The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

untuk guru dan pelajar mudah membawa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kuleenothman, 2019-01-07 08:32:01

SAINS TAHUN 6

untuk guru dan pelajar mudah membawa

Keywords: SAINS THN6

1. Ramalkan tempoh masa belon udara kecil
terbang sekiranya kepingan plastic digunakan
menggantikan kertas keras.
m/s:-5

Sekiranya kepingan plastik yang digunakan
lebih ringan, tempoh masa penerbangan belon
udara kecil adalah lebih panjang. Manakala
jika kepingan plastic tersebut lebih berat, belon
udara mungkin tidak boleh terbang atau
tempoh masa penerbangan belon udara kecil
adalah lebh singkat.

2. Apakah yang akan berlaku jika gula digantikan
dengan garam?

m/s:-26

Larutan yis dan garam tidak berkembang atau
naik kerana yis tidak dapat bertumbuh dan
membiak. Ini adalah kerana garam bukan
sumber makanan seperti gula.

Cikgu Azleen76 Page 1

3. Mengapakah berlaku perubahaan warna pada
kulapuk?
m/s:-26

Kulapuk berubah warna mengikut peringkat
kematangannya.

4. Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya
hidupan yang mati tidak mereput?

m/s:-35

Longgokan hidupan yang mati yang banyak
akan mengganggu keseimbangan sekitar.

5. Apakah yang akan berlaku jika seekor haiwan
yang hidup berkumpulan terlalu dominan
dalam kumpulannya?
m/s:-56

Cikgu Azleen76 Page 2

Jumlah kumpulan akan berkurangan dan
menjadi lemah.

6. Bagaimanakah interaksi antara haiwan
penting dalam membantu keseimbangan alam?

m/s:-65

Interaksi haiwan penting supaya populasi
hidupan menjadi seimbang.

7. Bagaimanakah interaksi antara tumbuhan
memberikan kesan kepada hidupan lain?

m/s:-67

Tumbuhan merupakan pengeluar yang menjadi
sumber makanan kepada haiwan. Interaksi
antara tumbuhan bertujuan untuk meneruskan
hidup dan membolehkannya menjadi sumber
makanan kepada haiwan.

Cikgu Azleen76 Page 3

8. Bagaimanakah interaksi antara tumbuhan
memberikan kesan yang positif kepada proses
fotosintesis?
m/s:-71

Interaksi antara tumbuhan menyebabkan
tumbuhan mendapat sumber asa ( air,cahaya
matahari, ruang dan nutrient yang mencukupi.
Ini membolehkan tumbuhan meningkatkan
kadar fotosintesis.

9. Sekiranya daya geseran tidak wujud, apakah
yang akan berlaku kepada objek di bumi?

m/s:-103

Sekiranya daya geseran wujud, objek akan
bergerak tanpa henti.

Cikgu Azleen76 Page 4

10. Bagaimanakah reka bentuk tayar lembut dan
tayar kasar dapaat mengatasi masalah yang
disebabkan oleh daya geseran ?
m/s:-104

Rekabentuk tayar lembut tidak bercorak akan
menghasilkan daya geseran yang sedikit. Daya
geseran yang sedikit membolehkan kereta
bergerak lebih laju.
Rekabentuk tayar kasar mempunyai corak dan
menghasilkan daya geseran yang besar.
Daya geseran yang besar diperlukan untuk
menambah cengkaman tayar dan mengelakkan
kereta tergelincir, terutamanya pada
permukaan jalan yang basah.

11. Bagaimanakah bunyi dihasilkan apabila biola
digesek?
m/s:-107

Apabila biola digesek, tali pada kayu biola dan
tali pada biola akan bergeser. Geseran
menghasilkan bunyi.

Cikgu Azleen76 Page 5

12. Mengapakah omboh menghasilkan haba?

m/S:-107

Injap piston yang bergerak akan bergeser.
Geseran yang berlaku di dalam piston
menghasilkan bunyi.

13. Mengapakah kereta api mengambil masa yang
lama untuk berhenti di landasan?

m/s:-107

Geseran yang terhasil di antara roda kereta api
dan landasan adalah sedikit kerana permukaan
landasan yang sedikit. Oleh itu, kereta api
memerlukan masa yang lama untuk berhenti.

14. Mengapakah gelas kaca yang berisi air sejuk
boleh bergerak sendiri apaabila diletakkan di
atas meja kaca?
m/s:-107

Cikgu Azleen76 Page 6

Udara yang berada disekeliling gelas akan
disejukkan oleh permukaan gelas yang sejuk.
Udara akan terkondensasi menjadi wap air,
menyebabkan gelas menjadi basah. Gelas yang
basah dan permukaan gelas kaca yang licin
menyebabkan daya geseran yang terhasil
berkurangan dan menyebabkan daya geseran
yang terhasil berkurangan dan menyebabkan
gelas kaca bergerak.

15. Bagaimanakah topi keselamatan membantu
penunggang basikal ini supaya boleh bergerak
dengan lebih laju?
m/s:-108

Topi keselamatan penunggang basikal
berbentuk aerodinamik iaitu bentuk yang dapat
mengurangkan geseran semasa penunggang
mengayuh dengan laju.

16. Mengapakah rupa bentuk kasut luncur ais
berbeza daripada kasut untuk mendaki
pergunungan ais?
m/s:-114

Cikgu Azleen76 Page 7

Tapak kasut untuk bermain luncur ais dipasang
dengan bilah yang yang nipis bagi
mengurangkan luas permukaan ais. Keadaan
ini mengurangkan geseran dan memudahkan
pergerakan peluncur. Tapak kasut untuk
mendaki pergunungan ais pula dipasang
dengan permukaan bucu tajam bagi
menambahkan geseran dan cengkaman ketika
mendaki gunung ais yang licin.

