The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipgkipoh428-6-ho, 2022-09-12 15:43:53

Buku Log BSMM

BBSM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
31150, PERAK

BUKU LOG

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

NAMA : HO KAH YEE

ANGKA GILIRAN : 2021242340078

AMBILAN : PISMP JUN 2021

UNIT : W4

NAMA PENSYARAH: DR. NOOR AZMI BIN OSMAN

ISI KANDUNGAN

Biodata........................................................................................1
PERLEMBAGAAN DAN PERTUBUHAN

Prinsip-prinsip Asas........................................................4
Perlembagaan...................................................................6
Lambang............................................................................10
Cogan Kata........................................................................12
Bendera..............................................................................13
Lagu.....................................................................................14
Ikrar......................................................................................15
Undang-Undang.............................................................16
SEJARAH
Sejarah Pengasas..........................................................22
Sejarah Penubuhan.......................................................24
Sejarah Penubuhan Di Malaysia..............................26
Tujuan Penubuhan........................................................27
Istiadat Rasmi..................................................................29
STRUKTUR DAN ORGANISASI
Kebangsaan.....................................................................40
Negeri.................................................................................41
Daerah................................................................................42
IPG........................................................................................43
Sekolah dan Kumpulan...............................................44
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pendaftaran Ahli dan Kumpulan.............................48
Kuasa Penganjur............................................................54
Struktur Unit....................................................................55
Tanggungjawab Pemimpin.......................................56
Pakaian Seragam...........................................................60
Takwim dan Rancangan Aktiviti..............................71
Rujukan.....................................................................................72

BIODATA

Nama

Ho Kah Yee

No. Mykad

020515-07-0162

Tarikh lahir

15 Mei 2002

Alamat rumah

33, Jalan Chee Seng 7, 11200
Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

No. tel bimbit

011-17957162

Alamat e-mel

[email protected]

Nama & Alamat IPG

Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak
Darul Ridzuan

No. tel IPG

05-5331311

1

PERLEMBAGAAN
DAN PERTUBUHAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

2

ISI KANDUNGAN

PERLEMBAGAAN DAN PERTUBUHAN
Prinsip-prinsip Asas........................................................4
Perlembagaan...................................................................6
Lambang............................................................................10
Cogan Kata........................................................................12
Bendera..............................................................................13
Lagu.....................................................................................14
Ikrar......................................................................................15
Undang-Undang.............................................................16

3

Kemanusiaan

Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit
Merah berhasrat untuk mencegah dan
meringankan kesengsaraan serta memberikan
pertolongan tanpa diskriminasi kepada
individu yang cedera di medan pertempuran. Ia
bertujuan untuk melindungi nyawa dan
kesihatan serta hormat-menghormati sesama
manusia. Ia memupuk kesefahaman,
persahabatan, kerjasama di kalangan manusia.

Kesaksamaan

Tidak mengira bangsa, kaum, agama,
darjat atau fahaman politik dalam
kegiatannya. Ia bertujuan untuk
meringankan kesengsaraan individu dan
mengutamakan kes-kes kecemasan yang
paling serius.

Keberkecualian

Mendapat kepercayaan dan keyakinan
orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak
berat sebelah terhadap mana-mana pihak
dan tidak menyertai pertikaian yang
bercorak politik, perkauman, agama, dan
ideologi.

4

Kebebasan

Walaupun Persatuan berupa badan
tambahan kepada pihak yang berkuasa
awam dan tertakluk kepada undang-undang
Negara, Persatuan tetap menjaga
autonominya. Hal ini supaya ia menepati
prinsip pergerakan.

Khidmat Sukarela

Ia merupakan badan sukarela yang tidak
mengharapkan keuntungan.

Ketunggalan

Sesebuah Negara mempunyai satu
Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit
Merah yang terbuka kepada semua pihak
dan aktivitinya meliputi seluruh Negara.

Kesejagatan

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa meliputi seluruh
dunia. Semua Persatuan mempunyai taraf
dan tanggungjawab yang sama serta saling
bantu-membantu di kalangan manusia.

5

PERLEMBAGAAN

Pada mematuhi subperaturan 5 (1) (a) dalam peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah)
1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia jilid 42 no 11, tambahan no 41,
perundangan (A): 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan peraturan-peraturan
(perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah:

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT
b) Nama Persatuan: Persatuan Bulan Sabit Merah
c) Alamat: Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

PERATURAN 2: MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal, mental, sosial
serta rohani ahli-ahli PBSM.

