The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifahfsa, 2024-05-08 09:33:27

booklet AGM 2024

booklet AGM 2024

Rini Hills 2024 Anjuran Bersama: Mesyuarat Agung Tahunan ke -11Persatuan Penduduk Tarikh: 11 Mei 2024 Masa: 8.00 pagi Tempat: Taman Permainan Rini Hills


Sekapur Sireh Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Yang dihormati tuan-tuan dan puan-puan penduduk Rini Hills yang dikasihi sekelian. Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli jawatankuasa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan komitmen dan bertungkus lumus untuk mengekalkan pertubuhan Persatuan Penduduk Rini Hills ini secara sukarela dengan sokongan daripada penduduk-penduduk Rini Hills. Bersama-sama kita melahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya kita mempunyai persatuan yang memberi manfaat kepada para penduduk. Untuk memastikan kawasan ini terus maju, saya menyeru kepada penduduk Rini Hills agar sentiasa memberikan sokongan untuk meningkatkan kualiti kehidupan pada masa akan datang. Akhir kata, saya memohon maaf kepada tuan puan sekiranya terdapat kekurangan dan ketidakpuashatian tuan puan selama tertubuhnya Persatuan Penduduk Rini Hills ini sehingga sekarang. Saya berharap tuan puan dapatlah memberikan sumbangan bakti demi kebaikan bersama kawasan perumahan Rini Hills ini. Sekian, terima kasih. Ikhlas, (SAZALI BIN ALI) Pengerusi Persatuan Penduduk Rini Hills, Taman Mutiara Rini


AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS SHARIFAH FATIMAH BT SYED ALI SETIAUSAHA HAFIZ BIN YAACOB N. SETIAUSAHA ASMADI BIN MD. RAHANI BENDAHARI NUR HIDAYANG BT. IBRAHIM KERANI PERSATUAN SHADAN BIN TECKLAN PEMERIKSA KIRA-KIR 2 2 AHMAD ZAKI BIN ARSAT PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 HAZLINAHBTT. TAJUDIN AJK FARAHWAHIDA BT MOHD,YUSOF AJK TUAN AZMI BIN SIDEKAJK SAZALI bIN aLI PENGERUSI KARNAN@SANMUGANAT HANAL A/L MANICKAM N. PENGERUSI 1 NORLIZARIN BIN YOSOP AJK SAHIDATUL AZWA BT ISMAIL AJK THEYWA A/L SUBRAMANIAM N. BENDAHARI CHAW MAY CHEE AJK YONG LEE CHENG N. PENGERUSI 2 MUHAMMAD AZUANDY BIN MANSUR AJK


ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS, TAMAN MUTIARA RINI KALI KE-11 SESSI 2022/2024 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS, TAMAN MUTIARA RINI KALI KE-10 SESSI 2022/2024 Hari : Sabtu Tarikh : 13 Mei 2023 8.30 pagi ~ Pendaftaran penduduk ~ Ketibaan para jemputan 09.00 pagi ~ Bacaan doa ~ Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Rini Hills, Taman Mutiara Rini Kali Ke-10 Sessi 2012022/2024 ~ Ucapan Yang DiPertua Persatuan Penduduk Rini Hills En Sazali Bin Ali ~ Pembentangan Minit Mesyuarat Kali Ke-9 ~ Pembentangan Penyata Kewangan 2022 ~ Perkara-perkara berbangkit 11.00 pagi ~ Jamuan ~ Bersurai Hari : Sabtu Tarikh : 11 Mei 2024 8.00 a.m - Pendaftaran penduduk - Ketibaan para jemputan 8.50 a.m - Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku - Bacaan Doa 9.00 a.m - Taklimat dari FOMCA dan TNB - Smartmeter 9.30 a.m - Ucapan YDP Persatuan Penduduk Rini Hills En Sazali Bin Ali - Pembentangan Minit Mesyuarat Ke-10 - Pembentangan Penyata Kewangan 2023 - Hal-hal berbangkit - Sesi soal jawab perlembagaan dan peraturan taman serta hal-hal yang berbangkit. - Pembubaran dan perlantikan AJK baru Sesi 2024/2026 12.15 p.m - Jamuan makan 1.00 p.m - Bersurai


