The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid Tahun 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82293105, 2023-03-22 01:51:40

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid Tahun 2023

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid Tahun 2023

1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SJK CHUNG HUA SERAYAN/SELARAT d/a Pejabat Pendidikan Daerah Lundu Jalan Sekambal 94500 Lundu BUKU PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2023/2024 SJK CHUNG HUA SERAYAN/SELARAT HAL EHWAL MURID TAHUN 2023/2024 Tel : - Faks : - E-mel : [email protected]


2 SJK CHUNG HUA SERAYAN/SELARAT 砂拉央/砂拉叻中华公学 VISI SEKOLAH 学校愿景 Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera 素质教育 睿智国民 和谐国家 MISI SEKOLAH 学校使命 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. 永续发展素质教育体系,激发个人潜能,落实国家的愿景。 MOTO SEKOLAH 校训 Kesopanan, Keadilan, Kejujuran, Kesedaran Malu 礼 义 廉 耻 MATLAMAT SEKOLAH 学校目标 SJK Chung Hua Serayan/Selarat Bertekad Untuk Melahirkan Murid Yang Cemerlang Dalam Akademik, Sahsiah Dan Kokurikulum. 砂拉央/砂拉叻中华公学 决意培育品学兼优和课外活动卓越的学生。 2025 学校转型计划(TS25)


3 JAWATANKUASA INDUK UNIT HAL EHWAL MURID SJK CHUNG HUA SERAYAN/SELARAT PENGERUSI : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Bong Sze Jin (GPK KURIKULUM) NAIB PENGERUSI 2 : En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) SETIAUSAHA : En. Liew Shan Thian AHLI JAWATANKUASA : 1. Unit Disiplin / Pengawas / SSDM - En. Liew Shan Thian 2. Bantuan, Kebajikan, Takaful Dan Biasiswa - Cik Chai Li Ling 3. HiTS - En. Liew Shan Thian 4. RMT - Cik Chong Siaw Kee 5. PSS - Pn. Jong Hui Yin 6. SPBT - Pn. Lim Shi Rou 7. Kesihatan - Pn. Kho Pei Ching 8. Kebersihan - Pn. Chai Yee Ling 9. Keselamatan - En. Chan Yaw Jong 10. Guru Bimbingan Kaunseling - Pn. Jong Hui Yin 11. Pendidikan Pencegahan Dadah - Pn. Jong Hui Yin 12. Sekolah Penyayang - Pn. Chai Yee Ling 13. Pengurusan Data APDM, e-Operasi - Pn. Goh Sie Chieh 14. PIBKS - Cik Ng Pek Tze


4 Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : En. Liew Shan Thian AJK : Cik Carlina Cik Chai Li Ling Pn. Chai Yee Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS Lembaga Disiplin Sekolah (Guru Disiplin) 1. Menyediakan Buku Peraturan Sekolah dan Carta Aliran Tindakan tatatertib murid. 2. Membuat kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan menyempurnakan pelaksanaan peraturan tatatertib murid. 3. Membantu ahli lembaga pengawas melantik pengawas-pengawas serta membuat peilaian pengawas yang dilantik dari semasa ke semasa. 4. Mengesyorkan tindakan tatatertib / disiplin tertentu atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid untuk pertimbangan Guru Besar. 5. Menentukan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh seorang pengawas. 6. Mengadakan mesyuarat tatatertib yang dibuat oleh sebarang badan lembaga dilingkungan sekolah sebelum dikuatkuasakan. 7. Membantu Guru Besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah. 8. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan / aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah. 9. Menjadi penyelaras di antara guru dan Guru Besar di dalam hal Disiplin murid-murid. 10. Melaporkan kepada pihak pentadbir mengenai murid-murid yang melanggar didiplin sekolah sebagai langkah terakhir dan membantu Guru Besar mengatasinya. 11. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh Guru Besar. 12. Membuat “Spot Check” atau pemeriksaan mengejut sebanyak 4 kali setahun. 13. Mengadakan pemeriksaan kebersihan dan kesihatan diri sekurang kurangnya 24 kali setahun 14. Menjadi Pegawai Perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin. JAWATANKUASA UNIT DISIPLIN / PENGAWAS / SSDM


