The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizan, 2022-09-06 20:31:10

IT1061 LA1 - POWERPOINT NOTA 1

IT1061 LA1 - POWERPOINT NOTA 1

Keywords: Pengenalan komputer

JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

IT-1061
COMPUTER APPLICATION

www.jtm.gov.my

JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PENGENALAN KEPADA
COMPUTER APPLICATION

(IT1061)

www.jtm.gov.my

COMPUTER APPLICATION

JABATAN TENAGA MANUSIA

Merupakan modul sokongan dalam latihan
bagi meningkatkan pengetahuan pelajar

dalam mengaplikasikan pelaksanaan modul teras
dan pembentukan sahsiah pelajar.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

MEKANISMA PENILAIAN

JABATAN TENAGA MANUSIA

Pelajar akan dinilai secara berterusan meliputi
KERJA KURSUS dan PEPERIKSAAN AKHIR seperti

yang telah ditetapkan di dalam setiap modul.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA KOMPOSISI MARKAH
BAGI MODUL

40% Kerja KUIZ
Kursus UJIAN
Peperiksaan
Akhir 60%

TUGASAN
PERSEMBAHAN

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA SYARAT MENDUDUKI
PEPERIKSAAN AKHIR

50% 80%

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

AKTIVITI PEMBELAJARAN

JABATAN TENAGA MANUSIA

LA 1 LA 4
APPLY SPREADSHEET
REVIEW COMPUTER SOFTWARE
SYSTEM
LA 5
LA 2 APPLY PRESENTATION
SOFTWARE
APPLY OPERATING
SYSTEM LA 6
UTILISED INTERNET
LA 3 APPLICATION
APPLY WORD
PROCESSING SOFTWARE

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

RINGKASAN PEMBELAJARAN

JABATAN TENAGA MANUSIA

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

AKTIVITI PEMBELAJARAN

JABATAN TENAGA MANUSIA

LA1 - REVIEW COMPUTER SYSTEM

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA ISI KANDUNGAN

1.1 Computer Overview
1.2 History Of Computer
1.3 Types Of Computer

1.4 Computer Systems (Hardware)
1.5 Computer Systems (Software)

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PEMBELAJARAN HARI INI

1.1

Computer Overview

1.2

History Of Computer

1.3

Types Of Computer

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA TUJUAN PEMBELAJARAN

Supaya pelajar boleh:

1.1 1.2 1.3

Terangkan Terangkan Nyatakan
Pengenalan Sejarah Jenis-Jenis
Komputer
Kepada Komputer
Komputer

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

AKTIVITI PEMBELAJARAN

JABATAN TENAGA MANUSIA

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH AWAL KOMPUTER

Perkataan komputer berasal daripada
bahasa Latin - COMPUTARE yang bermaksud pengiraan.

Bermula akhir abad ke 19, perkataan tersebut telah menjadi kebiasaan,
menerangkan mesin yang membuat pengiraan.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

APA ITU KOMPUTER?

Merupakan sebuah mesin elektronik yang mampu
memanipulasi - mengerjakan atau membuat sesuatu
kerja dengan cekap.

Mempunyai pelbagai jenis dan saiz.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PENGENALAN KOMPUTER

Sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk pelbagai kegunaan.

Meringankan kerja seharian manusia dengan membantu menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat.

Dapat menerima data mentah, dan akan memprosesnya kemudian
memanipulasi untuk dijadikan maklumat yang berguna.

Ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada
masa akan datang.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PENGENALAN KOMPUTER

Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana
ia mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan
storan (storage capability), produktiviti (productivity), membuat
keputusan dan dapat mengurangkan kos.

Sebagai kesimpulannya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang
dapat menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari
tenaga manusia dan keputusannya lebih tepat.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

DEFINISI KOMPUTER

Menerima data, memproses data menjadi maklumat, mengeluarkan atau
menyimpan maklumat untuk kegunaan akan datang.

Terdiri daripada Perkakasan dan Perisian.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PROSES KOMPUTER

UNIT INPUT UNIT UNIT
PEMPROSESAN OUTPUT

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

KEGUNAAN KOMPUTER

KOMUNIKASI PELUANG
PERNIAGAAN
melalui media sosial seperti
facebook, twitter, instagram, Membangun sebuah website
online, melakukan jualan atas
email dan video call. talian.

HIBURAN CARIAN MAKLUMAT

Mendengar lagu, Komputer akan
menonton filem atau video, menghubungkan anda ke
bermain game online maupun dunia luar melalui internet
dengan mudah.
offline.
PERBANKAN DAN
PENDIDIKAN PERUBATAN

Media pembelajaran moden Mendapatkan data secara
(projektor/LCD/ebook), cepat, melakukan urusan
transaksi dan bidang
memudahkan kerja, Latihan penyelidikan.
atas talian dan menyediakan
Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy
laporan.

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Pada zaman dahulu Sejarah penciptaan komputer bermula dengan
terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus. Dengan

terciptanya Abakus telah memudahkan ahli perniagaan dalam
proses pengiraan asas campur, tolak dan darab. Ia telah digunakan

secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Blaise Pascal telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal
yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.

George Boole telah mengembangkan konsep logik algebra
True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik

dan asas kepada penggunaan dalam merekabentuk litar logik
dalam komputer.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Charles Babbage merupakan seorang ahli matematik dan
perekacipta.

Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh
menyelesaikan pengiraan sifir matematik.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu
“Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan
yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina
semasa hidupnya.

“Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa
sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage,
Processor, unit kawalan dan peranti output.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina
arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”.

Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan
menggunakan “Analytical Engine”.

Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau
juga telah menerbitkan nota yang menggalakkan ahli sains supaya
menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automatik
yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat
menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun.

Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat telah diketahui
keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage
ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin
Babbage menggunakan kuasa mekanikal.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal
yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah
komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan
pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh
pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira
peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil
kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff
dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama
menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry
Computer).

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER

Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai
asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC
(Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan
komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian
muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan
secara komersil.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PERMULAAN ERA KOMPUTER

GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)

➢ Pada tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford
Berry telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang
pertama. Komputer tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer).

➢ Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC
(Electronic Numerical Integrator And Calculator) pada tahun 1945.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PERMULAAN ERA KOMPUTER

GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)

➢ 1951 - UNIVAC I (Universal Automatic Computer) dicipta; merupakan komputer
pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan.

➢ Menggunakan tiub vakum/hampagas untuk memproses dan menyimpan maklumat.

➢ Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini juga amat
susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak.

➢ Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat rendah).

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PERMULAAN ERA KOMPUTER

GENERASI KEDUA (1959 - 1961)

➢ Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod. Kelebihan transistor ia dapat
berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.

➢ Contoh komputer yang dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi.

➢ Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu
warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang kurang.

➢ Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN (1954) dan
COBOL (1959).

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PERMULAAN ERA KOMPUTER

GENERASI KETIGA (1965 - 1970)

➢ Menggunakan litar bersepadu (IC) iaitu litar elektrik yang mengandungi cip silikon
yang sangat kecil bagi menggantikan transistor.

➢ Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama.

➢ Menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing. iaitu beberapa aturcara
boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama.

➢ Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi ia
lebih kecil, perlahan dan lebih murah.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PERMULAAN ERA KOMPUTER

GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)

➢ Menggunakan Mikropemproses mengantikan litar bersepadu.

➢ Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM.

➢ Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil,
penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan
beberapa bahasa pengaturcaraan.

➢ Keupayaan storannya lebih besar dan saiz komputer 100 kali lebih kecil daripada saiz
komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PERMULAAN ERA KOMPUTER

GENERASI KELIMA

➢ Komputer generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum
diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh
beberapa negara maju.

➢ Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan
negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk
membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence),
sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya.

➢ Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya
terus meningkat dengan pesat.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

PERMULAAN ERA KOMPUTER

GENERASI 1 GENERASI 3 GENERASI 5
TIUB VAKUM
LITAR KECERDIKAN
BERSEPADU BUATAN

GENERASI 2 GENERASI 4
TRANSISTOR MIKRO

PEMPROSES

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

GAMBARAN FIZIKAL KOMPUTER

Mesin Tenun Punch Card Jacquard

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

GAMBARAN FIZIKAL KOMPUTER

Potret Jacquard ini ditenun
dengan sutera pada alat tenun
Jacquard memerlukan 24,000
punch card, dihasilkan pada
1839.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

GAMBARAN FIZIKAL KOMPUTER

Komputer
Mekanikal Yang
Diprogram Penuh

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

GAMBARAN FIZIKAL KOMPUTER

ENIAC

(Electronic Numerical
Integrator and Computer)

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

GAMBARAN FIZIKAL KOMPUTER

UNIVAC

(Universal Automatic Computer)
Komputer komersial pertama
didunia

JENIS-JENIS KOMPUTER

SERVER MICROCOMPUTER
MINICOMPUTER WORKSTATION
SUPERCOMPUTERS MINIFRAME

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

JENIS-JENIS KOMPUTER

KOMPUTER SUPER (SUPERCOMPUTERS)

➢ Komputer jenis ini adalah jenis yang paling mahal dan paling
laju dalam memproses data tanpa sebarang gangguan.

➢ Komputer super mampu mengendalikan beberapa program
dalam masa yang pantas. Disebabkan harga yang sangat mahal,
ianya digunakan untuk penyelidikan saintifik. Komputer jenis ini
mempunyai saiz yang sangat besar yang kebiasaannya
diletakkan di dalam ruangan khas.

➢ Syarikat yang menggunakan komputer ini harus membeli
daripada vendor yang bertauliah kerana ianya terdapat seni
bina yang unik untuk dipasang.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

JENIS-JENIS KOMPUTER

KOMPUTER RANGKA UTAMA (MAINFRAME
COMPUTERS)

➢ Komputer jenis ini direka bagi membezakan komputer
tradisional yang bersaiz besar. Ia juga mampu untuk
mengendali dan memproses jumlah data yang sangat banyak
dengan sangat pantas.

➢ Kebanyakan jenis komputer ini digunakan oleh syarikat-
syarikat, bank, kerajaan, dan universiti. Contoh: IBM System z9,
IBM 704 (1964).

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

JABATAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

JENIS-JENIS KOMPUTER

MINICOMPUTER

➢ Komputer jenis ini digunakan oleh ramai pengguna.
➢ Ia tergolong dalam kategori antara rangka utama komputer

(mainframe computers) dan komputer yang digunakan oleh
seorang pengguna (single-user computer).
➢ Ia juga dipasang secara bertingkat seperti rak dan
disambungkan kepada terminal-terminal.
➢ Saiz komputer ini adalah sederhana seperti rak. Contoh: Azulle
Access Plus, Zotac ZBox Nano, Samsung ArtPC.

Be Inspired, Be Extraordinary, Be WorwldwClwa.sjstmw.itghoTvV.mETy

Click to View FlipBook Version