The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM KONVENSYEN PROTUNE 2021 (4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amminzul1, 2022-02-06 23:08:15

BUKU PROGRAM KONVENSYEN PROTUNE 2021

BUKU PROGRAM KONVENSYEN PROTUNE 2021 (4)

Dengan kerjasama

Bahagian Pembangunan Usahawan

BIDANG TUGAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

- Merancang, melaksanakan dan memantau pelaksanaan program pembangunan usahawan PKNS.
- Mempromosi program-program pembangunan keusahawanan PKNS serta produk-produk keluaran vendor.
- Menjalin kerjasama dengan pihak lain yang mempunyai program pembangunan usahawan agar aktiviti Bahagian Pembangunan

Usahawan PKNS berjalan lebih lancar.

STRATEGI

- Menerapkan nilai-nilai keusahawanan melalui program pendidikan dan pembudayaan keusahawanan.
- Membangunkan sumber manusia usahawan melalui program latihan, rangkaian rakan niaga strategik, pemantauan dan penilaian

berterusan.
- Meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor pembinaan melalui galakan perniagaan dan khidmat sokongan.
- Meningkatkan penyertaan kontraktor dan vendor Bumiputera dalam pembangunan yang dilaksanakan.

KUMPULAN SASAR OBJEKTIF
Pengilang Bahan Binaan
Sub Kontraktor Bumiputera Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program keusahawanan
Peniaga-peniaga Retail bertujuan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bakal Usahawan Bumiputera (MPPB) yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya
Usahawan Siswaza tahan.
Usahawan Mahasiswa
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Rendah

KATA-KATA ALUAN

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaNya, diizinkan kita untuk
meneruskan kesinambungan Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Negeri Selangor untuk tahun yang ke-23.

Tahun 2022 telah meninggalkan kita dengan penuh cabaran dan pancaroba. Namun begitu, rintangan yang dihadapi turut
memberikan kita begitu banyak tauladan dan ibrah yang boleh kita ambil sebagai pengajaran. Tidak dapat dinafikan pandemik
Covid-19 yang melanda dunia turut merubah landskap dunia dan kemajuan teknologi yang berkembang pesat diadaptasi
menjadi norma kebiasaan baik di dalam pekerjaan mahupun kehidupan seharian. Dalam tempoh ini juga, kita dapat lihat
perkembangan platform perniagaan digital, e-dagang dan sebagainya menjadi pilihan utama para usahawan dan ada juga
usahawan yang beralih sepenuhnya kepada platform perniagaan digital.

Sebagai usahawan moden, Kerajaan Negeri Selangor sangat menggalakkan usahawan tempatan khususnya golongan muda
yang sangat cakna dengan perkembangan teknologi ini memanfaatkan kelebihan landskap perniagaan baharu ini. Program
seperti PROTUNe merupakan platform yang amat tepat dan sesuai dengan masa kini untuk memberikan pendidikan teori serta
latihan praktikal kepada anak-anak muda mengenai senario keusahawanan alaf baharu.

Setelah lebih dua dekad penganjurannya dan lebih 26,000 usahawan muda telah dibentuk, PROTUNe terus memberikan
manfaat buat bakat-bakat keusahawanan dari kalangan para pelajar sekolah untuk memulakan langkah awal bagi
mempersiapkan mereka mendepani arena perniagaan yang lebih besar kelak. Saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri
Selangor meletakkan harapan yang tinggi kepada para peserta untuk memanfaatkan sebaiknya segala ilmu, latihan dan
pengalaman yang diraih dari PROTUNe untuk mencetuskan potensi diri bagi meneroka ke dalam sektor perniagaan yang
semakin menjadi kerjaya pilihan dewasa ini.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada PKNS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
kerana terus menganjurkan program ini sebagai sokongan kepada aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk melahirkan lebih
ramai usahawan yang berjaya dan berdaya saing. Saya berharap PROTUNe dapat dikekalkan legasinya untuk berdekad yang
akan datang. Tahniah dan syabas juga buat semua pemenang, barisan pengetua, guru pembimbing serta ahli syarikat PROTUNe.

Sekian, terima kasih

Y.B. PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan
Pembangunan Usahawan Negeri Selangor

01

SEKAPUR SIREH

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya kita dapat lagi meneruskan meraikan Konvensyen Program Tunas
Niaga (PROTUNe) Peringkat Negeri Selangor kali ke-23 dengan jumlah penyertaan sekolah yang terlibat dengan Program PROTUNe di
Negeri Selangor bagi tahun 2021 adalah sebanyak 50 buah sekolah dengan penglibatan seramai 1,250 pelajar dan 100 guru pembimbing
terlibat di dalam program PROTUNe.

