The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Habsah Zainal, 2022-02-28 09:47:07

Seni Khat Kufi Murabba'

Seni Khat Kufi Murabba'

Seni Khat Kufi

Khat Kufi adalah salah satu cabang seni kaligrafi Islam, ia merupakan sejenis penulisan khat
yang tertua dalam tamadun Islam. Ia digunakan secara meluas dalam penulisan Al-Quran pada
suatu ketika dahulu sebelum jenis khat yang lain muncul. Khat kufi adalah dinisbahkan atau
disandarkan kepada Bandar Kufah yang terletak di Iraq, ia diantara khat yang terawal muncul
dalam tamadun Islam dan digunakan secara meluas untuk penulisan al-Quran suatu ketika dahulu
sebelum kemunculan khat nasakh. Selepas pembukaan Iraq oleh Saad bin Abi Waqqas ketika
Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tahun ke 18 Hijrah, pusat pemerintahan Islam berpindah
dari Madinah ke Iraq. Bersamanya ada dua jenis tulisan yang dikenali dengan Makki dan Madani
ke Basrah dan Kufah. Khat ini dipelajari oleh penduduk Iraq dan mereka menggelarnya dengan
khat Hijazi. Khat Hijazi mempunyai dua ciri yang berlainan. Pertama berbentuk yang agak
lembut dikenali dengan khat Madani dan yang kedua berbentuk agak sedikit keras pula dikenali
dengan Makki. Kecenderungan orang-orang Iraq ketika itu adalah kepada khat yang berbentuk
keras dan mereka berusaha memperbaikinya sehingga ia digunakan secara meluas untuk
penulisan mushaf, matawang, hiasan dinding masjid dan tulisan pada batu nesan meraka.

Khat berbentuk keras ini kemudiannya dimasyhurkan sebagai khat kufi, ia disandarkan kepada
Bandar Kufah kerana peranannya yang sangat penting dalam perkembangan tulisan ini.
Kelaziman masyarakat Arab ketika itu mereka menamakan jenis-jenis tulisan adalah
bersandarkan kepada nama tempat di mana ia muncul seperti yang terkenal di kalangan orang
Arab Hijaz sebelum zaman Kufah ialah tulisan Nabati, Hiri, Anbari dan kemudiannya Makki
dan Madani yang kesemuanya dinisbahkan kepada nama tempat.

Penyebaran Khat Kufi

Jenis Khat kufi tersebar ke seluruh dunia bersama tersebarnya Agama Islam. Perkembangan
khat ini dibantu dengan galakan yang kuat oleh pemerintah Islam yang berpusat di Kufah
sehingga ia diikuti, dipelajari, oelh sebilangan besar penduduk. Hingga tersebar dan dinisbahkan
kepada Kufah. Ciri utama khat kufi ialah keras, bersegi, tegak dan lurus. (As-Sabah Al-Iraqiyyah)

Pada kurun ke-16 dan 17M. – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam
menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di
wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang
menarik.
Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan
cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun
papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang
pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian
hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.

Sifat dan Bentuk Khat Kufi

Pada asasnya, huruf - huruf khat kufi terbina daripada gabungan bentuk-bentuk segiempat dan
garis lurus. Setiap huruf dilukis seringkas dan bersegi empat dan catur (YR Publication Sdn.Bhd.,
2010) yang dikenali dengan Murabba’. Dari sinilah mereka menjaga setiap huruf yang ditulis dan
membentuk karektor asal. Dalam masa yang sama ia mudah difahami dan mudah dibaca,
meskipun orang yang tidak terlibat dengan bidang seni khat. Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang
paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem
khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di

dalam naskah al-Quran. Perkara ini telah menunjukan betapa pentingnya penjagaan hingga menyebabkan
khat jenis ini masih lagi popular dikalangan muda mudi masa kini.

Jenis-jenis Khat Kufi

Khat Kufi mempunyai pelbagai bentuk yang dimasyhorkan adalah :-

1. Khat Kufi Basit, ia berbentuk tulisan empat segi biasa tanpa titik dan baris. Tulisan ini digunakan
untuk penulisan mushaf al-Quran di era awal pemerintahan Islam.

Tahap perkembangan penulisan mushaf amat ketara dan maju setelah sampai pada
zaman Uthman RA. Tatapi ia melalui proses yang sederhana semasa zaman Rasulullah
SAW masih hidup. Terdapat beberapa tahap penulisan sewaktu menentukan kaedah
serta sistem penulisan Rasm Uthmani. Ia bermula dengan tahap pertama iaitu dengan
tulisan Kufi bersempena dengan nama tempat iaitu Kufah. Jenis tulisan ini belum ada
dhabt (‫ ) انطْ اةالءع رَاب‬dan baris. Jenis Kufi mempunyai tiga jenis iaitu Kufi ringkas
(Mubasat), Kufi Hiasan (Tazyeni) dan Kufi architectural (Benai) (Nabeel S.Ali, 2000:.47).
Tulisan peringkat awal ini tidak menggunakan sebarang tanda baris serta amat ringkas
seperti mana lampiran 1.

