DRAF
POLISI RUJUKAN PESAKIT
DAN
BED MANAGEMENT UNIT
PERINGKAT NEGERI
SELANGOR
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Senarai Kandungan 2
Pengenalan 3
Terminologi 5
1. Proses Rujukan Pesakit di Hospital 6
2. Bed Management Unit Hospital 18
3. Respon Surge Capacity Peringkat Hospital 26
4. Respon Surge Capacity Peringkat Negeri 35
5. Bed Management Unit Negeri Selangor 39
6. Sistem dan Infrastruktur 47
Senarai Punyumbang 55
2
PENGENALAN
Katil pesakit adalah sumber yang terhad di kebanyakan Hospital-hospital Berpakar
Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Selangor. Katil dalam konteks ini bukan
sekadar tempat untuk pesakit tidur tetapi perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah
fasiliti kesihatan seperti proses kemasukan pesakit ke wad, perawatan doktor, penjagaan
kejururawatan, perkhidmatan diagnostik, makanan, pembersihan dan sebagainya.
Pengehadan akses kepada katil pesakit telah menyebabkan kelewatan pesakit
mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Disebabkan itu, pengurusan katil / bed
management pesakit adalah sangat penting bagi sesebuah fasiliti kesihatan. Ia
merupakan satu keupayaan fasiliti kesihatan untuk mengetahui status semua katil yang
tersedia di hospital secara real time.
Pewujudan proses pengurusan katil pesakit yang bersepadu di negeri Selangor
diharapkan dapat melancarkan penggunaan katil di semua hospital dan disiplin. Ini
sekaligus dapat memastikan pesakit mendapat perawatan yang optimum di samping
memuaskan hati pesakit dan anggota kesihatan.
Objektif Utama
1. Polisi ini disediakan bertujuan untuk melancarkan penggunaan pengurusan dan
mengoptimumkan penggunaan katil di hospital-hospital KKM di negeri Selangor.
2. Membantu mengurangkan kesesakan dan tempoh pesakit menunggu untuk
mendapatkan katil melalui sistem pengurusan katil yang lebih efisien dan dinamik
melalui proses Lean.
3. Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menambah baik proses
pengoperasian katil dan mengoptimumkan penggunaan katil di hospital-hospital
KKM.
4. Melaksanakan projek rintis Lean Nursing melalui penubuhan Nursing Bed
Management Unit (BMU) secara berpusat.
Tujuan
1. Pengurusan katil merupakan satu tugas penting dalam pengurusan hospital.
Fokus utama adalah untuk memberikan perkhidmatan yang efisien, selamat dan
berkualiti dengan memaksimumkan sumber sedia ada.
3
2. Proses perancangan dalam pengurusan katil pesakit adalah penting untuk
menambah baik pergerakan serta perawatan pesakit di dalam hospital.
3. Proses ini merangkumi perbincangan dan perancangan yang teliti supaya
keseimbangan antara permintaan dan kapasiti katil semasa dapat dipenuhi.
4. Polisi ini diwujudkan untuk digunapakai dalam proses pengurusan aliran pesakit
dihospital dan ia merupakan projek rintis Bahagian Kejururawatan dan Bahagian
Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Skop Polisi
1. Polisi ini boleh digunapakai oleh semua hospital-hospital di bawah Kementerian
Kesihatan Malaysia di negeri Selangor.
2. Skop polisi ini merangkumi penggunaan inisiatif Lean dalam BMU, proses discaj
dan discharge lounge di hospital.
3. Semua carta aliran kerja ini adalah yang terkini. Walau bagaimanapun, ia tertakluk
kepada perubahan dari masa ke semasa mengikut polisi KKM, JKNS dan
pengurusan hospital.
4
TERMINOLOGI
1. Step up care
Peningkatan tahap perawatan pesakit yang akan atau sedang mengalami krisis
kesihatan di mana pesakit perlu berada di bawah penjagaan Pakar Perubatan.
2. Step down care
Pengurangan tahap perawatan pesakit yang telah keluar dari krisis kesihatan
tetapi belum cukup stabil untuk discaj dari hospital.
3. Hospital Kluster
Kolaborasi beberapa hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, berpakar dan
tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan geografi yang
berdekatan di mana hospital-hospital ini selaras dari segi aliran perkhidmatan dan
pesakit. Hospital-hospital tersebut digabungkan di bawah satu tadbir urus dan
berfungsi sebagai sebuah kluster.
4. Lead Hospital
Hospital Induk yang akan mengetuai sesebuah kluster dan terdiri daripada
Hospital Berpakar atau Hospital Negeri.
5. Non Lead Hospital
Hospital yang berada di bawah Hospital Induk dan kebanyakannya adalah
Hospital Tidak Berpakar.
6. Ketua Kluster
Dikenali sebagai Pengarah Hospital Induk / Lead Hospital
7. Primary team
Merujuk kepada disiplin / jabatan utama yang akan mengetuai dan menyelaraskan
perawatan pesakit berdasarkan diagnosis.
8. Hab Pengurusan Katil Pesakit
Sebuah sistem pusat pengumpulan maklumat bagi pengurusan katil-katil pesakit
di hospital-hospital KKM di negeri Selangor.
9. Access block di Jabatan Kecemasan dan Trauma
Keadaan di mana pesakit yang telah dinilai di Jabatan Kecemasan dan Trauma
dan memerlukan kemasukan wad tetapi terpaksa menunggu lebih dari 4 jam di
Jabatan Kecemasan dan Trauma kerana kekurangan katil.
5
1. PROSES RUJUKAN PESAKIT KE HOSPITAL
Proses rujukan pesakit ke hospital bertujuan menyampaikan perawatan yang sesuai
kepada pesakit yang memerlukannya. Proses ini dibuat secara sistematik dan teratur
agar rawatan dapat diberikan dalam masa terdekat dan memenuhi keperluan pesakit,
selari dengan amalan perawatan berpusatkan pesakit / patient centred care.
1.1 Pengenalan
Rujukan pesakit antara fasiliti-fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
serta dari fasiliti kesihatan bukan di bawah KKM menjadi satu amalan bagi memastikan
kesinambungan dalam penjagaan pesakit agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi
dalam usaha merawat pesakit.
Rujukan pesakit dilakukan bagi tujuan mendapatkan step up care selaras dengan
masalah perubatan yang dihadapi oleh pesakit di mana pesakit dirujuk ke fasiliti
kesihatan yang mempunyai kepakaran dan peralatan yang lebih baik untuk merawat
penyakitnya. Pesakit juga dirujuk untuk same level care, apabila berlaku kekangan
perkhidmatan sementara atau atas permintaan pesakit/waris dan step down care untuk
melengkapkan perawatan.
Polisi rujukan pesakit berdasarkan penempatan BMU (Bed Management Unit) dilakukan
bagi tujuan mengurangkan masa menunggu kemasukan ke wad bagi memastikan
rawatan pesakit dapat diberikan dengan cepat dan efisien. Untuk membolehkan polisi ini
direalisasikan, perkhidmatan perlu disokong dengan keperluan sumber manusia,
peralatan perubatan dan logistik yang wajar.
1.2 Proses Kerja
Proses kerja rujukan pesakit boleh dirujuk kepada Jadual 1.
1.2.1 Proses rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan ke Hospital Kerajaan
a) Rujukan dari Klinik Kesihatan Kerajaan (Carta Alir 1)
i) Seseorang pengamal perubatan perlu membuat penilaian asas
bergantung kepada kategori Emergency Medicine and Trauma Service
(EMTS) / triage dan memberi rawatan asas.
