The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mynameisepon, 2022-03-18 20:09:34

BUKU PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN (P) METHODIST NO. 42 JALAN ANSON , 10400 PULAU PINANG TEL: 04-2264125 FAX : 04-2265595
BUKU PERATURAN SEKOLAH
1


PIAGAM SEKOLAH
MATLAMAT KAMI IALAH UNTUK MELAHIRKAN SATU GENERASI YANG BERKALIBER DAN BERPOTENSI BAGI MENYAHUT WAWASAN 2020. OLEH ITU KAMI BERJANJI DENGAN SEDAYA UPAYA UNTUK:
1. Mencurahkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan kaedah pendekatan yang sesuai dan berkesan.
2. Menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan bagi memotivasikan pembelajaran.
3. Meningkatkan lagi mutu pentadbiran sekolah dari segi perkhidmatan, disiplin serta kemudahan kurikulum dan kokurikulum.
4. Memberikan pendidikan yang berterusan kepada generasi baru dan melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
5. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu dari segi akademik dan sahsiah murid.
2


VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKANPOTENSI INDIVIDU MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
3


LAGU SEKOLAH
Loyal we’ll ever be
To our dear MGS We’ll praise and honour thee All through the years May glory and fame be yours Wherever we may be We’ll love thee
Yes, we’ll serve thee Dear MGS
4


SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST NO. 42 JALAN ANSON , 10400 PULAU PINANG TEL: 04-2264125 FAX : 04-2265595
1.
PERATURAN SEKOLAH WAKTU SEKOLAH
HARI
WAKTU MULA
7.40 pagi 7.40 pagi 7.40 pagi 7.40 pagi 7.40 pagi
WAKTU MULA
7.40 pagi 7.40 pagi 7.40 pagi 7.40 pagi 7.40 pagi
TAHAP 1
Tahun 1 & 2
WAKTU BALIK
- 12.30 t/hari - 1.00 ptg - 1.00 ptg - 1.00 ptg - 12.00 t/hari
Tahun 3
WAKTU BALIK
- 12.30 t/hari - 1.00 ptg - 1.00 ptg - 1.00 ptg - 12.00 t/hari
TASMIK (murid muslim sahaja)
12.30 t/hari – 1.30 ptg
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
HARI
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
TASMIK
12.30 t/hari – 1.30 ptg
5


HARI
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
TAHAP 2
Tahun 4, 5 & 6
WAKTU WAKTU MULA BALIK 7.40 pagi - 2.30 ptg 7.40 pagi - 2.30 ptg 7.40 pagi - 1.00 ptg 7.40 pagi - 1.00 ptg
7.40 pagi - 12.00 t/hari
TASMIK (murid muslim sahaja)
1.00 ptg – 2.00 ptg
▪ Murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum/pada pukul 7.30 pagi.
▪ Murid-murid yang datang awal ke sekolah dikehendaki berkumpul di kantin.
▪ Jika hendak ke tandas sebelum sekolah bermula, mestilah pergi bersama kawan-kawan.
▪ Murid-murid dibenarkan masuk ke dalam kelas pada pukul 7.00 pagi atau apabila sudah cerah bersama-sama kawan sedarjah.
6


2. PAKAIAN
2.1 Murid-murid hendaklah datang ke sekolah berpakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
i) Blaus putih dengan pinafore biru tua/ baju kurung putih (kain kapas) dengan kain sarung biru tua, sarung kaki putih/hitam dan kasut kanvas putih/hitam.
ii) Murid tidak dibenarkan memakai keronsang pada baju kurung. Guna pencakuk baju atau butang bulat kecil warna putih.
iii) Murid-murid yang memakai baju kurung digalakkan memakai singlet putih. Murid-murid juga tidak dibenarkan memakai coli berwarna-warni/ bercorak.
2.2 Lencana sekolah dan tag nama mesti diletakkan disebelah kiri setiap baju sekolah/tudung putih.
2.3 Pakaian seragam sekolah mesti dipakai pada waktu sekolah dan pada semua perjumpaan rasmi di dalam / luar sekolah selepas waktu sekolah.
2.4 Semua murid mesti memakai baju T sekolah dan seluar pendek /seluar panjang biru tua/hitam untuk Pendidikan Jasmani/ Permainan/ Kegiatan Ko- Kurikulum.
2.5 Semua murid dibenarkan memakai baju Pendidikan Jasmani di bilik darjah selepas kegiatan Pendidikan Jasmani kecuali masa perhimpunan.
7


