The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdfadzilsani, 2022-04-13 11:23:08

e book Norzaimah

3. Skuad tiga. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit anggota lain tidak berubah (
berteriak check ) dan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit masa yang sama pusingkan
kepala ke kiri /ke kanan 90 darjah dengan pantas bawa tangan kanan sampai ke kedudukan hormat yang
betul (berteriak hormat ).
4. Skuad empat. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit dan langkah kaki kiri ke
hadapan 30'' pacak tumit, kedudukan hormat tidak berubah ( berteriak 4-5 )

5. Skuad enam . Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama
pusingkan kepala ke hadapan dan dengan pantas bawa tangan ke kedudukan sedia. ( berteriak potong
)
6. Skuad tujuh. Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama tangan
kanan tangkap di tengah-tengah bahagian tongkat tentukan tangan dan siku tangan kanan rapat pada
badan ( berteriak tangkap).
7 Skuad lapan. Langkah kaki kanan.......... tumit anggota lain tidak berubah ( berteriak check ) dan
langkahkan lagi kaki kiri 30 " ke hadapan pacak tumit masa yang sama dengan pantas tangan kanan bawa
tongkat ke rusuk kanan tongkat dalam keadaan bimbit ( berteriak turun)
8. Skuad sembilan. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit, anggota lain tidak berubah
( berteriak check ) dan langkah lagi kaki ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit pada masa yang sama
lenggangkan tangan kanan ke hadapan tongkat sama rata dengan tali pinggang dan tangan kiri ke
belakang terus berjalan ( berteriak lenggang )

Kesalahan - kesalahan biasa:
1.Tidak meletak tongkat dengan mendaftar di bawah ketiak .
2.Tidak menggenggam pada tempat timbangan selepas memberi hormat .

Pelajaran 16
101

Kalih tongkat dari rusuk untuk doa selamat dan memberi 3 kali ...... ( 2 pergerakan )

a.Kalih tongkat dengan nombor

Skuad satu

Apabila mendapat hukuman kalih tongkat dengan tangan kanan bawa tongkat ke tengah - tengah badan
dengan masa yang sama tangan kiri tangkap tongkat dengan dua jari di bawah, ibu jari di depan dan
anak-anak jari di dalam.

Skuad dua

Dengan pantas tangan kanan lepaskan tongkat tarik ke sebelah jahitan seluar di sebelah kanan, dan pada
masa yang sama tangan kiri bawa tongkat ke sebelah rusuk kiri, lain-lain anggota diam.

Pelajaran 17
Kalih tongkat daripada doa selamat/ 3 kali sorak ( 2 pergerakan )
Kalih tongkat dari doa selamat / 3 kali sorak sama dengan pelajaran 17 cuma berlainan tangan.

Pelajaran 18
Baring tongkat dari rusuk ( 3 pergerakan)

A. Baring tongkat dengan nombor

Skuad satu,

Dengan pantas tangan kiri tangkap di tengah-tengah tongkat, siku rapat pada badan dengan masa yang
sama tangan kanan tangkap di tengah-tengah tongkat di bawah tangan kiri siku kanan bengkok ke
belakang.

102

BAHAGIAN V
PERKARA-PERKARA LAIN

Keterangan di bawah ini ialah untuk kegunaan kepada jurulatih-jurulatih.
Keterangan itu hendaklah dijalankan dengan cara " Soal jawab" ketika skuad itu sedang rehatkan diri .

Lagu kebangsaaan

Pegawai/Kadet yang memakai pakaian seragam yang tidak di bawah perintah ketua / pegawai yang
sedang kawat hendaklah berdiri dalam keadaan sedia semasa lagu kebangsaan/negeri dinyanyikan.
Sekiranya memakai pakaian awam hendaklah sedia. Seorang pegawai atau ketua yang menjaga sesuatu
kumpulan yang sedang berjalan hendaklah memberhentikan kumpulan itu dan berada dalam
kedudukan sedia.

Menerima Hormat

Pegawai-pegawai hendaklah membalas hormat itu dengan penuh hormat. Jika ada lebih daripada
seorang pegawai , maka pegawai yang kanan sekali membalas hormat.

Peringatan Semasa Memberi Tabik Hormat :
Tabik Hormat diberi ketika berdiri sedia dan berjalan sahaja.