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS TAMAN MUTIARA RINI, SKUDAI, JOHOR BAHRU SESI 2022/2024 PENGERUSI EN SAZALI BIN ALI NAIB PENGERUSI 1 EN KARNAN @ SANMUGANATHAN A/L MANICKAM NAIB PENGERUSI 2 EN YONG LEE CHENG SETIAUSAHA PN SHARIFAH FATIMAH BINTI SYED ALI NAIB SETIAUSAHA EN HAFIZ BIN YAACOB BENDAHARI EN ASMADI BIN MD RAHANI NAIB BENDAHARI EN THEYWA A/L SUBRAMANIAM AJK TUAN AZMI BIN SIDEK PN HAZLINAH BINTI TAJUDIN PN FARAWAHIDA BINTI MOHD YUSOF PN CHAW MAY CHEE PN SAHIDATUL AZWA BINTI ISMAIL EN MOHAMMAD AZUANDY BIN MANSOR. EN NORLIZARIN BIN YOSOP PEMERIKSA KIRA-KIRA EN SHADAN BIN TECKLAN EN AHMAD ZAKI BIN ARSAT PEMEGANG AMANAH EN SHADAN BIN TECKLAN EN AHMAD ZAKI BIN ARSAT SENARAI JAWATANKUASA KERJA URUSETIA/PENDAFTARAN PUAN CHAW MAY CHEE PUAN NUR HIDAYAH BINTI IBRAHIM PENYAMBUT TETAMU ENCIK SAZALI BIN ALI ENCIK KARNAN@SANMUGANATHAN A/L MANICKAM ENCIK YONG LEE CHENG BUKU PROGRAM DAN BANNER PUAN SHARIFAH FATIMAH BINTI SYED ALI PUAN SAHIDATUL AZWA BINTI ISMAIL PERSIAPAN TEMPAT ENCIK ASMADI BIN MD RAHANI PUAN HAZLINAH BINTI TAJUDIN ENCIK THEYWA A/L SUBRAMANIAM PA SYSTEM/PENGACARA MAJLIS ENCIK HAFIZ BIN YAACOB ENCIK SHADAN BIN TECKLAN ENCIK AHMAD ZAKI BIN ARSAT CENDERAHATI/DOORGIFT ENCIK SAZALI BIN ALI PUAN CHAW MAY CHEE ENCIK KARNAN@SANMUGANATHAN A/L MANICKAM JAMUAN PUAN SAHIDATUL AZWA BINTI ISMAIL PUAN FARAWAHIDA BINTI MOHD YUSOF ENCIK NORLIZARIN BIN MOHD YOSOP BACAAN DOA ENCIK HAFIZ BIN YAACOB JURUFOTO ENCIK MUHAMMAD AZUANDY BIN MANSOR ENCIK YONG LEE CHENG ENCIK AZMI BIN SIDEK


ASET PERSATUAN KOMPUTER RIBA 2 UNIT PENCETAK 5 UNIT MESIN PAGAR BERPALANG 7 UNIT KAMERA CCTV 15 UNIT KAMERA DIGITAL SONY 1 UNIT PORTABLE HARDISK 500GB 1 UNIT KOMPUTER ‘DESKTOP’ 3 UNIT WALKIE TALKIE 5 UNIT TONG SAMPAH SAIZ L 1 UNIT AIRCOND 1 UNIT KIPAS SYILING 2 UNIT KIPAS DINDING 3 UNIT KIPAS MEJA 1 UNIT TELEFON PINTAR 3 UNIT PENDRIVE 1 UNIT MONITOR LED 2 UNIT PELUPUSAN ASET MESIN PAGAR BERPALANG 3 UNIT PENCETAK 3 UNIT KOMPUTER RIBA 1 UNIT KIPAS SYILING 1 UNIT KIPAS DINDING 1 UNIT BILANGAN AHLI BERDAFTAR - 600(97%) UNIT RUMAH JUMLAH UNIT RUMAH JALAN JASA 36 HINGGA JASA 42 - 619 UNIT WAKTU KAUNTER PENDAFTARAN/ BAYARAN PERSATUAN HARI ISNIN HINGGA JUMAAT 9..00 a.m—6.00 p.m. PEJABAT PERSATUAN PENUDUK RINI HILLS DI PONDOK PENGAWAL PINTU UTAMA ‘B’ EN ASMADI TEL : 019-7293170 PN NUR HIDAYAH TEL : 019-7642370 PERANCANGAN MENINGKATKAN TAHAP KAWALAN KESELAMATAN KAWASAN RINI HILLS MENAIKTARAF PAGAR DAN LANDSKAP KAWASAN RINI HILLS MENGADAKAN PEJABAT PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS MENAIKTARAF TAPAK PERMAINAN SEDIA ADA MENGADAKAN TAPAK REKREASI DAN LALUAN BERJOGING


