MPU23042
NILAI MASYARAKAT
MALAYSIA
SAINS DAN TEKNOLOGI
DISEDIAKAN OLEH:
HOUSTON RILEY ANAK MAJID (20DAT20F2041)
ANISIA FEDYLIA YEO (20DAT20F231)
JACEY JEMIS (20DAT20F2021)
PENSYARAH KURSUS:
PUAN FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 01
PENGENALAN 02
DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI 04
KESAN SAINS & TEKNOLOGI TERHADAP 05
MASYARAKAT DAN NEGARA
12
CABARAN SAINS & TEKNOLOGI DI MALAYSIA 15
CARA MENGATASI CABARAN SAINS & TEKNOLOGI 19
KERATAN AKHBAR 21
KESIMPULAN 22
RUJUKAN
PENGHARGAAN
Bersyukur kepda Tuhan dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya
dan rakan kumpulan saya menyiapkan e-Book ini yang telah diusahakan
selama ini dengan jayanya.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting iaitu
Puan Fatin Faqeriah Binti Hamsah selaku pesyarah kursus MPU23042
Nilai Masyarakat Malaysia kerana beliau telah banyak berjasa
membimbing, memberi semangat dan tunjuk ajar yang tidak putus
sepanjang tempoh kami menyiapkan e-Book ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dan bekerah tenaga dan peluh dalam
menyempurnakan e-Book masing-masing. Bantuan yang telah kalian
berikan tidak kira dari segi informasi maklumat dan sanggup
meluangkan masa memberi tunjuk ajar cara-cara pembuatan e-Book
amat kami hargai dan tidak akan kami lupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa kami yang
secara tidak langsung telah memberi sokongan dan dorongan yang
terhadap kami.
01
PENGENALAN
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah
merupakan suatu taraf pencapaian bagi negara Malaysia yang
maju menjelang tahun 2020 yang merangkumi beberapa aspek
seperti politik, ekonomi, sosial, kerohanian, psikologi dan
kebudayaan. Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T)
adalah merupakan cabaran keenam yang telah disenaraikan
dalam Wawasan 2020 untuk mencapai status sebagai sebuah
negara yang maju standing dengan negara-negara yang lain.
Dalam impian dan hasrat untuk mencapai status tersebut,
Malaysia haruslah mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk
memaju dan menyelaraskan sumber-sumber Sains dan
Teknologi (S&T) agar rakyat Malaysia menjadi sebuah
masyarakat yang berasakan sains dan progresif yang
mempunyai sikap berdaya cipta dan berpandangan jauh dari
aspek Sains dan Teknologi (S&T).
02
Matlamat untuk meningkatakan keupayaan Sains dan
Teknologi (S&T) untuk membentuk satu ekonomi yang cekap
teknologinya di mana teknologi ciptaan mampu melakukan
penyesuaian, pembaharuan dan pelaburan yang intensif dan
mampu bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih.
Keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) dan kaitannya dengan
dengan Pembangunan Sektor Perindustrian untuk menjadikan
sebuah negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan
menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha
bagi mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama
Wawasan 2020.
03
DEFINISI SAINS DAN
TEKNOLOGI
Teknologi ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan
sains yang boleh memberi manfaat dan
penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
manusia dalam kehidupan seharian.
Sains sebagai suatu sistem untuk mendapatkan
pengetahuan dengan menggunakan pengamatan
dan eksperimen untuk menggambarkan dan
menjelaskan fenomena yang terjadi dengan
sistematik tentang struktur dan perilaku dari
segala fenomena yang ada di dunia ini.
04
KESAN POSITIF SAINS &
TEKNOLOGI TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
05
MEMUDAHKAN KOMUNIKASI
ANTARA MANUSIA
Dengan adanya teknologi, kita
dapat berhubung dengan semua
manusia di segenap pelusuk dunia
walaupun berbeza budaya dan bahasa.
