The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tuan Nadim, 2020-09-12 00:23:49

Buletin Akademia 2019 PMS

Buletin Akademia 2019 PMS

BULETIN AKADEMIA
POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Edisi Lebuhraya Tun Abd Razak
26700. Muadzam Shah
2019 Pahang Darul Makmur

09-450 2005/2006

SIDANG REDAKSI

Ketua Editor

Ts. Dr. Abd Rahim Bin Awang

Pembantu Ketua Editor

Maisyarah Bt. Mohamad Nor
Mohd Shahfudin Bin Mohd Hatta

Pereka Grafik & Cetakan

Mohd Shahfudin Bin Mohd Hatta
Maisyarah Bt. Mohamad Nor

ISBN :

Dari Meja Ketua Editor

Kata aluan ketua editor
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukukuran kehad-
rat Ilahi kerana dengan izin-Nya PMS berjaya menghasilkan Buletin Aka-
demia edisi 1 (2019) kepada pembaca. Saya selaku ketua editor mengu-
capkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Hassan bin Ismail (Pengarah
politeknik Muadzam shah) di atas sokongan dalam menghasilkan pener-
bitan Buletin Akademia edisi 1 (2019) . Buletin ini merupakan wacana bagi
menonjolkan berita, aktiviti, nukilan, dan momen kejayaan berkenaan
dengan PMS.
Syabas dan tahniah kepada jabatan dan unit di atas komitmen dan kes-
ungguhan menjayakan penerbitan ini. Semoga segala idea yang
dicurahkan menjadi pendorong kepada usaha membawa PMS dikenali
di luar sana.

Sekian.
Ts. DR. ABD RAHIM BIN AWANG
Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Muadzam Shah
Pahang

Aluan Pengarah

Sekalung tahniah dan syabas kepada sidang redaksi Buletin Akedemia PMS 2019, di atas
kejayaan menerbitkan buletin ini. Saya yakin sepenuhnya bahawa dengan kesanggu-
pan untuk bekerja secara strategik dan penuh komitmen, kita akan terus menghasilkan
kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti. Sumbangan warga kerja yang cemerlang
adalah sangat penting dalam memastikan PMS menjadi pusat pembelajaran TVET yang
cemerlang di negara ini.

Kita telah meraih banyak pecapaian akademik pada sepanjang tahun 2019. Ini jelas
menunjukkan komitmen kakitangan dan pelajar PMS yang tidak pernah jemu untuk
memperkembangkan bakat dan berusaha kearah pembangunan insan bagi mencapai
matlamat negara maju.Kita sedia maklum bahawa, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) telah menjadi fokus utama Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Di
mana, dalam Teras Strategik ke-3 RMK11 tersebut, TVET digariskan sebagai ‘Meningkat-
kan Pembangunan Modal Insan untuk Negara Maju’ yang bermatlamat menghasilkan
modal insan berpengetahuan, berkemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk berjaya
dalam ekonomi global.Ini penting, bagi memastikan survival dan aktiviti ekonomi dalam
negara kita dapat diteruskan tanpa perlu bergantung kepada pekerja asing yang
kurang berkemahiran tinggi.

Buletin ini ialah wadah ilmu yang merakamkan detik kejayaan PMS di mana hasil usaha
setiap jabatan dan yang diabadikan sebagai pemangkin semangat bagi terus maju di
masa akan datang. Sebagai peneraju di PMS, saya melihat PMS mempunyai aset yang
berbakat dalam pelbagai bidang. Ini telah kita buktikan sepanjang tahun 2019 di mana
kita telah berjaya merakamkan kejayaan tersebut di dalam naskah buletin ini. Saya ber-
harap di tahun-tahun mendatang, warga PMS akan terus berusaha dengan lebih
cemerlang dan sentiasa bermotivasi tinggi untuk menghasilkan graduan yang mempu-
nyai kemahiran tinggi yang akan membantu negara mencapai status negara maju.

Akhir kata, saya mewakili seluruh warga PMS sentiasa mengalu-alukan sebarang cadan-
gan dan komen daripada anda semua bagi mempertingkatkan keupayaan PMS supaya
terus menjadi organisasi yang sentiasa relevan kepada pihak industri, kerajaan dan
orang awam dalam bidang TVET negara.Sekian, selamat membaca

Tuan Haji Hassan Bin Ismail
Pengarah, Politeknik Muadzam Shah

INNOVATION AND iCoVEx’19
INVENTION COMPETITION
VIA EXHIBITION

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan (UPIK), Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah
menganjurkan pertandingan Innovation And Invention Competition Via Exhibition (Icov-
ex’19)atau pertandingan pameran inovasi dan rekacipta bagi meneruskan programInnova-
tion And Invention Competition Via Exhibition (Icovex’18)untuk pelajar politeknik yang telah
dilaksanakan pada 14 & 15 Oktober 2019 (isnin & selasa) bertempat Di Dewan Seri Gading,
PMS.

Objektif Pertandingan iCoVEx’19 adalah untuk mengumpul idea baharu dan projek pelajar
dalam satu pertandingan serta mengenalpasti projek terbaik PMS yang mempunyai potensi
untuk dilindungi hak cipta .Program ini juga mendedahkan para pelajar kepada situasi sebe-
nar penganjuran dan penyertaan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sebanyak 48 penyertaan dari semua jabatan telah menyertai pertandingan ini iaitu 16 penyer-
taan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) manakala 8 penyertaan dari setiap jabatan
lain di PMS.

Projek pelajar dari Jabatan perdagangan (JP) telah merangkul juara selaku Projek Pilihan
Industri Icovex’19 dengan membawa projek Co Clean sebagai penyertaan mereka. Selain itu,
projek pelajar “Alternative Voltage Generator buy Using Exhaust Gas velocity di bawah seliaan
JKM telah mendapat tempat kedua dan Electric Law Moverjuga dari JKM telah mendapat
tempat ketiga.

Akhir sekali, diharapkan pertandinganiCoVEx’19inidapat memberi satu impak serta menjadi
pemangkin kepada para peserta dalam usaha untuk memantapkan lagi keberkesanan
pengeluaran produk atau perkhidmatan yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan
negara. Semoga produk-produk yang telah memenangi anugerah dalam pertandingan ini
boleh dipaten dan dikomersialkan untuk manfaat semua pihak.

NATIONAL MALAYSIA TVET ON MATRIX’19
RESEARCH VIA EXPOSITION

Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah menganjurkan National
Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’19) pada 1&2
Ogos 2019 bertempat di Dewan Seri Muadzam PMS bertemakan
Sustainable Research for Sustainable Nation. Objektif utama pen-
ganjuran programini adalah untuk meningkatkan bilangan
penyelidikan dalam bidang TVET di Malaysia, meningkatkan
budaya penyelidikan dikalangan pensyarah PMS dan juga pens-
yarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia. Selain
itu, program ini juga menjadi platform kepada pensyarah, penyeli-
dik dan pengamal profesional untuk berkongsi hasil penyelidikan
mereka sekaligus menonjolkan nama PMS dalam penyelidikan
berasaskan TVET.