Jutaan ribuan terima kasih diucapkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
atas kerjasama bagi memastikan Program PROTUNe ini dapat berjalan dengan lancar. Program PROTUNe 2021 telah dilaksanakan
dengan pendekatan baru iaitu secara blended learning yang merupakan pembelajaran secara dalam talian iaitu e-PROTUNe yang
melibatkan kombinasi kursus secara ’’webinar’’, platform e-learning dan fizikal. Pembelajaran e-PROTUNe secara Learning Management
System (LMS) ini merupakan program yang julung kali dibuat bagi program PROTUNe di negara ini atas usaha yang dicetus Kerajaan
Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS dan JPS. Akademi PKNS Sdn Bhd, anak syarikat milik
penuh PKNS pula merupakan Rakan Pembelajaran Digital bagi program ini. Pada tahun ini juga, pihak kerajaan Negeri Selangor melalui
Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor telah mengangkat Program
Tunas Niaga (PROTUNe) sebagai salah satu program di peringkat negeri Selangor yang akan turut terlibat di dalam Liga Usahawan
Selangor 2021.

Kita sedia maklum sejak 2 dekad yang lalu iaitu bermula tahun 1998, Program PROTUNe ini sama sekali telah membentuk dan menggilap
bakat-bakat muda para pelajar seawal usia 14 tahun untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan dan membawa mereka keluar dari
dunia hakiki sebagai seorang pelajar dan akhirnya dapat membentuk jati diri mereka yang sebenar sebagai seorang usahawan muda.
Sehingga 2021, seramai 26,825 pelajar telah turut serta dan turut melibatkan 2,146 orang guru pembimbing. Sebanyak 1,075 syarikat
telah berjaya ditubuhkan sehingga tahun 2021 dengan jumlah jualan syarikat PROTUNe dari tahun 2009 sehingga tahun 2021 adalah
sebanyak RM23,858,326.44.

Sekalung tahniah juga diucapkan khususnya kepada Pengetua-Pengetua, barisan pentadbir sekolah dan juga kepada guru-guru
pembimbing yang selama ini begitu komited dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan untuk memberi tunjuk ajar yang
tidak ada galang gantinya dan mengorbankan sebanyak mungkin masa dan tenaga untuk memastikan segala perancangan yang
ditetapkan sepanjang program PROTUNe berlangsung dapat direalisasikan dengan jayanya walaupun pandemik Covid-19 melanda
negara kita.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemenang dan penerima anugerah sempena
Konvensyen PROTUNe Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2021. Kepada sekolah-sekolah yang tidak berjaya, jangan berputus asa
kerana anggaplah setiap pengalaman yang ditempuhi sebagai satu lonjakan untuk lebih bekerja keras kelak kerana apa yang lebih
berharga adalah setiap ilmu yang dipelajari itu dijadikan titik tolak demi mamacu kejayaan pada masa akan datang. Saya optimis usaha
berterusan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS bagi merancakkan ekosistem keusahawanan di negeri Selangor akan menjana
ekonomi mampan negeri Selangor untuk tempoh jangka masa panjang.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam memastikan kejayaan Konvensyen PROTUNe bagi kali ke-23 tahun ini dan In Shaa Allah, PKNS akan terus memberikan
komitmen yang padu demi memastikan kelangsungan PROTUNe agar usaha dan objektif untuk membudayakan keusahawanan dalam
kalangan generasi muda dan seterusnya melahirkan usahawan bumiputera akan menjadi kenyataan

Sekian, terima kasih

02 YBHG. DATO' MAHMUD BIN ABBAS D.S.I.S

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR

SEULAS PINANG 03

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat kita dapat lagi meneruskan meraikan Konvensyen Program Tunas
Niaga (PROTUNe) Peringkat Negeri Selangor bagi kali ke-23. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
syabas dan tahniah atas inisiatif yang telah diambil oleh PKNS kerana menganjurkan Konvensyen PROTUNe Negeri Selangor bagi
tahun 2021 yang melibatkan 50 buah sekolah di negeri Selangor.

Pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai isu termasuk proses pelaksanaan pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Ternyata Covid-19 yang mencengkam dunia sejak awal tahun 2020 yang lalu dan menjadi asbab kepada penggunaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi sesi persekolahan. Perubahan suasana pembelajaran dalam sistem pendidikan negara
akibat berlakunya penularan wabak Covid-19 memberi kesan yang amat ketara dalam sistem pembelajaran di Malaysia bagi
golongan pendidik dan pelajar amnya.

Saya merasa amat gembira kerana Program Tunas Niaga (PROTUNe) bagi tahun 2021 telah dilaksanakan mengikut perancangan
yang ditetapkan walaupun pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Namun ianya
tidak menjadi halangan bagi Program PROTUNe ini diteruskan dengan pendekatan baru dengan pelaksanaan program secara
‘’blended learning’’ iaitu pendekatan pembelajaran secara dalam talian yang melibatkan kombinasi kursus secara ’’webinar’’, platform
e-learning dan fizikal, syabas dan tahniah diucapkan.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa memberi sokongan penuh terhadap program berdasarkan kepada output program
selama ini yang telah berjaya membudayakan keusahawanan dalam diri pelajar-pelajar yang menyertainya. Malah Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor telah mengiktiraf program ini sebagai salah satu program kokurikulum peringkat negeri. Program PROTUNe ini telah
membantu pelajar-pelajar dalam mengenali dunia keusahawanan sebagai suatu cabang ilmu dalam mempelajari serta
mempraktikkan secara terus dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Kreativiti dalam pengurusan, penghasilan produk dan kewangan
yang cekap, inovatif dalam perkhidmatan serta strategi pemasaran yang berkesan merupakan kunci kejayaan dalam mengendalikan
sesebuah syarikat. Sesungguhnya melalui program ini, pelajar-pelajar dipupuk dan disemai dengan ciri ciri keusahawanan agar
mempunyai sikap yang bertanggungjawab, berdisiplin dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Sekalung tahniah juga diucapkan khususnya kepada Pengetua-pengetua, barisan pentadbir sekolah dan juga kepada guru-guru
pembimbing atas kerjasama berterusan dalam memastikan program ini terus berjalan dari setiap aspek dengan jayanya. Di
kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemenang dan penerima anugerah sempena
Konvensyen PROTUNe Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2021.

Akhir kata, saya berharap kerjasama dan sumbangan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan PKNS dalam
menjayakan program PROTUNe ini dapat diteruskan demi mengorak langkah dalam memacu kejayaan anak muda dalam bidang
keusahawanan. Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor terus relevan pada akan datang dan seterusnya dapat melahirkan
lebih ramai bakat muda dalam kalangan usahawan yang mampu berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih

DATIN NOR FARIDAH BINTI A. BAKAR
TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

ATUCARA MAJLIS AKTIVITI

MASA

8.30 pagi Pendaftaran Guru Pembimbing dan Pengetua

9.15 pagi Pendaftaran Tetamu Jemputan

9.30 pagi Ketibaan VVIP

9.40 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor

9.45 pagi Bacaan Doa

9.55 pagi Tayangan Video Montaj PROTUNe 2021

10.00 pagi Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS
10.10 pagi YBhg. Dato’ Mahmud bin Abbas D.S.I.S

Ucapan Perasmian
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

10.15 pagi Gimik Perasmian

10.25 pagi Penyampaian Hadiah Pemenang-pemenang Anugerah

Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor 2021 (1)

Hadiah Video Rancangan Perniagaan Terbaik 2021

Anugerah Harapan 2021

Anugerah Perkhidmatan Terbaik 2021

Anugerah Produk Kreatif Terbaik 2021

04 Anugerah Produk Inovasi Terbaik 2021

ATUCARA MAJLIS

MASA AKTIVITI

10.40 pagi Penyampaian Hadiah Pemenang-pemenang Anugerah
Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor 2021 (2)

Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik 2021
Anugerah Laporan Kewangan Terbaik 2021
Anugerah Guru Pembimbing Terbaik 2021
Anugerah Persembahan Terbaik 2021

10.50 pagi Penyampaian Anugerah Khas Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2021
11.00 pagi Encik Sazali bin Baharudin

Penyampaian Hadiah Utama Pemenang Anugerah
Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor 2021 (3)

Anugerah Syarikat Terbaik 2021

11.10 pagi Penyampaian Cenderamata kepada tetamu VIP

11.15 pagi Tayangan Video Syarikat Terbaik 2021

11.20 pagi Sesi Bergambar

11.30 pagi Makan Tengahari

12.00 tengahari Majlis Bersurai

05

PENGENALAN
LATAR BELAKANG

Program Tunas Niaga (PROTUNe) dahulu dikenali sebagai Program Usahawan Muda (PUM) PERMATA
dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteripada tahun 1989 di Sekolah
Menengah Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur.

