The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daily Daisy, 2021-12-02 00:59:36

Jul_Dis 2020

Jul_Dis 2020

www.jkrperak.gov.my

EDISI 2 : JUN - DIS 2020

JABATAN KERJA RAYA PERAK

PELANCARAN JALUR
GEMILANG OLEH PENGARAH
JKR PERAK

MAJLIS PENYERAHAN
MASJID AL – KARIAH
SUNGAI PINANG KECIL,
PULAU PANGKOR

APA ITU
POTHOLE ?

LAWATAN KETUA PENGARAH
KERJA RAYA MALAYSIA KE
IBU PEJABAT JKR PERAK

MAJLIS PERSARAAN PENGARAH
JKR NEGERI PERAK

UCAPAN ALUAN
PENGARAH KERJA RAYA PERAK

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan izin dan limpah kurnia – Nya, kita bertemu kembali dalam Buletin JKR Perak bilangan 2/2020.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi di atas bagi meneruskan penerbitan buletin JKR
Perak sejak sekian lama. Untuk terbitan kali ini, sidang editor memaparkan peristiwa – peristiwa
yang berlaku di setiap bahagian termasuk aktiviti persiapan yang telah dilakukan oleh JKR Perak
sepanjang Jun hingga Disember 2020.

Sayugia itu, diharapkan penerbitan kali ini dapat menjadi salah satu wadah dalam mempelbagaikan
informasi terkini dari semasa ke semasa. Disamping itu, buletin ini juga akan memberikan suntikan
motivasi dan iltizam kepada warga kerja JKR Perak agar terus menabur bakti dalam arus
pembangunan negara dan negeri yang tercinta ini. Akhir kata , selamat membaca dan bertemu
kembali di keluaran akan datang.

Sekian, Wasallam.

HAJI ROSLAN BIN ABD GHANI
Pengarah Kerja Raya
Perak Darul Ridzuan

Sidang Redaksi SIDANG EDITOR
Ahmad Khairil bin Shahibi (Bhg. Korporat)
PENAUNG Raja Idham bin Raja Idris (Bhg. Korporat)
Haji Roslan bin Abd Ghani Syed Azwan bin Syed Omar (Bhg. Kontrak Ukur Bahan)
Pengarah Kerja Raya Perak Mohd Azizi bin Abdul Rahim (Caw. Mekanikal)
Azrina binti Mohd Khalit ( Bhg. Pentadbiran)
KETUA EDITOR Suhana binti Salihudin (Bhg. Jalan)
Ir. Saritha A/P Ramasindarum Fazilah binti Zakaria ( Bhg. Struktur)
Nor Izian binti Hasan (Bhg.
Mior Rais bin Mohd Tahir (Bhg. Arkitek)

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN KORPORAT

MUKA SURAT : 1 - 5

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

MUKA SURAT : 6 - 14

BAHAGIAN ARKITEK

MUKA SURAT : 15 - 17

BAHAGIAN JALAN

MUKA SURAT : 18- 21

PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU PENCEGAHAN COVID 19
DI IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA PERAK

SEMASA BERADA DI PEJABAT

JANGAN HADIR PENJARAKAN SOSIAL TIDAK BERSALAMAN PAKAI PELITUP MUKA
Sekiranya mempunyai Penjarakan sosial Tidak bersalaman Digalakan memakai
gejala, memohon ke dengan rakan pelitup muka jika
klinik yang berdekatan. sekurang – kurangnya sekerja. bergejala.
1 meter.

CUCI TANGAN REKOD PELAWAT HAND SANITIZER ELAK BERKONGSI
Kerap mencuci Rekod nama dan Sentiasa membawa Tidak berkongsi
tangan menggunakan nombor telefon hand sanitizer dan barangan peribadi.
pelawat yang berurusan gunakan apabila perlu.
sabun.
di premis.

PATUHI WAKTU REHAT ELAK BERKUMPUL ELAK KONGSI MAKANAN CUCI DENGAN SABUN
Mematuhi waktu makan Patuhi jarak dan Elak berkongsi Pencucian tangan dan
atau rehat berperingkat jangan berkumpul. bekas makanan wajib
mengikut jadual penggiliran. makanan dan minuman menggunakan sabun.
dengan rakan sekerja.

SANITASI PERALATAN KERJA JAGA KESIHATAN PATUHI PERATURAN TERUS PULANG
Mengambil inisiatif Bertanggungjawab Beri perhatian kepada Terus pulang ke rumah
menjaga kesihatan taklimat keselamatan setelah selesai bertugas.
membersihkan sendiri diri dan orang lain. dan patuhi peraturan.
peralatan kerja.

1

AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN TENAGA
MS ISO 5001 : 2018 DI JKR PERAK TAHUN 2020,

PADA 10 JULAI 2020, JAM 9.00 PAGI.