Majlis perasmian National Malaysia TVET on Research via Exposition
(MaTRiX’19) dirasmikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan
Inovasi (PPIP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK), Dr. Ishak Bin Mohamad. Sebanyak 97 kertas pembentan-
gan penyelidikan telah dibentangkan yang merangkumi enam
belas (16) subtema penyelidikan yang diperkenalkan iaitu Techni-
cal and Vocational Education, Blended Education, Business Edu-
cation, Contemporary Issues in Education, Curriculum, Distance
Education, Educational Leadership, E-Learning, Engineering, Inno-
vation and Creativity, Profesional Development, Learner Diversity,
Social Science, Special Education, Teaching Methods dan Other
Issues of interest related to research in TVET and innovation.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa akan
datang bagi meneruskan legasi penyelidikan berasaskan TVET
dikalangan pensyarah politekniknya khususnya

JABATAN
PENGAJIAN AM

CAMP21: SYNERGIZING LITERACIES 2019

Pada 6-8 September 2019, Politeknik Sultan Abdul Halim-
Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah mengajurkan program
‘Camp21: Synergizing Literacies 2019’ bertempat di Dewan
Sri Mas POLIMAS. PMS telah menhantar dua orang pelajar
dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Secara keseluruhann-
ya, program ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
Pelajar berupaya menonjolkan sisi kreatif yang terdapat
pada diri masing-masing. Selain dari itu, pelajar juga dapat
menggunakan Bahasa Inggeris secara menyeluruh semasa
program berlangsung. Jaringan komunikasi menggunakan
Bahasa Inggeris dapat dipraktikkan dengan berkesan selain
dapat berkenalan dengan pelajar dari seluruh politeknik
Malaysia. Penganjuran program sebegini harus diteruskan di
masa akan datang demi kebaikan para pelajar.

CAREER PREPARATION WORKSHOP

Unit bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am (JPA) pada 19

Ogos 2019 telah menangajurkan bengkel “Career Prepara-

tion Workshop”. Target peserta bagi program ini merupakan

pelajar yang mengambil kursus DUE 5012 – Communicative

English III. Program ini berjaya mencapai objektif yang disa-

sarkan. Pelajar berupaya meningkatkan pengetahuan dan

keyakinan diri dalam menghadapi alam pekerjaan. Walau-

pun Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa

Inggeris, namun pelajar dapat memahami kandungan

program dengan berkesan. Gaya penyampaian dan

keperibadian penceramah adalah sangat professional dan

berpengetahuan luas. Penganjuran program sebegini harus

diteruskan di masa akan datang demi kebaikan para pelajar.

Tempoh program juga mungkin dapat di panjangkan agar

lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan. Program ini telah-

pun mencapai objektif di mana pelajar mampu membina

keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris

dan mampu menyelahkan bakat pelajar dalam melontarkan

idea dalam bahas inggeris.

JABATAN

PERDAGANGAN

NEW BREED MARKETING
ENTREPRENEUR NEGERI PAHANG
9 MAC 2019

Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME)
adalah program Reseller/Dropship Agent kepada
produk – produk perniagaan tani di bawah FAMA (Fed-
eral Agricultural Marketing Authority) atau Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan. Peserta (Pelajar
Politeknik Muadzam Shah) memilih usahawan induk
dan mendapatkan stok bekalan, seterusnya men-
jalankan perniagaan secara nyata bagi pihak usaha-
wan. Melalui program ini, peserta akan diberikan imbu-
han berupa kadar komisyen berdasarkan peratusan
jualan produk terbabit. Setiap transaksi jualan atau
urusniaga akan dimasukkan ke dalam system AgroBa-
zaar Online (ABO) untuk dikemaskini dan dipantau
sepanjang masa oleh Pegawai FAMA dan pensyarah
kursus. Urusniaga yang dijalankan adalah telus dan
pelajar dapat menilai dan merasai sendiri cabaran
dan imbuhan dalam perniagaan khususnya perniag-
aan online.

Program ini diatur oleh Unit Keusahawanan dengan
kerjasama Unit CISEC (Corporate Industrial Services
and Employment Centre) bertujuan memberikan
pendedahan asas kepada para pelajar supaya lebih
ramai usahawan berjaya dilahirkan dalam kalangan
graduan politeknik di samping dapat membantu dan
meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik.
Program ini mendapat kerjasama daripada usahawan
setempat seperti Evergreen Resources & Manage-
ment, Mylife Industry, Eol & Bequeen, Earth Touch Aes-
thetic M Sdn Bhd, Pribumi Trading, Honey Plus Resourc-
es, Inspirasi Raudhah Al Hijrah, Bits N Bytes, Fs Mart, Dar-
rich Enterprise, Azza Maju Marketing, Bigbash Empire Plt
dan Unit Edaran Proses (Agromas). Usahawan ini telah
menjadi mentor dengan memberi tunjuk ajar kepada
para pelajar tentang ilmu keusahawanan.

LAWATAN KE KILANG MAMEE JABATAN
DOUBLE DECKER 14 JANUARI 2019 PERDAGANGAN

Lawatan ke Kilang Mamee Double Decker di Ayer Keroh disertai
24 orang pelajar dari kelas DAT 4A dan 3 orang pensyarah pen-
giring mengikuti lawatan ini. Pensyarah pengiring terdiri daripa-
da Puan Hasnida Bt Ismail, Puan Sarawati Bt Ahmad dan Puan
Aznurullaili Bt Ahmad Sarkawi. Sepanjang lawatan itu, para
peserta diiringi oleh Puan Lim Qui Peng selaku Eksekutif Pengelu-
aran dari syarikat tersebut.
Para pelajar diberi taklimat tentang penyediaan belanjawan
mengikut elemen kos. Di samping itu para pelajar dibawa mel-
awat di sekitar kilang untuk melihat cara pembuatan produk
mamee, pengiraan kos material, buruh dan overhead untuk
produk mamee di kilang tersebut

Lawatan seperti ini harus diteruskan kerana aktiviti ini dapat
memberi banyak manfaat kepada pelajar dan pensyarah
seperti:
> Dapat memantapkan pengetahuan pelajar dan pensyarah
melalui hubungkait teori dan praktis bagi kursus yang berkaitan.
> Dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kerja
berkumpulan secara efisien dalam sebarang aktiviti kumpulan.
> Dapat mewujudkan perkongsian ilmu di antara pelajar
Jabatan Perdagangan Politeknik Muadzam Shah dengan pihak
industri.
> Dapat mendedahkan kepada pelajar bagaimana sesebuah
organinasi menguruskan belanjawan dalam perniagaan seperti
perancangan, pemasaran, aktiviti perakaunan dan sebagain-
ya.
> Dapat mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhi-
bah dengan aktiviti yang dicadangkan yang dilakukan

LAWATAN AKADEMIK DPA6023 KE CHOCS VALLEY SDN BHD
21 FEBRUARI 2019

Lawatan akademik ke Chocs Valley Sdn

Bhd terdiri dari 26 pelajar terlibat dan dua

orang pensyarah pengiring turut serta iaitu

Encik Mohamad Hafizul Bin Mohd Zaid dan

Encik Mohd Firdauz Bin Norhadi. Lawatan

ini adalah untuk memenuhi jam

pertemuan PPI bagi Jabatan Perdagan-

gan untuk kursus DPA6023 : Cost And

Accounting Management 2.

Syarikat ini terletak di Kompleks Muzium

Negeri, Jalan Sungai Ujong, 70200 Serem-

ban, Negeri Sembilan. Sepanjang

lawatan, para pelajar diberi pendedahan-

kerjaya dalam bidang pengekosan dan

pengeluaran produk kepada para pelajar.

Di samping itu juga para pelajar dapat

melihat proses pengeluaran sesuatu

produk dan strategi syarikat dalam mem-

buat keputusan untuk setiap aspek penge-

luaran secara praktikal.

MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KERJASAMA

(COC) SEMPENA CAPEFEST 2019

Cape Fest 2019 telah berlangsung pada 7 hingga 9 Mac 2019 di

bawah anjuran Unit CISEC dengan kerjasama JobsMalaysia Pahang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Bicara Kaunseling, Bicara

Alumni, Ceramah Kerjaya TransAir Academy, Fun Run CAPE FEST 2019,

Perkongsian Akademik, Dialog Industri, Majlis Menandatangani COC,

Temuduga Kerjaya, Gerai Jualan dan Pameran Akademik, Komuniti

dan Industri.