Kemudian pengendaliaannya berpindah kepada Kementerian Perusahaan Awam pada tahun 1990.
Kementerian Perusahaan Awam seterusnya telah diperkemaskan dari segi skop serta fungsinya pada tahun
1995 dan namanya ditukar kepada Kementerian Pembangunan Usahawan. Selaras dengan perubahan
tersebut, Program Usahawan Muda (PUM) telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi (MECD).

Seterusnya, Program Usahawan Muda (PUM) diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1998.
Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM) di negeri Selangor dikendalikan oleh sebuah Sekretariat yang
dianggotai oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, mulai pada tahun 2010, program ini telah diselaras secara langsung oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF). Mulai tahun 2019, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mengambil alih
penyelarasan PROTUNe kepada seluruh negeri yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri (PKEN) masing-masing.

MATLAMAT

1.Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah.
2.Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan

berkesan.
3.Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman.
4.Menimbulkan minat keusahawanan sebagai kerjaya yang utama.

06 5.Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

PELAKSANAAN KONVENSYEN
PROGRAM TUNAS NIAGA

1.Kriteria Pemilihan Sekolah
2.Mewakili setiap daerah di negeri Selangor
3.Keutamaan kepada sekolah luar bandar
4.Majoriti murid-murid Bumiputera
5.Tiada program keusahawanan dijalankan oleh mana-mana pihak

TAHUN JUMLAH SEKOLAH TAHUN JUMLAH SEKOLAH

1998 10 2010 50
50
1999 10 2011 50
50
2000 38 2012 49
49
2001 40 2013 49
49
2002 40 2014 49
50
2003 42 2015 50
50
2004 46 2016

2005 50 2017

2006 51 2018

2007 51 2019

2008 51 2020

2009 50 2021 07

AKTIVITI PROGRAM
MODUL PROGRAM PROTUNe

KONVENSYEN PROTUNe
NEGERI SELANGOR 2021
SENARAI SYARIKAT PROTUNe
2021

AKTIVITI PROGRAM
PENUBUHAN DAN OPERASI SYARIKAT PROTUNe NEGERI SELANGOR

a. Syarikat yang ditubuhkan adalah syarikat Sdn Bhd dan PKNS melalui Bahagian
Pembangunan Usahawan berperanan sebagai pendaftar syarikat.

b. Jumlah penglibatan murid-murid sebagai ahli PROTUNe dalam sesebuah syarikat ialah:
Pemegang saham : 25 orang
Ahli Pengurusan Syarikat : 5 orang
Pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 4 akan diberi keutamaan untuk menjadi ahli PROTUNe

c. Modal berbayar syarikat PROTUNe ialah antara RM80.00 hingga RM350.00

d. Jenis perniagaan yang dijalankan ialah:
Trading (alat tulis, baju-t, kraftangan dan lain-lain)
Perkhidmatan (fotostat, penjilidan, dobi, cuci kereta dan lain-lain)
Pelancongan (ekspedisi, lawatan dan lain-lain)
Pertanian (makanan, hidroponik, perikanan dan lain-lain)
Makanan dan minuman

e. Bagi setiap syarikat PROTUNe, dua (2) orang guru pembimbing dipilih oleh Pengetua Sekolah
masing-masing untuk membimbing pelajar-pelajar yang menganggotai syarikat PROTUNe
tersebut.

f. Syarikat tersebut akan menjalankan perniagaan di sekolah masing-masing selama tujuh (7)
bulan. Pada bulan yang ke tujuh, syarikat akan dibubarkan setelah pihak syarikat mengira
keuntungan dan mengagihkan dividen kepada pemegang-pemegang saham syarikat
PROTUNe.