5 15. Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan, kekitaan dan kekeluargaan di kalangan murid-murid dan guru-guru dalam menyemai dan memupuk rasa kebanggaan kepada sekolah. 16. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengenai masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid dan mengambil tindakan yang sesuai. 17. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentu dan memastikan perlakuan muridmurid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling. 18. Berusaha menanam semangat patuh dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 19. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar 20. Menyedia dan membekalkan data dan maklumat disiplin (SSDM) kepada Kementerian / PPD Disiplin Murid (Guru kelas) 1. Rekod Disiplin (Buku Rekod salah laku dan amalan baik) adalah dokumen penting. 2. Guru-guru mata pelajaran dikehendaki mencatat salah laku atau amalan baik murid dalam Buku Rekod salah laku dan amalan baik. 3. Salahlaku disiplin hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin / GPK HEM. 4. Semua salah laku disiplin akan dikunci masuk ke dalam Sistem SSDM. 5. Hadiah galakan akan diberi kepada murid yang beramalan baik pada hujung tahun. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah 1. Pengurusan hal pencalonan dan perlantikan pegawas-pengawas 2. Menguruskan ucapan perlantikan pengawas 3. Menyelia pengawas-pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas dengan sempurna dan menjaga disiplin diri. 4. Menjaga kebajikan pengawas 5. Menghadiri mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah dan menyampaikan maklumat berkaitan kepada semua guru. 6. Menyediakan dan merancangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas. 7. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke masa di perhimpunan sekolah. 8. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. 9. Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat atau urusan-urusan lain. 10. Mengambil tidakan untuk dirujuk kepada badan Pengawas Sekolah Dan Lembaga Disiplin Sekolah.


6 Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Cik Chai Li Ling Setiausaha : Pn. Faridah Pn. Roziana AJK : Cik Carlina Pn. Chai Yee Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG KUASA Jawatankuasa Kebajikan Murid 1. Di awal tahun, mengenal pasti murid-murid dari kalangan anak yatim, yatim piatu dan dari keluarga yang kurang berkemampuan (miskin) daripada guru. Menemu duga dan mengkaji kes-kes tertentu yang memerlukan bantuan kebajikan. 2. a) Menyediakan borang permohonan, mengumpul data dan menyimpan rekod murid-murid yang telah dikenalpasti yang memerlukan bantuan khusus seperti:- i. Pelajar miskin ii. Kemalangan iii. Kematian iv. Kecemasan / bencana b) Merancang, mengurus dan menyelia program yang berkaitan dengan kebajikan murid seperti:- i. Sumbangan kematian ibu bapa murid dan murid yang ditimpa kemalangan teruk. ii. Sumbangan yuran, pakaian dan alat tulis kepada murid yang tidak berkemampuan 3. Mengurus, mengelola dan menyalurkan sumbangan derma dari pihak kerajaan dan pihak individu seperti:- a) Bantuan KWAPM b) Jabatan Kebajikan Masyarakat c) Bantuan e-Kasih d) Mengurus penyertaan Skim Insuran Murid JAWATANKUASA BANTUAN, KEBAJIKAN, TAKAFUL DAN BIASISWA