6
ii) Bergantung kepada kategori EMTS pesakit, pegawai perubatan perlu
merujuk pesakit kepada pegawai perubatan primary team di fasiliti yang
dirujuk berpandukan kluster.
iii) Kes yang telah diterima untuk kemasukan ke wad perlu dimasukkan ke
dalam Hab Pengurusan Katil Pesakit yang digunapakai di seluruh fasiliti
kesihatan di Selangor.
iv) KPI waktu menunggu maksima bagi kes stabil yang dirujuk dan diterima
untuk kemasukan wad oleh primary team melalui Hab Pengurusan Katil
adalah 2 jam.
v) Rujukan kepada hospital di luar kluster masih boleh dibuat mengikut
keperluan khas pesakit (contoh: isu logistik)
b) Rujukan dari Jabatan Kecemasan Hospital KKM (Carta Alir 2)
i) Seseorang pengamal perubatan perlu membuat penilaian asas
bergantung kepada kategori EMTS (triage) dan memberi rawatan asas.
ii) Bergantung kepada kategori EMTS pesakit, pegawai perubatan perlu
merujuk pesakit kepada pegawai perubatan primary team di fasiliti yang
dirujuk berpandukan kluster.
iii) Kes yang telah diterima untuk kemasukan ke wad perlu dimasukkan ke
dalam Hab Pengurusan Katil Pesakit yang digunapakai di seluruh fasiliti
kesihatan di Selangor.
iv) Rujukan kepada hospital di luar kluster masih boleh dibuat mengikut
keperluan khas pesakit (contoh: isu logistik)
c) Rujukan dari wad Hospital KKM
Keputusan rujukan antara hospital hendaklah dilakukan oleh Pakar
(bagi Hospital Berpakar) atau Pegawai Perubatan (bagi Hospital Tanpa
Pakar). Setelah diterima, penempatan katil akan dibuat oleh BMU
hospital yang dirujuk dan kes hanya boleh dihantar ke hospital yang
dirujuk apabila katil telah sedia.
1.2.2 Proses rujukan pesakit dari fasiliti kesihatan swasta atau Hospital Kesihatan
Kerajaan Bukan KKM ke Hospital KKM
a. Rujukan dari Klinik/Rawatan Harian/Pusat Penjagaan/Hemodialisis Swasta
(Carta Alir 3)
i. Pegawai Perubatan atau Pengurus fasiliti perlu membuat penilaian asas
bergantung kepada kategori EMTS (triage) dan memberi rawatan asas
ii. Kes dirujuk kepada Pakar Perubatan Kecemasan (jika ada) atau
Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan hospital yang dirujuk
berpandukan kluster
7
iii. Kes dihantar ke hospital yang dirujuk menggunakan ambulans fasiliti
jika ada agar perawatan pesakit tidak dilewatkan.
iv. Jika tiada ambulans, Pegawai Perubatan atau Pengurus fasiliti boleh
menghubungi 999 bagi mendapat perkhidmatan ambulans PHC.
b. Rujukan dari Hospital Swasta dan Hospital Kerajaan Bukan KKM (Carta Alir 4)
i. Jabatan Kecemasan dan Trauma
● Bagi kes di Jabatan Kecemasan, Pakar Perubatan Kecemasan atau
Pegawai Perubatan perlu membuat penilaian asas bergantung
kepada kategori EMTS (triage) dan memberi rawatan asas.
● Kes dirujuk kepada Hospital Berpakar KKM bersesuaian terdekat
dan diterima oleh Pakar.
● Kes yang diterima perlu juga dirujuk dengan Pakar Perubatan
Kecemasan bagi penetapan jenis kategori pesakit.
● Kes kritikal yang telah diterima perlu dihantar dengan ambulans
fasiliti agar perawatan pesakit tidak dilewatkan.
● Kes separa kritikal atau bukan kritikal perlu menunggu penempatan
katil oleh BMU hospital yang dirujuk sebelum boleh dihantar ke
hospital yang dirujuk apabila katil telah sedia.
ii. Wad
Kes rujukan dari wad hospital bukan KKM perlu dirujuk oleh Pakar
Hospital tersebut dan diterima oleh Pakar Hospital KKM. Setelah
diterima, penempatan katil akan dibuat oleh BMU hospital yang dirujuk
dan kes hanya boleh dihantar ke hospital yang dirujuk apabila katil telah
sedia.
1.2.3 Proses pergerakan pesakit kecemasan di fasiliti kerajaan
a. Kriteria-kriteria pesakit kecemasan:
Kategori pesakit kecemasan adalah berpandukan kepada sistem triage
Malaysia (Malaysia Triage Category) yang disenaraikan di dalam buku
EMTS Services Policy Book yang terkini.
b. Proses pergerakan pesakit kecemasan/kritikal
i. Pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan/ventilator
● Rujukan dari Klinik Kesihatan perlu dibuat kepada Pakar
Kecemasan sahaja sebelum menghantar pesakit.
● Rujukan dari Hospital perlu dibuat kepada primary team, Pakar
Kecemasan dan Pakar Anestesiologi sebelum menghantar
pesakit.
8
● Jika perlu tetapi tiada katil ICU, rujukan masih perlu diterima oleh
hospital rujukan. BMU Hospital/Kluster perlu mencari katil ICU di
hospital/kluster yang lain.
● Rujukan kes perlu dilakukan oleh primary team kepada hospital
yang telah dikenalpasti untuk menerima kes yang dirujuk.
ii. Pesakit tanpa bantuan pernafasan
● Kes-kes pesakit yang kritikal yang perlu menerima rawatan lanjut
dengan segera mesti dirujuk kepada Pakar Perubatan
Kecemasan sebelum penghantaran pesakit.
● Rujukan kepada pegawai perubatan primary team dari hospital
kluster boleh dilakukan sewaktu kes dihantar.
1.2.4 Pemetaan kluster di Negeri Selangor
a. Pemetaan hospital kluster adalah menurut pemetaan semasa dari KKM.
b. Pemetaan klinik kesihatan kepada hospital adalah berdasarkan keperluan
tempatan semasa.
c. Rujukan pesakit ke fasiliti di luar kluster dibenarkan mengikut keperluan
pesakit.
1.2.5 Rujukan sempadan negeri/daerah
a. Pesakit boleh dirujuk kepada hospital/fasiliti berdekatan walaupun di
sempadan tertakluk kepada fasiliti yang menerima (No wrong door policy)
b. Kes melalui Perkhidmatan Pra Hospital (Pre Hospital Care) boleh dirujuk
ke fasiliti terdekat walaupun merentas negeri.
9
Jadual 1: Cadangan pemetaan fasiliti, jenis kes yang dirujuk dan tatacara rujukan
Fasiliti Fasiliti Jenis Tatacara Pegawai
kesihatan kesihatan kes/tag Merujuk
yang yang
merujuk dirujuk
Klinik Hospital Kritikal 1. Memberi perawatan asas Pakar
Kesihatan KKM (Merah)
KKM 2. Merujuk kes kepada Pakar Perubatan Perubatan
Kecemasan di hospital yang dirujuk Keluarga/
(berdasarkan pemetaan kluster) Pegawai
3. Hantar pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Perubatan dari
Trauma Klinik
Kesihatan
Separa 1. Memberi perawatan asas Pakar
kritikal
(Kuning) 2. Merujuk kepada Primary Team Perubatan
3. Pelan perawatan diberikan oleh Primary Keluarga/
Team: Pegawai
4. Jika tidak memerlukan kemasukan ke wad, Perubatan dari
rawatan menurut pelan Primary Team Klinik
5. Jika kemasukan ke wad dipersetujui, masuk Kesihatan
data ke dalam Hab Pengurusan Katil Pesakit
untuk penempatan wad/katil.
6. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital.
7. Menghantar pesakit ke hospital yang
ditentukan
Bukan 1. Memberi perawatan asas Pakar
kecemasan
(Hijau) 2. Merujuk kepada Primary Team Perubatan
3. Pelan perawatan diberikan oleh Primary Keluarga/
Team: Pegawai
4. Jika tidak memerlukan kemasukan ke wad, Perubatan dari
rawatan menurut pelan Primary Team Klinik
5. Jika kemasukan ke wad dipersetujui, masuk Kesihatan
data ke dalam Hab Pengurusan Katil Pesakit
untuk penempatan wad/katil.
6. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital.