PERATURAN 3: OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan, pengalaman dan kemahiran yang secukupnya kepada peserta untuk
mengurus diri dalam kehidupan pada masa hadapan dengan lebih berkesan.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli
PBSM.
3.3 Meningkatkan pengetahuan asas ahli-ahli dengan teknik-teknik pertolongan cemas, kawad kaki,
dan perkhemahan seperti pemasangan khemah.
3.4 Memastikan ahli-ahli PBSM mencapai tahap yang tertinggi dalam ujian-ujian kecekapan.

PERATURAN 4: KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Keahlian baharu perlu didaftar dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli haruslah berpegang kepada perlembagaan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5: GURU PENASIHAT
5.1 Segala aktiviti mesti mendapat pengesahan daripada Guru Penasihat.
5.2 Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa.
5.3 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.4 Guru Penasihat hendaklah memberikan nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti.
5.5 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama-sama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6: AHLI JAWATANKUASA 6
6.1 Ahli jawatankuasa akan dilantik semasa mesyuarat agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir
perlu menulis surat tunjuk sebab untuk dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 Ahli berhak untuk mengundi untuk memilih ahli jawatankuasa.
6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan perlulah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.

PERLEMBAGAAN

6.6 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada:
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong bendahari
6.6.7 Ahli jawatankuasa
6.6.8 Juruaudit

PERATURAN 7: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat termasuk Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat
menjamin kesempurnaan perjalanan mesyuarat tersebut.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diambil tindakan yang
sewajarnya mengikut agenda.
7.1.3 Bertanggungjawab dalam semua pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

7.2 Naib pengerusi
7.2.1 Menolong pengerusi dalam pengurusan persatuan sepanjang masa.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Bertanggungjawab dalam semua pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Mengendalikan segala urusan surat-menyurat.
7.3.2 Menyediakan laporan minit mesyuarat dan agenda-agenda mesyuarat untuk disahkan.
7.3.3 Mengambil kehadiran ahli bagi setiap aktiviti.
7.3.4 Menyimpan segala dokumen mengenai persatuan.
7.3.5 Bertanggungjawab dalam pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

7.4 Penolong setiausaha
7.4.1 Menolong setiausaha dalam pengurusan persatuan sepanjang masa.
7.4.2 Mengambil tanggungjawab setiausaha semasa ketiadaan setiausaha.
7.4.5 Bertanggungjawab dalam pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

7.5 Bendahari 7
7.5.1 Bertanggungjawab ke atas segala hal kewangan persatuan.
7.5.2 Merancang dan menyimpan kira-kira mengenai segala perkara kewangan dan
bertanggungjawab ke atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan dan menandatangani penyata kewangan bulanan dan tahunan.
7.5.4 Melaporkan status kewangan akaun persatuan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan membentangkan laporan tersebut dalam
mesyuarat agung.
7.5.6 Bertanggungjawab dalam pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

PERLEMBAGAAN

7.6 Penolong bendahari
7.6.1 Mengambil tanggungjawab bendahari semasa ketiadaan bendahari.
7.6.2 Bertanggungjawab dalam pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

7.7 Ahli jawatankuasa
7.7.1 Menyelaraskan segala aktiviti dan program persatuan.
7.7.2 Mempengerusikan biro yang ditentukan.
7.7.3 Bertanggungjawab dalam pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

7.8 Juruaudit
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan tanpa kesilapan.
7.8.3 Bertanggungjawab dalam pengurusan yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

PERATURAN 8: KEWANGAN
8.1 Sumber kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung
dan telah diputuskan sebanyak RM10.00 seorang setahun.
8.2 Persatuan boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti dan program.
8.3 Ahli-ahli yang ingin menyertai aktiviti perbelanjaan besar akan dikenakan derma khas bagi
membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan dan penyimpanan akan dimasukkan ke dalam akaun persatuan.

PERATURAN 9: PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang
tahun.
9.2 Ahli yang gagal menghadiri aktiviti sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab.
9.3 Tindakan disiplin dalam penilaian kokurikulum akan diambil sekiranya terhadap ahli persatuan
yang tidak hadir lebih daripada tiga kali tanpa sebab yang munasabah bagi sebarang aktiviti yang
diadakan.