2

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP
MEMBINA JAMBATAN MENGHUBUNGKAN
KG. LAMBOR KIRI DENGAN LAMBOR KANAN

PADA 17 SEPTEMBER 2020

3

PENYERAHAN PROJEK BALAI BOMBA PENYELAMAT
KAMPUNG GAJAH

PADA 04 NOVEMBER 2020

4

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK

MEMBINA JALAN LINTASAN HOSPITAL DARI

TAMAN ISKANDAR PERDANA KE BANDAR UNIVERSITI

BANDAR SERI ISKANDAR, PERAK TENGAH.
5 PADA 20 NOVEMBER 2020

PELANCARAN KIBAR JALUR
GEMILANG PADA 04 OGOS 2020

6

PROGRAM SEMARAK INTEGRITI SIRI 1 TAHUN 2020
JKR PERAK, PADA 17 OGOS 2020

7

8

HARI AKRAB JKR PERAK
DI CASUARINA@MERU, IPOH
PADA 15 SEPTEMBER 2020

9

10

MAJLIS JASAMU DIKENANG PENGARAH JKR PERAK
PADA 29 SEPTEMBER 2020

11

12

PENYERAHAN TUGAS KEPADA
PENGARAH JKR PERAK YANG BARU
TUAN HJ. ZULKIPLI BIN HJ. NASRI

PADA 09 NOVEMBER 2020

13

PERASMIAN DAN TAKLIMAT E - CENSUS
PADA 30 NOVEMBER 2020

14

MASJID AL – KARIAH SUNGAI PINANG KECIL, PULAU PANGKOR

Majlis penyerahan telah berlangsung pada 23 Julai 2020, dan telah disempurnakan oleh ADUN
Pangkor, YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir. Masjid yang berkapasiti 700 jemaah ini
dibangunkan semula di atas tapak asal yang terletak di tengah-tengah pekan Kampung Sungai
Pinang Kecil. Juga dikenali dengan nama Masjid Seribu Doa, rekabentuk berkonsepkan senibina
cina dengan hiasan dalaman yang dipenuhi dengan himpunan doa-doa pilihan akan menjadikan
masjid ini salah satu ikon terbaru Pulau Pangkor. Ia juga merupakan masjid kedua di Perak dengan
konsep senibina cina selepas Masjid Muhammadiah di Tasek, Ipoh.

15

PEMBANGUNAN SEMULA PERKAMPUNGAN NELAYAN, KAMPUNG
MASJID. PULAU PANGKOR

Majlis penyerahan bagi Projek Pembangunan
Semula Perkampungan Nelayan, Kampung
Masjid, Pulau Pangkor telah berlangsung pada 28
September 2020. Majlis telah disempurnakan oleh
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
Ybrs. Puan Halizah Binti Sipun. Pembangunan
semula Perkampungan Nelayan ini telah bermula
pada tahun 2017 dan merupakan salah satu
usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menjadikan
perkampungan nelayan ini sebagai tarikan kepada
para pelancong, selaras dengan status terkini
Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.

16

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MAHKAMAH SYARIAH
TAIPING DARI JKR KEPADA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI
PERAK (JKSNP)

Majlis Penyerahan Mahkamah Syariah Taiping
telah berlangsung pada 15 Disember 2020.
Penyerahan rasmi projek ini telah disempurnakan
oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak
Tuan Ir. Hamdan bin Ali kepada pihak pelanggan
yang di wakili oleh Hakim Kanan Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Perak Y.A. Tuan Abdul Rahman
Thobroni bin Mohd Mansor. Projek yang bernilai
18.5 juta itu terdiri dari sebuah blok bangunan tiga
tingkat yang mengandungi empat buah dewan
perbicaraan serta ruang pejabat pentadbirannya di
aras bawah dan sebuah blok bangunan dewan
serbaguna yang dilengkapi dengan ruang kantin.
Projek ini telah direkabentuk oleh Bahagian Arkitek,
JKR Perak yang berkonsepkan bangunan tropical
dengan menerapkan ciri-ciri senibina warisan
negeri Perak dan turut mengetengahkan corak
geometri Islamik sebagai elemen hiasan utama.
Dengan itu Mahkamah Syariah Taiping yang
sebelum ini beroperasi di Bangunan Jabatan
Agama Islam Taiping dijangka akan memulakan
operasinya di bangunan baharu di awal tahun
2021.

17

PENGENALAN WAJARKAH POTHOLE TERUS
Pothole ialah lubang di permukaan jalan, DITAMPAL?
berukuran tidak kurang 200 mm garis pusat
(tetapi tidak melebihi 1000 mm) dan tidak Tidak wajar. Keratan segi empat, 50 mm
kurang 25 mm dalam. Lubang seperti ini
perlu ditampal di bawah program dari tepi pothole perlu dibuat terlebih
penyenggaraan rutin. Lubang yang lebih
besar dikira berpunca daripada kelemahan dahulu menggunakan mesin pemotong
struktur pavemen dan dirawat di bawah
program penyenggaraan berkala. Mengikut pavemen dengan kedalaman keratan tidak
Perjanjian Penswastaan terbaru, lubang
berukuran kurang dari 200 mm garis pusat kurang daripada ke dalaman pothole. Bagi
juga perlu ditampal di bawah program
penyenggaraan rutin. lubang yang kurang daripada 200 mm garis