7 4. Mengurus kutipan dari murid-murid untuk badan-badan tertentu atas arahan pekeliling Kementerian / Jabatan. 5. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk kewangan, pakaian, peralatan dan lain-lain. 6. Menguruskan semua derma dan bantuan dalam / luar dari masa ke masa 7. Mengenal pasti badan kebajikan / individu / peristiwa malapetaka yang memerlukan bantuan kewangan / benda. 8. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemas kini dan disahkan oleh Guru Besar Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : En. Liew Shan Thian Setiausaha : Pn. Faridah Pn. Roziana AJK : Cik Chai Li Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG KUASA Guru Penyelaras Program HiTS 1. Menjadi Ahli Jawatankuasa Program HiTS di sekolah. 2. Memastikan pelaksanaan program HiTS mengikut mekanisme pelaksanaan yang digariskan. 3. Membantu menjalankan tinjauan pelaksanaan program secara berkala dengan menggunakan Borang Tinjauan Pelaksanaan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) (Lampiran 5). Pihak Pentadbir Sekolah 1. Memberi kelulusan untuk menjalankan HiTS di sekolah. 2. Membantu dalam edaran surat hebahan (Lampiran 1), Borang Tinjauan Pasaran Pelaksanaan Program HiTS (Lampiran 2), Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga Untuk Menyertai Program HiTS (Lampiran 4) serta Borang Tinjauan Pelaksanaan Program HiTS (Lampiran 5). 3. Menubuhkan Jawatankuasa Program HiTS di peringkat sekolah. JAWATANKUASA PROGRAM HiTS


8 Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin(PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin(GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras BMP : Pn. Chai Yee Ling Penyelaras RMT : Cik Chong Siaw Kee Setiausaha BMP : Cik Carlina Setiausaha RMT : Pn. Faridah Pn. Roziana AJK : Cik Chai Li Ling Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa RMT 2. Edarkan borang maklumat murid (RMT) kepada murid yang layak. Pemilihan murid RMT dibuat dengan bantuan guru-guru kelas berpandukan kepada pendapatan penjaga dan bilangan tanggungan. 3. Tentukan murid-murid yang layak sahaja terima bantuan RMT. Semua borang-borang hendaklah disimpan untuk diaudit. (Borang KP/RMT/C @ C1). Pengesahan borang-borang hendaklah dilakukan oleh majikan wakil rakyat, Pegawai Daerah, Ketua Kampung dan Pegawai Kanan Kerajaan Kategori A. Guru Besar atau guru-guru tidak boleh membuat pengesahan di borang. 4. Memilih menu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah dikehendaki memilih 10 jenis untuk digunakan sepanjang 2 minggu. 5. Menyediakan jadual tugas guru mengawasi murid dan guru yang bertugas mesti mencatat kedatangan murid-murid dalam buku rekod kedatangan murid RMT 6. Perlu mencari pengganti sekiranya peserta RMT tidak hadir ke sekolah. Memastikan semua murid RMT makan. 7. Menyediakan surat kepada penjaga murid menyatakan bahawa anak jagaannya menyertai Program RMT. 8. Memastikan makanan yang disediakan berpatutan dengan harga dan mengikut menu yang diberi. 9. Membuat laporan RMT pada pertengahan tahun dan akhir tahun. Laporan ini hendaklah dihantar ke PPD/JPS. Mengemaskinikan buku kedatangan RMT seperti bilangan murid RMT hadir, peratus kehadiran dan lain-lain. Guru RMT menandatangani buku ini dan diserahkan kepada Guru Besar untuk dilihat dan ditandatangani. JAWATANKUASA PROGRAM BMP & RMT


9 10. Mengira hari bilangan RMT pada semester 1 dan semester 2 Pembayaran kepada pihak pengurusan berdasarkan kepada bilangan hari RMT. Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn. Jong Hui Yin Setiausaha : Pn. Faridah Pn. Roziana AJK : Cik Chai Li Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Kho Pei Ching En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS 1. Mengenal pasti murid-murid yang layak berpandukan maklumat pendapatan penjaga. 2. Mengawalselia murid-murid yang menerima susu dan menyediakan senarai simpanan bagi menggantikan murid-murid yang tidak hadir. 3. Memastikan semua murid yang layak mendapat susu. 4. Menerima dan memeriksa stok susu yang dihantar oleh pembekal. 5. Memastikan susu diletak dan disimpan mengikut peraturan yang dicatat dalam buku panduan susu. 6. Mengadakan taklimat tentang cara-cara minum susu kepada murid yang layak. 7. Melengkapkan borang-borang susu. 8. Memastikan dan mencatat kehadiran murid menerima susu. 9. Memastikan bilangan hari susu. 10. Menyediakan laporan harian dan maklumat murid susu mengikut format yang disediakan. 11. Menghantar laporan tahunan susu ke PPD pada akhir tahun. 12. Meningkatkan lagi taraf kesihatan murid-murid dan amalan pemakanan melalui pemakanan seimbang dan tabiat minum susu. 13. Menggalakkan murid suka minum susu. JAWATANKUASA PROGRAM SUSU SEKOLAH