PERATURAN 10: AKTIVITI
10.1 Aktiviti dilaksanakan mengikut rancangan tahunan yang ditentukan dalam mesyuarat agung
atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dilakukan dan diumumkan oleh Guru Penasihat.

PERATURAN 11: PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah merupakan peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang telah ditetapkan harus dipatuhi oleh ahli-ahli PBSM di sekolah ini.
11.3 Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli persatuan yang melanggar peraturan.

PERATURAN 12: PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 Segala bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga berlakunya pindaan
perlembagaan.

8

PERLEMBAGAAN

12.2 Pindaan perlembagaan boleh dilakukan oleh ahli jawatankuasa secara bertulis dengan
persetujuan Guru Penasihat.
12.3 Perlembagaan baharu mesti memperoleh persetujuan 2/3 daripada ahli jawatankuasa sebelum
melaksanakan penggubalan tersebut.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar
PERATURAN 13: PEMBUBARAN PERSATUAN
13.1 Guru Besar berhak untuk membubarkan persatuan sekiranya didapati melanggar perlembagaan
dan Falsafah Pendidikan Negara.
13.2 Segala hutang wajib dijelaskan sebelum pembubaran persatuan.
13.3 Baki kewangan diputuskan dalam mesyuarat agung tergempar.
PERATURAN 14: TINDAKAN DISIPLIN
14.1 Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli yang tidak menurut arahan dan melanggar
perlembagaan persatuan.
14.2 Tindakan disiplin adalah seperti berikut:
14.2.1 Amaran lisan
14.2.2 Amaran bertulis
14.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 15: HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli haruslah mengetahui tanggungjawab sendiri demi menjaga nama baik persatuan
sepanjang aktiviti dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti yang dirancangkan dengan penuh
kesungguhan.

9

AIndian Red Cross Society (IRCS) dan International
Federation of Red Cross and Red Crescent Society
(IFRC) berhak untuk menggunakan lambang Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah dari masa ke masa,
iaitu sewaktu konflik atau aman.

Kegunaan Lambang

Indian Red Cross Society (IRCS) dan
International Federation of Red Cross and Red
Crescent Society (IFRC) berhak untuk
menggunakan lambang Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah dari masa ke masa, iaitu sewaktu
konflik atau aman.

Peranan Lambang

• Tanda Perlindungan
Seseorang atau objek tidak boleh diserang.
Seseorang atau objek itu adalah di bawah
perlindungan undang-undang Kemanusiaan
• Tanda Pengenalan
Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek
adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang
merah atau Bulan Sabit Merah.

10

Lambang ini tidak boleh diolah dan diubah suai sesuka hati. Lambang ini
hendaklah dilukis mengikut nisbah ukuran piawai sekiranya berlaku sebarang
pengecilan atau pembesaran pada lambang tersebut. Elemen lain pada latar
belakang lambang yang berwarna putih adalah tidak dibenarkan. Pada Jun
2006, pihak International Federation of Red Cross and Red Crescent telah
mengeluarkan panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah
seperti yang berikut:

11

COGAN KATA

Cergas pada masa aman
dan perang

Sedia berkhidmat

12

BENDERA

Lambang bulan sabit merah tidak boleh diolah dan diubah suai sesuka hati.
Lambang ini hendaklah dilukis mengikut nisbah ukuran piawai sekiranya berlaku
sebarang pengecilan atau pembesaran pada lambang tersebut. Elemen lain pada
latar belakang lambang yang berwarna putih adalah tidak dibenarkan. Saiz
bendera adalah berukuran 150 cm panjang dan 100 cm lebar. Berikut adalah
ukuran piawaian bagi bendera Bulan Sabit Merah.

13

LAGU

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya



Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya



Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

14

IKRAR

Bahawa kami
ahli Bulan Sabit Merah Malaysia

berikrar
taat setia kepada
Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda
Yang Dipertua Agong
dan pemerintah-pemerintah

di negara kami
berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara



Bahawa kami berikrar

akan sentiasa
patuh kepada perlembagaan

dan undang-undang
serta arahan persatuan
walau di mana kami berada



Bahawa kami berikrar

akan sentiasa
memberi khidmat sukarela kami
kepada mereka yang sakit dan menderita

di waktu aman atau bencana
berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut



KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN

KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA

KETUNGGALAN
KESEJAGATAN




15

UNDANG-UNDANG

KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) merupakan peraturan yang
atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk mengehadkan kesan-kesan
konflik bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi
mengambil bahagian dalam peperangan, dan mengehadkan cara dan kaedah
peperangan. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa
awam.
Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga
sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua
negara. UUKA tidak menetukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan
kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan
undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang
antarabangsa awam. Tetapi, sebaik sahaj sesebuah konflik bersenjata tercetus,
UUKA akan diguna pakai dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata- konflis
antarabangsa dan juga konflik antarabangsa.