2.6 Semua murid tidak dibenarkan memakai barang- barang kemas (emas) atau sebarang perhiasan.
2.7 Murid-murid dinasihatkan supaya jangan menyimpan rambut lebih dari paras bahu. Mereka yang berambut panjang mesti mengikat dan mendandan rambutnya dengan rapi. Hanya riben/klip rambut kecil yang berwarna biru tua (warna pinafore) dan hitam tanpa corak sahaja dibenarkan.
2.8 Murid-murid tidak dibenarkan mewarna (dye) atau menginai (henna) rambut.
2.9 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang. Kuku tidak boleh diwarnakan / di inai / dikilatkan.
2.10 Murid-murid Islam dibenarkan memakai mini telekung berwarna putih sahaja tanpa berenda atau bersulam. Anak tudung yang dipakai mestilah berwarna putih sahaja tanpa sebarang renda.
2.11 Pemakaian tudung semasa Pendidikan Jasmani dan ko-kurikulum mestilah mengikut perkara 2.10 Pemakaian skaf berwarna putih tanpa renda / sulam dibenarkan.
2.12 Pakaian seragam Pengawas Sekolah adalah berwarna biru dan tali leher berwarna kuning seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.13 Pakaian seragam Pengawas PSS adalah berwarna putih dan tali leher berwarna hijau seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
8


3. PERHIMPUNAN
3.1 Perhimpunan diadakan setiap hari Jumaat ( mengikut Jadual Waktu Sekolah ).
3.2 Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah mesti dinyanyikan dengan bersemangat.. Murid-murid mesti menghormati Bendera Malaysia, Bendera Negeri dan Bendera Sekolah yang dikibarkan.
3.3 Semua murid mesti memberi perhatian sepenuhnya kepada semua pengumuman/ucapan yang diberikan di perhimpunan.
3.4 Selepas perhimpunan, semua murid berjalan balik ke kelas masing-masing dengan senyap dan teratur mengikut susunan yang ditetapkan.
4. MASA REHAT / KANTIN
4.1 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat dan selepas sekolah bersurai.
4.2 Semua lampu, kipas angin dan pintu kelas hendaklah ditutup semasa meninggalkan kelas.
4.3 Murid-murid dibenarkan makan di kantin sahaja. Makanan yang dibawa oleh ibu bapa hendaklah dimakan di kantin juga. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa keluar dari kantin.
4.4 Murid-murid yang tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah tidak dibenarkan pulang untuk makan.
9


4.5 Murid-murid mesti beratur semasa membeli makanan.
4.6 Setiap pinggan/ mangkuk/ cawan/ gelas/sudu/ garfu mesti diletakkan dengan tertib ke tempat-tempat yang ditetapkan.
4.7 Bungkusan makanan/plastik/kertas tisu mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
4.8 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan daripada penjaja di luar kawasan sekolah.
4.9 Murid-murid juga tidak dibenarkan makan atau bermain-main di dalam bilik darjah.
5. BILIK-BILIK DARJAH
5.1 Setiap murid bertanggungjawab memastikan kerusi dan meja yang dikhaskan untuknya termasuk perkakas-perkakas lain dalam bilik darjah tidak dirosakkan.
5.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik darjah mereka. Jadual Bertugas hendaklah disediakan untuk memastikan kebersihan kelas dijaga pada setiap masa. Semua murid mesti menjalankan tugas mengikut jadual.
5.3 Meja dan kerusi di bilik darjah mesti disusun dan diatur dengan kemas.
5.4 Murid-murid tidak dibenarkan mengguna kapur tulis dan menulis di papan hitam.
10


5.5 Ibu bapa / waris tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas pada bila-bila masa kecuali dengan kebenaran guru / Guru Besar.
5.6 Bakul sampah mestilah dikosongkan pada waktu pagi dan sebelum sekolah bersurai.
6. TANDAS
6.1 Tandas hendaklah digunakan mengikut cara yang betul.
6.2 Semua murid bertanggungjawab memastikan tandas sentiasa di dalam keadaan bersih.
6.3 Murid-murid mesti beratur dan tidak membuat bising semasa menggunakan tandas, terutamanya selepas pelajaran Pendidikan Jasmani.
6.4 Semua paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.
6.5 Sangkut semula paip hos selepas digunakan.
6.6 Murid-murid dibenarkan pergi berdua ke tandas setelah mendapat kebenaran dari guru dan mestilah memakai tag kebenaran ke tandas.
7. MENINGGALKAN BILIK DARJAH / KAWASAN SEKOLAH
7.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Tag kebenaran keluar kelas/ ke tandas mesti dipakai apabila keluar dari bilik darjah.
11