7. Menghantar pesakit ke hospital yang
ditentukan
10
Fasiliti Fasiliti Jenis Tatacara Pegawai
kesihatan kesihatan kes/tag Merujuk
yang yang
merujuk dirujuk
Hospital Hospital Kes 1. Memberi perawatan asas Pegawai
KKM KKM kecemasan
kritikal 2. Merujuk kes kepada Pakar Perubatan Perubatan dari
Kecemasan di hospital yang dirujuk Hospital Tanpa
(berdasarkan pemetaan kluster) Pakar
3. Merujuk Pakar Anestesiologi jika pesakit
memerlukan bantuan pernafasan/ventilator
4. Hantar pesakit ke Jabatan Kecemasan dan
Trauma
Kes 1. Memberi perawatan asas Pegawai
kecemasan 2. Merujuk kepada Primary Team Perubatan dari
separa kritikal 3. Pelan perawatan diberikan oleh Primary Hospital Tanpa
Team: Pakar
4. Jika tidak memerlukan kemasukan ke wad,
rawatan menurut pelan Primary Team
5. Jika kemasukan ke wad dipersetujui, masuk
data ke dalam Hab Pengurusan Katil Pesakit
untuk penempatan wad/katil.
6. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital.
7. Menghantar pesakit ke hospital yang
ditentukan
Kes 1. Memberi perawatan asas Pegawai
kecemasan
bukan kritikal 2. Merujuk kepada Primary Team Perubatan dari
3. Pelan perawatan diberikan oleh Primary Hospital Tanpa
Team: Pakar
4. Jika tidak memerlukan kemasukan ke wad,
rawatan menurut pelan Primary Team
5. Jika kemasukan ke wad dipersetujui, masuk
data ke dalam Hab Pengurusan Katil Pesakit
untuk penempatan wad/katil.
6. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital/Kluster.
7. Menghantar pesakit ke hospital yang
ditentukan
11
Step up care 1. Merujuk kepada Primary Team dan Pakar Pegawai
(tidak stabil)
Perubatan Kecemasan Perubatan dari
2. Merujuk Pakar Anestesiologi jika pesakit Hospital Tanpa
memerlukan bantuan pernafasan/ventilator Pakar
3. Hantar pesakit ke Jabatan Kecemasan dan
Trauma
Step up care 1. Merujuk kepada Primary Team dan diterima Pegawai
(stabil/
subkepakara untuk kemasukan terus ke wad Perubatan dari
n)
2. Masuk data ke dalam Hab Pengurusan Katil Hospital Tanpa
Pesakit untuk penempatan wad/katil. Pakar
3. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital/Kluster
4. Menghantar pesakit ke hospital yang
ditentukan.
Same level/ 1. Kes dirujuk kepada Primary Team dan kes Pegawai/Pakar
Step down diterima untuk kemasukkan terus ke wad. Perubatan
care
(contoh: isu 2. Masuk data ke dalam Hab Pengurusan Katil
logistik) Pesakit untuk penempatan wad/katil.
3. Pesakit mendapat penempatan katil dari BMU
Hospital/Kluster
4. Menghantar pesakit ke hospital yang
ditentukan.
12
Fasiliti Fasiliti Jenis Tatacara Pegawai
kesihatan kesihatan kes/tag Merujuk
yang yang
merujuk dirujuk
Klinik/ Hospital Kritikal 1. Memberi perawatan asas Pegawai
Pusat KKM (Merah)
Hemodiali 2. Merujuk kes kepada Pegawai/ Pakar Perubatan dari
sis/ Pusat
Penjagaan Perubatan Kecemasan di hospital yang Klinik/ Pusat
/ Pusat
Rawatan dirujuk (berdasarkan pemetaan kluster) Hemodialisis/
Harian
Swasta 3. Hantar pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Pusat
Trauma menggunakan ambulans (jika ada) Penjagaan/
atau hubungi 999 untuk bantuan ambulans Pusat Rawatan
Harian Swasta
Separa 1. Memberi perawatan asas Pegawai
kritikal
(Kuning) 2. Merujuk kes kepada Pegawai/Pakar Perubatan dari
Perubatan Kecemasan di hospital yang Klinik/ Pusat
dirujuk (berdasarkan pemetaan kluster) Hemodialisis/
3. Hantar pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Pusat
Trauma menggunakan ambulans (jika ada) Penjagaan/
atau hubungi 999 untuk bantuan ambulans Pusat Rawatan
Harian Swasta
Bukan 1. Memberi perawatan asas Pegawai
kecemasan
(Hijau) 2. Merujuk kepada Primary Team dan diterima Perubatan dari
untuk kemasukan terus ke wad Klinik/ Pusat
3. Masuk data ke dalam Hab Pengurusan Katil Hemodialisis/
Pesakit untuk penempatan wad/katil. Pusat
4. Pesakit mendapat penempatan katil oleh Penjagaan/
BMU Hospital Kluster Pusat Rawatan
5. Menghantar pesakit ke hospital yang Harian Swasta
ditentukan.
13
Fasiliti Fasiliti Jenis Tatacara Pegawai
kesihatan kesihatan kes/tag Merujuk
yang yang
merujuk dirujuk
Hospital Hospital Kritikal 1. Memberi perawatan asas Pegawai
Swasta/ Berpakar (Merah)
Hospital KKM 2. Merujuk kepada Primary Team dan kes Perubatan dari
Kerajaan
bukan diterima untuk perpindahan hospital Hospital
KKM
3. Merujuk kes kepada Pakar Perubatan Swasta
Kecemasan di hospital yang dirujuk
(berdasarkan pemetaan kluster)
4. Merujuk Pakar Anestesiologi jika pesakit
memerlukan bantuan alat
pernafasan/ventilator
5. Menghantar pesakit ke hospital
menggunakan ambulans
Separa 1. Memberi perawatan asas Pegawai
kritikal
(Kuning) 2. Merujuk kepada Primary Team dan kes Perubatan dari
diterima untuk perpindahan hospital Hospital
3. Masuk data ke dalam Hab Pengurusan Katil Swasta
Pesakit untuk penempatan wad/katil.
4. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital Kluster
5. Memaklumkan kepada Pegawai/Pakar
Perubatan Kecemasan yang menerima
rujukan
6. Menghantar pesakit ke hospital
menggunakan ambulans
Bukan 1. Memberi perawatan asas Pegawai
kecemasan
(Hijau) 2. Merujuk kepada Primary Team dan diterima Perubatan dari
untuk kemasukan terus ke wad Hospital
3. Masuk data ke dalam Hab Pengurusan Katil Swasta
Pesakit untuk penempatan wad/katil.
4. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital Kluster
5. Menghantar pesakit ke hospital
menggunakan ambulans
14
Step Up / 1. Merujuk kepada Primary Team dan diterima Pegawai
Same Level
Care untuk kemasukan terus ke wad Perubatan dari
(rawatan
lanjutan dari 2. Masuk data ke dalam Hab Pengurusan Katil Hospital
wad)
Pesakit untuk penempatan wad/katil. Swasta
3. Pesakit mendapat penempatan katil oleh
BMU Hospital Kluster
4. Menghantar pesakit ke hospital
menggunakan ambulans
15
Carta Alir 1 : Proses Rujukan Menggunakan BMU dari Klinik Kesihatan ke
Hospital Kerajaan
Carta Alir 2: Proses Rujukan Menggunakan BMU antara Hospital-Hospital KKM
16
Carta Alir 3: Proses Rujukan Menggunakan BMU dari Klinik/ Rawatan Harian /
Pusat Penjagaan/ Pusat Hemodialisis Swasta
Carta Alir 4 : Proses Rujukan Menggunakan BMU dari Hospital Swasta / Hospital
Kerajaan bukan KKM
17
2. BED MANAGEMENT UNIT (BMU) HOSPITAL
2.1 Pengenalan
Prestasi perkhidmatan di hospital amat bergantung pada pengurusan katil. Sistem
pengurusan katil melibatkan pemantauan berterusan kemasukan, discaj dan aliran
pesakit di dalam hospital. Data yang tepat dikumpulkan bagi mengenalpasti
kekosongan katil (bed availability) di setiap wad dan ini dapat membantu Bed
Managers untuk menempatkan pesakit di katil/ wad yang paling sesuai dengan
keperluan mereka.
2.2 Fungsi
a. Unit ini akan berfungsi dan bertanggung jawab dalam menguruskan katil di
wad-wad hospital, memantau kekosongan dan ketersediaan katil seterusnya
memastikan kelancaran penempatan/kemasukan pesakit ke dalam wad dan
mengawal-selia pergerakan pesakit (inpatient) di wad-wad.
b. Penilaian data kes kemasukan pesakit (data analysis) secara beterusan
sentiasa dilakukan bagi mengenalpasti kebarangkalian berlakunya kenaikan
kes secara mendadak.
c. Sekiranya berlaku peningkatan kes, unit ini boleh mengambil tindakan lanjut
dan memaklumkan kepada Pengarah Hospital dan BMU Lead Hospital.