16

KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL

Konvensyen Geneva Pertama
Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan
mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan
tentera di medan pertempuran (12 Ogos 1949).
Melindungi petempur yang cedera dan sakit,
kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat
mereka diberi perlindungan dan peralatan yang
digunakan untuk merawat mereka. Mengawal dan
menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah.

Konvensyen Geneva Kedua
Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan
anak0anak kapal dari angkatan tentera yang cedera,
sakit dan karam semasa pertempuran di laut (12 Ogos
1949).
Memberi perlindungan kepada petempur-petempur
yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam
dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan
yang membolehkan mereka dibantu.

Konvensyen Geneva Ketiga
Konvensyen merujuk keada layanan yang diberikan
kepada tawanan perang (12 Ogos 1949).
Melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa
perang. Menyediakan peraturan bagi tatacara
layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan
tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka.

Konvensyen Geneva Keempat
Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan
orang awam semasa perang (12 Ogos 1949).
Mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat
awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan
jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya.

Protokol Tambahan I
Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneca 12
Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap
mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977).
Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan
menghadiahkan kaedah serta cara peperangan.

17

Protokol Tambahan II
Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12
Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap
mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa
(8 Jun 1977).
Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak
mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan
antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan
dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek
serta kelengkapan penting untuk menjamin
keselamatan mereka seterusnya.

Protokol Tambahan III
Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12
Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan
(8 Disember 2005).
Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang
mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah.

18

PERATURAN-PERATURAN ASAS UUKA

Peraturan asas yang terkandung dalam UUKA
merangkumi:

Pembatasan:
Hak pihak-pihak yang bersengjata untuk mengguna pakai
cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik
peperangan) bagi mencederakan musuh adalah
TERBATAS.

Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar:
Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta
benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk
menyerah adlah dilarang.

Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang
dan objek awam:
Serangan yang ditunjukkan secara khusus terhadap
oarang awam adalah dilarang. Pada setiap masa harus
dikenalpasti perbezaan di antara anggota/ objek
tentera dengan anggota/ objek awam yang tidak
bersalah.

Pertimbangan:
Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah
setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang
dijangkakan akan diperolehi secara langsang.

Keperluan ketenteraan:
Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang
ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah.
Ini bukanlah satu alasan untuk berkelaluan tidak
berperikemanusiaan atau sebarang aktiviti yang dilarang
oleh UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi menyokong
kepimpinan yang buruk atau perancangan yang tidak
baik. Keperluan ketenteraan diwajarkan bagi langkah-
langkah yang tidak dapat dielakkan dalam menjayakan
misi mereka.

19

SEJARAH

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

20

ISI KANDUNGAN

SEJARAH
Sejarah Pengasas..........................................................22
Sejarah Penubuhan.......................................................24
Sejarah Penubuhan Di Malaysia..............................26
Tujuan Penubuhan........................................................27
Istiadat Rasmi..................................................................29

21

SEJARAH

PENGASAS

Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei 1828

di Geneva, Switzerland dari keluarga yang

kaya dan kuat beragama. Beliau aktif

dalam pelbagai pergerakan kebajikan

dan keagamaan. Pada 25 Jun 1859, Henry

Dunant dalam perjalanan menguruskan

perniagaan telah bertembung dengan

pertempuran antara tentera Perancis dan

Itali dengan tentera Austria. Selepas

berlangsung 16 jam, peperangan ini telah

menyebabkan sekurang-kurangnya

40000 tentera yang cedera dan terkorban.

Beliau menyaksikan ramai mangsa

perperangan yang mati dan sakit. Perkara

ini telah menyebabkan beliau

meninggalkan hal perniagaan. Beliau

bersama penduduk tempatan memberi

pertolongan kepada tentera yang cedera.

