 RM 300.00 RM 300.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 12,780.00
Disediakan oleh : ......................................................... Setiausaha Program (MOHAMAD NAZRI BIN ABDUL RASHID) Disokong oleh : ......................................................... Pengerusi Program (ARIFIN BIN MUSA) Disemak oleh : ......................................................... Penasihat (MOHD NASSRUL FAISE BIN MOHD NASIR) Permohonan diluluskan oleh : ........................................................... ...........................................................
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PERINGKAT SEREMBAN NAMA PASUKAN SENARAI NAMA PEMAIN BIL NAMA PEMAIN NO KP 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 NAMA PENGURUS PASUKAN - ……………………………………… Tandatangan Pengurus Pasukan Nama : Tarikh :
*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 17hb – 18hb Jun 2023 di Sek Men Teknik Tuanku Jaafar beserta dengan bayaran sebanyak RM200.00 *Tarikh pengundian akan diadakan pada 15 Jun 2023 (No.1, Bangunan PKNNS, Jalan Seremban-Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan) ……………………………………………Keratan disini................................................................. KEGUNAAN PEJABAT ………………........................ ………………………………. Tandatangan/Cop Urusetia Tandatangan Tarikh : Nama pasukan : Maklumat Lanjut, Sila Hubungi : Wan (010-933 9795) Aboy (017-387 7183) LAMPIRAN B PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Seremban 2. PENGANJUR / PENGELOLA Pertandingan ini dianjur oleh Persatuan Ampangan Kito Jago Negeri Sembilan 3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia di dalam Kawasan Seremban 3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai dua belas (12) orang pemain. Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan. 3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini. 3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah RM 200.00 sahaja 3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 10 Jun 2023 di (No.1, Bangunan PKNNS, Jalan Seremban-Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan) 3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 15 Jun 2023 di ( No.1, Bangunan PKNNS, Jalan Seremban-Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan ) 4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN 4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Sek Teknik Tuanku Jaafar. 4.2 Perlawanan akan bermula pada 17 Jun 2023 dan akan berakhir pada hari yang sama. Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur. 4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan 4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang duabelas (12) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. 5. FORMAT PERTANDINGAN 1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan (9) sebelah. 2. Perlawanan peringkat awal akan diadakan secara liga sepusingan. Pertandingan di peringkat pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga dan pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah singkir.
3. (3) tiga mata akan diberi kepada pasukan yang menang, (1) satu mata bagi yang seri, dan tiada mata bagi yang kalah. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu permainan, pasukan lawan hendaklah diberi (3) tiga mata dengan keputusan jaringan (3) tiga gol (0) kosong. Jika terdapat mana-mana pasukan menarik diri dari pertandingan tanpa sesuatu sebab atau digantung, maka keseluruhan kutipan mata dan jaringan gol yang diperolehi dan kena, tidak diambil kira. Perlawanan yang sebelumnya dengan sendiri TERBATAL dan wang deposit tidak akan dikembalikan. 4. Jika sesuatu pasukan memberi kemenangan percuma, maka mata kemenangan (3) tiga dan jaringan (3) tiga gol (0) kosong akan diberi kepada pasukan lawannya. 5. Jika terdapat keputusan seri , tendangan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenang bagi perlawanan tersebut. 6. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara penalti akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ‘ Penalti ’ bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta. PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR DAN SEPARUH AKHIR 7. Dua (2) pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua. 8. Pertandingan pusingan kedua suku akhir yang akan dijalankan adalah tertakluk kepada jumlah penyertaan pasukan. 9. Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir. 10. Jika mana-mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas sepenuh masa maka tendangan dari penalti akan diambil mengikut undang-undang FIFA. 11. Pemenang-pemenang dalam perlawanan pusingan kedua layak ke perlawanan suku akhir, dimana pemenang suku akhir layak ke separuh akhir. Tarikh dan tempat perlawanan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
PERLAWANAN AKHIR 12. Pemenang-pemenang dalam pertandingan separuh akhir layak memasuki perlawanan akhir. Tarikh dan tempatnya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola. 13. Sekiranya perlawanan akhir berkesudahan dengan seri selepas cukup masa sebenar, tendangan dari tanda penalti akan diambil mengikut Undang-Undang FIFA. PERTUKARAN PEMAIN. 14. Sebanyak tiga (3) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan. 15. Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam permainan. 7. KEMENANGAN PERCUMA 7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :- 7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2 7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4. 7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (5) orang pemain dalam sesuatu perlawanan. 7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh (5) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0. 7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan. 7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat kiraan jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan. 8. PERATURAN AM 8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. 8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya. 8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini. 8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain. 8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan. 8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan. 8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan. 8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini. 9. PENGADILAN Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah. 10. BANTAHAN Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini 30 minit selepas perlawanan tamat berserta dengan wang Bantahan sebanyak RM 500.00 ( Tidak akan dikembalikan) 11. HADIAH 11.1 Tempat 1 : Wang Tunai (RM 2,000.00) + Medal 11.2 Tempat 2 : Wang Tunai (RM 1,000.00) + Medal 11.3 Tempat 3 : Wang Tunai (RM 500.00) + Medal 11.4 Tempat 4 : Wang Tunai (RM 300.00) + Medal 11.5. Tempat 5-10. : Hamper 12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 10 Jun 2023 di (tempat) beserta dengan bayaran sebanyak RM 200.00 Tarikh pengundian akan diadakan pada 15 Jun 2023 ( No.1, Bangunan PKNNS, Jalan Seremban-Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan) 13. KUASA PENGANJUR / PENGELOLA *Penganjur / Pengelola Program BERHAK untuk mengubah syarat-syarat pertandingan mengikut keperluan semasa.