Lampiran 1
Surah al-Anaam, Ayat 1-3
Sumber: Panduan Rasm Uthmani, 2007, KDN: 23

                     
                            

                      
                       
                     

(Al-An’am 1-3)                     

1. Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan
terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka.
2. Dia lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu
ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu
semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
3. dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia
mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa
Yang kamu usahakan.

a. Tahap kedua, diadakan sedikit perubahan dalam penulisan iaitu mula meletakan titik
(‫) انطْ اةالءع رَاب‬. Tulisan ini diperkenalkan Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada
tahun 67 H) pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Enovasi dalam bidan
penulisan dan sastera sentiasa membangun dalam tamadun Islam. Pembaharuan ini
memberi ruang kepada pembaca yang mula menyebut mengikut titik yang ada pada
lafaz huruf sama ada titik di atas atau di bawah lafaz ayat.

b. Tahap ketiga, iaitu zaman pemerintahan Gabenor Iraq yang dikenali sebagai Gabenor
al-Hajjaj bin Husuf al-Thaqafi. Kaedah ini dilakukan Yahya bin Ya’mar dan Nasir bin
Asim al-Lisi. Mereka berdua menulis dan meletakan titik (‫) نْ اطْ اةالءع رَام‬. Bentuk tulisan
diolah dengan hiasan baris dan titik ( Alain George, tt.: 82)

Lampiran : 3
Simpanan foto peribadi Razi bin Yaakob dari perputakaan al-Quran di Madinah 2017
2. Khat Kufi Muwarraq ia mempunyai hiasan berdaun seolah-olah ada kaitan penulisan
dan alam. Penulisan khat jenis ini adalah hasil pembaharuan yang telah dibuat dan
dibangunkan oleh umat Islam pada abad ke-2 hingga pertengahan abad ke-3 iaitu
digunakan secara meluas pada zaman pemerintahan fatimiyyah di Mesir.

3. Khat Kufi Muzahhar iaitu sejenis khat kufi mempunyai bunga yang menghiasi tulisan. Ia
adalah jenis tulisan yang diadaptasi dari khat kufi Muwarraq cuma ia menambahkan ragam
hias yang berlatarbekangkan sulur pokok kacang.
4. Khat Kufi Muzaffar, jenis penulisan khat ini ia mempunyai simpulan dan dimasuk-
masukan diantara huruf dangan huruf yang lain. Ia dimasyhorkan pada abad ke- 5 dan 6 H.
dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.
5. Khat Kufi Murabba’ jenis penulisan khat ini adalah berbentuk empat segi dan catur.
Jenis penulisan ini banyak digayakan seiring dengan hiasan geometri seolah-olah ia
menambahkan lagi nilai estatika pada geomatri itu sendiri. Gaya jenis khat ini adalah mudah
dibentuk samada dengan menggunakan kertas graf atau menggunakan aplikasi excel.

Dalam bab ini penulis cuba menghuraikan serba sedikit tentang jenis Khat Kufi Murabba’ serta

kaedah yang akan diaplikasikan atas kertas graf dan dalam aplikasi EXCEL. Kedua-dua kaedah

ini menjadi satu cara yang menyenangkan pengkarya untuk menulis dan mencipta khat kufi yang

ccantik.

Kaedah kufi Murabba’ di atas kertas graf merupakan kaedah tradisional yang mana dengan
menggunakan kertas graf ini memberi keselesaan kepada penulis. sekiranya penulis datang dari
golongan yang agak baharu untuk menceburi maka kaedah ini amat disarankan. Sebab sekiranya
berlaku kesilapan atau kecalaruan, maka pengkarya boleh memadamkan dengan pemadam. Ini
adalah aturcara penulisan khat kufi Murabba’.:

1. Sediakan kertas graf samada A4 atau A3, atas kesesuaian dan keinginan pengkarya.
2. Sediakan pencil, pemadam dan pembaris.
3. Lakarkan diatas kertas dengan menggukan skala tanda 1 ruang dan kosong satu ruang.
Lakaran dapat diperhatikan dibawah.

Contoh 1
Kaedah ini menggunakan aplikasi excel.

1. Buka aplikasi excel

2. Besarkan ruang peta segi empat tepat (dengan kedah highlight di bahagian number 1,2,3 hingga
20 ruang) kemudian klik kanan tekan row Height (33) kilik ok. Kita akan dapat ruangan seperti
paparang contoh 1 diatas.

3. Boleh pilih warna kemudian isi ruang dengan kreativiti sendiri, dengan menggunakan kaedah
warnakan 1 ruang dan kosongkan 1 ruang.

Dari contoh di atas adalah satu kaedah ringkas untuk pelajar-pelajar membuat Latihan. Tanda
bulat berwarna merah adalah ruangan pelajar memilih warna, mana kala garis hijau adalah
pelajar boleh pilih berpa petak ruang yang kehendaki kemudian klik kanan, pelajar boleh pilih
row height.


Click to View FlipBook Version