Secara tidak langsung Jabatan Perdagangan terlibat dalam Majlis

Menandatangani COC semasa CAPE FEST 2019 berlangsung. Dua

syarikat yang akan bekerjasama dengan Jabatan Perdagangan

Politeknik Muadzam Shah ialah Pribumi Trading dan Evergreen

Resource Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Hassan Bin Ismail,

Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Dr Abd Rahim Bin Awang, Tim-

balan Pengarah Akademik Dan Inovasi, Encik Muhammad Iskandar

Bin Abu Thohib, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan lapan

lagi rakan industri terdiri dari Aqua Splash Academy,Asia Camp Taman

Negara,FAMA Negeri Pahang,Institute of Malaysian Plantation and

Comodities (IMPAC),JobsMalaysia Pahang,JPJ Cawangan Muadzam

Shah,Kolej Vokasional Muadzam Shah dan SK Buluh Nipis.

JABATAN PERDAGANGAN

BENGKEL PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN OLEH FAMA
15 MAC 2020

Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan oleh
FAMA telah dilaksanakan pada 15 Mac 2019 di Ting-
kat 2, Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah.
Semua pelajar yang mengambil kursus DPB2012 :
Entrepreneurship dan DPB6053 : Digital Entrepreneur-
ship diwajibkan mengikuti bengkel ini. Bengkel ini
telah disampaikan oleh Encik Rosli Bin Kasmuni pega-
wai dari Pejabat FAMA Cawangan Rompin. Antara
perkara dititikberatkan adalah berkaitan dengan
penyediaan rancangan perniagaan dan peruntu-
kan yang disediakan oleh pihak FAMA.

Puan Rasidah Binti Kasim telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan bengkel ini kerana

ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk melihat perspektif keusahawanan

sebagai peluang kerjaya. Di samping itu juga dapat memberi peluang untuk persediaan dan

penambahbaikan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

Dalam masa yang sama para pelajar juga dapat mempelajari secara praktikal ciri-ciri keusaha-

wanan melalui program pembudayaan usahawan

BENGKEL MOBILE APPS FOR EDUCATION (18-20 JUN 2019)

Pada 18 hingga 20 Jun 2019 yang lalu telah dilaksanakan Bengkel Mobile Apps For Application di
Makmal Komputer JMSK, Politeknik Muadzam Shah. Semua pensyarah Jabatan Perdagangan
terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan pengeta-
huan pensyarah dalam menghasilkan Mobile Apps terutamanya untuk penambahbaikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga melalui bengkel ini, ia dapat meningkatkan kefa-
haman pensyarah dalam membuat Mobile Apps. Encik Syahmi bin Sadan yang merupakan Pen-
gurus Durian Tunggal Solution telah menjadi fasilitator sepanjang bengkel ini berlangsung.

JABATAN PERDAGANGAN

4TH INTERNATIONAL ACCOUNTING YOUTH CAMP 2019
(IAYC2019)

Seramai 30 orang pelajar Diploma Akauntansi Jabatan Perdagangan telah mengadakan satu
lawatan ke 4th International Accounting Youth Camp 2019 (IAYC2019) anjuran Northern Varsity
Accounting Club, Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (NOVAC-TISSA), College of
Business, Universiti Utara Malaysia. Lawatan ini telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 Julai 2019
dan diiringi oleh 3 orang pensyarah yang terdiri daripada Encik Syaifulradzman Bin Shaifuddin,
Encik Mohamad Hafizul Bin Mohd Zaid dan Puan Mazlina Binti Abdul Majid. Lawatan seumpama
ini dapat memberikan pengalaman dan ilmu berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan
juga pelajaran.

BENGKEL SMART EXCEL YEAHH

Bengkel Smart Excel telah diadakan untuk pelajar Semester 5
Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Perakaunan.
Bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara
pengendalian Microsoft Excel dengan lebih berkesan. Encik
Mohamad Hafizul Bin Mohd Zaid dan Encik Mohd Firdauz Bin
Norhadi telah diberi mandate untuk menjadi fasilitator sepan-
jang bengkel ini berlangsung. Semoga program seperti ini dapat
memberi pndedahan kepada para pelajar tentang kepentin-
gan
JABATAN
PERDAGANGAN

JABATAN PERDAGANGAN

ENTREPRENEURSHIP INNOVATION AND BUSINESS
PLAN COLLOQUIUM

Entrepreneurship Innovation and Business plan Colloquium
2019 yang berlangsung pada 7 Oktober 2019 dapat
menyerlahkan lagi bakat mahasiswa Jabatan Perdagan-
gan Politeknik Muadzam Shah dalam menghasilkan
produk baru dan menambahbaik produk yang sedia ada
di pasaran. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang
program ini adalah sesi pembentangan poster, inovasi
dan rancangan perniagaan.

ICOVEX 2019

Jabatan Perdagangan telah berjaya memenangi pelbagai kategori. Berikut merupakan

kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan Perdagangan :

Kategori Nama Projek Pingat
A : Rekabentuk Jackfruit Quick Perak
B : Teknologi Emas
D : Perkhidmatan Co-Clean Gangsa
E : Rancangan Perniagaan EZ Fan Cleansing Emas
HT Multi Purpose Bag Emas
Sushi Malaysia Perak
Buzzy Enterprise Perak
Gangsa
Magical Spray
Choco Dates

Projek Co-Clean telah dinobatkan

sebagai Anugerah Industri dan Piala

Pusingan serta Juara Keseluruhan

i-COVEX 2019.

JABATAN PERDAGANGAN

JABATAN KEJURUTERAAN

JKMMEKANIKAL

Lawatan Penanda Aras Program Pengajian Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal PMS ke UniKL MSI Kulim

Lawatan Penanda Aras Program Pengajian Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS ke UniKL
MSI Kulim, Kedah pada 20 Februari 2019. Delegasi PMS seramai 8 orang diketuai oleh Dr.
Mohd Shahril. Lawatan ini memberi impak yang besar kepada PMS sekaligus menjali hubun-
gan akademia antara PMS dan UniKL.

Lawatan Penanda Aras di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Lawatan Penanda Aras di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahi-
yah, Kulim, Kedah pada 21 Februari 2019. Delegasi JKM PMS seramai 8 orang diketuai oleh
Dr. Mohd Shahril.Lawatan ini juga bertujuan untuk bertukar idea dan pandangan berke-
naan isu-isu yang berkaitan dengan akademik bagi meningkatkan lagi pengetahuan para
pensyarah.

Creation, Innovation, Technology
& Research Exposition (CITREx 2019)
– UMP Gambang, Pahang

JKM telah menyertai Creation, Innovation, Technology &
Research Exposition (CITREx 2019) dengan penyelidikan
bertajuk Strained Muscles Pes Planus Discomfort Solution.
Penyelidikan ini adalah dengan usahasama daripada pens-
yarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) dan PMS.
Berikut adalah peserta dan pencapaian yang diraih

Kumpulan Penyelidik:
*Dr. Zulkeflee Abdullah (UTeM)
*Azlinda binti Mohamad (JKM, PMS)
*Prof Madya Dr. Mariam Md Ghazaly (UTeM)
*Prof Madya Dr. Raja Izamshah Raja Abdullah
(UTeM)
*Prof Madya Dr. Shajahan Maidin (UTeM)
*Dr. Mohamad Kamil Sued (UTeM)
Pencapaian: Silver

Anugerah Inovasi Menteri KPKT 2019
KIKHB peringkat negeri Pahang 2019

Team KIK JKM PMS kolaborasi bersama KIK Bomba
dan Penyelamat Muadzam Shah.

