SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
(PERJIRANAN BANDAR DATO ONN,JOHOR BAHRU,JOHOR)
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD LUT HAZIQ HAKIMI
TINGKATAN:
2 AMBER
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
25/DISEMBER/2022
PERKARA MUKASURAT
MUKA DEPAN 1
2
ISI KANDUNGAN 3
4
PENGHARGAAN 5
6
PENDAHULUAN 7
8
JADUAL KERJA
9-14
OBJEKTIF KAJIAN 15
16
KAEDAH KAJIAN 17-20
LATAR BELAKANG KAWASAN
KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
RUMUSAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail,Encik Razali bin Tamadi kerana
memberikan kebenaran kepada saya dan rakan yang lain untuk menjalankan
kerja lapangan ini dengan jayanya.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya,iaitu
Puan Hanifah Binti Jamaluddin yang telah memberi bimbingan,tunjuk ajar dan
nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa saya iaitu Siti Zulfah dan
Mohd Lutffi yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya
untuk menyiapkan kerja lapangan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan saya yang
telah membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini.Akhir sekali,saya
mengucapkan terima kasih kepada responden Perjiranan Bandar Dato Onn
yang sudi memberi kerjasama.
PENDAHULUAN
Saya Muhammad Lut Haziq Hakimi telah memilih untuk melakukan kajian
Penggunaan Teknologi Hijau di Kawasan Perjiranan Bandar Dato Onn,Johor
Bahru,Johor kerana ia merupakan tempat tinggal saya.Oleh itu,ini dapat
memudahkan saya untuk melalukan tinjauan dan pemerhatian serta membuat
kajian daripada buku teks serta buku teks.
OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian ini,saya akan dapat:
-Menjelaskan konsep Teknologi Hijau
-Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Kawasan Perjiranan
Bandar Dato Onn,Johor Bahru
-Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
-Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
TARIKH PERKARA
5/12/2022
Menerima taklimat dan tugasan kerja
18/12/2022 lapangan Geografi daripada guru mata
19/12/2022 pelajaran iaitu Puan Hanifah binti
Jamaluddin
20/12/2022 Menulis penghargaan dan pendahuluan
21-24/12/2022 Membuat pemerhatian dan mengambil
JADUAL KERJA gambar yang bersesuaian dengan tajuk di
Kawasan kajian
Memberi soal selidik kepada responden
dalam bentuk google form
Membuat konklusi berdasarkan maklumat
yang di ambil daripada soal selidik
Menyiapkan kerja lapangan
KAEDAH KAJIAN
Berikut merupakan 4 langkah yang saya ambil untuk menjayakan kerja lapangan ini.Kaedah
soal selidik,kaedah temu bual,kaedah pemerhatian dan kaedah rujukan.Masa yang saya
ambil untuk menyiapkan kerja lapangan adalah seminggu.
1.Kaedah Pemerhatian.Melalui kaedah pemerhatian,saya dapat menghasilkan peta
lakaran kawasan kajian dan tempat-tempat yang banyak menerapkan Penggunaan
Teknologi Hijau.
2.Rujukan.Kaedah rujukan ini juga banyak membantu saya menyiapkan tugasan
ini.Melalui rujukan internet,saya dapat memperoleh maklumat mengenai Penggunaan
Teknologi Hijau di kawasan kajian yang saya pilih.Melalui rujukan buku teks Geografi,saya
memperoleh lebih banyak maklumat berkenaan Pengunaan Teknologi Hijau.
3.Kaedah Temu Bual.Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka mengenai Penggunaan Teknologi Hijau di
kawasan kajian saya.Saya memilih bebrapa orang penduduk kampung yang telah lama
menetap disitu untuk ditemubual kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang
kaedah kawasan kajian.
4.Kaedah Soal Selidik.Saya telah menemu ramah seramai 10 responden yang terdiri
daripada penduduk perjiaranan menggunakan GOOGLE FORM sebagai boring soal slidik.
DAPATAN KAJIAN
KONSEP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU
Mengikut sumber internet(HARI INOVASI ICT), Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan
aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi
dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi
Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah
Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan
persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Saya memilih Kawasan Perjiranan Bandar Dato Onn,Johor Bahru,Johor sebagai kawasan
kajian saya.Jarak ke pusat Bandar Johor Bahru adalah kira-kira 20km.Pola petempatan
kawasan ini ialah petempatan komersial.
Kawasan ini sering kali menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat pelbagai kemudahan
seperti Masjid,pusat beli belah,hospital,klinik,tempat bersukan,sekolah,restoran dan lain-
lain lagi.