17. Mengapakah unit kelajuan km/j tidak sesuai
digunakan untuk mengukur kelajuan bagi
seorang murid yang sedang berjalan kaki?
m/s:-_

Murid yang berjalan kaki lebih perlahan. Unit
kelajuan km/j lebih sesuai digunakan untuk
objek yang bergerak laju.

18.Ukuran 50 cm adalah lebih panjang daripada
30 cm. Jika dibandingkan 50 cm/s dengan 30
cm/s, kelajuan manakah lebih laju?

Cikgu Azleen76 Page 8

50 cm/s lebih laju daripada 30 cm/s kerana
jarak pergerakan bagi bagi 50 cm/s adalah
lebih jauh dalam masa satu saat berbanding
dengan 30cm/s.

19. Huraikan kelebihan kaedah pengawetan ini
(jem nenas) dari segi faktor pertumbuhan
mikroorganisma.
m/s:-142

Kaedah pengawetan ini menggunakan gula
sebagai bahan yang boleh menghalang
pertumbuhan mikroorganisma. Apabila gula
dimasak bersama buah nenas, kepekatan gula
semakin meningkat dan meresap ke dalam
nanas. Mikroorganisma tidak dapat hidup
dalam makanan yang diawet menggunakan
kaedah ini.

20.Bolehkah telur itik yang digunakan dalam
pengawetan ini ( telur masin) digantikan dengan
telur ayam? Mengapa?

m/s:-148

Cikgu Azleen76 Page 9

Tidak kerana telur ayam nipis dan mudah
hancur ketika proses pengawetan secara
pengasinan dijalankan.

21. Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya
semua bahan adalah tidak terbiodegradasikan?
m/s:-153

Bumi akan tercemar kerana bahan buangan
dipenuhi dengan bahan tidak terbiodegradasi
yang tidak boleh mereput.

22.Mengapakah gerhana bulan hanya berlaku
semasa fasa bulan purnama?
m/s:-165

Bumi akan berada di antara Matahari dan
Bulan semasa Bulan
Purnama berlaku.

Cikgu Azleen76 Page 10

23. Adakah planet lain juga mengalami fenomena
gerhana? Mengapa?
m/s:-167

Planet lain akan mengalami gerhana kerana
planet lain juga mempunyai stelit semula jadi
yang beredar mengelilinginya. Apabila planet,
satelit semula jadi bagi planet tersebut dan
Matahari tersusun sebaris, maka gerhana akan
berlaku.

24. Mengapakah tewmpoh kejadian gerhana
Bulan adalah lebih lama daripada gerhana
Matahari?
m/s:-169

Kerana baying-bayang Bumi adalah lebih besar
semasa gerhana Bulan berbanding dengan
baying-bayang Bulan yang kecil semasa
gerhana Matahari berlaku.

25. Bintang tidak berkelip-kelip jika kita
melihatnya dari angkasa lepas. Tetapi bintang-

Cikgu Azleen76 Page 11

bintang akan berkelipan jika kita melihatnya
dari bumi. Mengapa?

m/s180

Kerana cahaya bintang perlu menembus
lapisan atmosfera Bumi yang tebal dan akan
mengalami pembiasan yang berulang-ulang
sepanjang lintasannya sebelum sampai ke mata
kita.

26.Mengapakah buruj-buruj yang dilihat pada
pukul 9 malam berbeza daripada buruj-buruj
yang dilihat pada pukul 3 pagi?

m/s:-187

Kerana Bumi berputar pada paksinya.

27. Lengan kita ialah mesin ringkas.
Bagaimanakah lengan kita berfungsi sebagai
mesin ringkas?
m/s:-193

Cikgu Azleen76 Page 12

Apabila kita mengangkat beban dengan tangan,
otot lengan akan mengenakan daya untuk
mengangkat beban tersebut dan siku bertindak
sebagai fulcrum.

28.Jika mesin roda dan gandar pada blok kayu
pada Rajah B, ramalkan bacaan pada neraca
spring. Mengapa?
m/s:-196

Bacaan pada neraca spring akan berkurang
kerana roda dan ganda mengurangkan daaya
geseran di antara blok kayu dan satah condong.
Jadi, daya yang diperlukan untuk menarik blok
kayu ke atas akan berkurang.

29.Bagaimanakah roda pada pintu pagar
berfungsi sebagai takal?

m/s:-199

Cikgu Azleen76 Page 13

Roda pada pintu pagar ini digerakkan (buka
atau tutup) dengan mudah apabila roda ini
yang bertindak sebagai takal yang bergerak
pada batang besi bulat dibahagian bawah pintu
pagar.

30.Ramalkan apakah yang akan berlaku jika
pengayuh bot layar diputarkan kea rah yang
bertentangan ? Mengapa?
m/s:-204

Bot layar itu akan bergerak kea rah yang
bertentangan kerana arah putaran pengayuh
telah berubah apabila pengayuh diputarkan
kearah bertentangan.

Cikgu Azleen76 Page 14

JOM MEMBACA bersama cikgu
azleen

Himpunan
soalan
kbat sains
daripada
buku teks
Tahun 6

Cikgu Azleen76 Page 15

Cikgu Azleen76 Page 16


Click to View FlipBook Version