LAPORAN PROGRAM KEMASYARAKATAN Tarikh: 12 Jun 2023 Tempat: Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah Anjuran: Unit W3 & W4
1.0 Pengenalan / Latar belakang Pada 22 Jun 2023, program kemasyarakatan telah dilaksanakan dengan melawat ke Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah di Chemor, Perak. Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah merupakan tempat perlindungan yang dibina bagi menempatkan golongan anak yang kurang bernasib. Di samping itu, pengendalian pusat anak yatim ini juga menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti asrama, dewan serbaguna, perpustakaan mini, dewan makan dan sebagainya kepada golongan anak yatim supaya mereka hidup dengan selesa dan sejahtera. Selaras dengan tajuk program kemasyarakatan, siswa-siswi yang terlibat mampu merasai kegembiraan dan berkongsi suka duka dalam kehidupan serta mempelajari ilmu baru apabila didedahkan dengan persekitaran luar. 2.0 Rasional Anak yatim merupakan orang yang istimewa di mana mereka kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya. Disebabkan oleh latar belakang yang berbeza, kebanyakan mereka adalah lebih sensitif dan kurang keyakinan diri. Oleh itu, lawatan ke rumah anak yatim bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan siswa-siswi terhadap latar belakang dan ciri-ciri sikap anakanak yatim, malah juga dapat menggembirakan hati mereka dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik serta membawa buah tangan yang sesuai supaya dapat meningkatkan intelektual mereka supaya mereka dapat hidup dan berjaya seperti individu lain. Dalam pelaksanaan aktiviti, perasaan prihatin dan kasih sayang akan golongan anak yatim dapat ditanam dan secara tidak langsung siswa-siswi dapat dilatih untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan diri. 3.0 Objektif Melalui lawatan ini, siswa-siswi akan dapat: a. Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan b. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan c. Menerapkan rasa bersimpati, empati, kasih sayang, keprihatinan dan peka kepada golongan anak yang kurang bernasib baik d. Meluaskan pengalaman dan memperoleh ilmu secara mendalam kepada siswa-siswi e. Menggembirakan golongan anak yatim melalui aktiviti-aktiviti yang ceria dan menarik
f. Menyambung jalinan dengan lebih erat bersama anak-anak yatim g. Membangunkan intelektual dan fizikal serta mental anak-anak yatim supaya mereka berjaya seperti manusia lain h. Berkongsi ilmu pengetahuan dengan anak yatim tentang bidang akademik atau kemahiran hidup 4.0 Butiran Program Maklumat lawatan adalah seperti berikut: Tajuk Program : Program Kemasyarakatan Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah di Chemor, Perak Bil peserta : 21 orang siswa-siswi Unit W3 dan W4 Bil pensyarah : 1 orang 5.0 Kumpulan Sasaran Program ini disasarkan kepada 21 orang siswa-siswi Unit W3 dan Unit W4 6.0 Ringkasan Pelaksanaan Program Satu lawatan telah dilakukan di Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah pada 12 Jun 2023. Lawatan tersebut melibatkan 21 orang guru pelatih dari Unit W3 dan W4 serta seorang pensyarah kursus MPU3102. Selepas bersarapan, tepat pada 8.30 pagi, semua siswa guru yang terlibat dalam program ini telah berkumpul dan membantu mengangkat peralatan ke dalam kenderaan masing-masing. Pengerusi telah memberi sedikit taklimat tentang atur ara program dan etika perlakuan di rumah anak yatim. Kemudiannya, ketua biro telah mengambil tanggungjawab untuk memberi dan mengagihkan tugas-tugas yang hendak dijalankan sepanjang program tersebut. Kami bertolak dari IPG Kampus Ipoh tepat jam 9.30 pagi. Perjalanan kami mengambil masa 20 minit. Pada pukul 10.30 pagi, kami sampai di Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah. Program dimulakan dengan sesi pengenalan diri. Selepas selesai memperkenalkan diri, pemilik