7.2 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sebaik sahaja mereka berada di kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Guru Besar,Penolong Kanan atau Guru Bertugas.
7.3 Ibu bapa atau penjaga yang ingin membawa anak mereka pulang atas sebab-sebab tertentu mesti mendapat kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan. Butir-butir hendaklah dicatat dalam “Borang Murid Meninggalkan Sekolah Awal”.
7.4 Murid-murid yang tinggal di sekolah untuk sebarang aktiviti tidak dibenarkan ke rumah kawan atau ke mana-mana restoran/ kedai dan sebagainya kecuali dibawa oleh ibu bapa / penjaga sendiri.
7.5 Semasa pulang, murid dikehendaki menunggu kenderaan di dalam kawasan sekolah.
8. MURID-MURID YANG TIDAK HADIR
8.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah membawa Sijil Sakit Doktor atau surat daripada ibu bapa / penjaga menerangkan sebab tidak hadir ke sekolah.
8.2 Jika seseorang murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut- turut tanpa memberitahu pihak sekolah, guru kelas/PK akan menghantar surat kepada ibu bapa murid berkenaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
12


8.3 Murid yang tidak hadir semasa ujian atau peperiksaan dibenarkan menduduki peperiksaan / ujian tersebut tetapi markah tidak akan dimasukkan dalam rekod pengiraan ujian atau peperiksaan tersebut.
8.4 Kehadiran murid mesti sekurang-kurangnya 95% daripada jumlah hari persekolahan kecuali sebab- sebab yang tertentu.
9. BARANG-BARANG KEMAS
9.1 Barang-barang kemas (emas) tidak dibenarkan dipakai/dibawa ke sekolah sama sekali.
9.2 Hanya subang yang kecil (bulat), bermata satu, berwarna hitam atau putih/silver sahaja yang dibenarkan. Subang emas tulin yang kecil dan bulat boleh dipakai dengan mendapat kebenaran khas daripada Guru Besar melalui surat daripada ibubapa. Murid dibenarkan mengguna satu pasang subang pada cuping telinga sahaja. Tidak dibenarkan memakai subang pada hidung. Subang gantung/subang cincin tidak dibenarkan.
9.3 Pemakaian loket / gelang tangan tidak dibenarkan. Bagi sebab-sebab keagamaan, kebenaran khas daripada Guru Besar haruslah didapati melalui surat daripada ibu bapa. Jika kebenaran diberi, loket mestilah dipakai dengan tali ( bukan rantai emas ) yang panjang serta dimasukkan kedalam baju supaya tidak kelihatan. Hanya satu gelang/satu rantai keagamaan sahaja untuk seorang murid.
13


9.4 Kanta sentuh warna tidak dibenarkan.
9.5 Pemakaian cermin mata. Frame (bingkai) cermin mata hendaklah yang ringkas (not fashionable), tidak bercorak dan berwarna biru tua, hitam atau silver dan cermin berwarna putih sahaja.
10. BARANG-BARANG YANG DILARANG DIBAWA KE SEKOLAH
10.1 Buku / majalah / poster / risalah yang tidak berkaitan dengan pelajaran.
10.2 Sebarang pernainan / alat permainan / permainan elektronik, alat tulis (fancy).
10.3 Radio,transistor, pita kaset / video, alatan muzik, kamera , telefon bimbit dan sebagainya.
10.4 Alat solek, alat perhiasan diri, gel rambut dan barang kemas. (emas atau bukan emas).
10.5 Album, gambar (peribadi,penyanyi / pelakon dan sebagainya), surat, autograph, diari, hadiah, kad ucapan, pakaian, key chain, buku mewarna, buku sticker dan apa sahaja yang dianggap bukan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
10.6 Cecair pemadam seperti ‘Liquid Paper’ dan ‘mouse’ tape/ sticker tidak dibenarkan.
10.7 Pensel mekanikal dan pembaris besi,pisau (cutter), gunting yang muncung di bahagian hadapan.
14


