The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kod Tatalaku PERPADUAN ialah satu garis panduan mengenai tingkah laku yang boleh dan tidak boleh diamalkan oleh warga PERPADUAN sebagai pegawai perkhidmatan awam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPADUAN Negara, 2018-06-05 23:04:24

KOD TATALAKU PERPADUAN

Kod Tatalaku PERPADUAN ialah satu garis panduan mengenai tingkah laku yang boleh dan tidak boleh diamalkan oleh warga PERPADUAN sebagai pegawai perkhidmatan awam.

Keywords: perpaduan,kod tatalaku,penjawat awam

PERUTUSAN KETUA PENGARAH ............................................................................... 2
PRAKATA ...................................................................................................................... 3
VISI, MISI & MOTO PERPADUAN................................................................................. 4
PERANAN PERPADUAN............................................................................................... 4

1. KELAKUAN DAN TATATERTIB................................................................................ 5
 Tugas untuk menjalankan Kawalan dan Pengawasan Tatatertib ............................. 5
 Tugas untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam setiap tindakan

tatatertib.................................................................................................................... 5
 Tatakelakuan ............................................................................................................ 5
 Pekerjaan Luar ......................................................................................................... 6
 Etiket Pakaian ........................................................................................................... 6
 Menyelenggara Taraf Kehidupan Melebihi Pendapatan Rasmi ................................ 8
 Meminjam Wang ....................................................................................................... 8
 Keterhutangan Kewangan Yang Serius ................................................................... 8
 Membuat Penyataan Awam ...................................................................................... 8
 Kegiatan Politik ......................................................................................................... 8
 Ketidakhadiran Bertugas........................................................................................... 8

2. PEMATUHAN WAKTU BEKERJA.......................................................................... 10
3. PERATURAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS

URUSAN PERSENDIRIAN .................................................................................... 12
4. KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT ............................................... 14
5. PENGISYTIHARAN HARTA .................................................................................. 15
6. GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH/KERAIAN ........... 16
7. REKOD KEHADIRAN BERTUGAS ........................................................................ 19
8. PERCANGGAHAN KEPENTINGAN ...................................................................... 19
9. PERHUBUNGAN DENGAN PELANGGAN ............................................................ 20
10. KEGIATAN JENAYAH............................................................................................ 20
11. PENYALAHGUNAAN ASET DAN PERSONEL...................................................... 21
12. LARANGAN MEROKOK ........................................................................................ 21
13. KEBERSIHAN ........................................................................................................ 22
14. KEKERASAN DAN PENGGUNAAN BAHASA KESAT SERTA DISKRIMINASI ... 23
15. ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL ................................................................ 23

LAMPIRAN 1: ETIKA PAKAIAN ................................................................................... 24
LAMPIRAN 2: LAGU PERPADUAN BANGSA ............................................................. 26

1

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Kod Tatalaku
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) berjaya
diterbitkan.

Kod ini merupakan rujukan dan panduan bertujuan untuk memastikan kelakuan
warga PERPADUAN semasa dan selepas bertugas adalah sentiasa selaras dengan
kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang
berkuat kuasa.

Bagi merealisasikan visi, misi dan objektif Jabatan adalah penting bagi semua warga
PERPADUAN untuk menghayati dan mempraktikkan profesionalisme, integriti tinggi,
semangat bekerja sebagai satu pasukan dan mematuhi Kod Tatalaku dalam tugas
dan tanggungjawab seharian. Hal ini kerana dalam menggerakkan sesebuah jentera
perkhidmatan awam, salah satu kunci kejayaan adalah lahirnya penjawat-penjawat
awam yang bersahsiah gemilang.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga PERPADUAN
atas penerbitan Kod Tatalaku PERPADUAN. Semoga dengan penerbitan Kod
Tatalaku ini, diharap setiap warga PERPADUAN dapat menghayati kandungannya
sebagai satu garis panduan untuk sentiasa beretika dan seterusnya meningkatkan
kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

DATUK BAHARIN BIN IDRIS
Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

2

Kod Tatalaku PERPADUAN ialah satu garis panduan mengenai
tingkah laku yang boleh dan tidak boleh diamalkan oleh warga

PERPADUAN sebagai pegawai perkhidmatan awam.

Dengan menghayati dan mengamalkan Kod Tatalaku ini sepenuhnya,
imej dan reputasi Jabatan sebagai sebuah organisasi

akan sentiasa terpelihara dan dikekalkan di tahap yang baik.