10 Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn. Lim Shi Rou Setiausaha : En. Liew Shan Thian AJK : Cik Chai Li Ling Pn. Chai Yee Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks a. Mesyuarat diadakan dua kali iaitu pada awal dan akhir tahun b. Taklimat untuk guru kelas c. Pembahagian tugas pentadbiran - Buku Stok (ikut tahun) - Buku rosak / hilang - Pengedaran / pengumpulan - Menumbuhkan pasukan 2. Borang permohonan SPBT a. Mengedarkan borang kepada setiap murid b. Borang yang lengkap dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada guru SPBT. 3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT a. Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Guru Besar b. Penolong Kanan HEM, bagi memastikan bilangan murid yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa. 4. Membuat pesanan buku a. Membuat pesanan pada pertengahan tahun Biro Buku Teks. b. Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun c. Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya. d. Mengisi borang bermaklumat komputer dan menghantar mengikut jadual. 5. Pengedaran a. Mengedar mengikut kelas b. Menentukan tarikh pengedaran c. Mengesan kelancaran pengedaran d. Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk / bertukar sekolah. e. Memastikan setiap guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


11 f. Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / borang G mengikut jadual 6. Pengurusan rekod dan dokumen a. Menyelenggarakan fail yang kemaskini (mengikut darjah) b. Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas) c. Senarai tugas guru pengedaran / pengumpulan d. Menyimpan rekod buku hapus kira, rosak, hilang. 7. Memastikan ada bilik / sudut SPBT b. Mengurus dan menghias Bilik SPBT c. Membuat peraturan penggunaan Bilik SPBT d. Memastikan murid membalut Buku SPBT / jaga kebersihan dan jangan diconteng, pastikan menulis nama, kelas dan tahun dipetak disediakan. e. Guru kelas perlu sentiasa memantau penggunaan Buku Teks. 8. Pengurusan Pemulangan SPBT a. Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas b. Menyediakan senarai kepada Guru Besar / HEM untuk memaklumkan tentang proses pemulangan: Peratus rosak - mengenal pasti murid yang hilang buku dan menguruskan wang gantinya. Peratus hapus kira - buku bantuan yang tidak diperlukan Kekurangan - buku mengikut subjek / kelas / tahun 9. Pengurusan Stok & Inventori dan mengemaskini fail-fail a. Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran b. Menyimpan Invois, bil dan pengesahan. c. Melengkapkan Buku Stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat d. Mengemaskinikan inventori SPBT e. Mengisi borang maklumat kekurangan / kelebihan buku ke PPD f. Memberi pinjaman buku-buku teks kepada guru-guru dan merekodkannya dalam buku teks.


12 Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin(PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin(GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras Kesihatan : Pn. Kho Pei Ching Penyelaras Kebersihan : Pn. Chai Yee Ling Penyelaras Keselamatan: En. Chan Yaw Jong Setiausaha : Pn. Faridah Pn. Roziana AJK : Cik Carlina Cik Chai Li Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS Keselamatan 1. Merancang langkah-langkah keselamatan bersama Guru Besar. 2. Bersama-sama dengan Guru Besar / PK HEM, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran / Latihan Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya 2 tahun sekali. 3. Jurujual dikehendaki berurusan dahulu dengan pejabat dan mendapat kebenaran secara bertulis daripada Guru Besar untuk berjumpa guru-guru. 4. Menyelaras program-program kebakaran, keselamatan, keceriaan, kebersihan dan program lain di peringkat sekolah. 5. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan. 6. Meletakkan tanda amaran “BAHAYA” di tempat-tempat yang berbahaya. 7. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas dan bilik darjah. 8. Merancang pergerakan lalu lintas murid dan kenderaan di tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah. 9. Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun seperti:- i. Keselamatan lalu lintas ii. Keselamatan bangunan dan perabot 10. Keselamatan di makmal, bengkel dan lain-lain bilik khas 11. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat. 12. Memastikan alat pemadam api mencukupi dan berfungsi dan boleh digunakan jenis ‘Selinder’ atau tradisional (baldi dan pasir) JAWATANKUASA KESELAMATAN / KECERIAAN / KEBERSIHAN (3K)


