The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqaiman122507, 2021-09-03 07:06:07

KAJIAN LAPANGAN

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

NAMA:MUHAMMAD SYAFIQ AIMAN BIN SHOTIFI

KELAS:2 IRSYAD

TAJUK:SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI PENGKALAN
HULU

Perancangan tugasan kajian lapangan 2021

TARIKH PERKARA

27 / 7 / 2021 MENETUKAN TAJUK DAN KAWASAN PILIHAN
BERSAMA RAKAN-RAKAN DAN MENDENGAR
3 / 8 / 2021 TAKLIMAT DARI GURU GEOGRAFI SAYA IAITU PUAN
RUZIANAH BINTI HAMID

MELAKUKAN PERANCANGAN TUGASAN UNTUK
KAJIAN LAPANGAN

MENENTUKAN KONSEP OBJEKTIF KAJIAN BERSAMA
RAKAN-RAKAN

MELAKUKAN PENGHARHAAN KEPADA GURU, IBU
BAPA, DAN RAKAN-RAKAN SAYA

MENYATAKAN PENDAHULUAN TENTANG KAJIAN
LAPANGAN SAYA

MENENTUKAN PETA DI KAWASAN KAJIAN SAYA

MENTAFSIRKAN PETA YANG SAYA PILIH
BERDASARKAN KAWASAN KAJIAN SAYA

TARIKH PERKARA

31 / 8 / 2021 MENENTUKAN HASIL KAJIAN BERSAMA-SAMA RAKAN
SEKELAS SAYA

SAYA MEMBINCANGKAN TENTANG JENIS
PENGANGKUTAN YANG BERADA DI KAWASAN
PENGKALAN HULU

MENYATAKAN FAKTOR TENTANG SISTEM
PENGANGKUTAN DI KAWASAN PENGKALAN HULU

SAYA MEMIKIRKAN TENTANG KESAN NEGATIF YANG
BERLAKU DI KAWASAN PENGKALAN HULU

SAYA MENCADANGKAN CARA UNTUK
MENGURANGKAN KESAN NEGATIF YANG TELAH
DINYATAKAN

SAYA MEMBUAT SATU RUMUSAN TENTANG KAJIAN
LAPANGAN SAYA

OBJEKTIF

• MENERANGKAN KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

• MENJELASKAN LATAR BELAKANG KAWASAN PENGKALAN HULU

• MENGHURAIKAN KEPETINGAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM DI PENGKALAN HULU

• MENGHURAIKAN KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
TERHADAP ALAM SEKITAR DAN MANUSIA DI PENGKALAN HULU

• MENCADANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURAKAN KESAN
PERKEMBANGAN SISTEM PENGAKUTAN AWAM DI PENGKALAN HULU

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
kajian lapangan ini. Saya Muhammad Syafiq Aiman bin Shotifi ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Guru Geografi iaitu Puan Ruzianah Binti hamid di atas tunjuk ajarnya
untuk membantu saya menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibubapa saya iaitu Sabariah binti Ali dan Shotifi bin Saad kerana telah memberi
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Seterusnya, saya
ingin mengucapakan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah memberi maklumat
yang sewajarnya kepada saya untuk menyempurnakan kajian ini.

PENDAHULUAN

Saya telah dimaklumkan oleh Guru Geografi saya iaitu Puan
Ruzianah bahawa kerja lapangan ini adalah wajib bagi setiap
murid. Saya menjalankan kajian saya ini dengan cara carian
internet. Tajuk kajian saya adalah Sistem Pengangkutan di
Kawasan pengkalan Hulu. Saya telah diberi masa beberapa
minggu untuk menyiapkan kerja lapangan ini, mencari
maklumat dan menyiapkan secara individu.

PETA

TAFSIRAN PETA

Peta menunjukkan Kawasan Pengkalan Hulu. Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di
Kawasan peta ini adalah hutan, kontur dan bukit. Manakala ciri pandang darat budaya di Kawasan peta
ini adalah Jalan raya, petempatan dan getah.

Bentuk muka bumi di kawasan peta ini adalah tanah pamah yang rata, kawasan tanah pamah
digunakan untuk petempatan, pengangkutan dan pertanian.

Berdasarkan peta, kegiatan ekonomi utama penduduk adalah perniagaan. Perniagaan yang
seperti kedai runcit dan juga restoran. Taman Aman dan Kampung Baru menjadi kawasan tumpuan oleh
penduduk dan mempunyai pola petempatan berkelompok.

