BAB 2
BENTUK KATA
KATA TUNGGAL
• Kata yang tidak mengalami sebarang proses morfologi, iaitu tidak mengalami
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
• Kebanyakan kata tunggal mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi
bentuk kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk.
• Antara kata tunggal daripada golongan kata tugas; ini, itu, sini dan sana (tidak
boleh menerima apa-apa imbuhan).
• Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu:
1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
2.1.1 KATA BIL POLA CONTOH
TUNGGAL SATU 1 KV mi, -nya, ru, ya, yu
2 VK ah, am, eh, oh
SUKU KATA 3 KVK bah, caj, cek, jam, lot, pen, tin, tong
(EKASUKU) 4 KKVK blok, brek, dram, draf, graf, krim
5 KVKK bank, golf, teks, volt
6 KKKV skru, straw
7 KKKVK skrip, skrol, spring, straw, strok
2.1.2 KATA
TUNGGAL DUA
SUKU KATA
(DWISUKU)
2.1.3 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
BIL POLA CONTOH
1 V + KV + V Asia, esei, idea, urea, usia
2 V + KV + KV agama, abadi, acara, asasi, irama, udara, usaha, utama
3 V + KV + VK amaun, akaun, ateis, elaun, ideal
4 V + KV + KVK alamat, akibat, amanah, editor, ibarat, ijazah, isyarat
5 V + KVK + KV agenda, agensi, ibunda, inangda
6 KV + V + KV biasa, idola, buaya, cuaca, muara, niaga, suara, tuala
7 KV + V + KVK biawak, dialog, faedah, kiamat, kiasan, riadah, siaran, siasat
8 KV + KV + V belia, mulia, petua, radio, semua, setia, suria
9 KV + KV + KV angkasa, berita, betina, keliru, labuci, putera, rebana, sebati
BIL POLA CONTOH
10 KV + KV +VK beruang, hadiah, haruan, maruah, peluang, periuk, sekian
11 VK + KV + VK eksais, ilmiah, invois, ikhtiar
12 KV + KVK + KV beranda, belanja, kelambu, lagenda, meranti, meronta, selamba
13 KV + KVK + KVK disiplin, gelanggang, pelantar, perintah, selendang, selempang
14 KVK + KV + V dahlia, mentua, rahsia, rumbia, tempua
15 KVK + KV + KV bendera, jendela, kembara, mentega, penjara, penjuru
16 KVK + KVK + KV cimpanzi, sempurna
17 KVK + KV + VK berlian, kompaun, lengkuas, mendiang, sahsiah, tempias
18 KVK + KV + KVK cngkerik, lembayung, maksimum, mahkamah, matlamat, sempadan
19 KVK + KVK + KVK caklempong, gimnastik, kontijen, sintaksis
2.1.4 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH
BIL POLA SUKU KATA CONTOH
1 KV +KV + V + KVK mesyuarat, nasional, rasional
2 KV + KV + KV + KV bakawali, bidadari, dinihari
3 KV + KV + VK + KV
4 KV + KVK + KV + KV biduanda, keluarga
5 KV + KV + KV + KVK belantara, sejahtera, bijaksana
6 KVK + KV + V + KV hulubalang, masyarakat, matematik
7 KVK + KV + KV + KV
8 KVK + KV + KV + VK sentiasa
9 KVK + KV + KV + KVK bendahara, sandiwara, harmonica
10 KVK + KVK + KV + KV
11 V + KV + KVK + KV + KV gimnasium, petroleum
12 KVK + KV + KV + KV + KVK sembarangan, sentimeter
13 KV + KV + KV + KV + KV + KV
singgahsana
universiti
cenderawasih, cosmopolitan
maharajalela
2.1.5 Kata yang dihasilkan dengan menggabungkan
AKRONIM bahagian tertentu daripada beberapa perkataan untuk
membentuk perkataan baharu.
Ditulis dan dilafazkan sebagai satu perkataan.
Berbeza dengan singkatan kerana akronim dapat
disebut sebagai kata penuh.
Contohnya, ADUN akronim tetapi USM bukan kerana
tidak dapat dilafazkan sebagai kata penuh.
Termasuk dalam golongan kata tunggal dan dapat
memasuki sistem nahu, misalnya kata nama khas, kata
nama am, kata kerja dapat pula menerima imbuhan.