9

MODUL PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
NEGERI SELANGOR

MODUL TAJUK

01 Taklimat PROTUNe Kepada Pengetua/Pentadbiran Sekolah
02 Taklimat PROTUNe Kepada Guru-Guru Pembimbing PROTUNe
03 Kursus Pengenalan PROTUNe Kepada Guru Pembimbing (Secara Fizikal)
04 Kursus Pengurusan Syarikat Kepada APS, Kursus TOT Guru Pembimbing, Kursus Asas Keusahawanan

Kepada Pemegang Saham Syarikat

05 Sesi Coaching Kepada Guru Pembimbing dan APS
06 Sesi Bimbingan Mengikut Tumpuan dan Kursus Asas Pemasaran Digital
07 Kursus Asas Videography Smartphone
08 Kursus Pembubaran Dan Penyediaan Laporan Syarikat Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri

Selangor Kepada APS dan Guru Pembimbing (Secara Webinar)

09 Pra Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor
10 Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor

10

KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
NEGERI SELANGOR 2021

a. Acara kemuncak yang akan diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk meraikan kejayaan pelaksanaan
Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor bagi tahun berkenaan.

b. Antara aktiviti-aktiviti yang diatur dalam Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor 2021 ialah:
Penyampaian Anugerah Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor

1 Hadiah Video Rancangan Perniagaan Terbaik 2021
2 Anugerah Harapan 2021
3 Anugerah Perkhidmatan Terbaik 2021
4 Anugerah Produk Kreatif Terbaik 2021
5 Anugerah Produk Inovasi Terbaik 2021
6 Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik 2021
7 Anugerah Laporan Kewangan Terbaik 2021
8 Anugerah Guru Pembimbing Terbaik 2021
9 Anugerah Persembahan Terbaik 2021
10 Anugerah Syarikat Terbaik 2021

Pada tahun ini, piala pusingan Anugerah Syarikat Terbaik juga diwujudkan sempena meraikan jangka hayat Program
Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor yang mencecah usia lebih 20 tahun. Syarikat yang terpilih sebagai syarikat
terbaik mewakili Negeri Selangor ke Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Nasional kelak.

11

SENARAI SYARIKAT PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
NEGERI SELANGOR 2021

DAERAH GOMBAK

NAMA SEKOLAH NAMA SYARIKAT (2021)

SMK Hulu Kelang PERMATA NIRMALA Sdn Bhd

SMK Bukit Gading SAHMURA GADING Sdn Bhd

SMK Gombak Setia GUGUSAN SETIA Sdn Bhd

SMK Bandar Baru Sg. Buloh BULOH KAYANGAN Sdn Bhd

DAERAH HULU LANGAT

NAMA SEKOLAH NAMA SYARIKAT (2021)

SM Agama Persekutuan Kajang PERKASA BAIDURI Sdn Bhd

SMK Abdul Jalil CAHAYA KARTIKA Sdn Bhd

SAM Hulu Langat HULISS GLOBAL Sdn Bhd

SMK Taman Tasik PERINTIS TASIK Sdn Bhd

SMK Engku Husain ENGKU AFWAH Sdn Bhd

SMK Saujana Impian TERATAK IMPIAN Sdn Bhd

SMK Sultan Abdul Aziz Shah SENADA JUARA Sdn Bhd
LEGASI AYAHANDA Sdn Bhd
12
SMK Bandar Baru Bangi

SENARAI SYARIKAT PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
NEGERI SELANGOR 2021 (samb.)

DAERAH KUALA SELANGOR

NAMA SEKOLAH NAMA SYARIKAT (2021)

SM Islam Hira’ HIRA NIAGA Sdn Bhd

SM Sains Kuala Selangor KARYA SAKTI Sdn Bhd

SMK Dato’ Harun MAHLIGAI HARUNIAN Sdn Bhd

SMK Pengkalan Permatang LEGASI PERMATANG Sdn Bhd

SMK Jeram ANEKA NIAGA Sdn Bhd

DAERAH HULU SELANGOR NAMA SYARIKAT (2021) 13
ERA MAJU Sdn Bhd
NAMA SEKOLAH SEMASHUR BIMASAKTI Sdn Bhd
SMK Sg. Choh INFINITI JAYA Sdn Bhd
SM Sains Hulu Selangor PERMATA ZAMRUD Sdn Bhd
SMK Dato’ Hj. Kamaruddin BERKAT Sdn Bhd
SMK Bandar Baru Batang Kali EMPAYAR MASHORIAN Sdn Bhd
SMK Kalumpang
SMK Syed Mashor

SENARAI SYARIKAT PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
NEGERI SELANGOR 2021 (samb.)