10.8 Dilarang membawa pen berwarna, pen marker(permanent dan white board) dan ‘highlighter pen’ ke sekolah kecuali diminta oleh guru. Sebarang kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.
10.9 Gula-gula getah (chewing gum),gula-gula, minuman berkabonat (bergas) dalam tin, keropok dan lain-lain jenis makanan tidak berkhasiat.
11. KEHILANGAN / KECURIAN
11.1 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan/kecurian barang kepunyaan murid. Murid-murid mestilah menjaga dan mengawal keselamatan barang-barang mereka daripada hilang/dicuri.
11.2 Murid tidak dibenarkan memasuki kelas/ makmal/ perpustakaan/ bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru atau urusan tertentu.
11.3 Hanya pengawas/ ketua kelas/ penolong ketua kelas/ pelajar yang dipertanggungjawabkan sahaja dibenarkan memasuki Bilik Guru.
11.4 Jangan masuk ke pejabat sekolah tanpa sebarang urusan. Jika ada urusan sila jumpa dengan kakitangan pejabat dahulu dan mengemukakan permohonan/ pertanyaan
11.5 Semua pintu kelas/ makmal dan lain-lain bilik khas mestilah ditutup apabila ditinggalkan kosong pada setiap masa.
15


11.6 Murid juga dinasihatkan supaya tidak membawa wang yang banyak. Dompet wang mestilah dibawa kemana sahaja mereka pergi.
11.7 Semua buku mesti mempunyai nama dan kelas murid. Buku atau barang lain tidak boleh ditinggalkan di dalam meja di sekolah.
12. DISIPLIN
12.1 Semua murid hendaklah memberi hormat kepada guru/ pelawat baik dalam ataupun diluar bilik darjah. Biasakan diri dengan memberi salam atau mengucap ‘Selamat pagi/tengahari’ dan sebagainya apabila bersua dengan guru/pelawat.
12.2 Murid mesti mematuhi arahan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka.
12.3 Murid ditegah menconteng, mengotor atau merosakkan dinding/ papan kenyataan/ harta benda sekolah di sekitar kawasan sekolah.
12.4 Semua murid tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan jual beli di sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.
12.5 Murid tidak dibenarkan bermain dan membuat bising di kawasan ‘porch’ berhampiran pejabat pada waktu rehat dan waktu menunggu kenderaan balik rumah.
16


12.6 Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat. Semua sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.
12.8 Semua surat yang dialamatkan kepada murid akan dibuka oleh Guru Besar sebelum diserahkan kepada mereka.
12.9 Ibu bapa/ penjaga yang ingin berjumpa dengan murid hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ pihak sekolah terlebih dahulu ( di pejabat ).
12.10 Murid mesti pulang sebaik sahaja sekolah atau aktiviti kokurikulum tamat. Guru Bertugas akan berada di sekolah hanya selama setengah jam selepas sekolah bersurai.
13. AKTIVITI KO-KURIKULUM
13.1 Aktiviti ko-kurikulum adalah wajib untuk semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6.
13.2 Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Rabu dari pukul 1.00 - 2.00 petang.
13.3 Murid Tahun 1 dan 2 yang tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti tidak dibenarkan berada di sekolah pada waktu petang.
13.4 Murid-murid hendaklah pulang ke rumah selepas tamat aktiviti ko-kurikulum.
13.5 Semua murid Tahap 2 mesti membeli Buku PAJSK yang berharga RM5.50.
17


14. GARIS PANDUAN SUMBER SEKOLAH
14.1 KEAHLIAN PSS
UNIT
14.1.1 Unit Perpustakaan
14.1.2 Unit BBM 14.1.3 Unit Permainan 14.1.4 Unit SAL 14.1.5 Unit Astro
PENGGUNAAN PUSAT
KELAYAKAN untuk semua warga sekolah hanya untuk guru sahaja untuk murid-murid Tahap 2 untuk murid-murid Tahap 2 tempahan dibuat oleh guru
14.1.6 Kad Ahli yang sah mesti ditunjukkan semasa membuat sebarang jenis pinjaman.
14.1.7 Kad Ahli yang hilang mesti dilaporkan kepada GPM (Guru Perpustakaan dan Media).
14.1.8 Kad Ahli hilang/rosak dikenakan bayaran RM2.00 dan sekeping gambar berwarna (saiz passport). Kad Ahli yang baru akan siap dibuat dalam tempoh 1 bulan.
18