KONSEP DAN TAKRIFAN TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitardan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Menurut KeTHHA, Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memulihara alam
sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.
kesan negatif daripada aktiviti manusia.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN PERJIRANAN
BANDAR DATO ONN
Berdasarkan carta pie ini,100% penduduk di Kawasan Perjiranan Bandar Dato Onn
mengamalkan pengguanaan teknologi hijau untuk memelihara alam sekitar.
Seterusnya,mengikut carta pie diatas penggunaan Tanaman Pokok dan Panel Solar
mempunyai peratusan yang sama iaitu 33.3%. Penanaman pokok dalam kuantiti yang
banyak boleh mengubah iklim mikro di sesuatu tempat dan boleh membekalkan oksigen
kepada hidupan.Bagi penggunaan Panel Solar Pula, tenaga matahari digunakan untuk
menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan panel solar fotovoltaik.Tidak
saya nafikan,kedua-dua cara diatas sangat berkesan untuk memelihara alam sekitar.
Akhir sekali,penggunaan Kereta Hybrid dan Tuai Hujan juga memperoleh jumlah peratusan
yang sama. Penuaian air hujan adalah sebahagian daripada kaedah pembangunan lestari
dan membawa banyak kebaikan kepada pengguna, kerajaan dan alam sekitar. Apabila
digunakan secara besar-besaran, SPAH dapat membantu mengurangi banjir kilat di kawasan
bandar dan meminimumkan hakisan tanah.Bagi penggunaan Kereta Hybrid pula,hibrid
penuh ini mampu bergerak menggunakan tenaga yang dihasilkan oleh enjin sahaja, bateri
sahaja ataupun kedua-duanya sekali.Oleh itu,kita dapat menjimatkan penggunaan minyak
petrol.
KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU
-Menjaga dan meningkatkan kelestarian alam.
-Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran
-Pengguna segala sumber secara berkhemah
-Menjamin pengekalan alam semula jadi
CADANGAN CARA UNTUK MENGGALAKKAN PENDUDUK KAWASAN
PERJIRANAN BANDAR DATO ONN MENGAMALKAN PENGGUNAAN
TEKNOLOGI HIJAU.
-KEMPEN KESEDARAN
-MENAMBAH TANAMAN POKOK
-MELETEKKAN TONG SAMPAH BEWARNA DI SETIAP KAWASAN PERUMAHAN
-MENGADAKAN KEMPEN PENANAMAN POKOK BERAMAI-RAMAI
-MENGADAKAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA
RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang saya telah buat,saya mendapati bahawa terdapat banyak pokok
yang telah ditanam oleh penduduk di Bandar Dato Onn.Tidak saya nafikan,penduduk di
Bandar Dato Onn mempunyai kesedaran yang tinggi.
Saya memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam Geografi
berdasarkan maklumat-maklumat dan sumber yang saya terima daripada penduduk di
Bandar Dato Onn
Oleh itu,saya ingin mengajak anda untuk mengalakkan penggunaan teknologi hijau dalam
kehidupan bagi memelihara alam sekitar
RUJUKAN
INTERNET: https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-
teknologi-hijau
BUKU: BUKU GEOGRAFI TINGKATAN 2
LAMPIRAN
POKOK YANG TELAH DITANAM OLEH PENDUDUK SETEMPAT
SOAL SELIDIK
TEMU BUAL
LUT:Asalammualaikum Pakcik,banyak sungguh tanaman pokok yang cantik di rumah pakcik.
Pak Cik Bakhtiar:Waalaikummusalam Lut,Terima Kasih…….,Pakcik memang suka menanam
pokok di masa lapang.
Lut:Ouh,kalau begitu.Boleh saya menemu bual Pakcik untuk Kerja Lapangan Geografi saya?
Pakcik Bakhtiar:Sudah tentu boleh.
Lut:Kalau begitu,boleh Pakcik mengenalkan diri Pakcik dan sudah berapa lama Pakcik
enetap di kawasan perumahan di sini?
Pakcik Bakhtiar:Boleh….Nama Pakcik Bakhtiar bin Wahab.Pakcik sudah menetap di sini
Selama 4 tahun.
Lut: Adakah Pakcik mengamalkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan Pakcik?
Pakcik Bakhtiar:Sudah tentu ya,Pakcik selalu menanam pokok bunga pada masa lapang.
Pakcik juga telah memasang penal solar.
Lut:Wah,boleh Pakcik memberi sedikit pesanan kepada masyarakat supaya mengamalkan
penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan mereka?
Pakcik Bakhtiar:Kita sebagai penduduk di muka bumi ini haruslah mempunyai kesedaran
untuk memelihara alam sekitar.Ini kerana sudah banyak impak negatif
yang berlaku kepada alam sekitar.Oleh itu,mari lah kita memberi impak
positif kepada alam sekitar.
Lut:Terima Kasih Pakcik kerana memberi Kerjasama yang baik.
Pakcik Bakhtiar:Sama-sama