Sebahagian daripada Kod Tatalaku PERPADUAN ini
adalah petikan dari peruntukan kepada peraturan-peraturan
dalam Akta/Pekeliling/Arahan Perkhidmatan Awam sedia ada.

Dengan itu, kod-kod tersebut perlulah dibaca bersama-sama
dengan Akta/Peraturan/Arahan berkaitan supaya

ia dapat difahami dengan lebih terperinci dan menyeluruh.

3

VISI

Peneraju Perpaduan dan Keharmonian Negara Malaysia.

MISI

Memperkukuhkan Perpaduan dan Keharmonian Negara Berasaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

MOTO

"BERSATU KITA MAJU"

 Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan;
 Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah

perpaduan nasional;
 Mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama;
 Menjalankan wacana perpaduan dan kajian perhubungan kaum;
 Melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam mengurus hal ehwal

perpaduan negara dan integrasi nasional; dan
 Menyediakan syor kepada Kerajaan dalam menyatakan pendirian Negara di

peringkat antarabangsa.

4

(Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993)

Tugas untuk menjalankan Kawalan dan Pengawasan Tatatertib [Peraturan 3C
dan Surat Edaran JPA.BK(S)223/9/3 (16)]
(i) Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan

pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan
yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran
mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

(ii) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke
atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai
bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini
hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak
bertanggungjawab, dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Tugas untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam setiap
tindakan tatatertib [Peraturan 3D]
Maka menjadi tugas Pihak Berkuasa Tatatertib untuk memaklumkan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan tatatertib dimulakan terhadap
seseorang pegawai dan juga keputusan tindakan itu setelah ia selesai.

Tatakelakuan [Peraturan 4]
Warga PERPADUAN tidak boleh:

(a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;

(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
peribadinya bercanggah degan tugas awamnya;

(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa –

(i) Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas
awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai
awam; atau

(ii) Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;

5

(d) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(e) Kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) Tidak jujur atau tidak amanah;

(g) Tidak bertanggungjawab;

(h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau
terhadap perkhidmatan awam;

(i) Ingkar perintah; dan

(j) Cuai dalam melaksanakan tugas.

Pekerjaan Luar (Peraturan 5)
(i) Warga PERPADUAN tidak boleh pada bila-bila masa membuat pekerjaan luar

yang memberi imbuhan kewangan semasa atau selepas waktu pejabat tanpa
kelulusan Ketua Jabatan.

(ii) Kebenaran bertulis boleh diberi dengan syarat perkara-perkara berikut dipatuhi:

 Pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan semasa waktu pejabat;

 Pekerjaan tersebut tidak menghalang pegawai menjalankan / melaksanakan
tugas rasminya di luar waktu pejabat apabila diarah berbuat demikian; dan

 Pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan kepentingan Jabatan.

Etiket Pakaian (Peraturan 6)
(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 / Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5
Tahun 2007 / Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 / Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 / Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun
2013/) – Contoh Pakaian di Lampiran 1

(i) Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan bersopan semasa menjalankan tugas
rasmi kecuali untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu;

(ii) Tidak boleh berpakaian menjolok mata (tidak bersopan) dan yang boleh
mendatangkan anggapan negatif;
6

(iii) Bagi sesuatu upacara rasmi, hendaklah berpakaian sebagaimana yang
ditentukan oleh upacara tersebut, jika tidak ditentukan, pegawai hendaklah
berpakaian dengan sepatutnya; dan

(iv) Pegawai hendaklah memakai tanda nama yang disediakan oleh jabatan
sepanjang masa bekerja.

(v) Pakaian yang ditetapkan pada hari bekerja:

 Pakaian lelaki - “Lounge suit” / “bush-jacket” / baju kemeja, bertali leher dan
berseluar panjang / pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping /
pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan berseluar
panjang. Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in) dan tangan
baju hendaklah jangan dilipatkan.

 Pakaian wanita – Two / three-piece pant suit / pakaiaan kebangsaan baju
kurung / kebaya / pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa
bekerja atau semasa menghadiri upcara rasmi (kecuali upacara tersebut telah
menetapkan pakaian tertentu)

(vi) Pakaian batik dipakai pada:

 Setiap Hari Khamis;

 Rombongan ke luar negeri atas urusan rasmi atau mana-mana jemputan
hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, jika dibenarkan dan
jika ditetapkan memakai batik Malaysia, hendaklah memakai batik buatan
Malaysia.