rumah anak yatim membawa kami mengunjung di sekitar rumah anak yatim. Sebaik sahaja habis melihat sekeliling rumah anak yatim, kami pun memulakan permainan sukaneka. Antara permainan yang dijalankan ialah acara “passing” gelang getah menggunakan straw, acara mencari gula-gula dalam tepung dan acara memanah belon. Pada pukul 1 tengah hari, kanak-kanak diberi peluang untuk berehat dan makan tengah hari sebelum slot kedua dimulakan. Slot kedua merupakan aktiviti kraf tangan. Kami telah mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan pasu bunga menggunakan plastik botol. Seterusnya, slot ketiga pula merupakan aktiviti keceriaan rumah anak yatim. Semua anggota rumah anak yatim telah bertungkus lumus membina taman mini untuk menceriakan kawasan rumah anak yatim. Suasana ketika aktiviti itu berlangsung juga sangat meriah kerana siswa guru dan juga kanak-kanak sudah tidak kekok lagi untuk berkomunikasi. Menjelang Majlis Penutup, terdapat juga beberapa persembahan yang dilakukan oleh kanak-kanak di rumah anak yatim. Aktivti penyampaian cenderamata juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan. Selepas tamatnya majlis tersebut, sesi bergambar bersamasama kanak-kanak rumah anak yatim dan keseluruhan peserta Program Kemasyarakatan telah diadakan sebagai tanda kenangan program. Kami pun bersurai pada pukul 5 petang. 7.0 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengerusi : Darrshini a/p Pandiraj Naib Pengerusi : Kee Hooi Ping Setiausaha : Chin Yen Ching Bendahari : Lee Jia Rou AJK Dokumentasi : Annushia a/p Arumugam AJK Cenderamata : Thaneswari a/p Ganesan AJK Aktiviti : Soong Hui Yee AJK Peralatan : Ho Kah Yee AJK Pengangkutan : Tan Vi Nie AJK Makanan : Devanaliny a/p Robert AJK Fotografi : Nivetha a/p Murili
8.0 Laporan Kewangan / Anggaran Perbelanjaan Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1. Sarapan pagi (nasi lemak) 22 bungkus 2 44 2. Makan tengah hari (nasi ayam) 22 bungkus 5 110 3. Cenderamata 30 unit 5 150 5. Permainan I. Belon II. Straw III. Tepung 1 pek 1 pek 3 pek 10 2 3 10 2 9 6. Sesi Kraf Tangan I. Kertas warna II. Pensel warna 1 pek 5 kotak 6 3 6 15 7. Aktiviti keceriaan I. Cat II. Berus cat III. Plastik Sampah 1 unit 5 unit 1 pek 25 3 4 25 15 4 8. Air minuman 3 kotak 10 30 Jumlah Kos (RM) 420
9.0 Aturcara Program Masa Program/ Aktiviti 8.30 a.m.- 9.30 a.m. ● Siswa guru berkumpul ● Sarapan pagi ● Bertolak ke rumah anak yatim 10.00 a.m. ● Sampai di rumah anak yatim 10.00 a.m.- 10.30 a.m. ● Sesi Pengenalan Diri 10.30 a.m.- 1.00 p.m. ● Lawatan Sekitar Rumah Anak Yatim ● Permainan 1.00 p.m.- 2.30 p.m. ● Rehat ● Makan Tengah Hari 2.30 p.m.- 3.30 p.m. ● Aktiviti Kraf Tangan 3.30 p.m.- 5.00 p.m. ● Aktiviti Keceriaan Rumah Anak Yatim 5.00 p.m. ● Penyampaian cenderamata ● Sesi Bergambar ● Bersurai 10.0 Kekangan / Halangan / Permasalahan Terdapat beberapa halangan dan masalah yang dihadapi apabila siswa-siswi melawat ke Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah. Antara satu masalah yang dihadapi ialah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kurang disambut dengan meriah oleh anak-anak yatim. Hal ini disebabkan oleh latar belakang anak-anak yatim telah menyebabkan mereka bersikap introversi dan kurang yakin. Oleh itu, mereka tidak berani untuk bermain dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktivitiaktiviti yang dijalankan. Selain itu, masalah yang dihadapi adalah kekurangan masa berada di Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah. Hal ini dapat dilihat apabila beberapa orang anak yatim telah menunjukkan perasaan enggan berpisah apabila program ini tamat. Penggunaan masa bagi
program ini sepatutnya lebih panjang supaya dapat mendirikan kepercayaan antara siswa-siswi dan anak-anak yatim tersebut. Dengan itu, sudah tentu anak-anak yatim dapat belajar dengan lebih berkesan daripada siswa-siswi dan secara tidak langsung dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri masing-masing. 11.0 Cara Mengatasi Kekangan / Halangan / Permasalahan Bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dihadapi, terdapat beberapa cadangan telah diberikan. Pertamanya, pada permulaan program ini dilangsungkan, siswa-siswi dicadangkan untuk menjalankan aktiviti icebreaker. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendirikan hubungan yang mesra antara siswa-siswi dengan anak-anak yatim. Contoh aktiviti icebreaker yang sesuai dijalankan adalah seperti teka-teki, lakonan, reka cerita, ceritakan tentang diri dan lain-lain. Jadi, dengan pelaksanaan aktiviti icebreaker, sudah tentu aktiviti-aktiviti seterusnya yang telah dicadangkan dapat disambut dengan meriah. Selain itu, cadangan penambahbaikan yang kedua adalah membuat rancangan dengan menggunakan masa yang lebih panjang. Contohnya, siswa-siswi boleh melawat ke Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah dengan lebih kerap seperti dua kali dalam seminggu dan setiap kali sekurang-kurangnya 10 jam. Hal ini dapat membantu mengeratkan hubungan antara siswasiswi serta dapat memaksimumkan impak-impak positif yang dapat diberikan kepada siswa-siswi dan anak-anak yatim melalui program ini. 12.0 Manfaat / Kelebihan / Pencapaian Program Salah satu kelebihan melalui program melawat ke Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah ialah dapat membina, membentuk akhlak dan jati diri yang positif serta menanam sifat kasih sayang dan sifat tolong-menolong dalam diri setiap insan yang berjaya pada masa yang akan datang. Hal ini dapat dibuktikan apabila siswa-siswi IPG Kampus Ipoh menjalankan pelbagai aktiviti di rumah anak yatim seperti aktiviti kraf tangan dan aktiviti keceriaan. Hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan melalui komunikasi sepanjang lawatan dan pada masa yang sama, siswa-siswi yang memberikan keprihatinan terhadap anak yatim akan memberikan motivasi kepada mereka dan berasa dihargai. Manfaat yang seterusnya ialah semangat kepimpinan siswa-siswi dapat diperkasa semasa membimbing mereka untuk menjalankan aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahawa kesabaran dan sikap bertoleransi terhadap golongan anak yatim amat diperlukan semasa memberikan bimbingan. Secara keseluruhannya, objektif yang
dirancang telah dicapai dengan jayanya oleh siswa-siswi IPG Kampus Ipoh ataupun golongan anak yatim untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan kerohanian. 13.0 Cadangan Penambahbaikan Terdapat beberapa cadangan yang boleh dijadikan asas untuk menjayakan program kemasyarakatan di Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah iaitu mencari peluang dari segi modal tambahan kepada pusat tersebut. Selanjutnya, siswa-siswi boleh mengambil inisiatif untuk menjalankan promosi atau pemasaran untuk mengutip dana bagi para anak yatim di rumah ini. Seperti yang diketahui, institusi-institusi seperti rumah anak yatim memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk membayar perbelanjaan anak-anak dengan sempurna. Promosi merujuk kepada keseluruhan aktiviti yang melibatkan kejelasan penerangan atau pemakluman berkaitan keadaan dan perkhidmatan kepada orang ramai supaya khalayak masyarakat sedar dan menderma wang kepada rumah anak yatim ini. Terdapat beberapa promosi yang boleh dilakukan sebelum program seperti pengiklanan, siaran akhbar dan sebagainya. Dengan ini, masyarakat akan mempunyai kenalan secara mendalam terhadap kewujudan rumah anak yatim seperti Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah untuk memudahkan kehidupan mereka. Cadangan seterusnya untuk penambahbaikan program ini ialah menyediakan borang maklum balas kepada golongan anak yatim untuk memberi nilai skor terhadap usaha dan aktiviti yang kami lakukan sepanjang program. Sehubungan itu, borang tersebut amat berkesan dan efektif kepada ahli jawatankuasa untuk memahami kelemahan dan mengaplikasikan cara yang ampuh untuk menyempurnakan program ke rumah anak yatim pada masa yang akan datang. 14.0 Video / Gambar Aktiviti Permainan Video: https://www.facebook.com/YayasanAmanahAnNurMaisarah/videos/673165457818985
Aktiviti Kraf Tangan Aktiviti Keceriaan Video: https://www.facebook.com/YayasanAmanahAnNurMaisarah/videos/145448520945021 Sesi Bergambar 15.0 Penutup Sebagai intiha, dapat disimpulkan bahawa program kemasyarakatan ke Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah telah dijalankan secara lancar dan memberikan suatu kepuasan, keseronokkan serta dapat memberi pertolongan kepada anak-anak yang memerlukan pertolongan. Dengan jayanya, kami berharap projek tersebut mampu mendatangkan faedah
kepada siswa-siswi IPG Kampus Ipoh yang terlibat dan mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari sepanjang program dalam kehidupan harian mereka. Pada masa yang sama, anakanak yatim mendapat kegembiraan dan keseronokkan hasil kerja amal daripada ahli kumpulan. Akhir sekali, kami berasa sangat bersyukur kerana segala usaha yang telah dilakukan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak berkenaan supaya objektif yang telah digariskan dapat dicapai.