Anugerah Inovasi Menteri KPKT 2019
12 September 2019
Pencapaian: Ketiga

KIKHB peringkat negeri Pahang 2019
3-5 September 2019
Pencapaian: Saguhati

Pertandingan Inovasi Proton Politeknik PiPPO 2019

Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPO) Politeknik Muadzam Sah (PMS). Pelajar semester
5 dari program Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Projek yang dinamakan sebagai Devonion
Sensitive 5 (D-S5) mewakili PMS ke pertandingan PIPPO peringkat kebangsaan pada 19-23
Ogos 2019 di Politeknik Nilai.PMS telah merangkul pingat Gangsa seterusnya membawa
pulang sejumlah RM750.00

International Festival Of Innovation On
Green Technology 2019

International Festival Of Innovation On Green
Technology 2019 telah berlangsung pada 19-21
April 2019 di Kompleks Sukan UMP Gambang. PMS
merangkul Top 5 Gold Award (Academician Cat-
egory) antara 300 penyertaan Peringkat Kebang-
saan & Peringkat Antarabangsa; German, Indone-
sia, India dan Sri Lanka.

MECHANICAL ENGINEERING INNOVATION EXHIBITION JABATAN
MINEX JUN 2019 KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah menganjurkan Program MiNEX Sesi Jun 2018. JABATAN PERDAGANGAN
Program ini telah disertai oleh 210 orang pelajar JKM. Sebanyak 54 kumpulan yang terdiri dari-
pada pelajar bagi 4 program di JKM iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pem-
buatan Automotif), DRA danDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk), DRP. Pam-
eran merangkap pembentangan ini adalah bagi memenuhi keperluan bagi penilaian kursus
Projek 2 DJJ 6143 di mana pelajar perlu membentangkan hasil projek akhir mereka dan akan
dinilai oleh panel-panel yang telah dilantik di kalangan para pensyarah JKM serta penglibatan
daripada panel jemputan yang terdiri daripada pihak industri. Program ini turut disertai oleh
pelajar dari sekolah sekitar muadzam shah.

OUTREACH JKM KE SEKOLAH
ANGKAT SEMPENA KEPUTUSAN SPM 2018

Program Outreach JKM PMS pada 14.03.2019 sempena keputu-
san SPM 2018 ke sekolah angkat, Sekolah Menengah Bandar Tun
Abd. Razak(BANTURA) Keratong Pahang

JABATANMECHANICAL ENGINEERING INNOVATION EXHIBITION
KEJURUTERAAN MEKANIKALMINEX Dis 2018

Pada 04.04.2019 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah menganjurkan Program MiNEX
Sesi Jun 2018. Program ini telah disertai oleh 210 orang pelajar JKM. Sebanyak 54 kumpulan yang
terdiri daripada pelajar bagi 4 program di JKM iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekaben-
tuk Pembuatan Automotif), DRA danDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk),
DRP. Pameran merangkap pembentangan ini adalah bagi memenuhi keperluan bagi
penilaian kursus Projek 2 DJJ 6143 di mana pelajar perlu membentangkan hasil projek akhir
mereka dan akan dinilai oleh panel-panel yang telah dilantik di kalangan para pensyarah JKM
serta penglibatan daripada panel jemputan yang terdiri daripada pihak industri.

LAWATAN PELAJAR JKM KE SIRIM

Pelajar JKM dari 4 program telah mengadakan lawatan sambal
belajar ke Standard and Industrial Research Institute of Malaysia
(SIRIM ), Shah Alam pada 12 Februari 2019

JABATAN JPH
PELANCONGAN &
HOSPITALITI

EKSPEDISI LANGKAWI PERMATA KEDAH

Program Ekspedisi Langkawi Permata Kedah ini telah dianjurkan oleh pelajar DUP4B (Diploma
Pengurusan Pelancongan) pada 29 Januari 2019 sehingga 1 Februari 2019 iaitu selama 3 hari
2 malam, yang bertempat di Alor Setar dan Pulau Langkawi, Kedah. Program ini disertai sera-
mai 39 orang pelajar serta pensyarah program JPH iaitu Cik Norsuriaty binti Sopi serta Encik
Zulkifle bin Che Din.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar untuk men-
genal realiti sebenar dalam merancang, menyusun dan menguruskan ekspedisi pelancon-
gan domestik khususnya. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah seperti Program Tang-
gungjawab Korporat Sosial (CSR) – iaitu Program Membaik Pulih dan Penyampaian Sumban-
gan di Surau Taman Bunga Raya di Alor Setar, Kedah, yang mendapat kerjasama penuh dari-
pada masyarakat setempat.

PROGRAM INTERPRETING JOHOR BAHRU
AS AN URBAN TOURIST DESTINATION

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan
kepada pelajar mengenai pelaksanaan konsep interpretasi di
tempat tarikan pelancongan. Program ini juga mendapat
kerjasama daripada pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, yang sudi berkongsi pengalaman mengenai cabang
dan isu terkini mengenai sektor pelancongan. Program ini
dijalankan pada 12 Februari 2019

Polytechnic Of Muadzam Shah Polytechnicmuadzamshah

PROGRAM
DISCOVER THE HIDDEN GEMS OF SABAH

Program Discover the Hidden Gems of Sabahini telah dian-
jurkan oleh pelajar DUP4A (Diploma Pengurusan Pelancon-
gan) pada 20 Februari 2019 sehingga 25 Februari 2019,
yang bertempat di Sandakan, Kundasang dan Kota
Kinabalu, Sabah. Program ini disertai seramai 37 orang
pelajar serta pensyarah program JPH iaitu Puan Suhaini
binti Ibrahim dan Encik Annal Sabrie bin Muda.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedah-
kan kepada pelajar untuk mengenai realiti sebenar dalam
merancang, menyusun dan menguruskan ekspedisi pelan-
congan domestik khususnya. Program ini diserikan lagi
dengan lawatan akademik ke Fakulti Perniagaan, Ekonomi
& Perniagaan (Pengurusan Pelancongan) di Universiti
Malaysia Sabah (UMS) serta sambutan baik oleh staf UMS
untuk berkongsi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan
dalam skop pelancongan untuk peringkat Ijazah Sarjana
Muda dan ke atas.

KURSUS ASAS REKREASI LUAR

Pada 26 Februari 2019 sehingga 28 Februari 2019, seramai
31 orang pelajar semester 2 (Diploma Pelancongan
Rekreasi) telah menyertai Program Kursus Asas Rekreasi
Luar (OUTREC 1) yang bertempat di Pusat Rekreasi Air, Ayer
Keroh, Melaka. diiringi oleh pensyarah kursus, Encik Mohd
Rahimi bin Mohd Shahimi serta Encik Mohd Rezal bin
Miskam sebagai pensyarah kursus telah mengiringi pelajar
meyertai program tersebut.

Kursus ini mendapat kerjasama penuh daripada rakan
industri PMS, REDTMA Recreation Sport Centre Melaka,
yang sudi untuk menjadi fasilitator dan jurulatih dalam
menjayakan setiap tugasan dan arahan untuk memberi-
kan tunjuk ajar kepada semua peserta yang terlibat.

Polytechnic Of Muadzam Shah Polytechnicmuadzamshah

EXPLORE NATURE THROUGH MAN-MADE WETLAND

Seramai 39 orang pelajar DRT3A telah mengadakan
satu lawatan berpandu ke Taman Wetland, Putrajaya
di bawah kursus Nature Interpretation Services
(DTO3014) pada 12 Mac 2019. Program yang dina-
makan juga sebagai Explore Nature through
Man-Made Wetland ini diiringi oleh pensyarah JPH iaitu
Puan Nur Shafinda Wani binti Shaikh Azmee serta Puan
Suhaini binti Ibrahim.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi-
kan pendedahan kepada pelajar mengenai metod
serta cara bagaimana interpretasi sesuatu kawasan
pelancongan berasaskan alam sekitar dapat dilaku-
kan serta implikasi terhadap penerimaan pengunjung.
Tambahan, lawatan ini juga disertai oleh alumni JPH
PMS yang juga merangkan sebagai tour guide di
Taman Wetland Putrajaya.