(vii) Pakaian untuk upacara rasmi (formal):
 Uniform khas / pakaian seragam / pakaian rasmi kebangsaan / “lounge suit”

(viii) Pakaian untuk upacara separuh rasmi:
 Pakaian waktu bertugas di pejabat / ”lounge suit”

(ix) Warga PERPADUAN dilarang memakai seperti berikut semasa bekerja:

 Kain sarong;
 Jeans;
 Seluar pendek;
 Kasut getah;
 Kasut sukan;
 Selipar (dibenarkan bagi wanita); dan
 Apa-apa pakaian yang menutup muka.

7

Menyelenggara Taraf Kehidupan Melebihi Pendapatan Rasmi (Peraturan 11)
(i) Warga PERPADUAN pada bila-bila masa tidak boleh memperlihatkan gaya hidup

yang melebihi emolumen / pendapatan rasminya; dan
(ii) Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis daripada mana-mana

warga PERPADUAN yang menunjukkan gaya hidup di luar kemampuannya dari
segi pendapatan/ emolumen rasmi.

Meminjam Wang (Peraturan 12)
Warga PERPADUAN tidak boleh meminjam atau menjadi penjamin kepada mana-
mana peminjam yang kemudiannya tertakluk secara langsung atau tidak langsung
kepada kuasanya atau urusan rasmi.

Keterhutangan Kewangan Yang Serius (Peraturan 13)
(i) Warga PERPADUAN tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan

dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius;
(ii) Warga PERPADUAN disifatkan berada dalam keterhutangan yang serius

sekiranya:
 Agregat hutang dan liabiliti yang tak bercagar melebihi sepuluh (10) kali

emolumen bulanan;
 Pegawai seorang penghutang penghakiman; dan
 Pegawai seorang bankrap.

Membuat Penyataan Awam (Peraturan 19)
Warga PERPADUAN dilarang membuat, menghebahkan atau menerbit apa-apa
penyataan awam secara bertulis atau lisan mengenai perkara-perkara terperingkat
Jabatan melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan.

Kegiatan Politik (Peraturan 21)
(i) Warga PERPADUAN hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berkecuali atau

tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau memakai mana-mana
lambang sesuatu parti politik;

8

(ii) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang
mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik; dan

(iii) Pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding / memegang jawatan /
dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah mendapat
kelulusan secara bertulis dari Ketua Perkhidmatan Awam / Ketua Jabatan.

Ketidakhadiran Bertugas (Peraturan 23)
Hendaklah hadir bertugas pada setiap hari kerja melainkan telah mendapat
kelulusan cuti rehat dari Ketua Pejabat atau cuti sakit dari Pegawai Perubatan.

9

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2017 / Perintah Am 5 Bab G)

(i) Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) diwujudkan dengan Waktu Pejabat yang
bermula dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 6.00 petang.

(ii) Hari dan tempoh waktu bekerja bagi seseorang pegawai Perkhidmatan Awam
adalah seperti di bawah:

Waktu Hari Waktu Bekerja
Peringkat Isnin - Jumaat 7.30 pagi - 4.30 petang

(WP)

WP1

WP2 Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang

WP3 Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 5.30 petang

WP4 Isnin - Jumaat 9.00 pagi - 6.00 petang

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan)

Waktu Hari Waktu Bekerja
Peringkat
Ahad - Rabu 7.30 pagi - 4.30 petang
(WP) Khamis 7.30 pagi - 3.00 petang
8.00 pagi - 5.00 petang
WP1 8.00 pagi - 3.30 petang
8.30 pagi - 5.30 petang
WP2 Ahad - Rabu 8.30 pagi - 4.00 petang
Khamis 9.00 pagi - 6.00 petang
9.00 pagi - 4.30 petang
WP3 Ahad - Rabu
Khamis

WP4 Ahad - Rabu
Khamis

Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

(iii) Fleksibiliti WP dalam bulan Ramadan membenarkan pegawai meninggalkan
pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan dengan mengurangkan waktu
rehat selama 30 minit.

10

(iv) Pegawai boleh memilih untuk menggunakan WBB seperti biasa (WP1-WP4) atau
WBB bulan Ramadan (WP5-WP8).