13 13. Mengadakan latihan kecemasan / kebakaran / mengosongkan bangunan sekurang-kurangnya sekali sepenggal / semester / 2 kali setahun. 14. Mengadakan kempen keselamatan jalan raya dan memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat. 15. Menyediakan ubat untuk pertolongan cemas 16. Mengadakan ceramah tentang kebakaran / keselamatan jalan raya dan pertolongan cemas Kesihatan 1. Menguruskan kemudahan rawatan murid dan memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti rekod kesihatan murid. 2. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi. 3. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas/ penyelaras kelas. 4. Menentukan semua murid sihat daripada penyakit-penyakit yang berjangkit semasa berada di sekolah 5. Jika terdapat laporan atau diketahui murid-murid sakit berjangkit berada di sekolah, hendaklah berikhtiar menghantarnya balik ke rumah atau ke hospital dan mengambil langkah-langkah keselamatan seterusnya. 6. Beriktiar mencegah murid-murid daripada menyimpan kutu di kepala. 7. Menyelaras dan membereskan urusan-urusan pergigian dengan klinik gigi. 8. Merancang dan mengadakan program kesihatan seperti lawatan, tayangan, ceramah-ceramah dan pameran kesihatan. Urusan ini boleh juga digabungkan dengan bahagian-bahagian yang lain seperti bimbingan dan kaunseling. 9. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan. Menyelaras semua aktiviti kesihatan murid. 10. Menjalankan daya usaha yang lain untuk kesihatan murid dan kesihatan umum misalnya mencegah pembiakan nyamuk. 11. Menguruskan pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan. Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk mendapatkan rawatan doktor bagi murid sakit, demam atau kecederaan ringan dengan menghantar pulang, ke hospital atau klinik. Ibu bapa / penjaga murid mestilah diberitahu serta merta. 12. Menyelaras program dan aktiviti kesihatan, kebersihan murid dan sekolah seperti : a. Kebersihan diri murid-murid b. Kebersihan pakaian murid c. Bilik-bilik darjah d. Bangunan dan kawasan sekolah e. Lain-lain bangunan seperti tandas, kantin dan sebagainya. f. Aktiviti kesihatan yang ditaja atau dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan, Jabatan, Kesihatan, agensi swasta dan NGO. 13. Buku Kesihatan Setiap murid wajib mempunyai Buku Rekod Kesihatan. Buku ini akan dibawa ke sekolah menengah. Bekerjasama dengan guru-guru kelas untuk menguruskan dan menyelaras kad kesihatan murid dan perkara-perkara yang berkaitan denganya. a. Buku Rekod Kesihatan yang berkaitan denganya.