RECREATIONAL OPERATION
PRACTICAL & RECREATION DAY

ProgramRecreational Operation Practical & Rec-
reation Day ini dijayakan bersama para pelajar
Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT) Semester 1
pada 25 Mac 2019. Program ini berobjektifkan
untuk memberi pendedahan serta pengetahuan
awal kepada para pelajar mengenai konse aktiviti
rekreasi luar dan dalaman (indoor & outdoor
recreation) yang boleh dilaksanakan mengikut
pembelajaran yang diterapkan.

INNOVATION PRODUCT LAUNCHING & ENTREPRENEURSHIP
(INNOPLEN) 2019

Sebanyak 2 kumpulan terbaik daripada Pertandingan IteCovex JPH (Disember 2018) telah
berjaya untuk mewakili Politeknik Muadzam Shah di Pertandingan Innovation Product Launch-
ing & Entrepreneurship (INNOPLEN) 2019, yang bertempat di POLISAS, Pahang. Kedua-dua
kumpulan ini telah berjaya menggapai Pingat Emas melalui dua produk yang dipertanding-
kan, iaitu produk ciptaan yang bernama T-Muslim dan Hikers Tracker.

KURSUS PENDIDIKAN PELANCONGAN
& REKREASI LUAR TAHAP 1

Program Terrestrial atau Rekreasi Darat ini telah diada-
kan di Taman Eko Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan
penyertaan seramai 3 kelas daripada pelajar Diploma
Pengurusan Pelancongan (DUP) dan Diploma Pelancon-
gan Rekreasi (DRT) Semester 2. Program ini bertujuan
untuk menilai dan memantapkan lagi kefahaman dan
praktikal mengenai aktiviti rekreasi darat. Program ini
turut mendapat kerjasama daripada pihak Perhutanan
Negeri Sembilan.
Para pelajar dan semua peserta juga yang terlibat telah
berjaya menawan puncak Gunung Angsi yang setinggi
2707 kaki (825m) dengan jayanya untuk satu slot di
dalam program ini.

LAWATAN POLITEKNIK PADANG,
INDONESIA

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) Politeknik
Muadzam Shah berbesar hati untuk menerima lawatan
daripada Delegasi Politeknik Padang, Indonesia pada 27
Ogos 2019. Tambahan, terdapat juga sesi perkongsian
antara kedua-dua politeknik mengenai informasi dan
pengetahuan terkini mengenai pelancongan.

POLYTECHNIC YOUTH FESTIVAL
(PYF) 2.0

Program Polytechnic Youth Festival (PYF) 2.0 telah dianjur-
kan oleh gabungan para pelajar Diploma Pengurusan
Pelancongan (DUP) serta Diploma Pelancongan Rekreasi
(DRT) pada 4 September 2019. Pengisian program ini
termasuklah aktiviti jualan, pertandingan Orienteering,
program berbentuk keagamaan serta pendedahan
aktiviti rekreasi kepada para pengunjung.
Program ini juga mendapat kerjasama daripada agensi
Aman Palestin, yang telah menerima sumbangan ikhlas
untuk Tabung Aman Palestin daripada Politeknik Muad-
zam Shah.

MARINE RECREATION

Program Marine Recreation ini telah diadakan pada 23 sehingga 25 September 2019 di Kuala
Ibai, Terengganu. Program ini disertai seramai 23 orang pelajar Diploma Pelancongan Rekrea-
si (DRT) dan diiringi oleh 3 orang pensyarah iaitu Encik Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi, Puan
Nuradilah binti Abas serta Puan Nur Fadillah binti Mat Ariffin.
Program ini diadakan adalah untuk menggilap skil dan teknik mengenai aktiviti marin yang
juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Kanu Negeri Terengganu.

TOURISM EXPEDITION
“EXPERIENCING THE DIVERSITY OF TOURISM’S CONVEYANCE”

Program Tourism Expedition “Experiencing the Diversity of Tourism’s Conveyance” ini telah dian-
jurkan oleh pelajar DUP4A (Diploma Pengurusan Pelancongan) pada 20 September 2019 sehing-
ga 23 September 2019, yang bertempat di Langkawi, Kedah serta Pulau Pinang. Program ini
disertai seramai 37 orang pelajar serta pensyarah program JPH iaitu Encik Mohd Rezal bin Miskam
dan Encik Annal Sabrie bin Muda.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar untuk mengenai
realiti sebenar dalam merancang, menyusun dan menguruskan ekspedisi pelancongan domes-
tik khususnya. Program ini diserikan lagi dengan lawatan akademik ke Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA) untuk berkongsi pengalaman mengenai sektor pelancongan di Langkawi khu-
susnya.

OPEN WATER SCUBA DIVING

Program Open Water Scuba Divingini diada-
kan dengan penyertaan para pensyarah
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH)
Politeknik Muadzam Shah serta daripada
politeknik lain yang terlibat pada 20 sehingga
23 Oktober 2019 yang bertempat di Salang,
Pulau Tioman, Pahang. Program ini bertujuan
untuk memberikan pendedahan, pengeta-
huan serta prosedur mengenai aktiviti scuba
diving.
Program ini turut disertai oleh Pengarah PMS,
Tuan Haji Hassan bin Ismail, yang turut
melakukan aktiviti diving bersama-sama
penyelam yang lain.

JABATAN JTMK
TEKNOLOGI MAKLUMAT
& KOMUNIKASI

BENGKEL PENJAJARAN KONSTRUKTIF
: COURSE ASSESSMENT PLAN (CAP)

Pada 6 - 8 Mac 2019, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik dan
Kolej Komuniti (BPK, JPPKK) dengan kerjasama KTMK PMS telah mengadakan BENGKEL PEN-
JAJARAN KONSTRUKTIF : COURSE ASSESSMENT PLAN (CAP). Dalam bengkel ini, penyarah yang
terpilih telah membangunkan bahan dan keperluan untuk struktur akademik baru DDT.
Bengkel dikelolakan oleh En. Aziz bin Bakeri dari BPK JPPKK.

BENGKEL PENULISAN BOOK CHAPTER

JTMK PMS telah menganjurkan Bengkel Penulisan Book Chapter
untuk para pensyarah JTMK PMS. Bengkel telah disampaikan
oleh En. Mohd Helmy Abd Wahab, Pensyarah Kanan, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, UTHM.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pensyar-
ah tentang cara penulisan Book Chapter dan kajian yang baik

INTERPRESTASI KURIKULUM BAHARU DDT

Bengkel Intepretasi Kurikulum Baharu DDT telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Pengajian
Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) pada Julai 2019 untuk pensyarah-pensyarah JTMK PMS.
Bengkel ini disampaikan oleh EN. ABD AZIZ BIN BAKERI, Penolong Pengarah Kanan (PPK), Baha-
gian Kurikulum, Bidang Perkomputeran, Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
bersama-sama EN. WAN IZDIHARUDDIN BIN WAN ISHAK, Penolong Pengarah Kanan (PPK[M]),
Bahagian Kurikulum, Unit Penilaian & Inovasi Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej
Komuniti (JPPKK).

Bengkel ini menerangkan secara keseluruhan berkaitan
perlaksanaan kurikulum baharu bagi DIploma Teknologi Mak-
lumat (Teknologi DIgital) atau DDT.

Turut hadir ke bengkel ini adalah wakil daripada JMSK, JPA,
UPLI & Unit Peperiksaan.

PROGRAM MENTORING SESSION FOR FINAL YEAR PROJECT
SESI JUN 2019

Pada 07 Ogos 2019 JTMK PMS menganjurkan Bengkel Projek
Akhir Pelajar (FYP) Mentoring untuk pelajar semester akhir yang
mengikuti subjek DFT6014 Integrated Project.