Perbezaan bahasa yang sebelum ini
mengambil masa yang lama untuk
dipelajari boleh diselesaikan dalam
beberapa saat sahaja. Kesannya,
pelbagai ilmu, budaya dan perkara-
perkara lain dapat dikongsi dan
dimanfaatkan bersama. Masyarakat
juga dapat berhubung antara satu
sama lain tanpa mengira masa dan
jarak dan kesannya bukan sahaja pada
sektor ekonomi malah mengubah cara
sosial masyarakat masa kini. Sebagai
contoh, hasil daripada kewujudan sains
dan teknologi masa kini yang mudah
untuk difahami dan digunakan seperti
aplikasi Whatsapp yang membolehkan
kita berbual melalui mesej atau
membuat panggilan video kepada
kenalan kita. Bak kata pepatah Melayu
“Lain dahulu lain sekarang”.
Kesimpulannya, sains dan teknologi
membuka ruang komunikasi antara
manusia yang tidak pernah
dibayangkan pada zaman dahulu.
06
MENINGKATKAN SEKTOR
PENDIDIKAN
Sebelum berkembangnya sains dan teknologi, Pendidikan
khususnya di peringkat tertiary menggunakan kaedah yang
mengambil masa lama kerana pelajar perlu menelaah dan mentafsir
buku-buku yang berkaitan untuk menghasilkan laporan dan
menyiapkan tugasan. Akan tetapi setelah kewujudan kemudahan
Internet, pelajar boleh menyediakan laporan dan menyiapkan
tugasan dalam tempoh masa yang cepat. Bagi pelajar diperingkat
rendah, pendidikan secara interaktif semakin diaplikasikan agar dapat
menarik minat pelajar. Kaedah ini bukan sahaja memberi kesan
terhadap ilmu dan pengetahuan pelajar malah membantu mereka
untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Konklusinya, dengan adanya
perkembangan sains dan teknologi maka pendidikan akan dapat
ditambah baik dan memberi kesan positif kepada masyarakat.
07
KEMAJUAN INDUSTRI KESIHATAN
Pelbagai ubat dan rawatan
baharu yang dapat dihasilkan bagi
merawat pesakit-pesakit yang
menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ia
juga membantu dalam mencegah
penyakit berjangkit daripada menular
yang mengorbankan ribuan nyawa
manusia seperti zaman dahulu. Pada
masa kini, makmal perubatan
sesebuah institusi penting bagi
mengkaji dan mencari penawar
kepada penyakit-penyakit yang
memudaratkan kehidupan manusia.
Bukan itu sahaja, sains dan teknologi
juga menyumbang kepada
pemantauan kesihatan apabila jam
tangan pintar berjaya dicipta. Pemakai
jam pintar akan dapat melihat kiraan
degupan jantung mereka yang mana
sekaligus dapat membantu mereka
memantau tahap kesihatan mereka.
Pemakaian jam ini akan dapat
mewujudkan masyarakat yang sihat
dan sejahtera. Pelbagai manfaat dari
aspek kesihatan dapat diperoleh
daripada kemajuan sains dan
teknologi.
08
KESAN NEGATIF SAINS &
TEKNOLOGI TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
09
PENINGKATAN KES JENAYAH SIBER
Bagi mereka yang mahir
dan mempunyai pengetahuan luas
mengenai teknologi, mereka akan
dapat menjalankan aktiviti
penipuan dengan mudah seperti
menghasilkan kad kredit palsu atau
menipu orang ramai dengan
penyebaran berita palsu. Berita
palsu yang biasanya dilihat adalah
melalui aplikasi Whatsapp,
Facebook, Instagram dan
sebagainya. Perbuatan ini semuanya
semata-mata kerana perkembangan
pesat dalam bidang sains dan
teknologi yang tidak pernah berlaku
pada masa dahulu
Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh golongan dewasa dalam
lingkungan umur antara 20 hingga 50 tahun. Terdapat juga golongan
yang menyalahgunakan teknologi untuk mengaut keuntungan dan
sebagainya. Sebagai contoh, berita mengenai perbuatan Scammer
yang tidak pernah habis disiarkan di kaca televisyen dan media sosial.
10
PENINGKATAN KEMALANGAN
JALAN RAYA
Penciptaan pelbagai kenderaan selaras dengan kemajuan sains
dan teknologi menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan
jalan raya dan nahas udara yang mengorbankan banyak nyawa.
Kenderaan yang dicipta menggunakan teknologi terkini menyebabkan
pemandu leka dan lalai ketika menggunakan kenderaan. Sebagai
contoh, keluaran kenderaan terkini yang menggunakan sistem komputer
dimana pengguna hanya perlu menekan butang “parking” atau butang
meletakkan kenderaan dan kenderaan akan bergerak dengan sendirinya.
Sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan, ianya akan membawa
kepada kemalangan yang mungkin akan meragut nyawa sendiri dan
nyawa orang lain.
11
PENCIPTAAN SENJATA-SENJATA
MODEN
Dengan kemajuan sains
dan teknologi, manusia
mencipta senjata-senjata
moden, misalnya senjata
nuklear yang sangat
berbahaya. Senjata-senjata
yang dihasilkan pada masa
kini jauh lebih canggih
berbanding dengan senjata
pada zaman dahulu dan
dapat membunuh manusia
dengan lebih mudah dan
cepat.
Senjata-senjata ini menjadi alasan bagi sesetengah masyarakat dalam
negara untuk bersengketa sehingga berlakunya peperangan.
Penciptaan senjata-senjata ini akan mengganggu keselamatan
masyarakat tertentu kerana mereka merasa keamanan yang dirasai
semakin tergugat dengan kemajuan sains dan teknologi.
12
CABARAN SAINS &
TEKNOLOGI DI MALAYSIA
KETAGIHAN SEKS SIBER
Golongan belia khususnya gemar dan telah
menjadi hamba seks siber sehingga amalan
melayari laman-laman web yang
berunsurkan negative telah menjadi satu
tabiat yang negatif.Hal ini telah memberikan
cabaran yang amat besar terutama sekali
pihak kerajaan kerana golongan belia
merupakan golongan yang akan mewarisi
dan mengambil alih pembangunan
negara.Pelayaran web ini akan mencetuskan
perkembangan minda dan fizikal belia.
Menurut responden yang ditemu bual,
golongan belia sering terjebak dan
dipengaruhi rakan sebaya mereka untuk
menonton video-video atau gambar lucah
yang banyak tersebar di laman web.
AKTIVITI PERJUDIAN
Aktiviti perjudian ini sangat mudah untuk
mempengaruhi golongan belia. Berdasarkan
temu bual, golongan belia gemar mengunjungi
pusat-pusat Internet yang menyediakan perbagai
perkhidmatan penggunaan Internet. Namun
begitu, ada antara pusat internet yang
menyalahgunakan premis mereka dengan
menawarkan pusat perjudian kepada
pengunjung. Permainan video yang berasaskan
judi banyak disediakan dan perkara ini menarik
minat remaja dan belia untuk menggunakan
perkhidmatan tersebut. Perkara ini sedikit
sebanyak memberi cabaran kepada golongan
belia kerana sudah terang terangan lagi judi
adalah suatu0 4perbuatan yang salah dan haram. 13
EVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
YANG BERLEBIHAN
Dalam arus dunia yang moden ini, semua
maklumat boleh diperolehi dalam sekelip
mata. Kita dapat lihat banyak kebaikan
namun dengan menggunakannya secara
berlebihan, ia memberi kesan yang sangat
buruk dalam kehidupan kita. Sebagai
contoh, penyebaran maklumat palsu.
Terdapat banyak maklumat palsu yang
"viral" disebarkan seperti gambar-gambar
atau berita yang dipalsukan. Penggunaan
teknologi yang berlebihan juga boleh
mengancam maklumat peribadi sendiri.
Sebagai contoh, kebanyakan pengguna
internet gemar menunjukkan kehidupan
mereka di akaun media sosial. Tanpa kita
sedari, kita banyak diperhatikan oleh orang
yang kita tidak kenali. Kesannya lagi
membahayakan jika ada individu yang
berniat tidak baik terhadap kita.
MENGAMALKAN AMALAN TRADISIONAL
Segelintir masyarakat masih mengamalkan amalan
tradisional dan tidak mengharapkan sains dan
teknolgi untuk memudahkan lagi kehidupan
mereka. Sebagai contoh, sesetengah masyarakat
tidak begitu mempercayai ubat-ubatan pihak
hospital atau doktor namun lebih mempercayai
ubat-ubatan daripada bomoh. Ada juga
masyarakat yang masih menggunakan khidmat
bidan untuk melahirkan selain menggunakan
khidmat hospital yang serba cukup.