14 b. Ukuran tinggi dan berat serta pemeriksaan mata hendaklah dibuat setiap tahun oleh guru kelas. c. Buku yang hilang mestilah diganti (laporan kepada GPK HEM) 14. Menyimpang rekod dan menyediakan laporan berkala dan tahunan. Pencegahan Denggi: 1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. 2. Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. 3. Menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam pelbagai kaedah dan media. 4. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. 5. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah kepada Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah. 6. Memantau, melapor dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berkenaan. 7. Membuat laporan mingguan dan bulanan kepada PPD/Guru PK HEM. 8. Melengkapkan Borang KD1 dan KD2 untuk pemantauan dan laporan ke PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah Kebersihan 1. Mengadakan program keceriaan di persekitaran sekolah 2. Memastikan setiap bahagian kawasan di sekolah diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkan kawasan sekolah yang bersih, cantik dan menarik. 3. Membantu dalam merancang dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah. 4. Penasihat kepada pekerja-pekerja kebun sekolah dan pekerja Am sekolah. 5. Menjaga kebersihan keseluruhan bangunan dan kawasan sekolah. 6. Menentukan dan mengagihkan tugas guru-guru dan pelajar semasa gotong royong sekolah dijalankan. 7. Menghubungi MDJ untuk memohon bantuan seperti lori sampah, tebang pokok, dan pinjaman alatalat bantuan. 8. Mendapatkan kerjasama pekerja am bagi menangkap kucing dan anjing liar. 9. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan: • Lawatan ke sekolah lain • Kempen gotong-royong • Pertandingan kebersihan kelas • Ceramah-ceramah kebersihan • Pertandingan mengarang esei kebersihan • Memesan dan mengagihkan bahan-bahan dan barang-barang seperti sabun, ubat longkang, penyapu, tong sampah bersih. • Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah • Pertandingan poster kebersihan


15 10. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBKS) bagi mempertingkatkan mutu keceriaan sekolah. 11. Menyediakan pelan induk landskap sekolah 12. Memastikan setiap bahagian di sekolah diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkan kawasan sekolah yang bersih, cantik dan menarik. 13. Membantu dan merancang meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah Melengkapkan Laporan Kebersihan tandas dan dihantar ke PPD a. Sistem Tandas - Pastikan sistem tandas berfungsi, selamat dan baik - Laporkan jika ada kerosakan (flushing system). b. Sinki - Sinki hendaklah berada dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat c. Bakul sampah - Berkarung plastik - Bekas sampah tertutup disediakan d. Khidmat sanitari - Tuala wanita hendaklah dibungkus dan dibuang dalam bekas sanitari e. Lantai - Lantai hendaklah dibersihkan (dua kali sehari) dan bersih. - Dinding tidak diconteng f. Cermin - Dilap dan dibersihkan sekali sehari g. Baldi dan gayung - Pastikan air yang disimpan bertutup h. Mangkuk tandas - Hendaklah sentiasa bersih i. Paip air berfungsi dengan baik j. Pintu dalam keadaan baik k. Cecair pencuci tangan disediakan l. Tandas tidak berbau busuk.


16 Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin(PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin(GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn. Jong Hui Yin AJK : Cik Chai Li Ling Pn. Chai Yee Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Kho Pei Ching En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah. 2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bukan pelajar. 3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini dan inventori pelajar 4. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. 6. Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara professional dan beretika. 7. Merancang, melaksana mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid 8. Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alcohol. 9. Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi serta rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pencegahan Dadah. 10. Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid. 11. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan di sekolah. 12. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di sekolah. 13. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah. 14. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


17 15. Mengenal pasti dan merujuk murid, guru kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis. 16. Menjadi personel perhubungan / serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan 17. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan murid seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya. 18. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Negeri. 19. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin(GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn. Jong Hui Yin AJK : Cik Carlina Cik Chai Li Ling Pn. Chai Yee Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Kho Pei Ching En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS 1. Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah. 2. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana. 3. Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala (3 kali dalam setahun atau yang difikirkan perlu oleh guru PPDa). 4. Merancang dan mempengerusikan mesyuarat 5. Merancang, mengawalselia dan menguruskan bilk / laluan / sudut PPDa 6. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, dan HIV/Aids. JAWATANKUASA UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


