The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by damia nafeesa, 2025-03-01 11:44:17

PB1 BMMB1104 DAMIA

PB1 BMMB1104 DAMIA

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Karya: nurul damia nafeesa TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK bmmb1104


Baris “nafsumu itu berlawan berperang” menekankan kepentingan pengendalian diri, kesederhanaan, dan kerendahan hati. Nafsu sentiasa berperang dalam diri, namun perlu dikawal dengan cara yang betul. Selain itu, hidup harus dijalani dengan sederhana tanpa membandingkan diri dengan orang lain. Sikap syukur dan penerimaan menjadikan individu lebih tenang serta menghargai setiap momen dalam kehidupan. Baris “nafsumu itu berlawan berperang” menekankan kepentingan mengawal nafsu dengan bijak. Hidup perlu sederhana tanpa membandingkan diri dengan orang lain. Sikap syukur dan penerimaan membawa ketenangan serta menjadikan setiap momen lebih bermakna. Rangkap ketiga menggambarkan perantau tanpa kedudukan dalam masyarakat yang perlu sedar akan pentingnya sumbangan diri. Baris “Sebagai jati tiada berbunga” bermaksud kekuatan tanpa manfaat tidak diiktiraf. Oleh itu, individu harus berusaha bertahan dan memberi sumbangan kepada orang lain.


Baris ketiga dan keempat menegaskan kepentingan mempertahankan warisan budaya Melayu walaupun menghadapi cabaran. Adat, budaya, dan nilai tradisional perlu dipelihara agar tidak terhapus oleh perubahan zaman. Dengan menjaga tradisi, warisan nenek moyang dihargai, memperkukuhkan identiti Melayu, dan menyesuaikannya dengan kemajuan tanpa mengorbankan jati diri. Baris terakhir menekankan kepentingan menegakkan Islam sebagai asas kehidupan agar ajarannya terus diamalkan dan diwarisi. Dengan berpegang teguh pada nilai Islam, kebahagiaan dapat dicapai di dunia dan akhirat. Oleh itu, masyarakat Melayu perlu memperkukuhkan ajaran Islam dalam kehidupan, keluarga, dan masyarakat demi kesejahteraan bersama. Baris pertama dan kedua gurindam menekankan kepentingan menjaga warisan budaya Melayu agar tidak hilang ditelan zaman. Budaya yang dipelihara menjadikan kehidupan lebih bermakna, seperti cahaya menerangi jalan. Oleh itu, budaya Melayu perlu dijaga, diamalkan, dan disesuaikan dengan kemajuan tanpa mengabaikan identiti. Ini memastikan generasi akan datang mengenali asal-usul mereka.


Bagi rangkap kedua ini pula, merupakan sebuah peringatan tetnag betapa bahayanya dadah yang boleh menghancurkan harapan dan masa hadapan seseorang. Antara kunci untuk mendapatkan kesejahteraan hidup adalah dengan menjauhi dadah. Ini kerana sekali telah termasuk dalam dunia dadah ini, akan sukar untuk keluar dan mempunyai pelbagai perkara yang tidak baik. Individu perlulah belajar dengan pengalaman orang ain dengan menghindari dadah sebelum terlambat. Bagi rangkap pertama ini, merupakan pesanan untuk menjaga pertuturan dan perlulah berbudi bahasa dalam berkata-kata. Ini kerana ucapan yang tidak berhati-hati boleh membawa pelbagai akibat buruk. Individu perlulah bertutur dengan sopan dan berlapik dalam pergaulan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain atau mencetuskan apa-apa konflik. Dengan menjaga adab dan cara berkomunikasi tidak kira secara lansung atau secara dalam media sosial, hubungan sesama manusia perlulah dijaga agar kehidupan sentiasa aman dan harmoni.


Bagi rangkap kedua pula adalah, menekankan bahawa perbezaan agama dan bangsa bukanlah satu halangan untuk mengekalkan untuk semua masyarakat hidup dalam kedaan yang harmoni. Seperti emas dan berlian, kedua-duanya berbeza tetapi tetap berharga, Ini bermaksud masyaralat yang Bersatu dalam kepelbagaian yang unik akan menjadikan sesebuah negara itu lebih kuat dan sejahtera. Dengan berkongsi Impian dan tjuan yang sama untuk menggapai negara yang aman, perpaduan perlula terus dipupuk dan diamalkan supaya dapat memperkukuhkan kestabilan dan kemakmuran bersama. Bagi rangkap pertama ini,rangkap ini menerangkan tentang betapa pentingnya dalam menjaga perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat tanpa mingira bangsa. Ini supaya dapat mengelakkan salah faham yang boleh menimbulkan pelbagai konflik. Sikap berkongsi dan keadilan mencerminkan semangat kebersamaan yang perlu dipupuk dalam kehidupan seharian. Dengan menjaga perpaduan ini , keamanan negara dapat dikekalkan agar dapat memastikan masyarakat dapat hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera.


RUJUKAN


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version