HASIL KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian berkaitan sistem pengangkutan awam di
kawasan pengkalan hulu

Antara maklumat yang telah saya peroleh ialah:

JENIS PENGANGKUTAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Pengkalan
Hulu. Saya dapati bahawa di kawasan ini menggunakan
pengangkutan darat dan tertumpu kepada penggangkutan
awam, terutamanya teksi dan bas. Hal ini jelas dapat dilihat
kerana terdapat sebuah stesen bas di pengkalan hulu yang
menggunakan perkhidmatan teksi dan bas. Contohnya stesen
bas yang berdekatan dengan Jalan Betong.

FAKTOR MEMPENGARUHI

Berdasarkan rujukan saya di carian internet, saya telah dapati faktor
yang mempengaruhi di kawasan tersebut ialah bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi merupakan antara faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan awam di Pengkalan Hulu, dimana kawasan tersebut merupakan
kawasan tanah pamah.

Kawasan tanah pamah membolehkan salah satu pengangkutan awam iaitu
teksi dan bas dapat diwujud bagi memudahkan pergerakan pelancong dan
penduduk di pengkalan hulu

Berdasarkan rujukan saya di carian internet, saya telah dapati faktor
yang mempengaruhi di kawasan tersebut ialah kegiatan ekonomi.

kegiatan ekonomi merupakan antara faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan awam di Pengkalan Hulu, dimana kawasan tersebut merupakan
kawasan pertanian.

Kawasan pertanian membolehkan salah satu pengangkutan awam iaitu teksi
dan bas dapat diwujud bagi memudahkan penghantaran dan pemasaran hasil
pertanian

KEPENTIGAN PENGANGKUTAN

berdasarkan rujukan saya di carian internet, saya telah dapati
kepentingan pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah dapat memajukan
industri pelancongan.

Memajukan industri pelancongan merupakan kepentingan pengangkutan
awam di kawasan Pengkalan Hulu, dimana perkhidmatan teksi dan bas akan
memudahkan pergerakan pelancong dalam negara.

Contohnya, pelancong asing yang ingin pergi kesuatu tempat yang jauh dan
tidak mempunyai pengangkutan sendiriboleh menggunakan perkhidmatan
tersebut

berdasarkan rujukan saya di carian internet, saya telah dapati
kepentingan pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah dapat
mewujudkan peluang pekerjaan.

Mewujudkan peluang pekerjaan merupakan kepentingan pengangkutan awam
di kawasan Pengkalan Hulu, dimana perkhidmatan teksi dan bas menawarkan
pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Contohnya, pengurus di stesen itu boleh menawarkan pekerjaan kepada
penduduk tempatan jika tidak mempunyai pekerja yang secukupnya.

KESAN NEGATIF

Berdasarkan rujukan saya di carian saya telah dapati
kesan negatif yang terdapat di pengangkutan awam di kawasan
tersebut ialah harga tambang meningkat

Harga tambang meningkat merupakan kesan negatif di Kawasan
Pengkalan Hulu. Contohnya, harga tambang meningkat disebabkan
oleh kos bahan api yang semakin meningkat

Berdasarkan rujukan saya di carian internet saya telah dapati
kesan negatif yang terdapat di pengangkutan di kawasan tersebut
ialah penggunaan kenderaan yang lama

Penggunaan kenderaan yang lama merupakan kesan negatif di
Kawasan Pengkalan Hulu. Contohnya, ia akan membuat penumpang
berasa tidak selesa dan takut akan terjadi sesuatu yang tidak
diinginkan.

CADANGAN

Pada pendapat saya harga tambang perlu dibahagikan
mengikut kategori.

Jika harga tambang dibahagikan mengikut kategori ia akan
menyebabkan ramai menggunakan pengangkutan awam kerana ia
lebih menjimatkan. Contohnya, harga dibahagi mengikut kategori
kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Pada pendapat saya pekerja-pekerja di situ perlu
melakukan penyelenggaraan sekali sekala

Mereka perlu melakukan penyelenggaraan sekali sekali agar tidak
mempunyai kerosakan pada kenderaan yang digunakan. Contohnya,
memeriksa enjin kenderaan agar tidak rosak ketika memandu.

RUMUSAN

Kesimpulan didalam kajian ini saya telah dapati bahawa
terdapat pelbagai jenis pengangkutan, contohnya terdapat
pengangkutan darat, laut dan udara.

Selain itu saya dapati mempunyai pelbagai jenis faktor yang
mempengaruhi,contohnya dari bentuk muka bumi iaitu Kawasan
tanah tinggi, tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir laut.


Click to View FlipBook Version