18 Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn. Chai Yee Ling AJK : Cik Carlina Cik Chai Li Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS Aktiviti Mengalu-alukan murid Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah a. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baharu b. Semasa murid datang ke sekolah / pulang dari sekolah Kaedah: i. Menyambut kedatangan murid; a. Penampilan guru yang kemas dan ceria b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid ii. Membuat sapaan; a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah b. Lambaian pulang c. Bertanya khabar iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah; Contoh; Membetulkan tali leher, membetulkan butang baju dan lain-lain. Penghargaan Kepada Murid (hari lahir/sambutan perayaan utama) Aktiviti meraikan murid; i. Hari lahir murid ii. Sambutan hari kanak-kanak iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak iv. Guru meraikan murid dalam suasana kasih saying JAWATANKUASA SEKOLAH PENYAYANG


19 Kaedah: i. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan, contoh; Lagu Hari Lahir ,Lagu perayaan utama ii. Menghantar kad ucapan. Contoh: Kad Hari Lahir, Kad Hari Perayaan, Penanda Buku Hari Lahir v. Aktiviti dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah. Penghargaan Kepada Murid (kehadiran penuh tahunan, murid beramalan baik) 1. Memberi penghargaan dalam bentuk sijil / hadiah kepada murid yang hadir 100% pada setiap bulan sebagai satu galakan hadir ke sekolah 2. Guru memberi sentuhan kasih sayang dengan memberi dorongan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn. Goh Sie Chieh Setiausaha : Pn. Faridah Pn. Roziana Cik Carlina AJK : Cik Chai Li Ling Pn. Chai Yee Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching En. Liew Shan Thian Pn. Lim Shi Rou Cik Ng Pek Tze BIDANG TUGAS 1. Menguruskan, merekod dan mengemaskini rekod pendaftaran murid Tahun 1 (Guru Kelas Tahun 1) 2. Menyemak rekod kehadiran harian murid dan mengesahkannya setiap bulan. 3. Menyemak dan memastikan kemasukan / penempatan murid dibuat oleh guru yang berkenaan. Memastikan setiap murid baharu diberi nombor pendafataran sekolah. 4. Menyediakan data enrolmen murid mengikut darjah , kelas, kaum, jantina dan kewarganegaraan. 5. Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain. JAWATANKUASA PENGURUSAN DATA


20 6. Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata bulanan butiran guru. 7. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengakutan ke sekolah, agama dan lain-lain. 8. Menyediakan data pelajar yang menerima bantuan (RMT/KWAPM) dan lain-lain. 9. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu. 10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke masa. 11. Mengurus perpindahan keluar dan masuk murid-murid. 12. Mengurus surat pemeriksaan kesihatan murid bagi rawatan dan perubatan (penyelaras) 13. Menyedia dan menyimpan rekod / laporan berkala dan tahunan 14. Mengurus kemasukan murid-murid ke sekolah menengah bagi Tahun 6 APDM 1. Mengedarkan borang APDM semasa hari pendaftaran 2. Mengemaskini dan mengasingkan borang APDM mengikut kelas 3. Memasukan data APDM mengikut kelas dengan bantuan guru kelas 4. Mengemaskini data APDM dari masa ke masa 5. Memadamkan data pelajar yang bertukar 6. Memasukkan data pelajar baharu yg bertukar ke sekolah ini 7. Memastikan jumlah bilangan pelajar sama seperti di dalam Buku Rekod kedatangan Murid e-Daftar Menengah 1. Bekerjasama dengan guru kelas bagi menyiapkan sijil-sijil:- a. Berhenti sekolah b. Sijil Graduasi c. Sijil Kuputusan dan sijil-sijil lain 2. Penempatan murid-murid ke Tingkatan Satu di daerah bagi tahun-tahun berikut:- a. Melengkapkan dan mengemaskini maklumat murid-murid Tahun 6 dalam APDM b. Mengisi maklumat murid dalam e-daftar menengah dalam sisitem APDM 3. Penyelaras Tahun 6 memuat turun surat keputusan penempatan ke sekolah menengah dari APDM 4. Memaklumkan keputusan penempatan ke sekolah menengah kepada murid-murid dengan pengedaran surat panggilan. Pemberitahuan tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah menengah pada tarikh yang ditentukan oleh PPD. 5. Menghantar senarai nama murid-murid ke sekolah menengah yang ditempatkan sama ada dengan menggunakan lampiran C atau salinan fotostat keputusan penempatan. Salinan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Pastikan keputusan penempatan yang dibuat oleh PPD dipatuhi tanpa dibuat sebarang perubahan. 6. Murid-murid Bukan Warganegara dimaklumkan supaya membuat permohonan untuk mendapatkan pas pelajar yang baharu lebih awal supaya pembelajaran dapat diteruskan dengan pembayaran levi. e-Operasi 1. Mengemas kini data e-Operasi Online.


