The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balqisazmi004, 2023-04-20 10:18:04

sejarah tulisan khat

huda zaiki

20


Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kunia-Nya saya berjaya menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kerana memberikan saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di sini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Zuhairi bin Raffien yang telah menyumbang idea, tunjuk ajar serta penerangan yang jelas kepada saya sejak dari tugasan ini bermula sehinggalah dalam proses menyiapkan pentaksian berterusan ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Zuhairi bin Raffien kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang banyak memberi dorongan dan motivasi untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa motivasi dari mereka, saya mungkin tidak mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik. Ucapan penghargaan juga saya ucapkan kepada rakan sekelas yang bersama-sama berusaha menyiapkan tugasan ini dan saling bertukar-tukar pendapat dan idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya serta menjadi bakal guru yang cemerlang pada masa akan datang. Harapan saya juga agar tugasan ini dapat memberi faedah buat diri saya. “Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”. Penghargaan


1.0 Isi Kandungan Pengenalan 2.0 Sejarah Perkembangan Tulisan Khat 3.0 Jenis-Jenis Tulisan Khat 4.0 Seni Tulisan Khat Riq ' ah 5.0 Rumusan Penghargaan Rujukan


Penghasilan Produk B M M B 1 1 1 4 P e n g e n a l a n S i s t e m E j a a n J a w i d a n R u m i


1.0 Pengenalan Seni khat atau dikenali sebagai seni kaligrafi merupakan khazanah tertua yang dimiliki oleh umat Islam dan kekal penggunaannya hingga hari ini. Secara umumnya seni khat bermaksud seni penulisan yang indah. Perkataan kaligrafi pula berasal daripada perkataan Yunani iaitu kalios yang bermaksud indah dan graphia bermaksud tulisan. Selain itu, seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang sering diceburui oleh umat Islam sehingga penggunaanya diaplikasikan di kubah masjid, bangunan-bangunan, seramik kaca serta diukir atas logam dan kayu. Seni khat ini berkembang dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan dakwah Islam sehingga mencapai kecemerlangannya (Zulina Hassan, 2009). Menurut Noraini Muhammad (2009), seni khat ini telah berada di puncak kegemilangannya selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W.


Terdapat pelbagai jenis bentuk khat antaranya seperti khat nasakh, muhaqqaq, thuluth, diwani, rihan, riq’ah dan nasta’liq. Namun demikian, seni khat yang tertua ialah khat kufi. Pada awalnya, khat nasakh mula dikenali dan diminati sejak abad kelima masihi. Kemudian, tulisan khat ini diubahsuai menjadi khat kufi dan telah diperkenalkan oleh al-Dahhaq bin Iljan. Oleh itu, khat kufi telah berkembang pesat pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Antara penulis khat yang terkenal seperti al-Thuluthaian, Ibrahim al-Syujairi, Yusuf al-Syujairi dan Muhammad al-Samsari. Selepas itu, seni khat ini telah diambil alih oleh orang Mesir, India dan Turki selepas kejatuhan Baghdad. Seni khat ini semakin dikenali sehingga beberapa institusi khat telah ditubuhkan di pelbagai negara Islam (Zulina Hassan, 2009).


Seni khat berkembang seiring dengan kelahiran Islam. Setiap wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W. telah dicatatkan pada daun kayu, tulang dan batu oleh para sahabat sehinggalah alQuran sempurna diturunkanm selama 23 tahun. Oleh itu, seni khat ini amat diperlukan untuk mengabadikan alQuran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni khat dalam sejarah perkembangan Islam sangat penting dan telah mengatasi cabang seni yang lain (Noraini, 2009). 1.0 Sejarah Perkembangan Tulisan Khat Setelah kewafatan Nabi S.A.W., penggunaan seni khat tidak terbantut dan dihentikan malah semakin berkembang pesat di setiap zaman khalifah bermula dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain. Pada permulaan penubuhan kerajaan Umaiyah, tulisan khat telah digunakan untuk keperluan pentadbiran negara. Pada pekerkembangan selanjutnya, tulisan ini terus diabadikan di kubah-kubah masjid, dinding-dinding bangunan istana dan turut diukir di mimbarmimbar. Tambahan lagi, tulisan khat juga turut diukir pada peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barang seramik (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 5. 2001).