14
PERUBAHAN GAYA HIDUP DAN
PENCEMARAN BAHASA
Hal ini kerana, pengaruh dan kemajuan
Sains dan Teknologi yang menular dalam
kehidupan moden hari ini jelas telah
berjaya merubah paradigma sosiobudaya
dan bahasa komunikasi masyarakat yang
berubah mengikut peredaran dalam
kemajuan Sains dan Teknologi.
Penjajahan budaya hidup Barat dalam
aspek pakaian, makanan, minuman,
tingkah laku, hiburan telah menukar jati
diri manusia. Pakaian tradisonal setiap
kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian
rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi
menjadi pakaian harian yang
dibanggakan. Makanan seperti kuih
tradisional bertukar dengan makanan
impot dengan pelbagai jenama terkenal
di dunia. Seperkara yang menarik dalam
isu Sains dan Teknologi ialah berlakunya
tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa.
Bahasa "sms" atau "mesej" dan "chatting"
memerlukan tulisan yang ringkas dan
mudah.
15
CARA MENGATASI
CABARAN SAINS &
TEKNOLOGI DI MALAYSIA
PERANAN PERINGKAT GLOBAL
MELALUI PBB
Melalui Kerjasama WHO,Pertubuhan
Makanan & Pertanian (FAO). Berdasarkan
matlamat WHO untuk meningkatkan
taraf kesihatan manusia dan FAO untuk
meningkatkan pengeluaran makanan,
membaiki sistem agihan makanan &
kebuluran.
PERANAN PERINGKAT
SERANTAU MELALUI ASEAN
Dengan penubuhan ZOPFAN
(Kawasan Aman Bebas & Berkecuali
) yang menjamin keamanan
serantau. Melalui SEANWFZ (Zon
Bebas Senjata Nuklear) & Forum
Serantau ASEAN(ARF). Tujuan ARF
ialah untuk menyelesaikan konflik
antara negara disebabkan
penggeseran kuasa
16
PERANAN SETIAP NEGARA
Setiap negara seharusnya memberi
kerjasama berhubung ancaman gejala
ini. Setiap negara juga perlu
mengambil tindakan dari sudut
keselamatan, kesihatan dan juga dari
pelbagai aspek lain.Sebagai contoh,
Malaysia mendatangani perjanjian
untuk meningkatkan pengeluaran
makanan dalam negara dengan
bantuan Pertubuhan Makanan &
Pertanian.Malaysia juga menyertai
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM).
PENGAMBILAN PEKERJA
YANG BANYAK
Kerajaan perlulah mengambil
pekerja yang banyak.Hal ini kerana
membangunkan kawasan luar
bandar sebagai kawasan bandar.
Sebagai contoh, Kuala Lumpur, Pulau
Pinang dan Kuala Terengganu. Selain
itu, pembangunan pusat kesihatan,
pusat pengajian tinggi dan pusat
kewangan yang cepat.
Pembangunan pusat kesihatan yang
cepat boleh membantu manusia
mendapatkan rawatan yang moden
jika mereka menghadapi penyakit
yang serius. Seterusnya, pelajar pun
mendapat ilmu pengetahuan yang
banyak kerana pembangunan pusat
pengajian tinggi yang cepat.
17
MENYOKONG RAKYAT LEBIH CELIK IT
Internet boleh mendatangkan banyak maklumat yang berguna,
tetapi kalau salah guna seperti penyebaran maklumat salah, kesannya
akan banyak. Oleh itu, kita perlulah menyokong sebarang aktiviti untuk
melahirkan rakyat yang lebih celik kepada IT dan tahu bagaimana
untuk menggunakan sepenuhnya. Pada masa yang sama proaktif
dalam menangani sebarang masalah atau benda-benda yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada pengguna yang lain serta
membongkarkan berita palsu. Seterusnya memandangkan internet ini
dipenuhi dengan maklumat yang benar dan salah,pengguna sangat-
sangat disarankan untuk menyelidik sesuatu maklumat tersebut
terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa.
18
KERATAN AKHBAR MENGENAI SAINS &
TEKNOLOGI
Penguasaan ilmu sains,teknologi
dan inovasi (STI) perlu diperkasa
bagi memastikan negara terus
berdaya saing dalam kemajuan
sosial dan ekonomi.