(v) Pelaksanaan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja
adalah seperti berikut:

 Warga PERPADUAN hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai
Penyelia terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja
dengan menggunakan borang yang disediakan;

 Kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan
menyelesaikan urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam
waktu bekerja;

 Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi
kebenaran kepada pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi
urusan persendirian setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan;

 Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat
dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh
daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih
rendah;

 Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum
yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti
Rehat atau cuti lain yang berkelayakan;

 Pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital
dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada
pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai
mendapatkan rawatan di klinik/ hospital berkenaan dalam tempoh tersebut;

 Tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai
Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan
tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil
sakit yang dikeluarkan;

 Pegawai Penyelia boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan
semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan
menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak
terjejas; dan

 Pegawai Penyelia hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini
tidak disalahgunakan oleh pegawai terutamanya dari segi kekerapan
penggunaannya.

11

(Surat Pekeliling Am Bil. 3/2012 / Surat Pekeliling Am Bil. 1/2014 /
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2015)

(i) Warga PERPADUAN hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perjalanan
Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian.

(ii) Pegawai awam perlu membuat perakuan mematuhi perkara-perkara berikut:
 Pegawai mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi untuk ke negara
yang dilawati; dan
 Lawatan tersebut tidak dibiayai oleh individu atau syarikat swasta yang boleh
menimbulkan syak yang munasabah bahawa pegawai telah mengutamakan
kepentingan peribadinya berbanding tugas awam pegawai atau membiarkan
kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas rasmi pegawai.

(iii) Pegawai yang sering berulang-alik ke luar negara jiran yang bersempadanan
dengan Malaysia (kecuali ke Singapura dan Brunei) kerana urusan persendirian
juga perlu membuat permohonan ke luar negara dan mendapatkan kelulusan
Ketua Jabatan melalui:
 Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan
Persendirian
 Borang Pengisytiharan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas
Urusan Persendirian

(iv) Pegawai Pelulus boleh dengan budi bicara memberi kelulusan menyeluruh
(blanket approval) untuk tempoh satu (1) tahun mulai tarikh kelulusan diberikan.

(v) Kelonggaran kepada pegawai yang berulang-alik ke Singapura dan Brunei,
dihadkan kepada enam (6) kali setahun, selebihnya perlu mendapatkan
kelulusan Ketua Jabatan.

12

(vi) Warga PERPADUAN (lantikan tetap, sementara atau kontrak) boleh mengambil
kemudahan perlindungan insurans kesihatan mengikut kelayakan dan peraturan
berikut:

 Tehad kepada diri pegawai sahaja;
 Meliputi perbelanjaan perubatan, hospital dan rawatan;
 Had amaun perlindungan insuran kesihatan adalah seperti yang dinyataka

dalam sijil insurans kesihatan yang dikemukakan oleh syarikat
penanggung insurans kesihatan;
 Sekiranya kos rawatan sebenar melebihi daripada had amaun
perlindungan yang ditetapkan oleh syarikat penanggung insurans
kesihatan, perbezaan kos akan ditanggung oleh Kerajaan tertakluk pada
kelulusan Perbendaharaan Malaysia;
 Jabatan akan membayar premium kepada syarikat penanggung insurans;
 Kemudahan perlindungan insurans kesihatan ditanggung oleh Kerajaan
terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar; dan
 Tempoh perlindungan insurans kesihatan tidak melebihi 31 hari mulai
tarikh perjalanan.

(vii) Bagi pegawai awam yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di
dalam atau luar negara, hanya perlu mendapatkan kebenaran bertulis
daripada penyelia (akademik) di pusat pengajian untuk ke luar negara dan
memaklumkan kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan pegawai
awam untuk direkodkan.

(viii) Warga PERPADUAN tidak dibenarkan mengunjungi mana-mana negara yang
dilarang oleh Kerajaan Malaysia kecuali dengan kelulusan Kementerian
Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

13

(Akta Rahsia Rasmi 1972 / Arahan Keselamatan Kerajaan)

Warga PERPADUAN tidak boleh pada bila-bila masa:
(i) Membuat/menolong membuat akuan atau penyataan palsu bagi maksud untuk

mendapat permit daripada sesuatu pihak berkuasa sebagai kebenaran untuk
mendapatkan akses ke atas dokumen/teks rahsia Kerajaan. (Akta Rahsia Rasmi
– Seksyen 5);

(ii) Menyampai/menggunakan apa-apa rahsia kepada negeri asing atau untuk
faedah Negara asing. (Akta Rahsia Rasmi – Seksyen 8);

(iii) Mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat dengan apa cara jua pun kepada
mana-mana orang yang tidak berhak memperolehinya sama ada semasa atau
selepas pegawai berkhidmat dengan PERPADUAN. (Arahan Keselamatan
Kerajaan – para 68, 69, 70);