DAERAH SABAK BERNAM

NAMA SEKOLAH NAMA SYARIKAT (2021)

SMK Dato’ Mustaffa TEKAD AURORA Sdn Bhd

SMK Munshi Abdullah KARISMA ANNAZHOFAH Sdn Bhd

SMK Ungku Aziz SUASA Sdn Bhd

SMK Agama Tun Rahah MAHLIGAI SURIA Sdn Bhd

DAERAH PETALING

NAMA SEKOLAH NAMA SYARIKAT (2021)

SMK Bandar Sunway KEMUNCAK UNGGUL MAJU Sdn Bhd

SMK Taman Medan EMPAYAR MEDAN Sdn Bhd

SMK Seksyen 9 TERAJU 9 Sdn Bhd

SMK Seksyen 11 PRO- ARFAH Sdn Bhd

SMK Seksyen 7 D'7 DARMA CITRA Sdn Bhd

SMK Alam Megah EMPAYAR MEGAH Sdn Bhd

SMK Seri Indah SEINDAH Sdn Bhd

14 SMK Seksyen 10, Kota Damansara SYARIKAT RIMBA KOTA Sdn Bhd

SENARAI SYARIKAT PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
NEGERI SELANGOR 2021 (samb.)

DAERAH KUALA LANGAT

NAMA SEKOLAH NAMA SYARIKAT (2021)

SMK Jenjarom SINAR JAGOAN Sdn Bhd

SMK Telok Panglima Garang PANGLIMA UNGGUL Sdn Bhd

SMK Jugra FAJAR TEMASYA Sdn Bhd

SMK Bukit Changgang SRIKANDI CHANGGANG Sdn Bhd

DAERAH SEPANG NAMA SYARIKAT (2021)
BINA JAYA Sdn Bhd
NAMA SEKOLAH E-WARUNG Sdn Bhd
SMK Dengkil SYARIKAT SINERGI SINAR Sdn Bhd
SMK Bandar Baru Salak Tinggi
SMK Seri Sepang

15

SENARAI SYARIKAT PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
NEGERI SELANGOR 2021 (samb.)

DAERAH KLANG

NAMA SEKOLAH NAMA SYARIKAT (2021)

SMK Pandamaran Jaya AKADEMI TUNAS Sdn Bhd

SMK Tengku Ampuan Rahimah SINAR EVOLUSI Sdn Bhd

SMK Perempuan Kapar RATU BESTARI Sdn Bhd

SMK Jalan Kebun JEJAK KEJORA Sdn Bhd

SMK Meru TERAJU SINAR Sdn Bhd

SMK Rantau Panjang KUASA RINGGIT Sdn Bhd

SMK Tengku Ampuan Jemaah TUNJANG JUARA Sdn Bhd

SMK Shahbandaraya AIZA IDRIS Sdn Bhd

JUMLAH JUALAN SYARIKAT PROTUNe 2021 UNTUNG BERSIH SYARIKAT PROTUNe 2021

16

PENCAPAIAN PROTUNe
1998-2020
SYARIKAT TERBAIK
PROTUNe 1998-2020
RINGKASAN PERLAKSANAAN
PROTUNe 1998-2021

GALERI PROTUNe 2021

PENCAPAIAN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
1998-2020

KONVENSYEN PROTUNe PERINGKAT NASIONAL

a) Penyertaan peringkat nasional ini melibatkan kesemua syarikat PROTUNe terbaik di peringkat negeri dan akan mewakili negeri
masing-masing.

b) Dalam Konvensyen ini juga beberapa anugerah akan turut dipertandingkan. Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul oleh
Kontinjen Selangor sejak tahun 1998. Senarai pencapaian adalah seperti berikut:

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-3 (1998)

Anugerah Pengurus Terbaik JOHAN
1. Hazreen binti Ngahadun (Syarikat: Usaha Muda Sdn. Bhd.)

SMK Seksyen 24, Shah Alam

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-5 (2000)

1. Anugerah Agensi Pelaksana Terbaik NAIB JOHAN
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

2. Anugerah Pengurus Terbaik JOHAN
Farah Adilah Binti Ahmad Dahlan (Syarikat: Scarlet Ruby Sdn. Bhd.)
SMK Seksyen 24, Shah Alam

3. Anugerah Syarikat Terbaik KETIGA
Syarikat Scarlet Ruby Sdn. Bhd.
SMK Seksyen24, Shah Alam

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-8 (2003)

1. Golden Soul Sdn. Bhd. JOHAN
SMK Gombak Setia, Gombak NAIB JOHAN

2. Anugerah Persembahan Terbaik KETIGA
Golden Soul Sdn. Bhd. KETIGA

SMK Gombak Setia, Gombak

3. Anugerah Guru Pembimbing Terbaik
Puan Juairiah Binti Muhamad

SMK Gombak Setia,Gombak

18 4. Anugerah Produk Terbaik
Permata Semesco Sdn. Bhd.
SMK Sungai Choh, Hulu Selangor

PENCAPAIAN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
1998-2020 (samb.)