Bengkel ini adalah khusus untuk membantu para pelajar mem-
bangunkan projek akhir mereka dengan bantuan khidmat
nasihat daripada pihak industri. Pihak JTMK PMS telah menjem-
put 2 wakil industri untuk bengkel kali ini, iaitu En. Anuar daripa-
da Tera Logic Solution, dan En. Shakirin daripada Amtis Solu-
tion.

Wakil industri akan bertindak sebagai mentor dan akan mem-
beri nasihat dan pandangan dalam membangunkan projek
akhir pelajar. Di samping itu input daripada pihak industri ini
dapat memberi impak positif kepada pelajar sejajar dengan
memperkasakan dan memantapkan mutu penyampaian
pendidikan tinggi kepada rakyat.

SENTUHAN KASIH JTMK PMS BERSAMA SMK MUADZAM JAYA

JTMK PMS telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Hari Koperasi SMK Muadzam Jaya.
Beberapa orang pelajar dan kakitangan, beserta wakil pelajar dari Kelab Robotik PMS telah
membuka satu booth pada program berkenaan. Sentuhan kasih ini telah berlangsung pada 29
Ogos 2019.Para pelajar SMK Muadzam Jaya sempat mengikuti beberapa aktiviti yang dise-
diakan di booth JTMK PMS, antaranya pameran robot dan drone. Pelbagai maklumat turut
dikongsikan bersama pelajar, terutamanya mengenai Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi
DIgital) - DDT yang ditawarkan di JTMK PMS.
Semoga kerjasama antara JTMK PMS bersama dengan SMK Muadzam Jaya akan diteruskan
pada masa akan datang.

International Competition Exhibition on Computing Innovation
(ICE-CINNO) 2019, UMP Gambang

@ Universiti Malaysia Pahang, Gambang.

JTMK PMS telah menghantar 2 kumpulan inovasi dalam pertandingan ini;
1) Tajuk Inovasi : AviaDron : Development of a Rescue Mission Drone

Penyelia : Cik Rafizah Binti Ab Rahman
2) Tajuk Inovasi :Smart Feeder Monitoring

Penyelia : Pn. Nur Dalila Binti Abdullah
Kedua-dua wakil JTMK PMS ini telah berjaya menggondol Pingat Emas dalam pertand-

ingan inJAi.BMAaTAlaNhT,EpKNroOjeLOk GSmI KMahAratKsFLUedMeadAripeT a&r MdKaOonMpiitUhoNarIiKknAgpSeItenlgaahnmjuer.mbawa pulang Anugerah

Digital Innovation & Creativity Exhibit (DICE) Sesi Jun 2019

Oktober, JTMK PMS telah menganjurkan Digital Innovation & Creativity (DICE) Sesi Jun 2019.
Program yang telah mengumpulkan pelbagai bentuk projek akhir pelajar ini telah diadakan di
Aras 1, Perpustakaan Siber, PMS.

Seramai 87 orang pelajar telah membentangkan 31 projek akhir mereka dihadapan panel-pan-
el yang telah dilantik. 2 orang panel industri turut dijemput bagi menilai hasil kerja pelajar JTMK
PMS. Mereka adalah En. Shakirin daripada Amtis Solution Sdn. Bhd. dan En. Anuar daripada Tera
Logic Solution Sdn. Bhd. Pembentangan berlangsung daripada jam 9.00 pagi hingga 1.00
tengahari.

Pada sebelah petang, En. Shakirin telah berkesempatan memberi sedikit perkongsian ilimiah
berkaitan bidang Teknologi Maklumat kepada pelajar semester 2 hingga 5 yang hadir ke majlis
penutup ini. Hadiah juga telah disampaikan kepada kumpulan-kumpulan projek yang terbaik.
Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih juga kepada pihak panel indutri yang sudi
hadir memeriahkan program kali ini.

Talent Development in Digital Technology –
Train the Trainer : IOT (Arduino)

JPPKK dengan kerjasama JTMK PMS selaku tuan rumah telah mengnjurkan Program TALENT
DEVELOPMENT IN DIGITAL TECHNOLOGY - TRAIN THE TRAINER : IOT (ARDUINO). Program ini diada-
kan untuk pensyarah-pensyarah JTMK, PMS termasuk pensyarah JTMK dari beberapa politeknik.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kompetensi pensyarah dalam kemahi-
ran yang diberikan bagi membolehkan pensyarah menyampaikan PdP dengan berkesan.
Program ini telah diadakan pada 14 - 17 Oktober 2019
.
Pihak Cynerve (Durian Tunggal Solution) telah dijemput sebagai penceramah bagi kursus ini.
Para pensyarah diajar menggunakan arduino sebagai salah satu elemen penting dalam Inter-
net Of Things (IOT).

Program Talent Development In Digital Technology / Modular Diploma For
Towering Tvet Generation - Cluster Software & Application Development - It
Essentials & Oracle Database Programming With Sql.

Oktober 19, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
(JPPKK) dengan kerjasam Jtmk Pms Sebagai Tuan Rumah
Telah Menganjurkan Program Talent Development In Digi-
tal Technology / Modular Diploma For Towering Tvet Gen-
eration - Cluster Software & Application Development - It
Essentials Dan Program Talent Development In Digital Tech-
nology/ Modular Diploma Bagi Towering Tvet Generation –
Cluster Software And Application – Oracle Database
Programming With Sql.

Dua kursus yang dijalankan serentak ini merupakan kursus
yang dianjurkan untuk pelajar DDT JTMK Politeknik Malay-
sia. Seramai 40 orang peserta Oracle dan 20 orang peser-
ta IT Essentials merupakan gabungan pelajar dari bebera-
pa buah politeknik.

Program seumpama ini memberi peluang kepada pelajar
untuk mendapat lebih pendedahan dalam topik yang
dipilih dalam melahirkan generasi TVET yang lebih berkuali-
ti. Pelajar bagi kursus IT Essentials juga berpeluang memiliki
sijil professional CompTIA A+ sekiranya lulus peperiksaan
pada hari terakhir program.

National Innovation and Invention
Competition (NIICE) 2019, UTHM.

1) Anti-Theft Kit (ATK) (Pingat 3) IOT Demonstration
Emas) Board (Pingat Emas)
Penyelia : En. Afzanizam Bin Alias Penyelia : En. Ahmad Zahari
Pelajar : Muhammad Hamizan Bin Bin Misnan
Ramli & Shaanjiv Nair A/L Ravi Pelajar : Amirul Haziq Bin
Kumar Rusli & Nur Ain Natasha Binti
Zaidi
2) Smart Feeder Monitoring
(Pingat Emas & IEEE Best Project
Award)
Penyelia : Pn. Nur Dalila Binti
Abdullah
Pelajar : Norfadila Binti Kamarudin,
Nurul Natrah Binti Masuri, &
Nuwara Natasha Binti Ibrahim

International Science and Social JABATAN TEKNOLOGI
Science Innovation Competition (I-Sic) MAKLUMAT & KOMUNIKASI
2019 Di Universiti Sains Islam Malaysia

Pada 20 November 2019, JTMK PMS telah berjaya merangkul
Grand Double Gold, iaitu pemenang keseluruhan bagi
pertandingan International Science And Social Science Inno-
vation Competition (i-SIC) 2019 di Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). JTMK PMS yang mempertaruhkan kumpulan projek
Anti-Theft Kit ini telah memenangi Pingat Emas untuk Kategori
Social Science, selain Double Gold Award utk kategori Social
Science.
Berikut adalah nama pensyarah dan pelajar yang terlibat :
Anti-Theft Kit (ATK)
Penyelia : En. Afzanizam Bin Alias
Pelajar : Muhammad Hamizan
Bin Ramli & Shaanjiv Nair A/L Ravi
Kumar