14.2 WAKTU PERKHIDMATAN PSS HARI MASA
Isnin dan Selasa
7.40 pagi - 1.50 petang
➢ Murid-murid masuk mengikut Waktu Nilam Kelas
➢ Murid-murid Tahap 2 dibenarkan membaca buku pada
Waktu Rehat
➢ Murid-murid Tahap 1 dibenarkan membaca buku di PSS
selepas sekolah dari pukul 1.20 hingga 1.50 petang
Rabu
7.40 pagi – 1.00 petang
➢ Murid-murid masuk mengikut Waktu Nilam Kelas
➢ Murid-murid Tahap 2 dibenarkan membaca buku pada
Waktu Rehat
Khamis
7.40 pagi . 2.20 petang
➢ Murid-murid masuk mengikut Waktu Nilam Kelas
➢ Murid-murid Tahap 2 dibenarkan membaca buku pada
Waktu Rehat dan selepas sekolah dari pukul 1.20 - 1.50 petang
Jumaat
7.40 pagi - 11.50 tengahari
➢ Murid-murid masuk mengikut Waktu Nilam Kelas
➢ Murid-murid Tahap 2 dibenarkan membaca buku pada
Waktu Rehat
Sebarang perubahan akan diberitahu melalui notis di pintu masuk Perpustakaan.
14.3 PERATURAN AM PSS
14.3.1 Semua pengguna mesti mematuhi peraturan PSS.
14.3.2 Pengawas PSS diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan PSS.
19


14.3.3 Sesiapa yang melanggar peraturan PSS akan digantung daripada menggunakan kemudahan - kemudahan PSS.
14.3.4 Tindakan tatatertib oleh pihak disiplin sekolah akan diambil jika perlu.
14.4 PERATURAN PSS
14.4.1 Semua pengguna TIDAK dibenarkan membuat bising, makan, minum, bermain, meludah atau tidur dalam Pusat Sumber.
14.4.2 Hanya murid-murid yang memakai pakaian seragam sekolah, kemeja T sekolah yang BERSIH dan KEMAS dibenarkan masuk Pusat Sumber.
14.4.3 Murid-murid hanya dibenarkan membawa
kotak pensil yang kecil, Buku Laporan Nilam dan buku latihan ke dalam PSS.
14.4.4 Pengguna mesti menunjukkan semua barang kepada Pengawas PSS yang bertugas untuk diperiksa sebelum keluar dari Pusat Sumber.
14.4.5 Pengguna TIDAK dibenarkan menggunakan Kad Ahli orang lain untuk meminjam buku.
14.4.6 Murid-murid yang TIDAK mematuhi mana- mana peraturan akan dikenakan tindakan seperti berikut:
a) Amaran
b) Denda
c) Perggantungan daripada penggunaan
kemudahan PSS.
20


14.4.7 Murid-murid mesti susun balik kerusi dan apa - apa saja yang telah digunakan apabila hendak meninggalkan PSS.
14.4.8 Murid-murid yang didapati mencuri, mengoyak atau menconteng buku, majalah atau surat khabar akan didenda membayar ganti rugi dan TIDAK dibenarkan menggunakan PSS selama 1 bulan serta tindakan disiplin.
14.4.9 Murid-murid yang didapati merosakkan harta benda PSS juga akan diambil tindakan disiplin.
14.5 PINJAMAN BAHAN-BAHAN PSS
14.5.1 Hanya murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6 boleh meminjam buku Perpustakaan.
14.5.2 Setiap murid dibenarkan meminjam 1 buah buku untuk tempoh 1 minggu.
14.5.3 Kad Ahli PSS diperlukan untuk meminjam buku Perpustakaan.
14.5.4 Guru Perpustakaan dan Media berhak mengambil balik sebarang buku yang telah dipinjam pada bila-bila masa jika perlu.
14.5.5 Hanya buku fiksyen sahaja yang dibenarkan untuk pinjaman manakala buku bukan fiksyen hanya boleh dibuat rujukan di dalam PSS.
14.5.6 Akhbar dan majalah hanya boleh dibaca di PSS dan tidak boleh dipinjam keluar.
21


14.6 PENGENALAN SISTEM PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY UNTUK BUKU-BUKU BUKAN FIKSYEN
000-009 Karya am
100-199 Falsafah & Psikologi 200-299 Agama
300-399 Sains Kemasyarakatan 400-499 Bahasa
500-599 Sains Tulen & Matematik 600-699 Teknologi
700-799 Kesenian & Rekreasi 800-899 Kesusasteraan
900-999 Geografi & Sejarah
14.7 PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)
14.7.1 Semua murid mesti menyertai Program NILAM. Dimana pembacaan direkodkan di dalam instrumen yang disediakan dan tiada lagi penggunaan buku NILAM.
14.7.2 Semua Laporan NILAM mesti disahkan oleh
ibubapa sebelum dihantar kepada Guru Kelas setiap hujung bulan.
14.7.4 Murid-murid Tahap 1 boleh melukis gambar sebagai Laporan NILAM.
14.7.5 Murid-murid Tahap 2 mesti membaca buku- buku yang mempunyai lebih dari 16 muka surat.
22