2.3 Sumber Manusia & Carta Organisasi
2.3.1 Pemegang Taruh & Pihak Berkepentingan
a. Pengarah & pengurusan tertinggi hospital
b. Ketua-ketua Jabatan
c. Pakar/Pegawai Perubatan
d. Ketua Penyelia Jururawat Hospital
e. Ketua Penyelia Hospital
f. Penyelia Jururawat/ Penyelia Hospital
g. Jururawat/ Penolong Pegawai Perubatan/ Pembantu Perawatan Kesihatan
h. Syarikat Konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital
i. Perkhidmatan Sokongan Klinikal
18
2.3.2 Carta Organisasi BMU Peringkat Hospital
2.3.3 Carta Organisasi BMU Hospital
Pengarah Hospital
Ketua Unit BMU Hospital
Operational Coordinator Nurse Coordinator
** Tertakluk kepada dokumen terbaru dari KKM
2.3.4 Sumber Manusia
a. Pengarah Hospital berkuasa untuk melantik Ketua BMU di peringkat hospital.
b. Operasi harian BMU diketuai oleh Ketua BMU dan dibantu oleh Koordinator
Operasi dan Koordinator Wad.
c. Koordinator Operasi akan dibantu oleh barisan kejururawatan terdiri dari
Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih.
d. Unit ini akan kerjasama dua hala turut dijalankan bersama-sama stakeholders
yang terlibat dalam pengurusan kemasukan pesakit untuk minimumkan
bilangan pesakit yang menunggu kemasukan wad dan memastikan kecekapan
serta keberkesanan pergerakan pesakit.
19
2.3.5 Latihan
a. Semua anggota BMU perlu menjalani latihan dan kursus khas Operational
Coordinator BMU & Nurse Coordinator BMU sebelum memulakan tugas di Unit
BMU.
b. Kursus-kursus lain yang dicadangkan:
i. Kursus Lean Healthcare Methodology
ii. Awareness of Bed Management Unit
iii. Kursus Statistic, Data Collection & Management
iv. Kursus SPSS
2.4 Proses Kerja & Carta Alir Kerja
2.4.1 Proses Pengoperasian Katil
Rajah 1: Proses Aliran Bed Management Unit (BMU) Hospital
** Tertakluk kepada dokumen terbaru dari KKM
a. Unit ini berhubung secara langsung dalam penilaian dan pengurusan
kemasukan pesakit ke dalam wad.
20
b. Unit ini beroperasi selama 24 jam setiap hari di mana anggota BMU akan
bertugas mengikut syif yang ditetapkan.
c. Ketua BMU hospital diberi kuasa penuh dalam menentukan penempatan
pesakit di wad.
d. Doktor bertugas bertanggungjawab menilai keadaan pesakit bagi menentukan
tahap penjagaan pesakit (level of care) untuk pasukan BMU memberi
penempatan pesakit di wad. Contohnya: Katil Akut, Katil Separa Akut, Katil
Isolasi dan lain-lain.
e. Pasukan BMU akan memberi keutamaan kemasukan pesakit ke wad Primary
Team. Apabila BOR Primary mencapai 100%, pasukan BMU boleh
menempatkan pesakit di wad / unit lain sebagai lodger. BMU akan mengambil
kira kepentingan perkhidmatan lain-lain disiplin sebelum proses lodger
dilaksanakan.
f. Jika berlaku kelewatan kemasukan pesakit, doktor bertugas perlu menilai
semula keadaan pesakit dan memaklumkan kepada pasukan BMU sekiranya
terdapat perubahan dalam tahap penjagaan pesakit (level of care) dari masa
ke semasa.
g. Primary Team bertanggungjawab terhadap perawatan pesakit walaupun
pesakit ditempatkan di wad / unit bukan primary.
2.4.2 Proses Pengoperasian Kemasukan Pesakit Akut
Durasi Jumlah Keseluruhan Pelan Tindakan
Pesakit (Berdasarkan)
<4 jam Melebihi kapasiti Tindakan Jabatan Kecemasan dan BMU Hospital
Jabatan Kecemasan
4 - 24 jam > 50% Ketua Jabatan Kecemasan, Ketua Jabatan Disiplin
Utama, Penyelia Jururawat Kawasan, Penyelia Jururawat
atas panggilan, Penyelia Hospital, BMU Hospital
>24 jam > 20% Ketua Penyelia Jururawat Hospital, Ketua Penyelia
Hospital, BMU Hospital, Pengarah Hospital, BMU Lead
Hospital
21
2.4.3 Carta Alir 5: Proses kemasukan pesakit dari Jabatan Kecemasan dan
Trauma
Pesakit dirujuk kepada Primary Team
Kes memerlukan kemasukan ke wad
NC Jab Kecemasan memaklumkan < 4jam
kepada BMU Hospital
Penempatan pesakit di wad oleh
BMU Hospital mengikut level of care
yang ditetapkan
Katil Proses penyediaan katil
sedia
Pesakit dimasukan ke BMU hospital memaklumkan
wad kepada NC Jabatan Kecemasan
Tiada katil
BMU hospital memaklumkan
kepada BMU Lead Hospital
**BMU akan bekerjasama dengan Liason officer (LO) di Jabatan Kecemasan untuk
melancarkan proses kemasukan pesakit.
22
2.4.4 Proses Pengoperasian Kemasukan Pesakit Kes General Elective
Kemasukan pesakit secara elektif terbahagi kepada dua;
a. Berjadual (scheduled) - direct admission
b. Tidak berjadual (non-scheduled) melalui admission lounge.
2.4.5 Pelan Kemasukan Pesakit dari Klinik Kesihatan dan antara hospital
a. Kemasukan pesakit daripada klinik kesihatan, hospital kluster dan hospital-
hospital lain perlu melalui BMU untuk memastikan kelancaran aliran
pergerakan pesakit.
b. Bagi kes akut, koordinasi antara Pakar Kecemasan adalah penting terutama
kes-kes yang perlu distabilkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma atau
kelewatan dalam kekosongan katil.
c. BMU akan bekerjasama dengan Liaison officer (LO) di Jabatan Kecemasan
dan Trauma untuk melancarkan proses kemasukan pesakit.
Carta Alir 6: Rujukan kes dari Klinik Kesihatan ke Hospital
23
Carta Alir 7: Rujukan kes antara hospital
2.5 Pemantauan Kapasiti Katil & Census
Terdapat beberapa sistem yang digunapakai dalam pengurusan katil di hospital-hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada hospital IT atau non-IT.
2.5.1 Proses Pengumpulan Data
Data-data akan dikumpul oleh anggota Unit BMU dan akan dikongsikan bersama
BMU Kluster.
2.5.2 Pangkalan Data Pesakit Hospital
a. Sistem informasi hospital
b. Hub Pengurusan Katil Pesakit
2.4.3 Pemantauan Kapasiti Katil
a. Ketua Unit BMU dan pasukan BMU akan membuat pemantauan pada masa
yang ditentukan untuk memastikan sistem kemasukan pesakit yang lancar.
b. Ketua Unit BMU dan pasukan BMU juga perlu mengenalpasti masalah dan
penyelesaian masalah tersebut.
24
2.5.4 Kualiti & Audit (Pemantauan & Penilaian)
2.5.4.1 Rujukan Tetapan Key Performance Index (KPI)
Berikut merupakan tetapan KPI Pengarah Kesihatan Negeri iaitu Bed Waiting
Time yang diguna pakai di hospital - hospital di Negeri Selangor iaitu < 4 jam, 240
minit.