Beliau telah menggunakan kempen dan

slogan “Tutti fratelli” yang bermaksud

kitakan bersaudara untuk meminta

pertolongan daripada penduduk

tempatan.

Sekembali dari kota Solferino, Henry
Dunant membentuk dua gagasan.
Gagasan yang pertama adalah untuk
membentuk organisasi Kemanusiaan
Antarabangsa yang dapat membantu
tentera yang cedera dalam peperangan.
Gagasan yang kedua adalah untuk
mengadakan perjanjian antarabangsa

22

yang melindungi askar atau tentera yang
cedera ketika di medan perang serta
melindungi para ahli sukarelawan yang
memberi bantuan ketika perang. Dengan
itu, beliau telah menulis sebuah buku
kenangan yang berkisar kepada
pengalamannya semasa membantu
mangsa perang. Tajuk buku tersebut ialah
“A Memory of Solferino”. Pada tahun 1862,
buku ini telah diterbit dan dihadiahkan
kepada semua ketua-ketua negara di
Eropah.

Pada 1901, Henry Dunant menerima

Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya

menubuhkan Palang Merha

Antarabangsa dan memulakan

Konvensyen Geneva. Pada 30 Oktober 1910,

beliau meninggal dunia.

23

SEJARAH

PENUBUHAN

Pada 17 Februari 1863, International
Committee for the Relief of the Wounded
in Time of War (Jawatankuasa
Antarabangsa untuk Perawatan Orang-
orang Cedera Semasa Perang)
ditubuhkan. Jawatankuasa pengasas ini
dikenali sebagai Committee of Five
(Jawatankuasa Berlima). Jawatankuasa
pengasas ini terdiri daripada lima orang,
iaitu General Guillaume-Henry Dufour
sebagai pengerusi, Henry Dunant sebagai
setiausaha, Gustave Moynier, Louis Appia,
dan Theodore Maunoir.

Pada 26 Oktober 1863, satu persidangan
antarabangsa diadakan di Geneva untuk
mencari jalan memperbaiki keberkesanan
perkhidmatan Perubatan Tentera di
medan peperangan. Persidangan tersebut
telah menerima paksi Palang Merah yang
berlatarbelakangkan putih sebagai
lambang tetap untuk persatuan-
persatuan yang memberi bantuan
kepada anggota tentera yang cedera.
Persatuan-persatuan ini yang
kemudiannya dikenali dengan Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Kebangsaan. 12 negara menandatangani
perjanjian ini. Semua negara bersetuju
untuk melindungi askar-askar yang
cedera atau sakit, pegawai-pegawai

24

perubatan, guru-guru ugama dan tentera
di medan perang.
Hasilnya pada tahun 1864, Jawatankuasa
Palang Merah Antarabangsa (ICRC)
dibentuk. Palang merah dipilih berikutan
penghargaan kepada negara Swiss iaitu
tempat lahirnya ICRC. Simbol bulan sabit
merah mula digunakan oleh Turki pada
tahun 1876 dan pemakaian lambang
bulan sabit merah ini digunapakai oleh
negara-negara Islam yang lain. Kedua-
dua lambang ini dilindungi oleh
Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.

25

SEJARAH

PENUBUHAN DI
MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Malaysia mula
ditubuhkan pada bulan April 1948 sebagai
satu cawangan kepada Persatuan Palang
Merah British di Sabah dan Sarawak.
Selepas penubuhan Persatuan Palang
Merah pertama di Semenanjung Malaysia
ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun
1950, Cawanagn Persekutuan Tanah
Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan
Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua
orang Pegawai Medan Palang Merah
British pada Februari 1951.

Sehingga 1952, hampir kesemua negeri di
Tanah Melayu telah ditubuhkan
cawangan Palang Merah, termasuk
Singapura. Selepas kemerdekaan pada
tahun 1957, cawangan Negeri BSMM di
Semenanjung Tanah Melayu telah
dianjurkan sebagai Persatuan Palang
Merah Persekutuan Tanah Melayu.

BSMM menerima pengiktirafan rasmi
sebagai Persatuan Kebangsaan bebas
daripada Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) pada 4 Julai 1963. Ia
telah diterima sebagai ahli Liga Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa pada 24 Ogos 1963.