Warga PERPADUAN hendaklah pada bila-bila masa:
(i) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Jabatan / Pegawai Polis yang

berpangkat inspektor dan ke atas sebarang percubaan dari mana-mana pihak
untuk mendapatkan sebarang rahsia. (Akta Rahsia Rasmi – Seksyen 21);

(ii) Menentukan semua maklumat dan dokumen terperingkat sentiasa terpelihara
dan disimpan di tempat yang selamat. (Arahan Keselamatan Kerajaan – para 58)

(iii) Tidak berkelakuan cuai sehingga boleh membahayakan keselamatan atau
menyebabkan terdedahnya kerahsiaan sesuatu maklumat atau dokumen
terperingkat. (Arahan Keselamatan Kerajaan – para 90); dan

(iv) Menyerahkan semua dokumen terperingkat yang ada dalam simpanannya
kepada Ketua Jabatan apabila bersara.

14

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2002)

(i) Mengisytiharkan harta termasuk harta isteri / suami dan anak-anak kepada Ketua
Jabatan apabila pertama kali dilantik dalam Perkhidmatan Awam tidak lewat
daripada tiga puluh (30) hari selepas tarikh melapor diri dan pada setiap 5 tahun
perkhidmatan;

(ii) Mengisytiharkan pertambahan atau pelupusan harta pegawai, isteri / suami dan
anak-anak kepada Ketua Jabatan;

(iii) Warga PERPADUAN tidak dibenarkan memiliki lesen untuk menjalankan:
 Kenderaan perniagaan;
 Kenderaan perkhidmatan awam; dan
 Perniagaan hiburan.

(iv) Warga PERPADUAN yang terlibat secara langsung atau tidak langsung perlu
mendapat kebenaran Ketua Jabatan sebelum membeli / memiliki saham
daripada syarikat-syarikat di mana:
 Pegawai adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan;
 Pegawai bertanggungjawab memproses / menimbang / meluluskan lesen-
lesen perniagaan syarikat;
 Pegawai yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan kemudahan
kepada syarikat untuk beroperasi; dan
 Pegawai yang bertanggungjawab menentukan agihan ekuiti serta terlibat
dalam urusan yang berkaitan dengan pengeluaran saham.

(v) Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat bahawa pegawai memiliki sumber
kewangan atau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan
emolumennya, pegawai hendaklah memberi penjelasan bertulis dalam tempoh
30 hari dari tarikh penerimaan notis bertulis.
15

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/1998)

(i) Warga PERPADUAN dilarang daripada menerima atau memberi hadiah, atau
tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain
menerima atau memberi bagi pihaknya, sekiranya berkaitan dengan tugas
awamnya dan/atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan
maksud hadiah itu diberi.

(ii) Penerimaan hadiah yang tidak berkaitan dengan tugas awam, sama ada
sepadan atau tidak dengan maksud ianya diberi adalah seperti berikut:

 Penerimaan hadiah tidak sepadan: Nilai semasa hadiah diterima itu nilainya
(dalam bentuk wang) melebihi ¼ emolumen bulanan atau melebihi
RM500.00, mana yang lebih rendah, perlu mendapatkan kelulusan Ketua
Jabatan.

 Penerimaan hadiah sepadan: Nilai semasa hadiah yang diterima itu kurang ¼
emolumen atau RM500.00, mana yang lebih rendah, tidak perlu mendapatkan
kelulusan Ketua Jabatan termasuklah:

a.) penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan,
pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai;

b.) penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak termasuk anak
menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu/bapa
termasuk ibu mertua dan bapa mertua dan adik beradik termasuk sebelah
isteri atau suami;

c.) penerimaan hadiah daripada saudara-mara dan rakan-rakan sempena
majlis hari jadi, pertunangan dan perkahwinan pegawai atau anak-anak,
atau apa-apa majlis lain yang berkaitan dengan adat resam dan agama;
atau

d.) penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-
buahan, kuih-muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya.

(iii) Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai masih ragu-ragu dan mendapati
penerimaan ini boleh menimbulkan masalah berkaitan dengan
tanggungjawabnya sebagai pegawai awam atau boleh menimbulkan syak
wasangka bagi dirinya atau orang lain maka pegawai juga boleh melaporkan
penerimaan ini kepada Ketua Jabatan.