2.5.4.2 Pemantauan Indikator
Bagi mencapai pengurusan katil yang optimum, BMU menetapkan beberapa
pemantauan indikator berdasarkan tetapan KPI Lean Healthcare. Berikut
merupakan contoh pemantauan indikator dan sasaran hospital berdasarkan
pengumpulan data tahunan BMU iaitu:
a. Bed Waiting Time (BWT): Purata masa menunggu katil dari arahan masuk
wad oleh doktor sehingga pesakit dihantar ke wad < 240 minit (4 jam).
b. Bed Turn Around Time 1 (BTT1): Purata masa katil dikosongkan dapat
disediakan untuk pesakit baru ≤ 30 minit. (kes yang tidak berjangkit)
c. Discharge Time (DT): Masa pesakit keluar dari wad selepas arahan
dibenarkan pulang oleh doktor < 4 jam.
d. Bed Occupancy Rate (BOR): Bilangan katil operasi di setiap wad adalah
ditetapkan mengikut garis panduan penjarakkan katil oleh kawalan infeksi.
Kadar penggunaan katil perlu dioptimalkan di setiap wad dan disiplin (BOR
>85%) namun dalam masa yang sama, BOR wad tidak melebihi 100%. (Tiada
konsep penambahan katil, sekiranya BOR >85%, tindakan bagi menangani
potensi surge capacity akan diaktifkan iaitu Polisi katil terbuka).
2.5.4.3 Audit:
a. Health performance indicator - % katil diberi/ ditolak oleh hospital.
b. Tempoh penginapan pesakit di Jabatan Kecemasan.
c. Incident Reporting kes yang ditolak / tidak diberi katil.
25
3. RESPON SURGE CAPACITY PERINGKAT
HOSPITAL
3.1 Pengenalan
Definisi Respon Surge Capacity adala kemampuan fasiliti kesihatan untuk
mengembangkan perkhidmatan dengan mendapatkan wargakerja, bekalan, peralatan,
struktur dan sistem dalam menyediakan perawatan yang berkesan untuk memenuhi
situasi kecemasan semasa peningkatan pesakit yang melebihi kemampuan infrastruktur
perubatan atau kapasiti normal.
3.2 Objektif
a. Meningkatkan bilangan katil yang sedia ada di hospital terlibat
b. Menambahkan kapasiti sumber manusia
c. Menambahkan peralatan perubatan dan bukan perubatan/ ubat-ubatan dan
kewangan
d. Menambah penggunaan ruang/struktur
e. Mengurangkan access block di Jabatan Kecemasan dan Trauma
f. Meningkatkan kerjasama antara BMU hospital, kluster dan negeri
3.3 Indikator Surge Capacity
a. Bed Occupancy Rate (BOR)
i. Meliputi peratusan penggunaan katil yang efisien oleh pesakit dalam
sesuatu masa
ii. Penggunaan katil merangkumi katil-katil kritikal di wad ICU/ CCU/ NICU/
PICU/ HDW dan katil-katil non-kritikal di wad general
iii. BOR Hospital:
• 90 - 94%: aras untuk status kuning. Mengaktifkan pelan tindakan
hospital.
• ≥ 95%: aras untuk status merah. Mengaktifkan sistem hospital
kluster.
iv. BOR cluster Hospital*:
• ≥ 90%: aras untuk memaklumkan kepada BMU negeri
* BOR cluster Hospital bermaksud gabungan BOR semua hospital dalam satu cluster
26
b. Kapasiti sumber
i. Penggunaan sumber manusia, kewangan, peralatan perubatan dan
bukan perubatan telah mencapai tahap maksimum
ii. Indikator kapasiti sumber adalah seperti berikut:
● Kapasiti Sumber Manusia
- Mobilisasi sumber manusia yang sedia ada di dalam hospital dan
pasif call yang bertugas (Status Kuning)
- Mobilisasi ke semua sumber manusia di hospital yang terlibat
(status merah)
● Kapasiti Peralatan: Penambahan keperluan peralatan perubatan
dan bukan perubatan/ ubat-ubatan dan kewangan:
﹘ Apabila penggunaan telah mencapai tahap minima par level
(status kuning)
﹘ Apabila penggunaan mencapai tahap di bawah minima par level
(status merah)
c. Kapasiti infrastruktur
i. Penggunaan ruang dan struktur bangunan telah mencapai tahap
maksima (status kuning)
ii. Penggunaan ruang dan struktur bangunan telah mencapai melebihi
tahap maksima (status merah)
d. Access Block di Jabatan Kecemasan dan Trauma
i. Pesakit masih berada Jabatan Kecemasan dan Trauma melebihi 4 jam
selepas keputusan kemasukan ke wad telah dibuat oleh primary team
ii. Indikator access block:
Definasi: Peratus pesakit menunggu kemasukan ke wad melebihi 4
jam:
● ≥ 20%: aras untuk mengaktifkan status kuning
● ≥ 50%: aras untuk mengaktifkan status merah
Peratus indikasi access block =
Bilangan pesakit menunggu kemasukkan ke wad melebihi 4 jam x100
Bilangan pesakit menunggu kemasukkan ke wad
*selepas keputusan kemasukan ke wad telah dilakukan oleh primary team
27
3.4 Pelan Tindakan dan Proses Pelaksanaan
Bil. Objektif Status Kuning Status Merah
1. Meningkatkan Indikator: Indikator:
bilangan katil BOR 90 - 94% BOR ≥ 95%
yang ada di
hospital terlibat ● Analisa bancian harian BOR Mengaktifkan sistem
selama 3 hari berturut-turut hospital kluster
● Menambahkan bilangan katil ● BMU hospital
dalam disiplin yang terlibat memaklumkan dan
mengkoordinasi dengan
● Mengenalpasti katil kosong di BMU Hospital Kluster
disiplin lain di dalam hospital
dan memindahkan pesakit
yang memenuhi kriteria yang
telah ditetapkan
● Mempercepatkan dan
menambah kekerapan proses
discaj
● Mewujudkan Discharge
Lounge untuk pesakit yang
telah di discaj
● Mengenalpasti dan
mempercepatkan kemasukan
ke rumah kebajikan/ rumah
NGO untuk pesakit yang
berkaitan
2. Menambahkan Indikator:
kapasiti sumber Kapasiti sumber manusia Kapasiti sumber manusia
manusia Mobilisasi sumber manusia Mobilisasi kesemua sumber
manusia di hospital yang
yang sedia ada di dalam terlibat
hospital dan pasif call yang • Mobilisasi sumber
manusia dari hospital
bertugas
28
● Pengaktifan jadual pelan
bencana hospital kluster
● Penggunaan sumber manusia
yang maksima
Contoh: staf - staf yang
bercuti/ day off perlu
dipanggil untuk bertugas
3. Menambahkan Indikator:
peralatan Kapasiti Peralatan Kapasiti Peralatan
perubatan dan Penggunaan mencapai tahap Penggunaan mencapai
tahap di bawah minima par
bukan level
perubatan/ ubat- minima par level
● Mengaktifkan bantuan
ubatan dan ● Memohon peruntukan Hospital Kluster
kewangan tambahan
Menambah Indikator: Kapasiti struktur
penggunaan Kapasiti struktur
ruang/struktur Penggunaan ruang/struktur
Penggunaan ruang/struktur yang yang maksima
sedia ada
4. Mengurangkan Indikator:
access block di Access block Access block
Jabatan Peratus pesakit menunggu Peratus pesakit menunggu
Kecemasan dan kemasukan ke wad
Trauma kemasukan ke wad melebihi 4 melebihi 4 jam: ≥ 50%
jam: ≥ 20%
● Pesakit yang menunggu ● Mengaktifkan
kemasukkan perlu diperiksa bantuan hospital
semula secara berkala kluster
● Penyelarasan antara jabatan
kecemasan, primary team
dan BMU hospital untuk
mempercepatkan
pemindahan
# Sila rujuk kepada dokumen berkaitan dengan proses discaj pesakit
29
3.5 Pelan Tindakan Surge Capacity
3.5.1 Bed Crisis
Definisi Bed Crisis adalah:
a. Apabila jumlah pesakit pending melebihi kapasiti di Jabatan Kecemasan dan
Trauma.
b. Apabila berlaku pengisytiharan kecemasan / bencana / darurat kesihatan oleh
Kerajaan / KKM / Pengurusan Tertinggi Hospital, yang memungkinkan
pertambahan pesakit secara mendadak di Jabatan Kecemasan dan
pertambahan kemasukan pesakit.