JABATAN REKABENTUK
KOMUNIKASI & VISUAL

SEHARI BERSAMA LES COPAQUE

Pada 15 Februari 2019 Jabatan Rekabentuk dan Komuni-
kasi Visual (JRKV) telah mengadakan satu program
bersama dengan Les Copaque yang menghasilkan Filem
Animasi Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Semua Staf dan
pelajar JRKV telah terlibat dengan program ini. Tujuan
diadakan program ini adalah untuk mendedahkan
kepada pelajar berkaitan dengan bidang animasi yang
sedang berkembang maju di peringkat dunia.Walaupun
pelajar JRKV mengambil bidang Grafik dan Media
Cetak, namun peluang untuk menyambung pengajian
dalam bidang animasi adalah amat baik kerana bidang
animasi juga memerlukan kepakaran rekabentuk grafik
dan media cetak. Di samping itu, Syarikat Les Copaqeu
juga diberi peluang untuk mempromosikan filem baru
mereka yang bertajuk Upin Ipin Keris Siamang Tunggal.
Diharap dengan perkongsian ilmu bersama Les
Copaque ini, akan membuka minda pelajar-pelajar JRKV
untuk meluaskan skop pembelajaran ke bidang animasi
melangkaui bidang grafik dan media cetak.

LAWATAN ILMIAH KE PERCETAKAN
INDERAPURA, KUANTAN

Pada 12 Februari 2019 Jabatan Rekabentuk & Komunika-

si Visual telah mengadakan satu lawatan ilmiah ke indus-

tri percetakan di Syarikat Percetakan Inderapura . Pelajar

yang terlibat adalah 2 kelas dikalangan pelajar semester

3 seramai 32 orang.Tujuan mengadakan lawatan ilmiah

ke Syarikat Inderapura kepada para pelajar adalah berk-

iatan dengan proses Offset Lithography seterusnya bagi

memenuhi dan melengkapkan silibus DVP 3034 Offset

Operation 1 dan disamping itu pelajar boleh melihat sua-

sana industri percetakan sebenar dan ianya pengala-

man yang berharga kepada pelajar.

Pada 28 dan 29 mac 2019, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi VISCOM 12

LANTAI SENIVisual telah menganjurkan Program Lantai Seni di Kafe Atas, Politeknik

Muadzam Shah.Program Lantai Seni ini adalah program berkala bagi
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual yang akan dilangsung-
kan pada setiap akhir semester. Program ini sepenuhnya dijayakan
dan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar semester 4 iaitu DRG4A dan
DRG4B yang mengambil subjek DVG 5013 – Event Managemen.
Program Lantai Seni ini telah berjalan dengan baik sepanjang dua
hari ianya berlangsung. Pelbagai acara telah diadakan untuk memer-
iahkan lagi program Lantai Seni yang berlangsung seiring dengan
VISCOM12. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalak-
kan dari pengunjung yang merupakan warga Politeknik Muadzam
Shah dan juga orang luar dari warga setempat. Banyak gerai-gerai
jualan dari peniaga luar, pelajar-pelajar JRKV dan kakitangan PMS
yang turut menjayakan program ini. Antara acara yang paling
mendapat sambutan adalah Sesi Busking bersama Busker yang
dipanggil dari Rompin untuk menceriakan lagi program Lantai Seni
pada sebelah malam. Semoga program-program seperti ini dapat
diteruskan lagi bagi semester-semester yang akan datang. Pelajar-pe-
lajar yang mengambil subjek DVG5013-Event Management juga
dapat banyak menimba pengalaman, ilmu dan pengetahuan dalam
mengurus program-program seperti ini.

Pada 28 dan 29 Mac 2019, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi
Visual telah mengadakan Pameran Projek Akhir iaitu VISCOM 12 di
Dewan Seri Gading, Politeknik Muadzam Shah. Program VISCOM ini
adalah satu program berkala bagi Jabatan Rekabentuk dan Komuni-
kasi Visual yang diadakan pada setiap akhir semester. Program ini
adalah merupakan aktiviti pameran projek dan sebahagian dari
proses penilaian pemarkahan Projek Akhir bagi Pelajar Semester 5
Program Diploma Rekabentuk Grafik (DRG) dan semester 5 Program
Diploma Teknologi Media Cetak, Jabatan Rekabentuk dan Komuni-
kasi Visual sebagai memenuhi keperluan kursus Graphic Design Proj-
ect (DVG 6025) dan Print Media Project II (DVP 6046). Kursus ini mem-
beri ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan dalam mere-
alisasikan idea, kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah ke arah
penghasilan projek yang mempunyai nilai komersial dan berdaya
saing. Dengan tidak secara langsung, pameran projek akhir ini dapat
memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar mengenai
persediaan serta penyertaan dalam mempamerkan hasil karya
mereka.

Program CSR Mural PoliKK4 Kuantan

Pada 18-23 Februari 2019 Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah

dengan kerjasama Politeknik Metro Kuantan telah mengadakan program ‘Street Art’ yang

diadakan di kawasan yang berhadapan dengan Polimetro yang disediakan khusus menjala-

nakan aktiviti pelajar yang berunsurkan keusahawanan dan kesenian muzik. Pelajar yang terli-

bat adalah daripada semester 3 iaitu DRG3A dan DRG3B seramai 54 orang. Perlaksanaan

hiasan melalui lukisan mural ini adalah salah satu usaha bagi meningkatkan keceriaan perseki-

taran, menarik minat pengunjung, mewujudkan suasana yg lebih kondusif serta memberi identi-

ti yang jelas tentang Pusat Bandar Kuatan. Disamping itu, Projek rekabentuk mural ini juga

bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengalaman secara langsung kepada pelajar

untuk mengendalikan projek lapangan (field work) sebenar di samping mendidik pelajar untuk

melakukan kerja CSR atau kebajikan melalui bakat dan sumbangan yang boleh diberi kepada

komuniti setempat.

My Tiger Value Art Competition

Pada 4 April 2019, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
telah menjemput Cik Sumiyati Binti Baharuddin sebagai pencera-
mah bagi memberi penerangan berkaitan pertandingan yang
bertajuk “My tiger Values Art Competetion 2019” kepada pelajar
Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam
Shah. Ceramah ini dibuat adalah untuk menggalakkan pelajar
untuk mencungkil bakat mereka dengan menyertai pertandin-
gan-pertandingan yang berkaitan dengan bidang pembelajaran
mereka.Oleh itu, ini akan menjadikan salah satu platform untuk
pelajar untuk mengetengahkan idae-idea yang lebih kreatif
dalam berkarya dan juga mempromosikan politeknik Muadzam
Shah sebagai Politeknik yang melahirkan pelajar-pelajar kreatif

Majlis menandatangani COC
(Certificate of Collaboration)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)

Majlis menandatangani COC (Certificate of Col-
laboration) di antara Politeknik Muadzam Shah
dengan wakil dari industri telah berlangsung pada
15 Oktober. Kerjasama JRKV, PMS dengan pihak
industri sangat penting dalam melengkapkan
pelajar untuk persediaan mereka memasuki alam
pekerjaan. Pihak Majlis Rekabentuk Malaysia
(MRM) dan Fakulti Seni Reka dan Seni Reka (FSSR)
UiTM Shah Alam telah menandatangani Kerjasa-
ma Strategik ini. Pihak industri menerima baik
saranan kerajaan untuk menjadikan bidang Tekni-
kal Dan Vokasional sebagai teras pendidikan
negara dalam melahirkan graduan yang berke-
mahiran tinggi. Majlis memeterai perjanjian disem-
purnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan
Ismail yang turut diiringi oleh Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik, En Muhammad Iskandar
Abu Thohib.