15.
14.7.6 Murid-murid yang didapati tidak mengikuti Program NILAM boleh diambil tindakan disiplin.
PELAWAT/ WARIS/ PENJAGA
15.1 Tidak dibenarkan memakai topi keledar dalam kawasan sekolah.
15.2 Tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah tanpa kebenaran/ pas pelawat. Sekiranya hendak bertemu dengan murid atau guru di kelas pastikan mendapat surat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan di pejabat.
15.3. Ibu/bapa/ waris/penjaga yang masuk ke kawasan sekolah mestilah berpakaian sopan (tidak menjolok mata/terdedah).
15.4 Ibu/bapa/waris/penjaga tidak dibenarkan duduk/berada dikantin semasa waktu rehat/waktu persekolahan.
15.5 Tidak menunggu anak didalam kawasan sekolah.
15.6 Tidak memberhentikan kenderaan di depan atau berhampiran pintu masuk dan pintu keluar sekolah sewaktu menghantar atau mengambil anak.
15.7 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku semasa murid menunggu kenderaan di hadapan pintu masuk Jalan Anson dan kedai-kedai di Jalan Anson atas kehendak ibu bapa/ waris atau pemandu bas sekolah.
23


PERHATIAN :
‘Spot Check’ atau Pemeriksaan Mengejut akan diadakan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Disiplin sekolah (Guru Disiplin/Pengawas Sekolah). Semasa pemeriksaan ini dijalankan, semua barang kepunyaan murid serta diri murid (jika perlu) akan diperiksa. Jika terdapat barang larangan dibawa ke sekolah tanpa kebenaran, barang tersebut akan dirampas. Murid juga akan dikenakan denda mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Barang kemas dan telefon bimbit yang dirampas hanya akan dikembalikan apabila dituntut oleh ibu bapa/ penjaga.
Ibu bapa/ penjaga dijemput datang ke sekolah untuk berbincang tentang masalah anak-anak mereka atau kemusykilan lain dengan Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Disiplin atau Guru Kelas.
Pihak sekolah sangat berharap mendapat kerjasama semua pihak dalam hal ini demi menjaga keselamatan anak-anak kita.
Terima kasih.
----------------
(NG KAR HOONG PPN,PJM) Guru Besar
Sk (P) Methodist
Pulau Pinang
Catatan : Semua peraturan diatas adalah tertakluk kepada pindaan mengikut perkembangan/ keperluan semasa.
24




SEKOLAH KEBANGSAAN (P) METHODIST NO. 42 JALAN ANSON , 10400 PULAU PINANG
NAMA MURID: ............................................................
TAHUN
KELAS
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Nama Ibu Bapa/Penjaga : ...............................................................
Alamat : ............................................................................. .............................................................................
No. Telefon : (Rumah) (H/P Bapa)
(H/P Ibu) T/tangan ibu bapa/penjaga:
..................................... .................................... ....................................
............................................


SURAT AKUJANJI IBU BAPA
Saya __________________________ no. KP : _____________ adalah ibu/bapa/penjaga kepada _________________________ dalam Tahun ___________ di SK Perempuan Methodist dengan sesungguhnya mengaku dan berjanji bahawa :
1. Saya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah memantau pelajaran anak saya / anak di bawah jagaan saya dan memastikan keputusan akademiknya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
2. Saya akan memastikan anak di bawah jagaan saya :
i. Tidak ponteng sekolah dan sentiasa menghadiri kelas tambahan atau kelas bimbingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
ii. Menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan.
iii. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan keperluan sekolah mereka lengkap serta menjaga buku teks dengan rapi agar tidak hilang, koyak dan dibalut dengan plastik.
iv. Tidak membawa barang-barang larangan dan telefon bimbit ke sekolah.
3. Saya juga dengan rela hati akur / bersetuju dengan segala keputusan daripada pihak sekolah jika anak saya / anak di bawah jagaan saya dikenakan hukuman akibat daripada tindakan beliau melakukan salah laku / melanggar peraturan sekolah dan beliau didapati bersalah oleh pihak sekolah.
..................................... ..................................... ()() Tandatangan & Tandatangan & nama saksi nama ibu bapa/ penjaga


Click to View FlipBook Version