Pelan Tindakan Bed Crisis bermula apabila kesemua katil di disiplin utama (primary
department) telah digunakan sepenuhnya. Ketua Unit BMU bersama pasukan BMU dan
Pengurusan Tertinggi Hospital akan berbincang dan merangka strategi tindakan
selanjutnya. Pengarah akan mengaktifkan Bed Crisis Management Team (BCMT) untuk
memaklumkan situasi Bed Crisis dan seterusnya mengaktifkan Polisi Katil Terbuka (Open
Bed Policy).
Bed Crisis Management Team (BCMT) merangkumi:
a. Pengarah Hospital
b. Semua Timbalan Pengarah Hospital
c. Ketua BMU
d. Ketua Jabatan / Ketua Unit (semua atau yang terlibat)
e. Ketua Penyelia Jururawat Hospital
f. Ketua Penyelia Hospital (PPP)
3.5.2 Polisi Katil Terbuka
Polisi Katil Terbuka bermaksud pengurusan semua katil di hospital akan dipindah milik
sebagai hak Pengarah Hospital sepenuhnya dan tidak diletakkan secara langsung
dibawah seliaan jabatan/disiplin. Oleh itu, pesakit boleh dimasukkan di mana-mana katil
kosong di wad / jabatan mengikut keadaan pesakit (acute/sub-acute/isolation) tanpa
mengira disiplin / diagnosis kemasukan.
Polisi ini tertakluk kepada budi bicara Pengarah Hospital dan perbincangan bersama
Ketua Unit BMU dan/atau Bed Crisis Management Team (BCMT), mengikut keperluan
dan situasi semasa, serta mengikut kepentingan perkhidmatan.
30
Polisi Katil Terbuka berkuatkuasa dalam situasi:
a. Lonjakan kes pesakit akut dan/atau step up flow pesakit, termasuk di Jabatan
Kecemasan dan Trauma, ICU atau mana mana Jabatan.
b. Waktu menunggu mendapatkan katil yang lama di Jabatan Kecemasan dan
Trauma mengikut budi bicara Pengarah Hospital.
c. Situasi kecemasan / bencana / darurat kesihatan.
d. Segala tindakan pengoperasian katil bagi mengawal kesesakan di wad telah
diambil.
e. Jangkaan situasi krisis yang teruk sehingga boleh menjejaskan pergerakan
dan memberi kesan kepada penggunaan katil pesakit di hospital. Ini melibatkan
semua aliran pesakit:
i. Elektif (dijadual / tidak dijadual)
ii. Akut
iii. Step Down Care (pergerakan pesakit stabil)
iv. Step Up Care (pergerakan pesakit kritikal)
v. Pindah masuk (dalaman dan luaran hospital)*
Status dan fungsi disiplin di wad-wad tersebut boleh bertukar mengikut keperluan semasa
dengan persetujuan Pengarah atau Ketua BMU Hospital.
Jabatan boleh diberi budi bicara untuk menguruskan katil dan kemasukan pesakit ke
wad/disiplin masing-masing mengikut keperluan perkhidmatan dan kepakaran klinikal.
Namun, Ketua BMU Hospital dan Pengarah boleh mengubah kelonggaran tersebut
mengikut situasi dan keperluan semasa, atau apabila dirasakan perlu.
BMU Lead Hospital akan dimaklum untuk tindakan tambahan pergerakan pesakit
melibatkan antara hospital kluster.
3.5.3 Fungsi BMU Hospital ketika Surge Capacity
Bed Crisis Management Team (BCMT) akan diaktifkan oleh Pengarah Hospital untuk
memaklumkan situasi Bed Crisis dan seterusnya mengaktifkan Polisi Katil Terbuka (Open
Bed Policy).
Langkah langkah yang diambil:
a. Menambah katil operasi di setiap wad di mana staf BMU akan memaklumkan
kepada Ketua Jururawat atas panggilan dan Penyelia Jururawat Kawasan
berkaitan bed crisis ke semua wad/disiplin yang terlibat.
31
b. Keutamaan Sistem Lodger
i. BMU Hospital akan meminta Primary Team untuk memilih pesakit yang
sesuai untuk di pindahkan ke wad / disiplin lain.
ii. BMU Hospital akan maklum kepada Penyelia Jururawat dan Ketua
Jururawat atas panggilan untuk menghubungi setiap wad yang berkaitan
mengenai pesakit yang akan di lodger dan memaklumi primary team akan
kemasukan pesakit lodger agar perawatan dapat diteruskan.
c. Pemakluman kepada BMU Lead Hospital
3.6 Pembangunan Kapasiti (Capacity Building)
3.6.1 Definisi
Proses pembangunan dan pengukuhan kemahiran, kebolehan dan sumber yang
diperlukan oleh sesuatu organisasi atau komuniti untuk meneruskan perkhidmatan yang
efektif
a. Individu
Penambahbaikan komunikasi, kemahiran, ciri-ciri kepimpinan, latihan dan
kesedaran
b. Organisasi
i. Penambahan peruntukan dana, sukarelawan, kakitangan kontrak
ii. Penambahbaikan kerjasama antara kerajaan dan swasta
iii. Penambahbaikan teknologi dan informasi
*Audit dan evaluasi plan tindakan yang berterusan
3.6.2 Step Down Plan
Pesakit boleh dimasukkan ke hospital kluster / hospital kluster silang
3.6.3 Pemegang taruh & pihak bertanggungjawab (Stakeholders)
a. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
b. BMU negeri
c. Pengarah Hospital
d. Ketua Jabatan
e. BMU hospital
32
3.7 RINGKASAN EKSEKUTIF
Bil Surge Capacity Surge Capacity Pelan Tindakan
Indicator Indicator
Meningkatkan bilangan katil
Status Kuning Status Merah
Status Kuning:
1 BOR 90 - 94% BOR ≥ 95% Meningkatkan bilangan katil
yang ada di hospital terlibat
Status Merah:
Mengaktifkan sistem hospital
kluster
2 Kapasiti sumber Kapasiti sumber Menambahkan kapasiti sumber
manusia manusia manusia
Mobilisasi sumber Mobilisasi kesemua Status Kuning:
manusia yang sedia sumber manusia di -Pengaktifan jadual pelan
ada di dalam hospital hospital yang terlibat bencana hospital
dan pasif call yang
bertugas -Penggunaan sumber yang
maksima
Status Merah:
Mobilisasi sumber manusia dari
hospital kluster
3 Kapasiti Sumber Kapasiti Sumber Menambahkan peralatan
perubatan dan bukan perubatan/
Penggunaan mencapai Penggunaan mencapai ubat-ubatan dan kewangan
tahap minima par level tahap di bawah minima
Status Kuning:
par level Memohon peruntukan tambahan
Status Merah:
Mengaktifkan bantuan Hospital
Kluster
33
4 Kapasiti Sumber Kapasiti Sumber Menambah penggunaan
ruang/struktur
Penggunaan Penggunaan
ruang/struktur yang ruang/struktur yang Status Kuning:
sedia ada maksima Penggunaan ruang/struktur
yang sedia ada
Status Merah:
Penggunaan ruang/struktur
yang maksima
5 Access Block Access Block Mengurangkan access block di
Peratus pesakit Peratus pesakit Jabatan Kecemasan dan
menunggu kemasukan menunggu kemasukan ke Trauma
ke wad melebihi 4 jam: wad melebihi 4 jam: Status Kuning:
≥ 20% ≥ 50% -Pesakit yang menunggu
kemasukkan perlu diperiksa
semula secara berkala
-Penyelarasan antara jabatan
kecemasan, primary team dan
BMU hospital untuk
mempercepatkan pemindahan
Status Merah:
Mengaktifkan bantuan hospital
kluster
34
4. RESPON SURGE CAPACITY PERINGKAT
NEGERI
4.1 Objektif
Menyelaras dan merancang hala tuju perkhidmatan fasiliti kesihatan di Selangor apabila
perkhidmatan melebihi kapasiti norma untuk memenuhi keperluan perawatan pesakit di
hospital-hospital kluster.