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-9 (2004)

Anugerah Produk Terbaik NAIB JOHAN
1. Golden Nine Sdn. Bhd.

SMK Seksyen 9, Shah Alam

2. Anugerah Pengurus Terbaik KETIGA
Muhamad Azhar Bin Omar
Golden Star Sdn. Bhd.
SMK Gombak Setia, Gombak

3. Anugerah Syarikat Terbaik KETIGA
Golden Star Sdn. Bhd.
SMK Gombak Setia, Gombak

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-10 (2005)

1. Anugerah Pelaksana Terbaik JOHAN
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) JOHAN

2. Anugerah Persembahan Terbaik
Galaxy Shine Sdn. Bhd.
SMK Gombak Setia, Gombak

3. Anugerah Guru Pembimbing Terbaik JOHAN
Puan Roziah Binti Husin
SMK Gombak Setia, Gombak

4. Anugerah Syarikat Terbaik NAIB JOHAN
Galaxy Shine Sdn. Bhd. NAIB JOHAN
SMK Gombak Setia, Gombak NAIB JOHAN

5. Anugerah Pengurus Terbaik,
Mohd Hariz Fikri Bin Mohd Khir

Galaxy Shine Sdn. Bhd.

SMK Gombak Setia, Gombak

6. Anugerah Pengetua Terbaik 19
Datin Suriani Binti Supardi
SMK GombakSetia, Gombak

PENCAPAIAN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
1998-2020 (samb.)

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-11 (2006)

1. Anugerah Persembahan Terbaik JOHAN
Ivory Generation Sdn. Bhd.

SMK Bukit Gading, Sungai Plong, Sungai Buloh

2. Anugerah Pengurus Terbaik NAIB JOHAN
Mohd Akmal Shamin Bin Abdul Rahim
SMK Bukit Gading, Sungai Plong, Sungai Buloh

3. Anugerah Pengetua Terbaik KETIGA
Puan Siti Endon Binti Mohd Dahlan

SMK Bukit Gading, Sungai Plong, Sungai Buloh

4. Anugerah Pengurus Terbaik KETIGA
Mohd Akmal Shamin Bin Abdul Rahim
SMK Bukit Gading, Sungai Plong, Sungai Buloh

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-12 (2007)

1. Anugerah Guru Pembimbing Terbaik JOHAN
Puan Normala Binti Hj. Tukin

SMK Jugra, Banting

2. Anugerah Pengurus Terbaik NAIB JOHAN
Norazza Binti Hafidz
Three J’s 2nd Generation Sdn. Bhd.
SMK Jugra, Banting

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-13 (2008)

1. Anugerah Pelaksana Terbaik JOHAN
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) JOHAN

20 2. Anugerah Syarikat Terbaik
Generation Sanguine Sdn. Bhd.

SMK Gombak Setia, Gombak

PENCAPAIAN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
1998-2020 (samb.)

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-14 (2009)

1. Anugerah Perkhidmatan Terbaik JOHAN
Dynamic Vision Sdn. Bhd.

SMK Jalan Kebun, Shah Alam

2. Anugerah Syarikat Terbaik NAIB JOHAN
Dynamic Vision Sdn. Bhd.
SMK JalanKebun, Shah Alam

3. Anugerah Pengetua Terbaik NAIB JOHAN
Puan Hajah Nor Akmal binti Haji Ismail

SMK Jalan Kebun, Shah Alam

4. Anugerah Produk Terbaik KETIGA
Permata Q Sdn. Bhd.
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-15 (2010)

1. Anugerah Persembahan Terbaik JOHAN
The Golden Legacy Sdn. Bhd.

SMK Perempuan Kapar

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-16 (2011)

1. Anugerah Inovasi Terbaik JOHAN
Valiant Vitrade Sdn. Bhd.

SM Sains Hulu Selangor

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-17 (2015)

1. Anugerah Persembahan Syarikat JOHAN
Terbaik Global Setia Sdn. Bhd. JOHAN

SMK Gombak Setia, Gombak

2. Anugerah Laporan Syarikat 21
Terbaik Global Setia Sdn. Bhd.
SMK Gombak Setia, Gombak

PENCAPAIAN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
1998-2020 (samb.)

