TEMA: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
TAJUK: PEMIMPIN BERKESAN PENCETUS KEJAYAAN
Kemahiran:
3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi
menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik
3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai
Buku Teks, halaman: 222
Soalan:
1. Siapakah Tunku Abdul Rahman, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock?
2. Apakah jasa-jasa mereka?
3. Bagaimanakah cara kita menghargai jasa mereka?
4. Apakah yang negara lakukan untuk menghargai jasa mereka?
Menulis Kerangka Karangan
Ayat Tema + isu semasa Pendahuluan
berkaitan tema Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat daripada Yang
(49 p.p) Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31
Ogos 1957, menandakan bebasnya bumi Tanah Melayu daripada
Ayat Tugasan soalan cengkaman penjajah. Sesungguhnya, pemimpin seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun V. T. Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock merupakan
Ayat Isi (I) tokoh yang banyak berjasa kepada negara bak kata peribahasa,
(54 p.p) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
Ayat Huraian Isi (Bagaimana) / nama.
Contoh Oleh itu, sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita harus
menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Ayat Kesan (K) Isi Pertama (Jasa Tokoh/Pemimpin Negara )
Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun V. T. Sambanthan
Ungkapan Menarik (U) dan Tun Tan Cheng Lock merupakan tokoh yang banyak berjasa
Ayat Isi (I) (64 p.p) kepada negara.
Ayat Huraian Isi (Bagaimana) / Sebagai contohnya, Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana
Contoh Menteri Malaysia yang pertama dan mengetuai delegasi
perundingan untuk kemerdekaan ke London pada tahun 1955.
Ayat Kesan (K) Manakala, Tun V. T Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock pula ialah
Presiden pertama Kongres India Malaya(MIC) dan Presiden
Ungkapan Menarik (U) Persatuan Cina Malaya (MCA).
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa jasa pemimpin-pemimpin
di atas sangat bernilai kepada keharmonian kehidupan masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa .
Isi Kedua (Cara Menghargai Jasa Mereka)
Lantaran itu, jasa-jasa tokoh pemimpin negara perlu dihargai dan
dikenang oleh generasi kini.
Oleh itu, sebagai rakyat yang mengenang jasa kita perlu
menyambut ulang tahun kemerdekaan negara pada setiap tahun .
Bagi negara pula, jasa tokoh tersebut dikenang dengan cara
menamakan nama tokoh-tokoh tersebut pada jalan dan bangunan
kerajaan.
Jelaslah bahawa jasa tokoh-tokoh ini sangat bernilai dan tidak dapat
dibalas oleh generasi kini seperti kata peribahasa hutang emas
boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Pandangan tentang tema/ Penutup
Rumusan keseluruhan Konklusinya, pemimpin negara merupakan tokoh yang banyak
Harapan / cadangan umum berjasa kepada kita. Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini.
Ungkapan Menarik Oleh itu, semua rakyat Malaysia harus mengenang jasa mereka
(33 p.p) seperti kata peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
CONTOH KARANGAN LENGKAP:
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat daripada Yang Teramat
Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31 Ogos 1957,
menandakan bebasnya bumi Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.
Sesungguhnya, pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun V. T. Sambanthan
dan Tun Tan Cheng Lock merupakan tokoh yang banyak berjasa kepada negara
bak kata peribahasa, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Oleh itu, sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita
harus menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun V. T. Sambanthan dan Tun
Tan Cheng Lock merupakan tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Sebagai
contohnya, Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama dan mengetuai delegasi perundingan untuk kemerdekaan ke London
pada tahun 1955. Manakala, Tun V. T Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock pula
ialah Presiden pertama Kongres India Malaya(MIC) dan Presiden Persatuan Cina
Malaya (MCA). Sebagai contohnya, Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang pertama dan mengetuai delegasi perundingan untuk
kemerdekaan ke London pada tahun 1955. Manakala, Tun V. T Sambanthan dan
Tun Tan Cheng Lock pula ialah Presiden pertama Kongres India Malaya(MIC) dan
Presiden Persatuan Cina Malaya (MCA). Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa
jasa pemimpin-pemimpin di atas sangat bernilai kepada keharmonian kehidupan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
Lantaran itu, jasa-jasa tokoh pemimpin negara perlu dihargai dan dikenang oleh
generasi kini. Oleh itu, sebagai rakyat yang mengenang jasa kita perlu
menyambut ulang tahun kemerdekaan negara pada setiap tahun . Bagi negara
pula, jasa tokoh tersebut dikenang dengan cara menamakan nama tokoh-tokoh
tersebut pada jalan dan bangunan kerajaan. Oleh itu, sebagai rakyat yang
mengenang jasa kita perlu menyambut ulang tahun kemerdekaan negara pada
setiap tahun . Bagi negara pula, jasa tokoh tersebut dikenang dengan cara
menamakan nama tokoh-tokoh tersebut pada jalan dan bangunan kerajaan.
Jelaslah bahawa jasa tokoh-tokoh ini sangat bernilai dan tidak dapat dibalas oleh
generasi kini seperti kata peribahasa hutang emas boleh dibayar, hutang budi
dibawa mati.
Konklusinya, pemimpin negara merupakan tokoh yang banyak berjasa kepada
kita. Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini. Oleh itu, semua rakyat Malaysia
harus mengenang jasa mereka seperti kata peribahasa di mana bumi dipijak di
situ langit dijunjung.
(200 PATAH PERKATAAN)