4.2 Terma rujukan
Penglibatan surge capacity response di peringkat negeri Selangor apabila memenuhi
salah satu indikator. Indikator surge capacity di peringkat negeri adalah seperti berikut:
a. Kadar bed occupancy rate bagi katil bukan kritikal (katil beroperasi) di peringkat
kluster melebihi 90% atau atas budi bicara Ketua Kluster.
b. Kekurangan bilangan sumber manusia yang bertugas untuk operasi hospital
yang optima.
c. Sumber kapasiti seperti peralatan perubatan dan bukan perubatan tidak
mencukupi sehingga menyebabkan penjagaan pesakit terjejas.
d. Jika terdapat mana-mana situasi kritikal yang menjejaskan penjagaan pesakit
di peringkat hospital/ fasiliti kesihatan.
4.3 Pelan tindakan
a. Penglibatan BMU Negeri dalam menyelaras kemasukan pesakit ke semua
fasiliti kesihatan di Selangor.
b. Memastikan BMU di peringkat hospital & kluster hospital telah
mengoptimumkan penggunaan katil
c. Mengenalpasti fasiliti hospital yang dapat menerima kemasukan pesakit
sementara seperti hospital swasta dan hospital bukan KKM.
d. Menyelaras pengaktifan pusat jagaan sementara.
e. Merancang mobilisasi sumber manusia di dalam negeri.
f. Menyelaras penggunaan sumber dan infrastruktur secara optima di dalam
negeri.
35
g. Mengkoordinasi dan berhubung dengan negeri dan agensi lain untuk
rancangan krisis.
4.4 Proses kerja dan komunikasi BMU di negeri Selangor
Berikut adalah proses kerja surge capacity response di peringkat negeri Selangor.
a. Ketua BMU Hospital / BMU Lead Hospital bertanggungjawab memaklumkan
kepada Ketua Kluster keperluan untuk melibatkan BMU Negeri kepada
Pengarah Kesihatan Negeri.
b. Pengarah Kesihatan Negeri bertanggungjawab menggerakkan BMU di
peringkat negeri.
Carta Alir 8: Proses komunikasi BMU di Negeri Selangor
4.5 Pembangunan Kapasiti (Capacity Building)
Menyelaras proses pembangunan dan pengukuhan kemahiran, kebolehan, proses dan
sumber yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan standard penjagaan pesakit di
peringkat hospital/ fasiliti kesihatan dapat dilaksanakan
4.5.1 Penyelarasan perkhidmatan yang diperlukan
a. Menjadi pusat koordinasi untuk menyelaras bantuan berdasar keperluan
khusus.
b. Menyelaras perundingan di antara agensi-agensi termasuk perkhidmatan
awam, swasta dan badan bukan berkanun
36
c. Memperluaskan penggunaan sistem teknologi maklumat untuk memudahkan
proses kerja dan sistem perhubungan.
4.5.2 Penyelaras program latihan
a. Koordinasi program latihan untuk anggota kesihatan untuk memperkasakan
anggota berdasarkan keperluan khusus.
b. Koordinasi program latihan untuk anggota bukan kesihatan untuk
memperkasakan anggota berdasarkan keperluan khusus.
4.5.3 Pusat sumber maklumat
a. Menjadi sumber rujukan maklumat kepada semua fasiliti kesihatan dalam
negeri.
b. Menjadi sumber rujukan maklumat kepada semua agensi kerajaan dan bukan
kerajaan.
c. Menjadi platform untuk perkongsian data dan informasi terkini.
4.6 Step Down Care
Objektif step down care:
a. Merancang hala tuju operasi, keperluan sumber dan infrastruktur di negeri
Selangor untuk memenuhi keperluan semasa bagi pengurusan perkhidmatan
pesakit yang optima.
b. Memindahkan pesakit yang stabil ke fasiliti lain bagi memberi ruang kepada
pesakit yang lebih kritikal.
Berikut adalah fasiliti-fasiliti yang boleh dipertimbangkan untuk pelaksanaan step down
care:
a. Hospital kerajaan di negeri lain
b. Klinik Kesihatan / Jabatan Pesakit Luar
c. Domisiliari / Pusat penjagaan rumah
d. Badan bukan berkanun
e. Pusat perawatan sementara
f. Hospital swasta
37
4.7 Agensi - agensi yang terlibat
BMU Negeri bertanggungjawab menyelaras agensi-agensi kesihatan dan bukan
kesihatan yang terlibat dalam respon surge capacity. Agensi-agensi tersebut adalah
seperti berikut:
a. Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Kesihatan Negeri
b. Agensi-agensi kerajaan
c. Badan bukan berkanun
d. Hospital dalam rangkaian
e. Anggota kesihatan
f. Pihak pengurusan hospital
g. Perkhidmatan sokongan klinikal
h. Syarikat insurans
i. Pesakit
38
5. BED MANAGEMENT UNIT (BMU) NEGERI
SELANGOR
5.1 Terma Rujukan
a. Mengkoordinasi aktivit-aktiviti berkaitan dengan kemasukan pesakit-pesakit ke
fasiliti di bawah naungan JKNS berdasarkan kategori dan keperluan pesakit
mengikut keadaan klinikal dan kesesuaian wad/katil.
b. Membantu menyelaraskan kemasukan pesakit-pesakit dari fasiliti-fasiliti
kesihatan yang mengalami masalah peningkatan kemasukan pesakit secara
mendadak/surge capacity termasuk menentukan penempatan dan pergerakan
pesakit ke fasiliti yang berada di dalam wilayah Selangor atau kluster hospital.
c. Merancang hala tuju operasi, keperluan sumber dan infrastruktur BMU Negeri
Selangor untuk memenuhi keperluan semasa bagi pengurusan perkhidmatan
pesakit yang efektif.
d. Memantau keperluan katil kritikal di setiap fasiliti-fasiliti kesihatan di bawah
naungan JKNS dan mengaturkan keperluan katil-katil tersebut mengikut
keperluan semasa.
5.2 Carta Alir Kerja
Carta Alir 9: Proses kemasukan pesakit kecemasan atau tidak stabil ke jabatan
kecemasan dan trauma.
39
Carta Alir 10: Proses rujukan pesakit dari fasiliti kesihatan ke fasiliti rujukan.
5.3 Sumber Manusia dan Carta Organisasi
Pasukan gerak kerja BMU Negeri Selangor boleh terdiri daripada pegawai perubatan,
penyelia jururawat, penyelia penolong pegawai perubatan dan staf sokongan bukan
klinikal yang dilantik oleh JKNS. Pasukan ini akan diketuai oleh pakar perunding atau
pakar perubatan yang dipantau oleh JKNS.
40
Carta Organisasi Jawatankuasa BMU Negeri Selangor
Carta Organisasi BMU Negeri Selangor
5.3.1 Peranan dan tanggungjawab
a. Pengarah Kesihatan Negeri (PKN):
i. Pengarah Kesihatan Negeri berkuasa untuk melantik Ketua BMU di
peringkat negeri
ii. bertanggungjawab untuk memantau situasi semasa BMU
iii. mengetuai pembentukan polisi dan strategi pengurusan BMU
41
b. Ketua BMU Negeri Selangor:
i. Melantik jawatankuasa dan mengagihkan tugasan mengikut keperluan.
ii. Memberi perancangan klinikal berdasarkan bidang masing-masing
iii. Mempunyai mandat untuk menentukan penempatan pesakit
iv. Memastikan kualiti klinikal terjamin
v. Menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa BMU Hospital di dalam
Selangor
c. Ketua BMU Lead Hospital:
i. Menjadi ketua Jawatankuasa BMU Kluster
ii. Bertanggungjawab untuk menguruskan isu-isu berkenaan di dalam
kluster berkenaan.
iii. Memantau BMU di bawah kluster masing-masing (pengumpulan data)
iv. Mengadakan mesyuarat berkala bersama kluster di bawah jagaan
mereka.
● Pegawai Perubatan:
Operasi harian BMU, mengumpul data, dokumentasi klinikal,
membantu dalam proses rujukan pesakit antara fasiliti
● Penyelia Jururawat:
Operasi harian BMU, mengumpul data, dokumentasi klinikal,
membantu dalam proses rujukan pesakit antara fasiliti
● Penyelia Penolong Pegawai Perubatan:
Operasi harian BMU, mengumpul data, dokumentasi klinikal,
membantu dalam proses rujukan pesakit antara fasiliti
● Staf sokongan klinikal:
Logistik dan pemfailan rekod operasi dan dokumen-dokumen
berkaitan BMU
Jumlah staf yang bertugas di BMU Selangor perlu diubahsuai mengikut keperluan
semasa.
