Tokoh setempat membantu memajukan kawasan tempat tinggal. Bincangkan. KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT TOKOH : DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN TOKOH : DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN PERNYATAAN MASALAH NAMA : MAHIRUDDIN WAFI BIN SABARUDDIN KELAS : 4 AL-FIRDAUS NAMA GURU : PUAN MAHANUM BINTI SIRAT
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan membantu memajukan kawasan Benut KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN PERNYATAAN MASALAH
Menghuraikan sumbangan Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. Menjelaskan nilai kepimpinan Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan yang boleh dicontohi. Menyatakan biodata dan latar belakang Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan. KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT OBJEKTIF KAJIAN
Kaedah kajian yang kedua ialah menemu bual orang sumber iaitu ketua kampung Parit Lapis Sayang dan bekas pemandu Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. Kaedah kajian yang pertama ialah melayari laman sesawang bagi mencari maklumat tentang biodata Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang ketiga ialah mencari maklumat di dalam akhbar tentang sumbangan Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.
Nama : Ahmad bin Haji Maslan Nama Gelaran : Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan Tarikh Lahir : 30 April 1966 Tempat Lahir : Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor. Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang, Johor Perkahwinan : Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Datin Seri Noraini binti Sulaiman. Anak : Hasil perkahwinan, beliau dikurniakan 3 orang cahaya mata. HASIL DAPATAN BIODATA DAN LATAR BELAKANG DATUK SERI AHMAD BIN HAJI MASLAN Tokoh yang saya kaji ialah Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. Beliau ialah Ahli Parlimen Pontian dan wakil rakyat di kawasan Benut.
PENDIDIKAN DATUK SERI AHMAD BIN HAJI MASLAN Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria, New Zealand (1986 – 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia (2001 – 2003) beliau telah menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85. SEJARAH KEHIDUPAN DATUK SERI AHMAD BIN HAJI MASLAN Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu dan bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Kesempitan hidup dan kemiskinan yang dilalui tidak menjadi penghalang kepadanya untuk belajar bersungguhsungguh sehingga ke menara gading. Menyedari kesusahan hidup yang dilaluinya bersama keluarga, Datuk Haji Ahmad Maslan bertekad untuk mengubah nasib keluarganya. Berbekalkan semangat dan kekentalan yang tinggi, beliau akhirnya cemerlang dalam pelajaran.
SUMBANGAN DATUK SERI AHMAD BIN HAJI MASLAN Datuk Ahmad Maslan telah memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat setempat bukan sahaja di kawasan Benut malah kawasan Parlimen Pontian. Sebagai contoh beliau pernah dipertanggungjawabkan melakukan rundingan di Indonesia bagi membebaskan tujuh nelayan Pontian yang ditahan oleh Polisi Air Indonesia pada 9 Mac 2011. Datuk Ahmad Maslan telah melawat kawasan Pasar Benut untuk dinaik taraf kerana terdapat atap yang sudah bocor.
Datuk Ahmad Maslan membuat tinjauan di kawasan yang mengalami tanah runtuh akibat hujan lebat dan banjir yang berlaku. Datuk Ahmad Maslan menghadiri majlis perkahwinan penduduk kampung di Kampung Lubuk Sipat. Beliau sudi meluangkan masa untuk turut bersama-sama dalam majlis rewang di kampungnya.
Datuk Ahmad Maslan mengambil berat tentang kebajikan penduduk kampung yang ditimpa musibah. Gambar di bawah menunjukkan beliau melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Parit Wak Jabir, Benut. Beliau turut memberikan sumbangan bagi meringankan beban ahli keluarga yang terlibat. Datuk Ahmad Maslan melaksanakan program Ziarah Kasih Mingguan. Gambar di bawah menunjukkan beliau menziarahi penduduk kampung yang sakit dan memberikan sumbangan peribadinya kepada keluarga pesakit tersebut serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Datuk Ahmad Maslan memberikan bantuan kewangan kepada pelajar B40 SMK Daerah Pontian anjuran SRCC, Pusat Khidmat Parlimen Pontian, Bank Rakyat di Maahad Pontian pada 14/10/2023. Datuk Ahmad Maslan juga menubuhkan pusat tahfiz di Kampung Lubuk Sipat, Benut untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di situ dan juga pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang hafazan al-Quran.
Datuk Ahmad Maslan memberikan duit raya kepada kanak-kanak semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Jubli Intan Pontian pada 19 April 2024. Datuk Ahmad Maslan beramah mesra bersama anak muda selepas solat tarawih di Masjid Ayer Baloi, Pontian. Program ini dinamakan majlis moreh di Restoren Banana, Ayer Baloi, Pontian.
Selain itu, nilai kepimpinan yang kedua ialah prihatin. Beliau amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat yang mengalami musibah. Sebagai contoh, Datuk Seri Haji Ahmad Maslan menziarahi penduduk kampung yang jatuh sakit dan memberikan sumbangan peribadi kepada pesakit tersebut. Nilai kepimpinan seterusnya yang boleh dicontohi ialah baik hati dan merendah diri. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan tidak kekok dalam melayani masyarakat setempat walaupun berbeza pangkat dan latar belakang. Beliau suka beramah mesra dengan penduduk kampung setiap kali mengadakan lawatan dan ziarah cakna di kawasan Benut. Nilai kepimpinan Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan yang boleh kita contohi ialah nilai bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Datuk Seri Haji Ahmad Maslan sangat bertanggungjawab menyelesaikan tugasan yang telah diberikan kepada beliau. KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT KAJIAN KES TOKOH SETEMPAT NILAI KEPIMPINAN TOKOH
SUMBER RUJUKAN https://www.mywilayah.com/2022/12/biodata-datuk-seri-haji-ahmad-bin-haji.html facebook.com/ahmadmaslan Internet Orang sumber Encik Jumari bin Salimin, 55 tahun, No. 4, Kampung Parit Lapis Sayang, 82200, Benut, Pontian Johor. Encik Suliman bin Sehan, 65 tahun, TL10, Kampung Parit Lapis Sayang, 82200, Benut, Pontian Johor. Akhbar Sinar Harian, 20 April 2011, halaman 24.