16

(iv) Dalam keadaan sukar untuk menolak pemberian hadiah yang ada kaitan dengan
tugas awam, pegawai awam dibenarkan menerima hadiah berkenaan dan
kemudiannya sekembalinya di pejabat, beliau hendaklah melaporkan kepada
Ketua Jabatan dengan menggunakan borang seperti di Pekeliling; untuk
kelulusan sewajarnya. Walau bagaimanapun, tidak perlu kelulusan Ketua
Jabatan, sekiranya:

 nilainya kurang daripada RM100.00;
 berbentuk lencana ("plaque") atau "Pennant";
 atau barang-barang kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh Jabatan Kerajaan

berkenaan;
 apa-apa bentuk bahan bercetak yang berkaitan Jabatan itu dan bertujuan

untuk promosi Jabatan atau negara; atau
 dalam bentuk barang-barang yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti

buah-buahan, sayur-sayuran, kuih-muih, minuman ringan, bunga dan
sebagainya.

(v) Penerimaan Hadiah Yang Menjadi Kesalahan:

 hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah (corruptly or
with corrupt intention) bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada
pegawai itu bagi melakukan atau tidak melakukan (to forebear), atau kerana
telah melakukan atau telah tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung
dengan hal-ehwal atau urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan kerja-
kerja rasminya (seksyen 9 dan 10, Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen
161 dan 162, Kanun Keseksaan);

 orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja
rasmi pegawai itu sendiri atau dengan kerja rasmi seseorangpegawai yang di
bawahnya dia bekerja dan pemberian serta penerimaan itu tidak dibuat
dengan suci hati (not in good faith) sebaliknya ia dilakukan dengan satu niat
jenayah (mens rea); atau

 hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada seseorang, yang
pegawai itu ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengena
dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh
pegawai itu (seksyen 165, Kanun Keseksaan).

(vi) Pegawai awam boleh memberi atau menerima keraian jika tidak
mempengaruhi tugas rasminya atau tidak bercanggah dengan tatakelakuan
pegawai awam.

17

(vii) Pegawai awam adalah dilarang dari memberikan kebenaran bagi ucapan-
ucapan tahniah/terima kasih/takziah yang menyentuh diri pegawai untuk
disiarkan di akhbar-akhbar atau mana-mana media massa yang lain, oleh
pihak swasta, persatuan, pertubuhan, orang perseorangan atau mana-mana
kumpulan orang.

(viii) Pegawai awam adalah diingatkan tentang peruntukan Seksyen 17, Akta
Pencegahan Rasuah 1997, (Akta 575) iaitu tanggungjawab untuk melaporkan
kepada Badan Pencegah Rasuah atau pihak Polis sekiranya mereka diberi
atau dijanjikan atau ditawarkan apa-apa bentuk suapan. Adalah menjadi
kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah akta tersebut, sekiranya
pegawai awam gagal mematuhi peruntukan berkenaan.

(ix) Dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain
dengan syarat kebenaran diperolehi daripada:

 Ketua Jabatan – nilai setiap hadiah kurang daripada RM 10,000.00; dan

 Perbendaharaan – nilai setiap hadiah RM 10,000.00 atau lebih.

(x) Warga PERPADUAN tidak digalakkan memberi hadiah kepada para tetamu khas
yang merasmikan atau yang terlibat dalam apa-apa upacara rasmi Jabatan atau
Kerajaan. Walaupun demikian, jika hadiah itu didapati perlu diberi atas sebab-
sebab tertentu, maka pemberian itu bolehlah dibuat, tetapi pemberian hadiah itu
hendaklah:

 berbentuk lencana ("plaque") yang tidak mahal harganya;
 "Pennant";
 barang-barang kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh Jabatan Kerajaan

berkenaan; atau
 apa-apa bentuk bahan atau barangan bercetak yang berkaitan dengan

Jabatan itu dan bertujuan untuk promosi Jabatan atau negara.

(xi) Kelab Kebajikan dan Sukan tidak dibenarkan menghubungi terus syarikat-
syarikat swasta atau orang awam untuk mendapatkan bantuan kewangan dalam
apa cara sekalipun bagi membiayai aktiviti-aktiviti kelab. Kelab Jabatan boleh
membuat permohonan kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota
Kerajaan Malaysia MAKSAK bagi mendapatkan peruntukan masing-masing.