Petunjuk sains,teknologi dan inovasi
(STI) perlu diperbaiki bagi
menambah baik kedudukan
Malaysia iaitu bilangan naskhah
saintifik dan teknikal yang
dihasilkan .
Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran Tinggi 1967 menetapkan
peralihan nisbah 60:40 unjuran
enrolmen pelajar dalam bidang
sains atau teknikal kepada sastera
secara beransur-ansur.
Kementerian sedang
memperkenalkan satu pengajaran
dan pembelajaran sains baharu
yang dipanggil inquiry base science
education dari Perancis .
Antara program yang dirancangkan
dan dilaksanakan oleh JINM adalah
mengendali dan mrnguruskan
sistem Industry Community
Relations Intelligent System (ICRS)
dibuat sepanjang tempoh PKP.
19
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat
Malaysia adalah tidak mudah kerana Sains dan
Teknologi telah memberi masyarakat
kemudahan di hujung jari. Sains dan teknologi
merupakan komponen yang mempengaruhi
kehidupan manusia serta memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan seharian
masyarakat. Pelbagai cabaran yang dihadapi
oleh pihak-pihak tertentu dalam membentuk
masyarakat Malaysia tentang sains dan teknologi.
Kemajuan ini memberikan banyak kesan baik
kepada pengguna yang mengaplikasikannya
dengan berhemah. Akan tetapi, ianya juga
memberikan kesan buruk sekiranya
disalahgunakan untuk kepentingan sendiri. Oleh
itu, semua masyarakat bukan hanya di Malaysia
tetapi juga negara lain dinasihatkan untuk
menggunakan dan menikmati kemajuan sains
dan teknologi ini dengan sebaik-baiknya.
21
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/qashah09/pengajian-am-penggal-3-topik-4-
sains-dan-teknologi
https://online.anyflip.com/zwyvc/tllm/mobile/index.html
https://www.sinarharian.com.my/article/147405/BERITA/Nasional/Dasar-
4IR-bangunkan-Malaysia-negara-berteknologi-tinggi-pada-2030
https://m.malaysiakini.com/news/561529
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-
lain/2020/12/769610/manfaat-sains-teknologi-inovasi-makmurkan-
negara
https://scholar.google.com.my/scholar?
q=cabaran+dalam+membentuk+masyarakat+malaysia+tentang+sains+d
an+teknologi&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart
http://istech2017.blogspot.com/p/definisi-sains-teknologi_19.html
https://cabarandalammasyarakatmalaysia.blogspot.com/2020/10/cabar
an-cabaran-dalam-membentuk.html?m=1
http://sosiolinguistik2011.blogspot.com/2016/09/kebaikan-dan-
keburukan-sains-dan.html?m=1
https://www.scribd.com/doc/154326116/Isu-dan-cabaran-dalam-sains-
dan-teknologi
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html
http://cgpengajianam.blogspot.com/2013/12/dasar-sains-teknologi-
negara.html?m=1
https://prezi.com/p/np6wp1cs6tcf/isu-dan-cabaran-sains-dan-teknologi
22
e-Book ini menjelaskan cabaran-cabaran yang wujud dalam
membentuk mmasaysayraarkaaktatMaMlaaylsaiyasitae. ntaAnngtarsaainscadbaanrantekndoalloagmi.
mAnetmarbaenctaubkarmanasyanragkadt ibMinaclaaynsgiakaynandgaldaimbincea-bnogokkanindialaadmalaeh-
bkeotoakgihinainasdeaklsahsibkeer,tagkithivaitni pseerkjus dsiiabne,re, vaoklutisviittiekpneorjluodgiamn,akelvuomluasti
tyeaknngolobgeirlmebaikhlaunm, apt eyraunbgahbaenrlebgiahyaan, hpiedruupbahdaann gamyaenhgidamupaldkan
mameanlgaanmtaralkdaintioanmala. laPnertbraindcitainongaln. Pcearbainracnanignainteclaabhardainseinsui ateiklahn
diesnegsuaanikmanengdheunbguanngkamiteknanghisuubsuenmgkaasiatkyaanng isseumaskeimn basearlelyuaansga
dseismebakaibnkbanerflaeklutaosr-afadkistoerbdabarkiapneflbakatgoari-fsaukdtourt.dari pelbagai sudut.