1.1 Sejarah Kemasukan Seni Khat Arab dan Pengaruhnya di Nusantara Tulisan Jawi Arab atau Khat Jawi merupakan nama lain tulisan atau huruf Arab di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal dari perkataan Jawa kerana khat Arab mula wujud di Kepualuan Jawa terlebih dahulu. Khat Jawi telah memainakn peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Nusantara. Hal yang demikian kerana masyarakat Nusantara tidak mempunyai sebarang tulisan khat sebelum kewujudan khat Arab dan khat Jawi. Maka, tidak mustahil masyarakat Nusantara berada di tahap kejahilan sebelum kewujudan tulisan Jawi kerana penulisan amat penting dalam kehidupan seharian, Masyarakat tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu tanpa penulisan kerana setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum dihafal. Revolusi telah berlaku setelah kewujudan Khat Arab seperti masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-huruf tersebut. Pengenalan Khat Arab ini telah menjadi semangat dan kekuatan kepada mereka untuk mempelajari al-Quran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama Islam (Mohd Bakhir, 2007).


Ahli-ahli sejarah telah menyatakan bangsa Arab merupakan antara kaum yang paling banyak menajalankan perdagangan dan perniagaan mengikut jalan laut. Seorang sarjana Islam iaitu Muhammad ibn Jarir Abu Ja’far al Tabari (310H/920M) telah menegaskan orang-orang Arab telah mula berlayar berulang-alik dari China ke negara-negara Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka juga telah berlayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah kepulauan Melayu. Maka, khat Arab mula tersebar melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2 Hijrah. Semenjak itu, khat Arab mula berkembang pesat serta menarik perhatian ramai penduduk sekeliling (Mohd Bakhir, 2007).


1.2 Perkembangan Tulian Khat di Malaysia Penemuan Batu Bersurat di Terengganu telah menjadi bukti bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Sejak kurun ke-7 Hijraj iaitu 702H/1303M, khat Arab telah menarik minat masyarakat Melayu. Khat tersebut telah mula ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu. Malah, penggunaan tulisan khat semakin meluas sehingga menajdi menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan (Noraini Muhammad, 2009). Penggunaan seni khat telah dimajukan dalam pelbagai bidang di Malaysia seperti tulisan ini diukir di atas kayu. Selain itu, ayat alQuran juga telah diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti keris juga turut diukir dengan ayat al-Quran. Di samping itu, seni khat telah diabadikan di atas duit syiling pada zaman keagungan kerajaan Melayu seperti zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Begitu juga, cop mohor, cokmar, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat al-Quran.


Penggunaan khat pada tenunan songket dan hiasan di Malaysia telah menambahkan lagi keunikan penggunaan khat. Pameran khat kerap dianjurkan di Malaysia di bawah anjuran Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam dan lain-lain sebagai penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam serta meningkatkan minat seni khat dalam kalangan anak-anak muda. Antara penulis khat yang terkenal di Malaysia ialah Syed Abdul Rahmad al-Attas. Seni khat beliau telah diabadikan di Masjid Jamek, bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), Bangunan Parlimen Malaysia, dan koleksi Sultan Johor (Zulina Hassan, 2009).


2.0 Jenis-Jenis Tulisan Khat Khat Nasakh Khat Diwani Khat Thuluth Khat Kufi Khat Riq'ah Khat Farisy


Khat Nasakh merupakan seni khat yang sangat halus dan gaya yang paling mudah untuk difahami serta dibaca. Khat Nasakh juga telah menjadi tulisan uatama dalam mushaf al-Quran kerana gaya khat yang lain sukar difahami kecuali seseorang itu mendalaminya. Sesetengah ulama telah menyatakan penulisan khat yang hampir sama dengan Khat Nasakh mula ditulis oleh Zaid bin Thabit yang merupakan seorang penulis wahyu dan sahabat Rasulullah S.A.W. Khat Nasakh dikatakan aliran Zaid bin Thabith dan merupakan sejenis khat yang telah lama wujud seiring dengan khat Kufi. Khat Nasakh


Khat Riq'ah Khat Riq ' ah merupakan tulisan yang ditulis secara pantas serta matanya agak tebal dan ditulis di atas garisan lurus kecuali beberapa huruf yang ditulis daripada atas garisan ke bawah harisan iaitu huruf (). Khat Riq’ah ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan pada tahun 280 Hijrah. Mumtaz Bik yang berbangsa Turki merupakan individu yang memulakan penulisan gaya Khat Riq’ah (Mohd Bakhir Hj. Abdullah, 2006). Walaupun setiap loh hurufnya tebal tetapi Khat Riq’ah mempunyai kesenian yang tersendiri. Malah, tulisan ini boleh didapati dalam penulisan manuskrip atau dokumentasi.