21 2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan. 3. Memastikan data disemak dan disahkan. 4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD. 5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi e-Operasi Online disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD. 6. Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data e-Operasi Online. 7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu. 8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan data dengan baik. 9. Jika berlaku kerosakan komputer /talian internet segala urusan kemas kini hendaklah dilakukan di sekolah berhampiran/PKG/PPD/JPN/KPM. 10. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di tempat yang selamat kerana ia merupakan bahan terkawal dan sulit. Pengerusi : Pn. Bong Sze Jin (PEMANGKU GURU BESAR) Naib Pengerusi : Pn. Goh Sie Chieh (GPK HEM) Pn. Bong Sze Jin (GPK 1) En. Chan Yaw Jong (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Cik Ng Pek Tze Setiausaha : En. Liew Shan Thian AJK : Cik Carlina Cik Chai Li Ling Pn. Chai Yee Ling Cik Chong Siaw Kee Pn. Jong Hui Yin Pn. Kho Pei Ching Pn. Lim Shi Rou BIDANG TUGAS 1. Memastikan pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM KPI 1 : % sekolah yang mendapat skor kehadiran secara sukarela melebihi 50% KPI 2: % sekolah yang mendapat skor kehadiran sukarelawan dalam aktiviti melebihi 65% JAWATANKUASA PIBKS


22 2. Meningkatkan peranan ibu bapa, komuniti dalam pembangunan akademik, sahsiah dan disiplin murid serta kokurikulum 3. Kehadiran sukarelawan ibu bapa sebagai usaha membantu peningkatan prestasi anak-anak direkodkan dalam buku log 4. Merekodkan sumbangan Ibu bapa dan komuniti yang menyumbangkan kepakaran dan kemahiran kepada sekolah bagi pembangunan murid ke dalam buku log 5. Menggalakkan aktiviti yang berfokus pelibatan ibu bapa dan komuniti: a. Pembangunan Akademik i. Pelibatan ibu bapa dalam penyediaan kelas abad ke-21 ii. Membantu menyediakan alat pembelajaran yang menarik dan kreatif iii. Pelibatan dalam Biro Akademik SekolahKumpulan sokongan belajar di rumah dan di sekolah iv. Pelibatan ibu bapa sebagai membantu guru di dalam kelas sekiranya diperlukan oleh pihak sekolah b. Pembangunan Sahsiah & Disiplin i. Pelibatan ibu bapa dalam program pembangunan sahsiah dan disiplin murid (Ibu bapa sebagai role model) ii. Pemuafakatan komuniti bagi menangani isu disiplin seperti buli, gangsterisme dan dadah di sekolah iii. Membangunkan pemilihan kerjaya murid iv. Menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid v. Keselamatan murid c. Pembangunan Kokurikulum & Sukan i. Pelibatan ibu bapa sebagai jurulatih / mentor dalam bidang kokurikulum dan sukan ii. Ibu bapa memberikan bimbingan/ sokongan kepada murid atau menyumbangkan sumbangan material iii. Mendapatkan penajaan bagi bidang ko-ku/ sukan d. Pembangunan Infrastruktur i. Pelibatan ibu bapa dalam menyumbangkan kemahiran/ kepakaran/ material ii. Menyumbangkan kemudahan dan infrastruktur sekolah iii. Kemudahan dan keceriaan bilik darjah iv. Kemudahan ICT dan jaringan pintar di sekolah


Click to View FlipBook Version