26

Dengan pembentukan Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963, satu
Akta untuk menggabungkan Persatuan
Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu
dan cawangan Persatuan Palang Merah
British di Sabah dan Sarawak di bawah
nama Persatuan Palang Merah Malaysia
telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

Pada tahun 1975, Parlimen Malaysia
meluluskan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia 1975, menukar nama pertubuhan
itu kepada nama semasanya, Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).
Kedua-dua Akta ini telah disemak dan
dikemas kini pada tahun 1995 dan dirujuk
sebagai Akta 540 kini.

Pada masa ini, BSMM adalah salah satu

daripada 191 Pertubuhan Kebangsaan

yang menganggotai Persekutuan

Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit

Merah Antarabangsa, yang bersama-

sama dengan Jawatankuasa Palang

Merah Antarabangsa (ICRC) merupakan

komponen Pergerakan Palang Merah dan

Bulan Sabit Merah Antarabangsa

(Pergerakan).

27

TUJUAN
PENUBUHAN

Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia.
Melindungi nyawa dan kesihatan.
Menggalakkan perkhidmatan sukarela dan bersedia untuk
membantu ahli-ahli Pergerakan.
Memberikan penghormatan kepada manusia pada waktu konflik
bersenjata dan kecemasan.
Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan
sosial.
Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada
mereka yang memerlukan perlindungan dan pertolongannya.

Dalam mengajar matlamat ini, Pergerakan akan sentiasa
berpandukan kepada Prinsip-prinsip Asas pergerakan dengan
peranan-peranan yang berikut:

Melindungi dan menolong orang-orang awam dan anggota-
anggota tentera yang sakit dan cedera.
Membekalkan bantuan kecemasan.
Menggalakkan penubuhan dan pembangunan persatuan.
Melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan.

28

ISTIADAT-
ISTIADAT
RASMI

ISTIADAT
PERHIMPUNAN

1.Masuk dalam barisan
2.Melapor kekuatan pasukan
3.Mengibarkan bendera Malaysia,
bendera Bulan Sabit Merah dan
bendera negeri
4.Nyanyian lagu Negaraku dan lagu
Bulan Sabit Merah Malaysia
5.Bacaan doa
6.Ucapan pemimpin
7.Bacaan ikrar
8.Keluar baris

29

ISTIADAT PENYAMPAIAN
LENCANA

1. Lencana disediakan di dalam dulang
dan dibawa oleh Penolong Pemimpin.
2. Laung Agung dijalankan terlebih
dahulu.
3. Pemeriksa bergerak ke bulatan di
hadapan bendera.
4. Pemeriksa memanggil penerima
lencana berbaris di hadapannya (di
tengah bulatan)
5. Taklimat Pemeriksa tentang
pentingnya lencana diadakan.
6. Pemeriksa maju ke arah Ahli PBSM.
7. Ahli PBSM tabik hormat.
8. Pemeriksa menyematkan lencana.
9. Pemeriksa bersalam dan ucapan
“Syabas”.
10. Ahli PBSM tabik hormat.
11. Selesai semua- Pek beri sorakan
“Tahniah” dan dijawab oleh penerima
lencana.
12. Ahli PBSM balik ke kumpulan
masing-masing.
• Pemimpin berdiri di sebelah kanan
sekali dan diikuti oleh penolong-
penolong pemimpin.
• Lencana mesti disampaikan oleh pihak
PBSM.

30

31

32

33

ISTIADAT MENINGKAT
NAIK

• Satu istiadat yang sangat mustahak,
menjadi kenangan, serta gembira bagi ahli
atau para Pegawai Kanak-kanak yang
meningkat naik.
• Ia bertujuan untuk menunjukkan
penghargaan kepada ahli yang berjaya
melepasi ujian untuk meningkat naik.
• Ia bertujuan untuk memberi motivasi
kepada ahli-ahli lain untuk berusaha.
• Ia juga dilakukan bagi memberikan sijil
penghargaan kepada ahli yang berjaya
menduduki peperiksaan atau amali.
• Kedudukan: Pek dan Troop berdiri dalam
bentuk satu barisan berhadapan antara
satu sama lain.

Prosedur:
Sebaik sahaja Laung Agung selesai
dijalankan, Ketua Komanden mara ke
garisan pemisah.
1. Pemimpin Kumpulan memberi arahan-
“Kumpulan Sedia” dan terangkan tujuan
istiadat
2. Penerima meningkat naik, bergerak satu
langkah ke hadapan - kanan pusing -
bersalam dengan Pek - terus maju ke
Ketua Komanden di garisan pemisah (tali).