KANA Art Institute, Acheh, Indonesia
Sekali lagi JRKV telah menandatangani COC (Cer-
tificate of Collaboration) di antara Politeknik
Muadzam Shah dengan wakil dari KANA Art Insti-
tute, Acheh, Indonesia telah berlangsung pada 25
Oktober di PMS. Majlis memeterai perjanjian disem-
purnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan
Ismail. KANA Art Institute merupakan rakan strate-
gik antarabangsa PMS.

JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI & VISUAL

Cabaran Inovasi Inklusif 2019 (Zon Pantai Timur),
Yayasan Inovasi Malaysia

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam
Shah telah menyertai CABARAN INOVASI INKLUSIF 2019 (ZON PANTAI
TIMUR) di Pahang Skills Development Centre (PSDC), Kampus Pahang
Skills, Kuantan pada 29-31 Oktober 2019. PMS mendapat tempat ke 9
dan 11 daripada 116 penyertaan zon pantai timur. Pertandingan
tersebut adalah anjuran YAYASAN INOVASI MALAYSIA. 2 Cabaran
yang mendapat tempat ialah:-
Portable Die Cut - Nik Mohd Azim Nik Daud
No. 9 /116 penyertaan
Alat Asas Pengiraan - Mohd Shahfudin Hatta
dan Zulhemli Ahmad
No. 11/116 penyertaan

World Skills Malaysia kategori Visual Merchandising

Pelajar Diploma Rekabentuk Grafik semester
3, Ahmad Syahmi B Nor Shahibi telah mem-
perolehi pingat Emas pada 17 November
2019 di World Skills Malaysia kategori Visual
Merchandising.

GABMINDA Peringkat Antarabangsa 2019

Program GABMINDA 2019 atau Gabungan Minda ini
merupakan satu aktiviti anjuran bersama Jabatan
Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik
Muadzam Shah (PMS) dengan kerjasama Bahagian
Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (BK JPPKK). Tema GABMINDA kali ini adalah
‘Inhale Courage, Empowering Forte’ yang memberi
makna penekanan kepada keberanian dalam mem-
pertingkatkan kebolehan serta kekuatan diri pelajar.
Program kali ini disertai oleh seramai 100 orang pelajar
JRKV dari Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik
Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
(PTSS) dan Politeknik Metro Tasik Gelugor (PMTG).
Program ini diadakan di Kempville, Tanjung Lumpur,
Kuantan bermula 22 hingga 24hb Oktober 2019. Pence-
ramah-penceramah akademik program terdiri daripa-
da Prof Madya Dr. Mohamad Hariri Bin Abdullah (Majlis
Rekabentuk Malaysia), Tuan Sayed Munawar Bin Syed
Mustar (CEO Perbadanan Kota Buku), Tuan. Daddy
Budiman (Politeknik Negeri Padang, Indonesia) dan
Tuan. Fadlan (Kana Art Institute, Acheh, Indonesia).
Majlis Perasmian penutupan disempurnakan oleh Yg
Bhg Prof Madya Dr. Mohamad Hariri Bin Abdullah (Majlis
Rekabentuk Malaysia). Yg Bhg Dr. Hj. Abd. Latif Bin
Ahmad, pengarah POLISAS yang mewakili Puan Noor
Aidi Binti Nadzri (Bahagian Kurikulum, JPPKK) membaca
teks ucapan aluan pada majlis kali ini. Program ini turut
dimeriahkan dengan kehadiran pengarah PMS, Tn. Hj.
Hassan Bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan BKJPPKK,
Puan Hassanah Binti Mohd Amin serta penolong penga-
rah BK JPPKK dan barisan KJRKV dari PMS, PIS, PTSS,
PMTG dan PBT.

JABATAN MATEMATIK
SAINS & KOMPUTER

BENGKEL ASAS
PENGGUNAAN KALKULATOR

Bengkel ini telah diadakan dengan penyertaan daripada
164 pelajar yang terdiri daripada pelajar semester 1 yang
mengambil subjek Matematik. Ianya diadakan bagi mem-
bantu para pelajar menggunakan kalkulator dengan lebih
baik. Selain itu juga, peserta turut didedahkan dengan
tip-tip menggunakan kalkulator bagi menyelesaikan mas-
alah matematik bagi soalan matrik, persamaan serentak
dan sebagainya. Bengkel ini diadakan pada 1 Mac 2019
bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) PMS.

LAWATAN ILMIAH JABATAN
MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER

Pada 1 Mac 2019 JMSK telah menganjurkan lawatan
ilmiah ke Institut Perladangan Dan Komoditi (IMPAC), Kera-
tong, Pahang Dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB). Lawatan ini dilaksanakan untuk memenuhi keper-
luan prestasi jabatan bagi memperkembangkan rantaian
hubungan bersama komuniti/industry setempat melalui
perkongsian ilmu dan kepakaran serta memberikan nilai
tambah kepada pelajar yang terlibat khususnya dalam
memantapkan pencapaian Program Learning Outcome
(PLO). Seramai 5 pensyarah dan 37 pelajar telah menyer-
tai lawatan ini. Program yang dilaksanakan ini bertujuan
bagi menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dengan
pendedahan kepada aktiviti yang dijalankan oleh IMPAC,
MPOB. Selain itu, lawatan ini juga dapat memberi
pendedahan kepada Pensyarah JMSK yang terdiri daripa-
da pelbagai latar bidang akademik dengan aktiviti
penyelidikan yang dijalankan oleh IMPAC, MPOB.

Bengkel Penukaran Unit SI
(Engineering Science Dan Basic Engineering Science)

Pada 12 Julai 2019 JMSK telah menganjurkan bengkel bagi kursus Basic Engineering

Science subjek wajib bagi pelajar Pra Diploma Sains. kursus ini mengandungi sub topik

menyelesaikan masalah penukaran Unit SI. Untuk mengukur kuantiti fizik, suatu saiz piawai

diperlukan untuk membandingkan saiz-saiz yang berbeza. Saiz piawai bagi suatu kuantiti

fizik disebut unit bagi kuantiti itu. Unit SI merupakan unit yang diperlukan untuk mengukur

kuantiti asas yang berbeza-beza.

Penukaran Unit SI merupakan perkara asas yang perlu dikuasai

oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek Engineering

Science. Setiap semester para pelajar dilihat mempunyai mas-

alah menyelesaikan masalah penukaran Unit SI dan soalan-so-

alan yang berkaitan dengan penukaran Unit SI. Melalui

program penukaran Unit SI ini, para pelajar akan dapat mema-

hami lebih mendalam kaedah penukaran Unit SI yang betul.

Bengkel ini telah disertai oleh 120 pelajar semester 1, yang

terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan

pelajar Pra-Diploma Sains.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Sambutan Hari Akademia
Peringkat Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

19 November , satu majlis anugerah kecemerlangan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

telah dilaksanakan oleh penyelaras program Pra Diploma dan Penasihat Akademik pada setiap

semester. Pelajar Pra Diploma akan dilatih untuk menguruskan program ini selari dengan hasil pem-

belajaran program yang ke sembilan (PLO 9) iaitu mendemonstrasi keupayaan kepimpinan dalam

menyelesaikan tugasan yang berkaitan dengan kerjasama kumpulan.

Selain itu, JMSK mengambil langkah seiring dengan pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia, Dr

Maszlee Malik dalam menobatkan Hari Akademia bagi menghargai sumbangan dan pengorba-

nan para pensyarah pada 5 Oktober bermula pada tahun 2019. Sambutan tertangguh bagi mem-

beri laluan kepada Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2019.

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER



POLITEKNIK MUADZAM SHAH

“Penjana Minda Strategik”

Polytechnic Of Muadzam Shah Polytechnicmuadzamshah


Click to View FlipBook Version