18

(Surat Pekeliling Am Bil. 1/ 2004 dan Surat Pekeliling Am Bil. 11/1981)
(i) Hendaklah mengetik Kad Perakam Waktu (KPW) semasa masuk dan balik dari

pejabat.
(ii) Kad Perakam yang tidak diketik masuk atau/dan keluar, datang lewat/balik awal

sama ada kerana urusan rasmi seperti menghadiri mesyuarat / lawatan tapak /
program di luar pejabat atau urusan peribadi hendaklah dicatat sebabnya dan
mendapatkan tandatangan dan pengesahan penyelia.
(iii) Dilarang mengetik dengan sengaja Kad Perakam Waktu pegawai lain.

(i) Sentiasa bermaruah dan bermoral tinggi dan tidak boleh menyalahgunakan
kedudukan rasmi untuk mendapat layanan istimewa dan lain-lain faedah (wang
dan lain-lain bentuk seperti movable dan immovable properties, hiburan, keraian,
tawaran kerja, pembiayaan dan sexual favours) bagi diri dan keluarga terdekat -
isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa mertua dan adik abang (termasuk
ipar duai);

(ii) Mesti mengutamakan kepentingan PERPADUAN dan menghindari diri daripada
sogokan kontraktor /pembekal bagi mendapat faedah (komisen, diskaun, hiburan
/ keraian) untuk kepentingan peribadi;

(iii) Warga PERPADUAN atau anggota keluarganya tidak boleh berkelakuan dengan
cara yang boleh menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan
kepentingan tugas rasmi;

(iv) Tidak boleh menjalankan apa-apa urus niaga peribadi dalam waktu pejabat
kecuali mewakili persatuan yang dibenarkan oleh pihak pengurusan; dan

(v) Mesti sentiasa memelihara kedudukan, pangkat dan tidak menyalahgunakannya
untuk mendapat layanan istimewa atau keuntungan kewangan daripada mana-
mana pihak swasta atau awam.

19

Warga PERPADUAN mesti menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan
hendaklah:

(i) Tidak mengambil kesempatan untuk mendapat faedah untuk diri sendiri dan
juga keluarga;

(ii) Tidak digalakkan berurusan dengan pelanggan/ pembekal di luar pejabat
melalui jamuan makan atau lain-lain hiburan dan pembiayaan. Urusan
hendaklah dibuat dalam pejabat bagi mengelakkan syak wasangka;

(iii) Tidak digalakkan hadir jamuan seorang diri dengan pelanggan tetapi disertai
bersama oleh pegawai-pegawai lain;

(iv) Berurusan di Bilik Perbincangan yang disediakan dan tidak dalam Bilik
Pegawai bagi mengelakkan syak wasangka dan mengatasi masalah „over
staying‟;

(v) Pastikan lebih daripada seorang terlibat dalam perbincangan dengan
pelanggan / pembekal di Bilik Perbincangan untuk tujuan menjaga ketelusan
dan mengelak dari syak wasangka;

(vi) Elakkan perjumpaan dengan pelanggan / pembekal secara kerap. Proses dan
prosedur kerja perlu telus dan dimaklumkan kepada pelanggan; dan

(vii) Mendapatkan persetujuan Ketua Jabatan sebelum membuat lawatan ke luar
pejabat.

Warga PERPADUAN mesti menghormati dan mematuhi undang-undang negara dan
dilarang:

(i) Terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan

(ii) Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang berakhlak
atau jenayah yang menjejaskan integriti Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 Terlibat/bergiat dalam perlumbaan haram;
 Menyertai kumpulan yang mengancam keselamatan negara dan menggugat

perpaduan di antara kaum;
 Terlibat dalam pemalsuan, penipuan atau pengubahan rekod-rekod atau

dokumen-dokumen rasmi;
 Menyertai mogok haram dan sebagainya;
 Mengambil dan mengedar dadah; dan
 Pornografi.

20

(i) Bertanggungjawab dan cermat menggunakan aset Jabatan tanpa mendatangkan
kerosakan, pembaziran dan kerugian kepada Jabatan;

(ii) Penggunaan aset atau personel Jabatan untuk kepentingan peribadi dibolehkan
dengan mendapat kebenaran pihak pengurusan; dan

(iii) Pihak Jabatan boleh menuntut ganti rugi daripada warga PERPADUAN yang
telah menyalahguna dan merosakkan aset Jabatan sehingga tidak boleh dibaiki
lagi.

[Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, 2008 dan (Pindaan) 2017/
Siaran Akhbar JPA 2009]

(i) Warga PERPADUAN tidak dibenarkan merokok dalam pejabat atau perkarangan
jabatan (tandas, kawasan tangga, laluan pejalan kaki dan sebagainya) kerana
merokok dilarang di mana-mana kawasan premis kerajaan dan telah digazetkan
sebagai Tempat Larangan Merokok.

(ii) Pelanggaran peraturan ini boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara
sehingga dua (2) tahun.

(iii) Pelanggaran arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-
oeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang boleh disifatkan
sebagai ingkar perintah.

21

(Panduan Pelaksanaan EKSA PERPADUAN)

Warga PERPADUAN hendaklah sentiasa menjaga kebersihan pejabat dan
bangunan PERPADUAN dengan mengamalkan sikap cintakan kebersihan dan
persekitaran kerja kondusif yang berimej, kreatif dan berinovasi melalui pelaksanaan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berteraskan amalan hijau dan
amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal):

(i) Sisih (Seiri) - Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-
barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

(ii) Susun (Seiton) - Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan barang-
barang yang diperlukan secara teratur dan sistematik. Contohnya penyusunan
item dalam aturan “Masuk Dahulu, Keluar Dahulu”/First In, First Out (FIFO),
melabel dan menyimpan item mengikut kategori ke tempat asal selepas
digunakan.

(iii) Sapu (Seiso) - Memastikan ruang tempat kerja dan peralatan bersih daripada
habuk atau debu yang boleh menjejaskan kualiti produk. Contohnya
menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas/mesin, menjalankan proses
pembersihan mengikut jadual dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan
penyelenggaraan.

(iv) Seragam (Seiketsu) - Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja
bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa tindakan yang diambil
untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format. Aktiviti ini
termasuklah mewujudkan senarai semak tugasan dan peraturan inventori,
prosedur kerja pembersihan, jadual penyelenggaraan dan model/aktiviti susun
atur yang seragam.

(v) Sentiasa Amal (Shitsuke) - Tindakan yang diambil untuk melatih pekerja untuk
mematuhi amalan EKSA yang utama dan sistem persekitaran berkualiti secara
berterusan supaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi. Aktiviti
ini melibatkan program kesedaran, audit dalaman secara berkala, aktiviti
promosi, sistem pengiktirafan/ penghargaan dan sistem pemantauan yang efektif
dan sistematik.

22

Warga PERPADUAN hendaklah sentiasa bersopan semasa berkomunikasi dan
dilarang:
(i) Membuat ugutan fizikal atau lisan ;
(ii) Menggunakan bahasa kesat dan kasar yang boleh menyinggung perasaan,

menjatuhkan air muka dan maruah seseorang;
(iii) Menggunakan bahasa dan isyarat lucah; dan
(iv) Menunjuk dan mengamalkan sikap diskriminasi dengan pelanggan.

(i) Warga PERPADUAN (kecuali pegawai yang diberi kuasa mengurus media sosial
rasmi Jabatan) dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi
semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah
alih yang dibekalkan oleh pejabat ataupun melalui peralatan peribadi sehingga
mengabaikan tugas dan menjejaskan kualiti perkhidmatan;

(ii) Warga PERPADUAN dilarang memberi sebarang komen mengenai isu-isu yang
melibatkan Jabatan atau yang berbentuk serangan peribadi;

(iii) Warga PERPADUAN hendaklah menyemak ketepatan dan sensitiviti maklumat
yang ingin disampaikan terlebih dahulu sebelum dihantar bagi memastikan
sebarang maklumat rasmi tidak didedahkan; dan

(iv) Warga PERPADUAN perlu memastikan perkongsian dan penggunaan maklumat
yang berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek telah mendapat kebenaran
daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

23

LAMPIRAN 1

24

25

LAMPIRAN 2

Persefahaman dan saling percaya
Hormat-hormati dan bekerjasama
Padukan azam kita dengan tegas

Bersatu jujur setia
Tumpahkan jasa dan pengorbanan

Bersatu membumbung cita

Marilah jayakan
Wawasan perpaduan bangsa

Reformasi murni
Gagasan perpaduan bangsa

Jujur dan setia
Pada bangsa dan negara

Hala tuju kita
Satu Malaysia

Satu impian dan satu harapan
Satu suara dan satu laungan
Semarak cinta hidup sentosa

Di bawah satu bendera
Hayati prinsip Rukun Negara

Laungan keramat kita

26

27


Click to View FlipBook Version