42
5.3.2 Lokasi pengoperasian
Lokasi pengoperasian akan ditentukan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri.
5.3.3 Peruntukan
Pembiayaan peruntukan operasi adalah dibawah peruntukan Jabatan Kesihatan
Negeri.
5.4 Pemantauan kapasiti katil dan census
a. Pemantauan kapasiti katil adalah penting untuk membantu dalam membuat
keputusan kemasukan pesakit ke wad daripada pelbagai pusat rujukan klinikal.
Ini adalah penting untuk mengelakkan kelewatan kemasukan ke wad dan
memastikan pesakit mendapat katil yang sesuai.
b. Kapasiti katil di negeri Selangor boleh dipantau menggunakan papan pemuka
/ dashboard yang dikemas kini oleh bed manager hospital di Selangor.
c. Kapasiti katil setiap hospital di Selangor adalah berbeza dan setiap hospital
mempunyai perkhidmatan klinikal yang khusus. Contohnya, Hospital Ampang
mempunyai lebih kemasukan pesakit hematologi manakala Hospital Selayang
mempunyai lebih kemasukan pesakit hepatobiliari.
d. Pusat-pusat rawatan khas seperti (eg; IKN, HRC & IPR) akan dikecualikan
dalam pengiraan BOR kluster.
e. Mesyuarat akan dilakukan secara berkala atau mengikut keperluan
berdasarkan situasi semasi bagi membincangkan isu-isu berbangkit.
5.5 Peranan BMU Negeri Selangor
5.5.1 Peranan BMU Negeri Selangor semasa penyeliaan harian
a. Pemantauan data:
i. Data kapasiti katil di peringkat hospital
ii. Data kapasiti katil di peringkat kluster
iii. Data kapasiti dan keperluan katil di peringkat negeri
43
b. Pemantauan dan pelaksanaan tindakan bagi insiden rujukan pesakit (Carta 5)
i. Menerima laporan kejadian (incident reporting) serta melaksanakan
tindakan penyiasatan susulan bagi sebarang insiden berkaitan rujukan
pesakit
ii. Mencadang dan melaksanakan penambahbaikan sistem rujukan dan
kemasukan pesakit ke wad
5.5.2 Peranan BMU Negeri Selangor ketika situasi krisis
a. BMU Negeri akan mengkoordinasikan sistem rujukan serta diberi mandat
penuh untuk menentukan kemasukan pesakit di kesemua institusi kesihatan
KKM di negeri Selangor.
b. BMU Negeri membantu dalam melaksanakan pengurusan sumber dan
keperluan agar memastikan kapasiti perkhidmatan perubatan dapat
menampung lonjakan jumlah pesakit yang luar biasa
c. Berkolaborasi dengan agensi agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta
dalam membantu pengurusan peningkatan kapasiti perkhidmatan perubatan
dalam situasi bencana
5.5.3 Proses Penglibatan BMU Negeri Selangor
Sila rujuk kepada Carta Alir 8 bagi proses kerja komunikasi risiko BMU negeri
44
Carta Alir 9: Mekanisme pemantauan dan pelaksanaan tindakan bagi insiden rujukan
pesakit
45
5.6 Indikator mode krisis BMU Negeri Selangor
Indikator Surge Capacity di peringkat negeri Selangor:
a. Kadar penggunaan katil bukan kritikal (katil beroperasi) di peringkat hospital
kluster melebihi 90% atau atas budi bicara Ketua Kluster.
b. Kekurangan bilangan sumber manusia yang bertugas melebihi 20%.
c. Sumber kapasiti seperti peralatan perubatan dan bukan perubatan tidak
mencukupi sehingga menyebabkan penjagaan pesakit terjejas.
d. Jika terdapat mana-mana situasi kritikal yang menjejaskan penjagaan pesakit
di peringkat hospital/ fasiliti kesihatan.
5.7 Kualiti dan Audit Analisis
Proses Operasi BMU Negeri mestilah berdasarkan kepada data-data primer dan berkala
yang dibekalkan oleh setiap BMU Hospital di dalam negeri Selangor untuk membolehkan
keputusan yang cepat dan tepat dilakukan.
46
6. SISTEM DAN INFRASTRUKTUR
6.1 Objektif
Cadangan untuk membangunkan satu sistem Dashboard Ketersediaan Katil/ Bed
Availability dan Kadar Penghunian Katil/ Beds Occupancy Rate (BOR) di setiap hospital.
Sistem ini berciri web based dan aplikasi alat mudah alih / mobile app di mana satu
data analisa atau dashboard perincian maklumat kesediaan katil dipaparkan.
Pemantauan dashboard adalah secara real time dengan indikator yang dapat membantu
pihak pengurusan membuat keputusan yang pantas, cekap, betul dan efisien.
6.2 Operasi Sistem Dashboard
a. Data/ integrasi data bermula dari rekod maklumat hospital, wad, katil, pesakit;
kakitangan serta lain-lain yang diperlukan.
b. Operasi sistem Dashboard berkemampuan dan berkebolehan untuk memantau
kes harian yang dirujuk terutama kes yang belum selesai dimasukkan ke wad.
c. Pengguna sistem juga boleh memantau, mengetahui, mengemaskini dan
membuat keputusan dengan kadar segera berdasarkan paparan informasi di
Dashboard.
d. Dashboard yang dibangunkan adalah mobile responsive yang sesuai beroperasi
di semua media sama ada komputer peribadi, komputer riba, tablet dan telefon
bimbit.
e. Penggunaan aplikasi alat mudah alih akan menggantikan kaedah
komunikasi/interaksi melalui Whatsapp yang berisiko dari segi keselamatan dan
kebocoran data.
6.3 Kelebihan Sistem Dashboard
Pengguna sistem Dashboard mempunyai kelebihan seperti berikut:
a. Pengguna sistem boleh melihat/view status terkini Ketersediaan Katil/Bed
Availability dan Kadar Penghunian Katil/ Beds Occupancy Rate (BOR) setiap
hospital melalui sistem atau mobile apps.
47
b. Pengguna sistem boleh kemaskini/update status terkini bed availability melalui
sistem atau aplikasi alat mudah alih.
c. Pengguna boleh mencapai/access sistem Dashboard pada bila-bila masa atau
tempat melalui aplikasi alat mudah alih jika ada capaian internet.
d. Memaparkan jumlah keseluruhan katil di hospital.
e. Memaparkan jumlah katil di setiap wad.
f. Memaparkan jumlah katil kosong di semua wad.
g. Memaparkan jumlah katil yang telah diisi di semua wad.
h. Memaparkan peratus (%) BOR setiap hospital.
6.4 Keperluan Minimum Sistem & Infrastruktur
Keperluan minimum untuk pembangunan Dashboard adalah seperti berikut:
a. Kelulusan kertas kerja Infostruktur dan Infrastruktur yang lengkap bagi
pembangunan sistem
b. Tadbir urus/ struktur organisasi bagi sistem (stakeholder, pengurusan hospital dan
lain-lain)
c. Pengurusan Perubahan (Transformasi dari segi kaedah, pemikiran dan
pelaksanaan cara kerja yang baharu)
6.5 Metodologi Pembangunan Sistem Dashboard
Metodologi waterfall atau dikenali Jujukan Linear dicadangkan bagi pembangunan sistem
Dashboard. Model ini menerapkan kawalan yang ketat terhadap setiap fasa di dalam
Software Development Life Cycle (SDLC).
Semakan dan pengesahan serahan dilakukan secara formal dengan pemegang taruh/
stakeholder pada setiap penghujung fasa.
48
Sesuatu fasa seterusnya tidak akan dimulakan sekiranya semakan dan pengesahan
serahan bagi fasa semasa tidak disempurnakan.
Rajah 2: Cadangan Metodologi Sistem Dashboard
49
6.6 Cadangan Carta Alir Sistem Dashboard
Carta Alir 10: Cadangan Carta Alir Sistem Dashboard X
50