Catatan - Perbarisan
1) Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah mengikut kesesuaian
tempat.
i) Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja

103

” Hormat ke hadapan hormat ”
ii) Lagu
iii) Lapor
” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ..................
Perbarisan sempena .......................terdiri daripada ........................... pegawai
dan ......................... lain-lain pangkat siap untuk upacara
perasmian/penutup/diperiksa dll.
iv) Periksa barisan ( jika ada )
v) Doa
vi) Ucapan dll.
v) Lapor selesai perbarisan
” Baris.....Baris sedia, Hormat....... hormat ke hadapan
hormat.
” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ............ mohon
kebenaran meneruskan tugas yang lain. Terima kasih
tuan.

Catatan :
Bahasa perintah dan urutan pergerakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip
kawad.

104

4. Ketatanegaraan dan pengurusan diri

Ketatanegaraan

1.1 PENGENALAN

Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang
teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan
bimbingan.

1.2 TUJUAN

a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik, yang cintakan bangsa dan negara

b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri serta mempunyai daya juang, daya
tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak
Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara

Lambang Negara Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13
buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala
bintang bersama-sama anak bulan itu tanda

Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian
sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian
tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor;
hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah
negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu
menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah
Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.

Rumi di sebelah kiri dantulisan Jawi di sebelah kanan.Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna
Diraja bagi Duli-duli Yang MahaMulia Raja-raja.1.3.2 Bendera MalaysiaBendera Malaysia (Jalur
Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih(melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan

105

yang sama dalam Persekutuan13 buah negeri: 1. Johor 2. Kedah 3. Kelantan 4. Melaka 5. Negeri
Sembilan 6. Pahang 7. Pulau Pinang 8. Perak 9. Perlis 10. Sabah 11. Sarawak 3

PersekutuanBahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hinggaatas jalur
merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.Bahagian biru tua ini mengandungi
anak bulan, tanda Agama Islam. Bintangpecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
PersekutuanWarna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-DuliYang Maha
Mulia Raja-Raja Melayu.

Lagu Kebangsaan Skor lagu:

Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup bersatu dan maju,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertakhta,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan.

Raja kita selamat bertakhta

Sejarah Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan,
yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah
setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa
bersubahat membunuh Residen British,JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis,
Pierre Jean deBeranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan
"Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.Lagu rasmi
negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuaioleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5
Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala
Lumpur.Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah
Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada
Majlis Raja-raja Melayu.Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada
pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh EncikSaiful Bahri dan lagu
kebangsaan Negaraku gubahan beliau terdapat dalam 3versi.

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr.Mahathir bin
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali
pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.Lagu
106

Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.Lirik Negaraku berentak baru
masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahanseperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu,
pergerakannya akan bertambah laju. Bagaimanapun penerimaan rentak baru ini agak hambar.
Rukun NegaraRukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara telahdihasilkan
oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Rakyat) setelah peristiwa trajedi 13Mei yang berlaku pada tahun 1969.
Rukun Negara
1.Kepercayaan Kepada Tuhan
2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan

Lagu-Lagu Patriotik
1. Pahlawanku 2
2. Putera-Puteri
3. Tanggal 31 Ogos
4. Baju Hijau
5. Banjaran Titiwangsa
6. Malaysia Berjaya
Pengurusan Diri
Adab bergaul :
1. Keluarga
2. Jiran
3. Guru atau rakan

107

4. Majlis rasmi
5. Batas-batas pergaulan
1. Adab bergaul dalam keluarga:
 Mengasihani yang lebih muda dan menghormati yang lebih dewasa
 Nasihat menasihati ke arah kebaikan dan menunjukkan sifat mulia
 Bergaul dengan sopan dan penuh kasih sayang
 Sentiasa bekerjasama dalam perkara kebaikan
 Bermaaf-maafan apabila melakukan kesalahan
 Sentiasa ziarah menziarahi

2. Adab dengan jiran :
 Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan
 Memaafkan kesalahan yang dilakukan olehnya
 Memberi salam setiap kali bertemu
3. Adab bergaul dengan guru
 Menziarahi mereka terutamanya ketika mereka sakit
 Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri
 Meminta izin kepada guru untuk bertanya atau pergi dari majlis
 Mendoakan kesejahteraan guru
 Hindari dari menyinggung perasaan guru
 Memberi salam kepada guru apabila berjumpa
 Memberi sepenuh tumpuan semasa pembelajaran

108

4. Adab bergaul dengan rakan:
 Menggunakan bahasa yang baik semasa bertutur
 Memanggil rakan dengan pangilan yang baik
 Memberikan pertolongan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
 Bersikap jujur dalam persahabatan
 Menjaga nama baik sahabat
 Menjaga maruah serta tidak mendedahkan aib sahabat
 Bergaul mesra tanpa melebihi batas agama
5. Adab bergaul dalam majlis rasmi :
 Berpakaian yang sopan dan bersesuaian
 Menunjukkan imej yang baik dan disenangi
 Menjaga batas pergaualan
 Menjaga tutur kata
6. Batas-batas pergaulan :
 Menjaga pandangan antara lelaki dan perempuan
 Menjaga aurat
 Menjaga ikhtilat
 Tidak bersentuhan kulit antara bukan mahram, termasuk berjabatan tangan
 Tidak membuat sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada perbuatan zina

109

5. Kompas dan Ikhtiar Hidup

Kompas
1. Apakah Kompas?

Kompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering selain dari peta.
Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka
sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn,
Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan
dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam
kapsul ialah satu jarum magnetik.
2. Kegunaan Kompas:

Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

2.1 Menentukan arah perjalanan

2.2 Menyelaraskan peta

2.3 Mengira jarak jauh

2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)

2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang
untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus. Lebih pentingkan kemahiran membaca peta dengan
tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan kepada peta.

3. Menjaga Kompas Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan
dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara
mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar tetapi
utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau
meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa
magnetik yang kuat.

4. Bahagian Kompas Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu Plat tapak yang lut
sinar ·

Perumah kompas yang boleh berputar

110

Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)
1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)
9-Garisan penimur grid
10-Piring kompas (compass Housing)
5.Langkah-langkah mengunakan kompas :
Ambil dan siapkan kompas anda Tempatkan secara mendatar datar kompas pada telapak tangan Anda,
dan letakkan telapak tangan di depan dada Anda. Arahkan titik arah panah perjalanan ke arah yang
Anda ingin ambil. Putar rumah kompas sampai panah orientasi (di perumahan kompas) sebaris dengan
ujung utara dari jarum kompas. Baca dari dasar yang ditandai di tepi perumahan kompas dan sejalan
dengan arah panah perjalanan. Anda sekarang dapat plot arah yang baru saja anda ambil dasarnya dari
pada peta. Lepaskan variasi magnetis lokal (yaitu mengambil dari perbedaan antara utara magnetis
dan benar) dengan memutar perumahan kompas. Tempatkan kompas pada peta, memegang kedua
horizontal, dan memutar kompas secara keseluruhan untuk berbaris panah orientasi dan garis dengan
garis peta Utara. Pindahkan kompas sehingga tepi melewati posisi Anda saat ini dan mempertahankan
keselarasan dengan garis Utara peta itu. Gambar garis melalui posisi Anda saat ini dan di sepanjang
tepi kompas '. Jalan Anda dari posisi Anda saat ini akan sepanjang garis sepanjang tepi kompas jika
Anda mempertahankan dasar ini.

111

Ikhtiar Hidup
DEFINISI:
Dalam konteks Pendidikan Ikhtiar Hidup, ia usaha yang harus dilakukan supaya boleh terus hidup
ketika menghadapi ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.
IKHITAR HIDUP PERLU DIPELAJARI KERANA:
Sesat dalam hutan atau terpisah daripada kumpulan.
Terselamat dalam nahas udara atau laut.
Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP :
1. Jimatkan Tenaga:
Rancang pergerakkan terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang senang dilalui digunakan selalu.
Elakkan bergerak pada waktu malam.
Elakkan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak penting.
2. Sediakan alat-alat Ikhtiar Hidup:
Perubatan (Panadol, Ubat gatal, Antibiotik, Plaster dan Pembalut, Ubat luka.
Makanan (Gandum/Milo,glukose,Bungkusan Gula/Garam dan Pil-pil Vitamin.
3. Dapatkan rehat yang cukup.

4. Jangan berfikiran negatif-melemahkan semangat untuk hadapi sesuatu keadaan kecemasan.
TUMBUH- TUMBUHAN HUTAN
 Tumbuh dikawasan rendah dan lembap.
 Rasanya tidak enak namun penting dalam keadaan ikhtiar hidup kerana ia bahan makanan utama

untuk mengatasi kelaparan.
 Ujian tumbuh-tumbuhan perlu dilakukan untuk memastikan tumbuhan tersebut selamat atau

tidak untuk dimakan.

112

5 peringkat Ujian:
(i) Menghidu
(ii) Gatal-gatal Kulit
(iii) Bibir, Lidah dan Mulut
(iv) Menelan sedikit
(v) Makan sedikit

TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup, tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi diri daripada panas
matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan juga penting untuk tidur dan rehat. Tanpa
peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah dan lain-lain, tempat
perlindungan masih boleh dibina dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ad

6. PERKHEMAHAN
APAKAH ASAS DAN MOTIF SUATU PERKHEMAHAN DIADAKAN?
- Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
- Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
- Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau perkhemahan itu
diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
- Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem
perntauliahan.

Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam satu khemah?
Walaupun khemah rangka A atau jenis igloo, satu khemah biasanya mempunyai:
- Tiang rangka
- Pancang
- Flysheet
- Khemah
- Beg khemah
- Tali

113

Apakah syarat-syarat yang penting apabila ingin mendirikan satu tapak perkhemahan?
Antara syarat-syarat penting adalah:
- Bentuk muka bumi dan salirannya
- Jenis tanah
- Iklim semulajadi

LAMPIRAN

Ujian Kelayakan : LANS KOPERAL

Nama :

Tingkatan :

Syarat-syarat :

Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:

Bil. Perkara Tarikh Lulus &

Pengesahan

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis

 Mengandungi 60 soalan meliputi semua tajuk dalam Tarikh:

silibus KRS.

2 Ujian Kawad Tarikh:

 Melakukan kawat asas dengan baik

3a Ujian Kerohanian Tarikh:

 Menghafaz Asmaul Husna,

 Menghafaz 5 surah Juz Amma.

3b Ujian Moral Tarikh:

Pengucapan awam:

Tajuk : Buat baik dibuat baik

Kesetiaan kepada Negara

Waspada sebelum kena

Sahabat setia

Teguran membina

A4 Ujian Kecergasan Tarikh:

 Larian 2.4 km

Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)

Tekan tubi(20kiraan/minit)

Lentik Belakang(20 kiraan/minit

Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak

kurang 50 kg

114

B ITEM UJIAN TERAS Tarikh:
1 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Tarikh:
Tarikh:
1.1 Ketatanegaraan Tarikh:
 Mengenal Maksud Lambang Negara Malaysia
 Melukis Bendera Malaysia dan maksud. Tarikh:
 Menyanyikan Lagu kebangsaan dan Lagu Negeri. Tarikh:
 Melukis Bendera Negeri tempat tinggal. Tarikh:
2 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
2.1 Perkhemahan Tarikh:
 Kraf Perkhemahan Asas Tarikh:
 Keselamatan asas semasa berkhemah Tarikh:
 Mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam Tarikh:
2.2 Ikatan Tarikh:
 Buku Sila Tarikh:
 Bunga keti
 Ikatan Manok Tarikh:
 Tindih Kasih Tarikh:
 Simpul belit
 Simpulan Pengail Tarikh:
2.3 Kompas Tarikh:
 Mengenal bahagian-bahagian Kompas
 Mengenal arah mata angin
2.4 Ikhtiar Hidup
 Mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup.
 Mengenali jejak atau tanda-tanda

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula

 Membuat Anduh Tiga Segi, Andoh Besar, Andoh Leher Tarikh:

dan Andoh Lengan.

 Prinsip asas pertolongan cemas. Tarikh:

 Tindakan semasa kecemasan. Tarikh:

2.6 Asas kebombaan

 Pengenalan mengenai kebakaran Tarikh:

 Punca kebakaran

 Cara-cara mengelak kebakaran.

2.7 Kebudayaan

 Menyertai atau mempersembahkan 2 kali Tarikh:

persembahan kebudayaan seperti nasyid, berzanji,

bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau

persembhan lain yang sesuai.

3 KHIDMAT MASYARAKAT

 Menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak Tarikh:

kurang daripada 6 jam.

115

4 ALAM SEKITAR
 Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan Tarikh:
dengan Alam Sekitar seperti membuat taman,
menanam pokok, mengutip sampah di kawasan
sekolah, sungai tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti
yang sesuai.

5 KEUSAHAWANAN
 Menyediakan satu projek yang berkaitan samada Tarikh:
rekacipta ataupun jahitan

116

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan : KOPERAL

Nama :

Tingkatan :

Syarat-syarat :

Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:

Bil. Perkara Tarikh Lulus & Pengesahan

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis

 Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan Tarikh:
struktur meliputi semua tajuk dalam silibus KRS.

2 Ujian Kawad

 Berkebolehan memberi arahan & Perintah Kawat Tarikh:
dengan baik dan betul.

 Melipat, menaik, menurunkan bendera dengan cara Tarikh:
yang betul.

3a Ujian Kerohanian

 Menghafaz 10 surah Juz Amma Tarikh:

 Menghafaz selawat Syifa’ Tarikh:

 Menceritakan atau menulis tentang sejarah Tarikh:
kehidupan Rasullah S.A.W.