34

• 3. Ketua Komanden - Pesanan terakhir
kepada Penerima Pangkat.
4. Penerima Pangkat memberi hormat,
salam dengan Ketua Komanden dengan
menggunakantangan kiri memimpin
Penerima Pangkat melangkah tali
pemisah.
5. Penerima Pangkat memberi hormat
kepada pemimpin Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia dan bersalam.
6. Pemimpin menyerah Penerima Pangkat
kepada Ketua Patrol.
7. Ketua Patrol membawa Penerima
Pangkat ke patrolnya dan diperkenalkan
kepada ahli kumpulan.
8. Selesai semua sekali - Troop memberi
sorakan “SELAMAT DATANG”.
9. Laung Agung bagi PEK yang tinggal.

35

ISTIADAT BENDERA

Adat Sebelum Naik Bendera:
1. Menguji tali temali bendera terlebih
dahulu sebelum menaikkan bendera
BSMM bagi memastikan ianya teguh dan
tidak mudah putus.
2. Memastikan tali temali dalam keadaan
yang baik sebelum bendera dinaikkan.
3. Ahli yang menaik dan menurunkan
bendera hendaklah berpakaian kemas
dan lengkap dengan Uniform BSMM.
4. Bendera janganlah diletakkan di tanah
semasa hendak menaikkannya.
5. Bendera janganlah dibiarkan meleret
ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi
hendaklah ditatang atau diselimpangkan
ke bahu.

Adat Selepas Naik Bendera:
1. Menaik dan menurunkan bendera
dengan perlahan-lahan.
2. Bendera hendaklah dinaikkan
sepenuhnya dahulu apabila mengibarkan
bendera separuh tiang, dan
kemudiannya menurunkannya semula
keseparuh tiang.

36

3. Apabila menurunkan bendera separuh
tiang, langkah pertama adalah untuk
menaikkan semula bendera tersebut
sepenuhnya dan kemudiannya
menurunkannya terus.
4. Selepas digunakan bendera
hendaklah dilipat dan disimpan dengan
baik di tempat yang ditentukan supaya
tidak dilangkahi.
5. Bendera BSMM tidak boleh
digunakan untuk mengalas meja atau
menutup sesuatu.
6. Bendera yang koyak dan telah
bertukar warna adalah dianggap sebagai
bendera yang uzur. Bendera yang uzur
hendaklah ditukarkan dengan bendera
yang baharu kerana pengibarannya
menunjukkan tanda tidak hormat.

37

STRUKTUR DAN
ORGANISASI

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

38

ISI KANDUNGAN

STRUKTUR DAN ORGANISASI
Kebangsaan.....................................................................40
Negeri.................................................................................41
Daerah................................................................................42
IPG........................................................................................43
Sekolah dan Kumpulan...............................................44

39

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT KEBANGSAAN

40

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT NEGERI

41

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT DAERAH

42

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT IPG

43

STRUKTUR DAN ORGANISASI

PERINGKAT SEKOLAH DAN KUMPULAN

SEKOLAH RENDAH

44

STRUKTUR DAN ORGANISASI

PERINGKAT SEKOLAH DAN KUMPULAN

SEKOLAH MENENGAH

45

PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

46

ISI KANDUNGAN

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pendaftaran Ahli dan Kumpulan.............................48
Kuasa Penganjur............................................................54
Struktur Unit....................................................................55
Tanggungjawab Pemimpin.......................................56
Pakaian Seragam...........................................................60
Takwim dan Rancangan Aktiviti..............................71

47

Pendaftaran
AHLI DAN
KUMPULAN

PENDAFTARAN AHLI

Proses Pendaftaran Ahli

1. Keahlian persatuan terbuka kepada semua warganegara tanpa
mengira perbezaan agama, bangsa, jantina dan fahaman politik. Ahli
dan sukarelawan yang berasal daripada pelbagai golongan sepatutnya
memberi sumbangan perkhidmatan bagi mencapai hasrat dan dan
prinsip persatuan.
2. Pendaftaran ahli Bulan Sabit Merah Malaysia akan disimpan dalam
sistem pangkalan data di Ibu Pejabat Kebangsaan.
3. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian
masing-masing.
4. Rekod keahlian boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif
Cawangan jika cawangan tidak mempunyai Unit di bawah
pentadbirannya.

48


Click to View FlipBook Version