The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-76346228, 2021-08-22 04:42:45

Kemahiran permaian ping pong

Kemahiran permaian ping pong

Kemahiran
Permainan Ping-Pong

KELAB PERMAINAN PING PONG
SMKJK
2021

1

Latar belakang Sukan Ping Pong

• Bermula di sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan dalam rumah.
• Sukan ping pong menjadi popular dalam tahun 1920-an, dan kelab-kelab ditubuhkan di

seluruh dunia.
• Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (International Table Tennis Federation, ITTF)

ditubuhkan pada tahun 1926.
• Di negara kita, Persatuan Ping Pong Malaya didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958.
• Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan.
• Untuk menjadikan sukan ping pong lebih menarik, mulai tahun 2000, ITTF telah

o menambah diameter bola ping pong daripada 38 mm kepada 40 mm.
o Mengubah sistem mata setiap permainan dari 21 mata kepada 11 mata,
o dan setiap pertandingan ditentukan dalam ‘Best of 5 Games’ atau ‘Best of 7 Games’

pada tahun 2001.

2

Kawasan Permainan & Peralatan Sukan Ping Pong

14 m Kawasan permainan
Kawasan permainan • Mesti berbentuk segiempat tepat. Panjangnya tidak

Meja ping-pong kurang daripada 14 meter, lebar 7 meter dan tinggi 5
7m meter.
• Kawasan permainan boleh dikelilingi dengan surround
yang tinggi tidak melebihi 1.5 meter

274 cm 152.5 cm Meja dan jaring
76 cm • Meja mestilah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran
15.25 cm
panjang 274 cm, lebar 152.5 cm dan tinggi permukaan
15.25 cm permainannya 76 cm dari aras lantai.
• Ketinggian jaring ialah 15.25 cm dari permukaan meja dan
tiang jaring 15.25 cm tinggi. Sebelah luar tiang hendaklah
15.25 cm dari garisan sisi meja

3

Kawasan Permainan & Peralatan Sukan Ping Pong

Bola
• Bola berdiameter 40 mm, berwarna putih atau oren boleh digunakan dalam

permainan.
Raket
• Boleh sebarang saiz, bentuk atau berat.
• Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk memukul bola.
• Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk memukul

bola.
• Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau merah,

bergantung kepada warna getah di permukaan sebelahnya.
• Kedua-dua permukaan raket mestilah berlainan warna; merah pada satu

permukaan dan hitam pada permukaan keduanya
• Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang ataupun kembung.
• Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan Ping Pong

Antarabangsa).
4

Peraturan Dan Undang-undang Permainan

Satu Permainan (A Game)
• Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem 11 mata.
• Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau

pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
• Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11

mata; atau
• Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata (disebut “deuce”) di mana permainan

akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat perbezaan 2 mata yang mendahului pihak
lawannya, contoh: 12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis
hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir).
• Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam
permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan kedua

5

Peraturan Dan Undang-undang Permainan

Satu Perlawanan (A Match)
• Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil

permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan.
• Dalam pertandingan yang terakhir, apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu bertukar tempat.

Servis Asas Sukan Ping Pong
• Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong.
• Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan

bola itu menegak ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang
hujung meja.
• Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola melantun di
atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis
perlu diulangkan semula.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak terlantun di atas meja lawan, maka pemain lawan
akan mendapat satu mata.

6

Peraturan Dan Undang-undang Permainan

Satu Mata
Pemain lawan akan mendapat satu mata apabila
• pemain gagal melakukan servis yang baik.
• pemain gagal melakukan hantaran balik yang baik.
• pemain memukul bola itu dua kali berturut-turut.
• pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola.
• pemain menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.
• tangan bebas pemain menyentuh permukaan permainan semasa bola itu dalam permainan.
• pemain berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh pengadil.

Let
Rally itu dikatakan “Let” jika:
• Apabila bola servis menyentuh jaring semasa melepasinya.
• Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara bergu

7

Memegang Bet Ping Pong

8

i. Pegangan Jabat Tangan

9

ii. Pegangan Pen

10

Servis

 Letakkan bola atas tapak tangan
 Tangan yang memegang bet perlu berada di paras meja

dan melepasi garisan hujung meja
 Lambungkan bola sekurangkurangnya 16 cm ke atas
 Memukul bola dengan bet dari belakang bola ke hadapan
 Bola mesti menyentuh Bahagian meja di bahagian

pemain yang melakukan servis dan ke arah bahagian
meja pihak lawan.

11

Gambar menunjukkan Teknik Servis di lakukan

12

Jenis Servis

Servis Kilas
(Backhand)

Kemahiran servis pepat dan servis kilas memerlukan pemain melakukan servis dari belakang
meja ke pihak lawan dengan bola melantun di kawasan meja sendiri sebelum ke kawasan meja
pihak lawan. Jika servis terkena jaring dan memasuki kawasan meja pihak lawan, servis let akan
diberi. Bola perlu dilambung semasa melakukan servis dan servis bertukar tangan pada setiap
dua mata kemenangan oleh mana-mana pihak.