Ruj. Kami : RH/2024/01/04 Tarikh : 22 April 2024 Kepada, Penduduk Rini Hills, Taman Mutiara Rini, Skudai 81300 Johor Bahru Johor Darul Takzim Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS (PPRH), TAMAN MUTIARA RINI KALI KE-11 SESI 2022/2024 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Rini Hills (PPRH), Taman Mutiara Rini akan mengadakan mesyuarat Agung Kali Ke-11 Sesi 2022/2024 mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 11 Mei 2024 (Sabtu) Masa : 08.30 pagi Tempat : Tapak Permainan Rini Hills Jalan Jasa 39 Jalan Jasa 40 2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk bersama-sama menyokong dan memeriahkan majlis dalam menyatupadukan antara penduduk dan persatuan. 3. Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah : 1. Ucapan Yang Di Pertua 2. Pembentangan Minit Mesyuarat Kali Ke-10 3. Pembentangan Penyata Kewangan 4. Perkara-Perkara Berbangkit. 5. Sesi Soaljawab Berkenaan Pelembagaan Persatuan Dan Peraturan Dalam Taman. 6. Pembubaran AJK sesi 2022/2024 dan perlantikan AJK baru sesi 2024/2026 7. Hal-hal lain. 4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan sangatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan tugas, .............………….......... (SHARIFAH FATIMAH BINTI SYED ALI) Setiausaha Persatuan Persatuan Penduduk Rini Hills, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru. 014-3162453 PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS, TAMAN MUTIARA RINI, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. NO. 91, JALAN JASA 36, RINI HILLS, TAMAN MUTIARA RINI, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU,


PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS, TAMAN MUTIARA RINI, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. NO. 91, JALAN JASA 36, RINI HILLS, TAMAN MUTIARA RINI, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU, Our Ref. : RH/2024/01/04 Date : 22 April 2024 To, Residence of Rini Hills, Taman Mutiara Rini, Skudai 81300 Johor Bahru Johor Darul Takzim Sir/Madam, NOTICE OF PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS’ 11th ANNUAL GENERAL MEETING FOR THE 2022/2024 SESSION Notice is hereby given that the 11th Annual General Meeting of Persatuan Penduduk Rini Hills (PPRH) 2022/2024 Session will be held as below:- Date : 11 May 2024 (Saturday) Time : 08.30 a.m. Venue : Playground site at Jalan Jasa 39 and Jalan Jasa 40 2. You are cordially invited to join in the event in the spirit of unity among the residents of Rini Hills. The agenda of the AGM are as follows: 1. Chairman’s speech. 2. Presentation of the Minutes of the 10th AGM 3. Presentation of Financial Statements 4. Matters Arising. 5. Q&A Session Regarding The Association Constitution and Rules Within the Housing Area. 6. Dissolution of 2022/2024 session committee and appointment of new committee for the 2024/2026 session. 7. Other matters. 3. The committee would like to thank all residents in advance for the forthcoming cooperation. Thank you. Prepared by, ........ .......................... (SHARIFAH FATIMAH BINTI SYED ALI) Secretary Persatuan Penduduk Rini Hills Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru 014-3162453


MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS KALI KE -10 2023/2024 & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1444H TARIKH : 13 Mei 2023 (Sabtu) MASA : 09.00 pagi TEMPAT : Tapak Permainan Rini Hills Antara Jalan Jasa 39 dan Jalan Jasa 40 KEHADIRAN Seperti Lampiran 1 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA 1.1 Bacaan doa oleh Ustaz Zain Azzra’iy bin Hj Mahat. 1.2 Pengerusi En.Sazali bin Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Zain Azzra.iy atas bacaan doa dan semua yang hadir ke Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Rini Hills (PPRH) Kali Ke-10. 1.3 Tuan Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada para penduduk yang sentiasa memberi komitmen dan kerjasama kepada PPRH dalam menangani segala masalah yang berbangkit. Tindakan Untuk Makluman 2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT KALI KE-10 2.1 Encik Sazali selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Rini Hills meminta pengesahan Minit Mesyuarat Agung Ke-9 yang lalu. 2.2 Puan Margaret Lee mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ke-9 dan disokong oleh Mr.Khrisnan. 2.3 Pengenalan diri secara ringkas oleh Tuan Pemgerusi kepada para penduduk yang hadir. Tindakan Untuk Makluman


