The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Sebagai manusia normal, mungkin tidak akanberasa rendah diri kerana kebanyakkan yang dilahir dengan sempurna sehingga segelintir yang sanggup menghina atau mengetepikan orang yang kurang sempurna. Malah, pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan setanding dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka.
Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
Program inklusif juga amat perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar tersebut di mana program ini menumpukan pelajar khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk. Selain itu, ia juga bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas meletakkan misi Pendidikan Khas iaitu “menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas bagi membolehkan mereka menjadi insan yang berdikari, berjaya dalam kehidupan, serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara Malaysia.” (Mohd Sharani Ahmad, 2006)

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu:
i. Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa
ii. Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau nerosisi)
iii. Kanak-kanak cacat penglihatan
iv. Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi
v. Kanak-kanak kecelaruan tingkahlaku (Behavioural disorders)
vi. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities)
vii. Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)
Mereka ini seperti kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta pasca menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Pra Sekolah di sekolah Pendidikan Khas. Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa dibantu orang lain.

Seterusnya, kemasukan pelajar ke sekolah rendah ialah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Tempoh minimum belajar ialah 6 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum serta telah disahkan oleh pengamal perubatan. Mereka ini haruslah boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas masalah penglihatan dan pendengaran mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah
termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU.

Bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah pula, pelajar tersebut mestilah berumur 13 tahun hingga 19 tahun dan disahkan oleh pengamal perubatan. Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional di mana murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.
Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah pula adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum di mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesanyang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapaikejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Secara kesimpulannnya, terdapat pelbagai jenis murid berkeperluan khas ini. Mereka merupakan golongan yang teristimewa yang diciptakan oleh Tuhan. Kewujudan minoriti komuniti kurang upaya di Malaysia perlu diiktiraf kerana mereka berhak menerima kesamarataan dengan masyarakat biasa. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah pihak peka terhadap persekitaran dan keadaan murid berkeperluan khas ini. Hal ini diharapkan agar sistem pendidikan yang sedia ada seperti adanya perkembangan teknologi dapat diperkembangkan dan digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Rujukan:
Organisasi dan Kepimpinan
Link: https://organisasikepimpinandisekolah.blogspot.com/2021/12/organisasi-dan-kepimpinan.html

Pengurusan Bilik Darjah
Link: https://site-6339574-4639-581.mystrikingly.com/

Pengurusan Sumber
Link: https://pengurusanpembelajaranain.blogspot.com/2021/12/tajuk-4-pengurusan-sumber.html

Strategi Mengurus Bilik Darjah
Link: https://kps3014kumpulan1.blogspot.com/

Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin
Link: https://sazilahjaidal.blogspot.com/2021/12/pengurusan-tingkah-laku-dan-disiplin.html

Pengurusan Sumber Alam
Link: https://notakps3014.weebly.com/bab-11.html

Interaksi dalam Pembelajaran
Link: https://pengurusanpembelajaranbynaa.blogspot.com/

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahslyzaahlyss, 2022-01-02 06:52:25

KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN TAJUK: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA NAMA: AHSLYZAAH LYSS AHZILOT NO MATRIK: D20202096968

Click to View FlipBook Version