E-SKRAP BOOK
KERJAYA SEORANG POLIS
PENGGENALAN
Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini.
Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia
memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain.
Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya
yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk
negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang
mungkin ada pada diri anda.
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMASUKI PERKHIDMATAN
POLIS?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 4 cara iaitu, sebagai Konstabel
Sokongan, Konstabel, Sarjan dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan
menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi
mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan
jasmani, termasuk seni mempertahankan diri.
Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum
disahkan dalam jawatan.
CARA MEMOHONJAWATAN
Cara Memohon
Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat
secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), www.spa.
gov.my mulai 20 Mac 2012.
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28
tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah
Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan
menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.
Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam
(SPA8i) yang boleh diperolehi melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
www.spa.gov.my.
KELAYAKKAN AKADEMIK
Kelayakan Akademik :
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13];atau
ii) Ijazah Sarjana MudaUndang-undangyang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13];atau
iii) Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukanyang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada GredYA13]
KELAYAKAN FIZIKAL
Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
Ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki
sahaja).
V) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau
kanta lekap).
Vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
Vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
TUGAS
DESKRIPSI TUGAS:
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan,
Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman
Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah
dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah,
menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan,
menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat,
laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan
negara.
PEMBUAT E-BOOK SCRAP
NAMA: DANIAL HAZIQ BIN JAMALUDIN
KELAS: 2 UM
RUMAH SUKAN: BIRU
SUPAYA DAPAT MEMBERI PENJELASAN SEPENUHNYE KEPADAANDA SEMUA!