3b Ujian Moral

Pengucapan awam: Tarikh:
Tajuk : Balasan Jujur

Bersusah-susah dahulu, bersenang-
senang kemudian
Contohi labah-labah
Kalau cermat, tentu selamat
Budi bahasa

117

4 Ujian Kecergasan

 Larian 2.4 km Tarikh:

Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)

Tekan tubi(20kiraan/minit)

Lentik Belakang(20 kiraan/minit

Angkat Beban yang setara berat anggota kadet /

tidak kurang 50 kg

B DISIPLIN DAN KEROHANIAN Tarikh:
1 Ketatanegaraan
Tarikh:
 Menerangkan Rukun Negara Tarikh:
 Menyanyikan satu lagu patriotik
 Menyanyikan Lagu Kadet Remaja Sekolah Tarikh:
2 Ketahanan diri dan kebudayaan Tarikh:
2.1 Perkhemahan
 Etika Perkhemahan Tarikh:
 Penjagaan Khemah Tarikh:
(Membuka, memasang, melipat, membersih) Tarikh:
 Amalan kesihatan berkhemah Tarikh:
 Mengikuti perkhemahan selama 4 hari 3 malam Tarikh:
2.2 Ikatan Tarikh:
 Ikatan Balak
 Ikatan Seraya
 Ikatan Serong
 Ikatan Silang Gunting
 Mengemaskan Tali
 Membina 2 jenis gajet

2.3 Kompas Tarikh:
 Mencari bearing Tarikh:
 Menentukan arah kiblat
Tarikh:
2.4 Ikhtiar Hidup Tarikh:
 Mengenali bahan-bahan apungan di air
 Membina model apungan di air Tarikh:
Tarikh:
2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula Tarikh:
 Membebat dan membalut luka Tarikh:
 Pengendalian pengusungan
 Menunjukkan 5 jenis balutan
 Mengenalpasti tempat-tempat pengaliran darah

118

2.6 Asas kebombaan

 Alat-alat melawan kebakaran Tarikh:

 Pemadam api jenis air, serbuk, buih dan gas

 Kaedah pengendalian

2.7 Kebudayaan

 Menyertai atau mempersembahkan 3 kali Tarikh:

persembahan kebudayaan seperti nasyid, berzanji,

bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat

atau persembhan lain yang sesuai.

 Menerangkan perayaan pelbagai kaum di Malaysia

3 KHIDMAT MASYARAKAT

 Menyertai 4 khidmat masyarakat dengan masa tidak Tarikh:

kurang daripada 12 jam.

4 ALAM SEKITAR

 Menyertai atau melaksanakan 3 projek yang berkaitan Tarikh:
dengan Alam Sekitar seperti membuat taman,
menanam pokok, mengutip sampah di kawasan
sekolah, sungai, tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti
yang sesuai.

5 KEUSAHAWANAN

 Menyediakan satu projek yang berkaitan samada Tarikh:
masakan atau kraftangan

119

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan : SARJAN

Nama :

Tingkatan :

Syarat-syarat :

Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 2 iaitu:

Bil. Perkara Tarikh Lulus & Pengesahan

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis

 Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur Tarikh:

meliputi semua tajuk dalam silibus KRS.

2 Ujian Kawad

 Berkebolehan memberi perintah kawad kepada skuad Tarikh:

atau platun sendiri.

3a Ujian Kerohanian

 Berkebolehan memimpin sembahyang berjemaah Tarikh:

dengan mengetahui bacaan wirid dan doa selepas

sembahyang.

 Menghafaz 2 hadis pendek dari kitab ‘Hadis Empat Tarikh:

Puluh”.

 Menceritakan atau menulis mengenai riwayat kehidupan Tarikh:

seorang dari khalifah Ar-Rasyidin.

3b Ujian Moral

Pengucapan awam: Tarikh:

Tajuk :

Sesal kemudian tidak berguna

Etika perniagaan yang baik

Pengorbanan kaum ibu

Fikir sebelum bertindak

120

4 Ujian Kecergasan

 Larian 2.4 km dalam masa 12 minit (L)/15 minit (P) Tarikh:

Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)

Tekan tubi(20kiraan/minit)

Lentik Belakang(20 kiraan/minit

Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak
kurang 50 kg

B DISIPLIN DAN KEROHANIAN

1 Ketatanegaraan

 Nama dan jawatan Jemaah Kabinet Tarikh:

 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 amalan baik Tarikh:
dalam agama masing-masing.