Khat Thuluth merupakan seni khat yang mempunyai gaya yang indah dan kecantikannya bukan sekadar untuk tujuan dokumentasi malah menjadi hiasan di kelambu Ka ' abah, dinding masjid dan bangunan-bangunan kerajaan. Khat Thuluth merupakan pecahan daripada Khat Kufi. Khat Thuluth yang mempunyai gaya yang yang hampir sama dengan Khat Kufi ialah Khat Tumar. Individu yang melakukan pengubahsuaian sehingga tercetus Khat Thuluth ialah Ishaq bin Ibrahim dan sebelum daripada beliau ialah Ibn Muqlah. Seterusnya, Yazidi (922H), Ibn Sa ' ad (410H, dan Ibn Bawwab telah mengindahkan lagi tulisan tersebut (Afif al-Bahnasiy, 1979). Cara penulisan Khat Thuluth ditulis dengan perlahan berbanding khat lain menyebabkan Khat Thuluth lebih utama penggunaanya dalam penghasilan karya seni (Mustafa Ughur Darman, 1999). khat Thuluth


Khat Diwani telah dikenali juga sebagai Khat alSultan kerana khat ini telah dipelajari oleh sultansultan zaman kerajaan Turki Othmaniah. Tulisan Khat Diwani ini telah menjadi tulisan rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenorgabenor mereka bagi mengelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang mempunyai niat jahat terhadap kerajaan Islam. Terdapat dua jenis Khat Diwani iaitu Diwani Biasa dan Diwani Jaliy. Selain itu, Ibrahim Munif merupakan individu yang memperkenalkan tulisan ini selepas pembukaan kotan Istanbul dan kaedah penulisannya telah disusun semula oleh Mumtaz Bik (1280H) sehingga tulisan ini mudah dibaca. Tulisan ini telah menjadi kebanggaan bangsa Turki dan telah tersebar luas ke seluruh wilayah taklukan kerajaan Turki Othmaniah (Mohd Tohir bin Abd al-Qadir al Kurdiy al-Makkiy al Khattat, 1939). Khat Diwani


Khat Kufi Khat kufi merupakan tulisan khat yang tertua. Khat ini telah dinamakan Khat Kufi kerana terkenal di daerah Kufah, Iraq. Para sahabat telah menggunakan khat ini untuk menyalin mushaf dan menulis surat untuk dihantar kepada kerajaankerajaan besar seperti Rom, Parsi dan Mesir. Sebelum kedatangan Islm, Khat Kufi merupakan khat yang tidak mempunyai baris ataupun titik malah tulisan ini mempunyai dua cabang pecahannya iaitu ditulis secara bebas iaitu gaya Tahrir atau ditulis secara geometri dengan menggunakan ukuran dan darjah yang sesuai. Namun demikian, khat ini bukan sahaja sebagai tulisan berseni pada hari ini malah telah menjadi perhiasan masjid, rumah-rumah kediaman dan logo perniagaan. Khat Kufi yang dimaksudkan ialah Khat Kufi Murraba '. Khat Kufi Murabba ' ini mendapat perhatian dan menarik minat dalam kalangan masyarakat Malaysia.


Khat Farisy juga dikenali sebagai khat Ta 'liq mempunyai gaya penulisan dan kecondongan yang berbeza berbanding dengan khat yang lain. Kecondongan Khat Farisy lebih ke kiri daripada atas menjadikan tulisan ini lebih unik (Mahdi Syed Mahmud, 2005). Menurut Afif al-Bahnasiy (1979), Khat Farisy mula ditulis oleh Hassan al-Farisi pada abad ke-4 Hijrah dan telah menjadi tulisan utama masyarakat bangsa Farsi dan telah mempengaruhi bangsa Hindi. Sultan Ali- al-Mashudi merupakan individu yang mengidahkan lagi Khat Farisy dan antara tokoh yang memperbaharui khat ini ialah Mir Imad al-Husni dan Muhammad al-Yasari di Turki (Ahmad al-Dzahabi, 1989). Khat Farisy


KHAT RIQ'AH 4.0 SENI TULISAN


5.0 Rumusan Seni khat dalam Penulisan Jawi amat berkait rapat dengan masyarakat Islam di Tanah Melayu sama juga dalam dunia Islam. Tambahan lagi, Seni Khat telah menjadi simbol tamadun Islam. Namun demikian, pengahyatan dan pemahaman tentang seni tulisan khat semakin luntur disebabkan penghapusan tulisan Jawi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Oleh itu, tulisan Jawi dan seni khat perlu dijaga dan dititikberatkan dalam penulisan agar tulisan ini tidak dilupakan dan tidak menjadi suatu yang asing dalam kalangan masyarakat seperti pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Oleh hal yang demikian, tulisan Jawi dan seni khat perlu diterap seawal usia muda lagi kerana anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Perkara ini tidak datang secara serta merta dan perlu dididik oleh ibu bapa kepada anak-anak.


Rumusan


Click to View FlipBook Version