BAGAIMANA POTHOLE TERJADI? pusat, keratan tidak perlu dibuat.
Keretakan halus sekiranya tidak dirawat akan
menjadi semakin lebar sehingga ketulan Penampalan terus pothole tanpa dibuat
bahan permukaan jalan terbongkah lalu
membentuk pothole. Sekiranya dibiarkan keratan merupakan tampalan sementara
juga, air yang bertakung di dalam pothole
akan mudah menyerap masuk ke lapisan atas faktor keselamatan pengguna
bawah seterusnya melemahkan asas jalan
secara beransur-ansur dan menyebabkan jalanraya di mana setiap pothole
kerosakan yang lebih teruk.
18 seharusnya ditampal dalam tempoh 24 jam

mengikut Piagam Pelanggan JKR

BOLEHKAH KERJA MENAMPAL TERUS DILAKUKAN KE ATAS KERATAN SEGI
EMPAT?
Tidak boleh. Bahan terlerai hasil daripada kerja pemotongan perlu dibersihkan terlebih
dahulu. Permukaan crusher run atau lapisan asphalt yang terdedah perlu disembur dengan
tack coat gred RS-1K pada kadar 0.25-0.55 liter/m2 dan dibiarkan kering selama kira-kira
30 minit. Pada masa yang sama, tack coat perlu disapu di tepi keratan lapisan asphalt.
Jika tidak, rekahan mudah terbentuk di sekeliling kawasan tampalan. Selepas itu kerja
tampalan boleh dilakukan ke atas keratan tersebut
APAKAH JENIS ASPHALT YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENAMPAL?
Asphalt yang boleh digunakan adalah dari jenis hot mix atau cold mix. Kedua-dua jenis
tersebut perlu mematuhi Jadual 4.3.5 dalam JKR/SPJ/2008-S4 dari aspek stabilty,
stiffness dan lain-lain. Perlu diingatkan, keratan segi empat yang perlu ditampal adalah
berukuran paling kecil 0.3 m x 0.3 m dan paling besar 1.1 m X 1.1 m. Oleh itu, cold mix
yang tidak mempunyai kekuatan secukupnya tidak wajar digunakan. Sekiranya

digunakan juga, penampalan dianggap bersifat sementara.

APAKAH TAHAP PEMADATAN BAHAN TAMPALAN YANG BOLEH DITERIMA?

Tahap pemadatan perlu mencapai 90%-100% ketumpatan Marshall.

19

ADAKAH LALUAN BOLEH DIBUKA TERUS KEPADA TRAFIK SELEPAS SIAP
MENAMPAL?
Disebabkan keratan segi empat yang ditampal adalah kecil, penyerapan haba ke bahagian
tepi keratan dan kehilangan haba dari permukaan yang terdedah akan menyejukkan
asphalt dengan lebih cepat. Oleh kerana itu, sekiranya premix dipakai untuk menampal
keratan berukuran 0.3 m hingga 1.1 m persegi, kawasan tampalan boleh dibuka serta-
merta dan tidak perlu tunggu sehingga 4 jam seperti lazimnya bagi kerja penurapan.
Sekiranya cold mix yang mematuhi Jadual 4.3.5 dalam JKR/SPJ/2008-S4 digunakan,
kawasan tampalan sudah tentu boleh dibuka serta-merta kepada trafik

APAKAH HAD KELUASAN TAMPALAN YANG DIBENARKAN DI BAWAH KERJA
PENYENGGARAAN RUTIN?
Keluasan tampalan dihadkan pada 1.0% daripada keluasan kawasan berturap setiap
tahun. Tetapi hanya tampalan yang mematuhi spesifikasi seperti sub-klausa RO1.2 dalam
Perjanjian Penswastaan boleh dikira sebahagian daripada 1.0% tersebut. Sekiranya

keluasan tampalan yang diluluskan melebihi 1.0%, bayaran tambahan perlu dibuat.

20

APAKAH CARA MENAMPAL POTHOLE YANG DITETAPKAN OLEH U.S ROADS?
U.S Roads menggariskan enam (6) langkah cara menampal pothole yang boleh
bertahan lama iaitu;
1. Pengurusan trafik yang baik semasa menutup laluan.
2. Penandaan kawasan untuk dipotong, sekurang-kurangnya satu (1) kaki sekeliling
pothole.
3. Pemotongan sekeliling pothole melibatkan;

1. Pembuangan bahan pavemen yang telah rosak
2. Pembersihan kawasan yang dipotong
3. Pengeringan kawasan yang dipotong (sekiranya basah)
4. Penggunaan tack coat di bawah dan tepi potongan bagi memastikan bahan tampalan
melekat pada kawasan yang dipotong.
5. Penampalan kawasan yang dipotong dengan asphalt, tidak lebih dari empat (4) inci
bagi setiap lapisan dan dipadatkan sehingga mencapai ketumpatan yang ditetapkan.
6. Pengedapan (sealing) di sekeliling kawasan potongan dengan sand seal atau chip
seal bagi mengelak air dari meresap masuk, dilaksanakan dengan mencurah bitumen
panas di sekeliling potongan dan menabur pasir atau batu halus di atasnya.

21


Click to View FlipBook Version