 Nama-nama Sultan dan Yang Di Pertua Negeri Tarikh:

2 Ketahanan diri dan kebudayaan

2.1 Perkhemahan

 Membantu menguruskan perkhemahan selama 2 hari 1 Tarikh:
malam/ Menjadi Pengerusi AJK kecil

 Menyertai perkhemahan selama 4 hari 3 malam di luar Tarikh:
sekolah

 Mengendalikan satu aktiviti terancang dalam Tarikh:
perkhemahan

2.2 Ikatan

 High Element Activity Tarikh:
Abseiling, Flying Fox, Repelling, Ascending
Tarikh:
 Membuat 5 Simpulan/ Ikatan Pemancing Tarikh:
 Membina 3 jenis gajet

121

2.3 Kompas Tarikh:
 Latihan dan aktiviti orienteering di kawasan sekolah Tarikh:
 Membaca/ mengguna dan orientasi peta

2.4 Ikhtiar Hidup

 Mengenali pokok-pokok perubatan/ tumbuhan/ buaha- Tarikh:
buahan yang boleh dimakan/ minum

 Membuat perangkap/ jerat Tarikh:

 Memasak mengikut kaedah ikhtiar hidup Tarikh:

 Membina dan mengendali rakit Tarikh:
1. Buluh
2. Tiub Getah

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula

 Menguasi 3 kaedah praktikal pemulihan pernafasan. Tarikh:
1. Mulut ke mulut
2. Holger-Nelson
3. Slivester

2.6 Kebudayaan

 Telah menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Tarikh:
kebudayaan tidak kurang dari 1 tahun.

2.7 Basikal Tarikh:

 Pengenalan basikal

 Membaiki kerosakan kecil

2.8 Kayak Tarikh:

 Kemahiran Asas Kayak

 Pengendalian kayak

122

3 KHIDMAT MASYARAKAT

 Menyertai 6 khidmat masyarakat dengan masa tidak Tarikh:
kurang daripada 18 jam.

 Menyedikan laporan bertulis mengenai sejarah tempat Tarikh:
tinggal anda.

4 ALAM SEKITAR

Lulus ujian mengenalpasti salah satu berikut: Tarikh:

 20 jenis burung yang terdapat di Malaysia

 20 jenis hidupan liar di hutan

 20 jenis ikan air tawar atau laut.

 20 jenis serangga

5 KEUSAHAWANAN

Berkebolehan melaksanakan salah satu aktiviti berikut: Tarikh:

 Merekacipta satu logo dan slogan berkaitan dengan logo
berkenaan cth. Hari Kebangsaan, Hari Kantin, Hari KRS

 Membaiki 10 buah kerusi atau meja.

 Merekacipta satu alat dapur yang dibuat dari bahagian-
bahagian pokok kelapa.

 Merekacipta satu alat daripada bahan-bahan terbuang.

123

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan : PEGAWAI WARAN

Nama :

Tingkatan :

Syarat-syarat :

Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 3 iaitu:

Bil. Perkara Tarikh Lulus & Pengesahan

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis

 Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur Tarikh:
meliputi semua tajuk dalam silibus KRS.

2 Ujian Kawat

 Berkebolehan mengenalpasti kesalahan kawat dan Tarikh:
arahan kawat oleh Ketua Platun dan ahli.

Kebolehan mengajar kawat mengikut kaedah.

3a Ujian Kerohanian

i. Pilih 2 aktiviti berikut:

 Menyertai satu program Qiyamulail. Tarikh:

 Menyampaikan satu tajuk tazkirah selama 5-10 minit Tarikh:

 Menghafaz ayat 102-105 surah Al Imran serta Tarikh:
maksudnya.

ii. Menulis mengenai salah satu tajuk di bawah Tarikh:

 Menghafaz 4 hadis pendek dari Hadis 40 dengan
maksudnya.

 Perjanjian Hudaibiah

 Piagam Madinah

 Kehidupan di zaman Jahiliah

124

3b Ujian Moral

 Menulis dan menghuraikan Sistem Raja Tarikh:
Berperlembagaan.