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-18 (2016)

-TIADA-

KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe) PERINGKAT NASIONAL KE -19 (2017)

-TIADA-

KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe) PERINGKAT NASIONAL KE -20 (2018)

-TIADA-

KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe) PERINGKAT NASIONAL KE -21 (2019)

i. Pemenang Tempat Ketiga Booth Terbaik
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

ii. Pemenang Guru Pembimbing Terbaik
Puan Siti Mereyan Binti Che Ngah
Syarikat Kemilau Annazhofah Sdn Bhd
SMK Munshi Abdullah

iii. Pemenang Kategori Johan Buku Laporan Terbaik
Syarikat Aspirasi Kencana Sdn Bhd
SMK Jalan Kebun

iv. Pemenang Kategori Johan Persembahan Terbaik
Syarikat Aspirasi Kencana Sdn Bhd
SMK Jalan Kebun

v. Pemenang Kategori Naib Johan Syarikat Terbaik
Syarikat Aspirasi Kencana Sdn Bhd
SMK Jalan Kebun

KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe) PERINGKAT NASIONAL KE-22 (2020)

22

-TIADA-

SYARIKAT TERBAIK PROTUNe 1998-2020

TAHUN NAMA SYARIKAT / SEKOLAH TAHUN NAMA SYARIKAT / SEKOLAH

1998 Syarikat Usaha Muda Sdn. Bhd. 2010 Jagat Kencana Sdn. Bhd.
1999 SMK Seksyen 24, Shah Alam 2011 SMK Jalan Kebun, Shah Alam
2000 2012
2001 Syarikat Sapphire Generation Sdn. Bhd. 2013 Aurora Progressif Sdn. Bhd.
2002 SMK Seksyen 24, Shah Alam 2014 SMK Perempuan Kapar, Klang
2003 2015
2004 Syarikat Scarlet Ruby Sdn. Bhd. 2016 Timbang Dinar Sdn. Bhd.
2005 SMK Seksyen 24, Shah Alam 2017 SMK Jalan Kebun, Shah Alam
2006 2018
2007 Syarikat E - Generation Sdn. Bhd. 2019 Ilham Dagang Sdn. Bhd.
2008 SMK Bukit Gading, Sungai Plong, Sungai Buloh 2020 SMK Jalan Kebun, Shah Alam
2009
Syarikat Shining Tourmaline Sdn. Bhd. Serambi Jutawan Sdn. Bhd.
SMK Seksyen 24, Shah Alam SMK Jalan Kebun, Shah Alam

Syarikat Golden Soul Sdn. Bhd. Global Setia Sdn. Bhd.
SMK Gombak Setia, Gombak SMK Gombak Setia, Gombak

Syarikat Golden Star Sdn. Bhd. Empayar Annazhofah Sdn. Bhd.
SMK Gombak Setia, Gombak SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam

Syarikat Galaxy Shine Sdn. Bhd. Permata Annazhofah Sdn. Bhd.
SMK Gombak Setia, Gombak SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam

Ivory Generation Sdn. Bhd. Tuah Annazhofah Sdn. Bhd.
SMK Bukit Gading, Sungai Plong, Sungai Buloh SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam

3J’s 2nd Generation Sdn. Bhd. Aspirasi Kencana Sdn. Bhd.
SMK Jugra, Banting SMK Jalan Kebun, Shah Alam

Generation Sanguine Sdn. Bhd. TIDAK DILAKSANAKAN
SMK Gombak Setia, Gombak

Dynamic Vision Sdn. Bhd.
SMK Jalan Kebun, Shah Alam

23

RINGKASAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS NIAGA
(PROTUNe) NEGERI SELANGOR 1998-2021

Sekolah terpilih telah
terlibat dari tahun 1998

orang murid telah mengikuti
program sejak dilaksanakan
(1998 - 2021)

buah syarikat telah
ditubuhkan

JUMLAH JUALAN SYARIKAT PROTUNE 2009 SEHINGGA 2021

24

GALERI PROTUNe 2021

25

SEKALUNG BUDI

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada



UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR,

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR



dan



Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
KONVENSYEN PROTUNe 2021

#protune21 #protune23tahun

26



BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D, Tingkat 4, Jalan Plumbum P7/P

Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
T : (603) 5511 1720 F : (603) 5511 2614 E : [email protected]


Click to View FlipBook Version