The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adauiahrobiatul, 2021-10-10 11:01:23

Karangan Kejiranan

Getting started

MODUL PDPR
BAHASA MELAYU

TINGKATAN 4

TEMA 9:
SAYANGI MALAYSIAKU

TAJUK:
Amalan Hidup Bermasyarakat

STANDARD KANDUNGAN:

3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang

3.4.5
Menulis untuk menghasilkan karangan
dengan wacana yang lengkap, bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

1. Menghasilkan sebuah karangan dengan
wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis
dan ungkapan yang menarik.

1 jam (60 minit)



AKTIVITI:

1. Murid-murid diminta membaca dan meneliti bahan yang
terdapat dalam buku teks (halaman: 120 & 121)
2. Berdasarkan bahan tersebut murid-murid dikehendaki
merangka isi karangan
3. Murid-murid diminta menulis karangan lengkap
berdasarkan bahan tersebut
4. Hasil tugasan murid-murid hendaklah dihantar kepada guru
mata pelajaran melalui aplikasi Telegram Tugasan Kelas.

Tulis sebuah karangan yang berkaitan
langkah-langkah untuk mengeratkan
hubungan kejiranan. Panjang karangan anda
hendaklah antara 350 hingga 500 patah
perkataan.

(Buku Teks Tingkatan 4 , hlmn: 120 -121)

PENDAHULUAN :

(Apakah isu yang perlu
dibincangkan?)
- Definisi tema/isu yang dibincangkan

(Mengapakah isu tersebut berlaku?)
yang berkaitan isu yang

dibincangkan
(Apakah kehendak tugasan

soalan yang perlu dibincangkan?)

Pendahuluan

Jiran ialah sekelompok
anggota masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu
sama lain. Selain dianggap sebagai kenalan dan sahabat, jiran dapat
dianggap sebagai ganti saudara-mara yang tinggal berjauhan.
Apabila timbul sesuatu keperluan , jiranlah orang terdekat yang
paling mudah untuk diharapkan sebarang pertolongan.

jiran

sepakat membawa berkat.

Cara Menulis Isi

Ayat Isi [AI] - apa?
Ayat Huraian Isi [AHI] - Bagaimana? Mengapa?
Ayat Contoh Isi [ACI] -
Ayat Kesan [K] -
Ungkapan Menarik [u] -
Ayat Penegasan Isi [API] - Jelaslah bahawa/ Benarlah
bahawa / Betullah bahawa /Sudah terang lagi bersuluh /

Sambutan perayaan

Langkah primer yang boleh dilakukan untuk memperkukuh
hubungan kejiranan adalah dengan mengadakan sambutan perayaan
pada setiap kali musim perayaan. Hal ini demikian kerana semasa
musim perayaan jiran yang berbilang kaum boleh mengunjungi sesama
jiran yang mengadakan sambutan perayaan masing-masing. Sebagai
contohnya, anggota masyarakat yang beragama Islam boleh
menghidupkan kembali amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran
semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kesannya, tautan kasih sayang
pasti akan bertunas kembali sekiranya mereka meluangkan masa
bersama-sama untuk berbual-bual di samping menikmati juadah
istimewa seperti ketupat dan rendang ayam bak kata peribahasa tak
kenal maka tak cinta. Jelaslah bahawa hubungan kejiranan yang kukuh
dapat dipererat dengan mengadakan sambutan perayaan di kediaman
kejiranan.

Aktiviti Beriadah

Selain itu, aktiviti beriadah dalam kawasan kejiranan juga merupakan
salah cara untuk mempererat hubungan sesama jiran. Hal ini demikian
kerana semasa melakukan aktiviti beriadah di padang kawasan
perumahan , di sinilah jiran tetangga dapat berjumpa dan beramah mesra
serta bertegur sapa sambil melakukan aktiviti riadah. Sebagai contohnya,
berjoging dan melakukan senaman ringan di padang permainan taman
perumahan. Kesannya, hubungan sesama jiran tetangga akan bertambah
mesra kerana saling mengenali antara satu sama lain. Malahan sikap
mulut biar manis, hati biar baik ketika bertemu jiran dapat memperkukuh
lagi semangat kejiranan. Sudah terang lagi bersuluh aktiviti beriadah di
padang permainan taman perumahan dapat mempererat hubungan
sesama jiran.

Ayat Isi
Jualan amal
Ayat Huraian
Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat taman perumahan
Ayat Contoh
Melakukan jualan amal barangan terpakai seperti pakaian dan perabut untuk mengutip
derma bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik di kawasan perumahan
Ayat Kesan
Dapat membantu jiran yang dalam kesusahan, kasih sayang antara jiran terjalin erat
Ungkapan Menarik
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
Ayat Penegas
Jelaslah bahawa jualan amal dapat menjalin kasih sayang dalam kawasan kejiranan

Ayat Isi
Kelas bimbingan tambahan
Ayat Huraian
Bagi membimbing masyarakat setempat tentang perkara yang berkaitan
kehidupan seharian atau pelajaran anak-anak di kawasan kejiranan
Ayat Contoh
Mengadakan kelas tuisyen percuma untuk anak-anak yang akan menghadapi
peperiksaan atau kelas bimbingan seperti kelas masakan dan jahitan.
Ayat Kesan
Implikasinya, berlakunya pergaulan mesra dalam kalangan masyrakat setempat
dan terjalinlah ikatan kemesraan dan kasih sayang sesama jiran tetangga
Ungkapan Menarik
Mulut biar manis, hati biar baik
Ayat Penegas
Terbuktilah bahawa kewujudan kelas bimbingan tambahan di kawasan kejiranan
dapat mengukuhkan hubungan mesra dalam kalangan masyarakat setempat

Ayat Isi
Larian amal
Ayat Huraian
Bertujuan untuk mengutip derma bagi mengisi tabung kebajikan untuk masyarakat
setempat
Ayat Contoh
Mengadakan larian amal dalam kalangan penduduk sesebuah taman perumahan
mengikut kategori seperti kategori kanak-kanak, golongan wanita dan golongan
veteran serta dalam kalangan anak-anak muda
Ayat Kesan
Impaknya, di samping dapat mengisi tabung kebajikan penduduk, kasih sayang dan
sikap saling membantu dalam kalangan penduduk setempat dapat disuburkan
Ungkapan Menarik
Serumpun bak serai , sesusun bak sirih.
Ayat Penegas
Tuntasnya, penganjuran larian amal di kawasan kejiran dapat melahirkan
masyarakat yang saling bahu-membahu antara satu sama lain

PENUTUP/KESIMPULAN:

1. Ayat Rumusan/Kesimpulan tajuk perbincangan
secara keseluruhan (Satu atau dua ayat)

2. Ayat Cadangan (Memberikan cadangan yang
relevan)

3. Ayat Harapan (Menyatakan harapan) + Ungkapan
menarik

Penutup

Tuntasnya, semangat kejiranan besar manfaatnya dan harus terus
dipupuk dalam kalangan jiran tetangga melalui pelbagai cara demi
kepentingan bersama. Semangat kejiranan yang kukuh akan dapat
melahirkan semangat muhibah yang teguh dan seterusnya membentuk
perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk merealisasikannya demi mewujudkan negara
Malaysia yang maju, aman dan sejahtera. Semoga kepentingan
semangat kejiranan akan dapat disedari dan dihargai oleh para jiran
tetangga dan rakyat Malaysia seluruhnya kerana di mana bumi
dipijak di situ langit dijunjung.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Selamat Berusaha Semua


Click to View FlipBook Version