 Menyertai satu program dialog integrasi Tarikh:

 Pengucapan awam berunsur integrasi/ patriotisme/ Tarikh:
kenegaraan- selama 5-10 minit

 Penghayatan nilai-nilai murni tahap 1 & 2 Tarikh:

4 Ujian Kecergasan Tarikh:

 Larian 2.4 km dalam masa 12 minit (L)/15 minit (P)
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi (20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit )
Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak
kurang 50 kg

B DISIPLIN DAN KEROHANIAN

1 Ketatanegaraan
Menulis dan menceritakan salah satu daripada tajuk dibawah : Tarikh:
 Kebebasan dalam Sistem Demokrasi
 Hak dan tanggungjawab pengguna
 Hak dan tanggungjawab warga Negara
 Sistem Parlimen dan undang-undang di Malaysia

125

2 Ketahanan diri dan kebudayaan

2.1 Perkhemahan

 Membantu menguruskan perkhemahan selama 2 hari 1 Tarikh:
malam/ Menjadi Pengerusi AJK kecil

 Menyertai perkhemahan selama 4 hari 3 malam di luar Tarikh:
sekolah

 Mengendalikan satu aktiviti terancang dalam Tarikh:
perkhemahan

2.2 Ikatan

 High Element Activity Tarikh:
Abseiling, Flying Fox, Repelling, Ascending Tarikh:
Tarikh:
 Membuat 5 Simpulan/ Ikatan Pemancing
 Membina 3 jenis gajet Tarikh:
2.3 Kompas
 Latihan dan aktiviti orienteering di kawasan sekolah

 Membaca/ mengguna dan orientasi peta Tarikh:

2.4 Ikhtiar Hidup

 Mengenali pokok-pokok perubatan/ tumbuhan/ Tarikh:
buahan-buahan yang boleh dimakan/ minum

 Membuat perangkap/ jerat

 Memasak mengikut kaedah ikhtiar hidup

 Membina dan mengendali rakit
 Buluh
 Tiub Getah

126

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula

i. Berkebolehan menjalankan latihan teori pertolongan Tarikh:
cemas kepada ahli kadet Tarikh:

ii. Berkebolehan melaksanakan salah satu daripada aktiviti
berikut:

 Melakukan 6 teknik usungan pesakit.

 Mengetahui kaedah rawatan keracunan

 Mengetahui kaedah merawat gigitan serangga dan ular.

 Kecederaan tulang, sendi, ligamen & otot serta kaedah
merawatnya

2.6 Basikal Tarikh:

 Pengenalan basikal

 Membaiki kerosakan kecil Tarikh:
2.7 Kayak

 Kemahiran Asas Kayak

 Pengendalian kayak

2.8 Kebudayaan

i. Membuat kajian dan laporan bertulis mengenai salah satu
perkara berikut:

 Ucapan Perkahwinan

 Upacara Pengkebumian

 Program Integrasi antara kaum

Atau

ii. Menulis mengenai salah satu tajuk berikut:

 10 jenis alat muzik traditional

 5 jenis tarian traditional

 5 adat istiadat melayu

Atau

iii. Pilih satu daripada tajuk berikut:

 Mendeklamasikan sebuah sajak cipatan sendiri

 Mempersembahkan sebuah seloka/ gurindam/ syair
berbentukl nasihat

127

C Kemahiran dan Kecergasan: Tarikh:

Tarikh:
Menguasai 2 dari kemahiran berikut:

 Berkhemah atau berkursus selama seminggu.

 Menyertai perkhemahan lebih dari 6 kali

 Pernah menyertai perkhemahan peringkat negeri

 Membuat satu model pioneering

 Berkebolehan memanjat, memasang tali, dalam “High
Element Aktiviti” .

F Khidmat Masyarakat

Membuat kajian/temuramah dan laporan bertulis mengenai salah
satu tajuk berikut:

 Masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kampong
atau tempat anda.

 Langkah mengatasi masalah keruntuhan akhalak belia di
tempat tinggal anda.

 Riwayat hidup seorang tokoh tempatan
G Alam Sekitar:

Pilih salah satu:
[ Melaksanakan secara kumpulan (4 ahli ) ]

i. Kitaran semula kertas surat khabar lama
ii. Membuat baja kompos.
iii. Membuat kajian serangga/invertebrata/hidupan karangan

laut atau hidupan laut.
iv. Menyediakan buku skrap 20 jenis pokok daripada salah satu

yang berikut:

 Pokok perubatan

 Pokok renek

 Pokok bunga

 Pokok buah-buahan

128

H Keusahawanan:
Melaksanakan salah satu projek berikut:
 Mereka cipta satu system alarm eletronik.
 Berkebolehan dalam menggunakan mesin jahit
 Menyediakan satu jenis masakan timur atau barat.
 Menyediakan buku akaun tunai.
 Mencipta satu kraftangan daripada kayu, logam atau jerami.
 Menyediakan satu rekebentuk untuk cetakan baju T dengan
menggunakan kaedah “Silik Scsreen”
 Menulis tulisan khat di atas papan lapis, mounting board,
papan nipis, ditebuk dan diwarnakan.
 Menyediakan buku akaun tunai.
 Menyediakan “presentation” menggunakan komputer ( cth.
power-point dll. )