13

Cara melakukan Servis Pepat (Forehand) Servis Kilas(Backhand)

14

Teknik Servis

Servis yang boleh dilakukan oleh pemain adalah dengan membuat servis berputar. Servis berputar kilas dan
pepat dibahagikan kepada beberapa servis, iaitu servis putaran atas (topspin), servis putaran belakang
(backspin), servis putaran ke kiri (forehand sidespin) dan servis putaran ke kanan (backhand sidespin).

https://youtu.be/O2vrVwjqktg

15

Servis yang popular

Mengikut peredaran zaman, jenis-jenis servis juga turut berubah. Kini terdapat
tiga jenis servis berikut yang sering digunakan :
1. Servis dua lantunan

Ia merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada hakikat bahawa
jika bola dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali pada
permukaan meja sebelah lawan.
2. Servis lontaran jauh
Servis yang tingginya 6 meter bukanlah sesuatu yang luar biasa. Bagi pihak lawan,
servis ini mengganggu penumpuan dan secara psikologinya ia memberi ancaman. Ia
kelihatan menakutkan dan dengan kemahiran bermain ia mungkin meletupkan titik
sentuhan bet ke atas bola dengan tangan yang bebas melindungi putaran yang
dihasilkan.
3. Servis jarak jauh
Servis jauh ialah apabila kita mendapati pada penjuru mata kita dan lawan kita agak
terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan mendadak pada kecepatan dan arah
mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan yang lemah yang mana boleh
memanfaatkan kita.

16

Pukulan (Kilas) Chop
Push
Chop Top spin
Push Side spin
Top spin
Side spin 17

Pukulan Pepat (Forehand)

Kemahiran pukulan pepat ialah pemain memukul bola dengan posisi tangan yang dominan.
• Bersedia dengan kaki dan bahu dalam posisi yang sama.
• Bengkokkan lutut dan badan hala ke hadapan.
• Raket berada di hadapan badan.
• Gerak kaki kanan sedikit ke belakang.
• Hayun raket dari belakang dan pukul bola pada posisi yang tertinggi.
• Ikut lajak pukulan ke hadapan.

18

Pukulan Kilas (Backhand)

Kemahiran pukulan kilas melibatkan kilasan lengan menyilang badan semasa memukul bola.
• Bersedia dengan kaki dan bahu dalam posisi yang sama.
• Bengkok lutut dan hala badan ke hadapan.
• Raket menghala ke belakang pada paras pinggang.
• Bila memukul bola, raket menghala ke hadapan.

19

Pukulan Chop

 Chop ialah teknik yang memerlukan pemain memukul bola dengan gerakan seperti menebang pohon
dengan kapak.

 Pukulan ini digunakan untuk mengembalikan pukulan bola serangan daripada pihak lawan.
 Pukulan chop boleh dibahagikan kepada dua iaitu pukulan chop pepat dan kilas.
 Pukulan chop sesuai digunakan jika kedudukan posisi pemain adalah jauh daripada meja dan

kedudukan bola yang akan jatuh berhampiran bahagian belakang meja.

Pukulan Chop Kilas

20

Pukulan Blok

 Pukulan blok dilakukan dengan menggunakan teknik memukul bola berhampiran net tanpa
putaran.

 Blok ini mengembalikan bola dengan cara menyerap, mengurangi atau memperlahankan tenaga
pantulan bola pingpong pihak lawan.

 Strategi ini sangat berkesan digunakan ketika lawan berada pada posisi jarak tengah atau jarak jauh
dari meja

21

Kemahiran Tolokan

 Kemahiran tolak pepat dan tolak kilas ialah satu strategi bertahan yang bertujuan untuk
mengembalikan bola yang dihantar oleh pihak lawan.

 Untuk melakukan kemahiran ini, pemain perlu berdiri hampir dengan meja dan mengambil
kedudukan menyisi untuk bermain.

 Dengan satu gerakan pendek, tangan yang memegang bet bergerak dalam satah mendatar
dan menolak bola pada bahagian bawahnya ke arah pihak lawan.

22

Smesy

 Kemahiran smesy ialah satu pukulan yang bertujuan mematikan hantaran bola daripada pihak lawan
secara kuat dan pantas untuk memenangi mata.

 Walau bagaimanapun, kemahiran ini bukan semata-mata menggunakan kekuatan sahaja, sebaliknya
kemahiran smesy memerlukan pemasaan, teknik dan ketepatan.

 Dalam smesy pepat, pemain akan menggunakan bahagian tangan hadapan untuk mematikan hantaran
bola pihak lawan.

 Dalam smesy kilas pula perlu menggunakan bahagian tangan belakang untuk mematikan hantaran bola
pihak lawan.

23

24


Click to View FlipBook Version