129

Scan QR untuk lagu
130

KETATANEGARAAN

TAHAP 1

JATA NEGARA

RUKUN NEGARA
131

132

PERANGGU MEJA

ETIKA BERPAKAIAN KE MAJLIS RASMI/ FORMAL
Lelaki : Baju kemeja lengan panjang, seluar slack, bertali leher dan berkasut.
Perempuan : Baju kurung/ baju kebaya/ blouse berlengan dan skirt panjang/ skirt pendek dibawah
paras lutut serta kasut bertumit.

133

PERKHEMAHAN
CONTOH MODEL GAJET

Scan QR untuk contoh pembuatan gajet
134

ASAS PEMBINAAN GAJET
135

IKTHIAR HIDUP

JENIS-JENIS UNGGUN API

Scan QR untuk pembelajaran iktiar hidup
136

IKATAN

JENIS- JENIS TALI
1. Tali Fiber Asli

Tali Sabut

2. Tali Buatan Manusia Tali Hawser
Tali Nylon

137

Tali Karmantel Tali Polyster

Tali Wayar
JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN

REEF KNOT

138

BELIT LUCUT
139

BELIT DUA SIMPUL

LILIT TINDIH KEJAP
SIMPUL MANUK

SIMPUL HIMPIT
BELIT LUCUT

140

LILIT PASDUL

LILIT BALAK
SIMPUL BEDAH
BELIT TALI KHEMAH
141

SIMPUL KERUSI

SIMPUL SIMPLE NOOSE

IKATAN

IKATAN SERONG

142

IKATAN PENGAIL
IKATAN SERAYA

IKATAN
143

IKATAN SILANG TUNGKU
IKATAN LILIT KACANG

Imbas disini untuk melihat contoh ikatan/simpulan
144

PERTOLONGAN KECEMASAN
Peraturan semasa memberikan bantuan

145

scan QR untuk video pertolongan
cemas

146

PETA, KOMPAS DAN ORIENTERING

SCAN QR UNTUK ORIENTERING
147

PERKHEMAHAN

Apa itu perkhemahan?

 Berada diluar rumah dengan membina tempat tinggal sementara.
 Berada sementara di persekitaran luar rumah
 Bina semangat ikhtiar hidup
 Semai semangat kerjasama dalam kumpulan
 Belajar untuk jadikan diri bertanggungjawab dan berkeupayaan.
 Mempraktikkan ilmu yang dipelajari
 Berekreasi dengan alam sekitar

Perancangan awal
 Pemilihan tempat yang sesuai
 Tarikh/ cuaca
 Penyertaan peserta
 Peralatan perkhemahan dan bekalan
 Rancangan aktiviti dan program
 Dapatkan surat kebenaran: ibu bapa/penjaga/tuan punya kawasan/pesuruhjaya Polis Daerah/
Negeri/ HQ/ Polis
 Kebenaran lain jika perlu.

Persiapan akhir
 Adakan mesyurat penyelarasan terakhir untuk kesan persiapan yang belum dilaksanakan
 Pastikan semua jawatankuasa sudah melaksanakan tugasnya dan bantu selesaikan jika perlu.
 Taklimat kepada peserta jika perlu
 Kumpul alat perkhemahan
 Urusan pengankutan alatan dan peserta.

Semasa perkhemahan
 Ikutilah undang-undang perkhemahan
 Ikut prigram yang dirancang
 Adakan kawalan keselamatan
 Jaga tingkah laku semasa berkhemah
 adakan aktiviti menarik dan mencabar

Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan
 jelaskan semua bayaran
 runtuhkan semua gajet, pagar dll
 kemaskan peralatan individu dan kumpulan
 pastikan tiada alatan dan sampah ditinggalkan
 timbus lubang yang digali
 susun buluh dan kayu yang telah digunakan diempat yang sesuai jika tidak dibawa pulang
 jalankan istiadat penutupan

148

Memilih tapak perkhemahan
 jangan dirikan khemah dibawah pokok
 dirikan khemah di kawasan yang rata
 bersihkan dahulu kawasan sekiranya ada rumput atau lalang tebal kerana mungkin ada haiwan
berbisa
 pastikan arah angin, matahari atau cuaca

149

150


Click to View FlipBook Version