3.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 2022 3.1 Penyata kewangan 2022 pada kali ini telah dibentangkan oleh Naib Bendahari iaitu Encik Theywa untuk perbelanjaan bagi tempoh bermula 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 dengan baki tunai RM163,582.39 3.2 Pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap bulan sepanjang tahun 2022 juga dinyatakan untuk makluman penduduk. 3.3 Encik Asmadi selaku Bendahari menyatakan pendapatan dan perbelanjaan secara terperinci telah dilampirkan untuk makluman penduduk juga bagi tempoh 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. 3.3.1 Puan Loo Chai Hiang bertanyakan tentang yuran keselamatan dan bayaran serta kenaikan peratusan potongan KWSP kerani PPRH dan telah dijawab oleh Bendahari Encik Asmadi. 3.3.2 Puan Loo Chai Hiang juga bertanyakan tentang jumlah tunggakan yuran yang masih gagal dilunaskan oleh sebahagian penduduk memandangkan jumlah perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan.Ditanya berapa banyak hutang tunggakan sehingga 11 April 2021, Bendahari menerangkan dari Januari 2014 sehingga Mei 2020 jumlah tunggakan adalah sebanyak RM189,000. 3.3.3 Puan Loo Chai Hiang juga bertanyakan apakah tindakan oleh PPRH dan telah dinyatakan oleh Bendahari proses dimulakam dengan pihak PPRH memberi tempoh selama 6 bulan dan diikuti oleh surat peringatan. Jika masih gagal, kad penduduk akan disekat. 3.3.4 Puan Loo Chai Hiang telah mencadangkan agar maklumat penduduk yang masih gagal/berdegil untuk membayar yuran bulanan di paparkan secara terbuka jika semua cara yang dilakukan oleh pihak PPRH tidak diendahkan dan cadangan tersebut mendapat persetujuan dari majoriti penduduk yang hadir. Encik Rahman mencadangkan hanya menerbitkan nombor rumah dan jumlah yuran bulanan tertunggak milik penduduk yang gagal membuat bayaran lebih dari 6 bulan. 3.3.5 Puan Loo Chai Hiang juga meminta agar pihak PPRH menyediakan laporan kewangan terkini iaitu dari 01 Januari 2023 sehingga 30 Apri l 2023 tetapi dijelaskam oleh Bendahari ia adalah mustahil kerana semakan dan audit hanya berlaku s etahun sekali dan pengesahan kira -kira hendaklah dilakukan bagi setiap laporan kewangan dan bukan diedarkan sewenang wenangnya. 3.4 Penyata kewangan ini disahkan oleh Encik Mohd Farid dan disokong oleh Puan Siti Hajar. Tindakan Untuk Makluman


4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tuan Pengerusi mengingatkan bahawa Persatuan Penduduk Rini Hills adalah termaktub dibawah perlembagaan ROS dan bukan strata di mana segala peraturan baru hendaklah dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan diminitkan serta dipersetujui oleh majoriti terlebih dahulu sebelum ia di laksanakan. 4.2 Puan Loo Chai Hiang bertanya tentang kemaskini kerja-kerja yang dilakukan oleh para ahli jawatankuasa PPRH. Telah dijelaskan segala aktivti dan kemaskini kegiatan oleh ahli jawatankuasa ada dimaklumkan didalam kumpulan WhatsApp penduduk Taman Mutiara Rini yang mana masih ramai penduduk yang tidak cakna dengan kewujudannya. 4.3 Encik Abdul Malek mengusulkan semua haiwan peliharaan dipantau dan dijaga oleh tuan masing-masing di mana l ebih- lebih anjing perlu ditemani oleh penjaganya pada setiap masa ia berada diluar kawasan rumah. Encik Sazali menyatakan masalah yang sama berulang saban tahun dan aduan ke atas anjing yang tidak bertu an juga telah dibuat. Aduan juga dibuat ke atas kucing yang tidak bertuan. 4.3.1 Puan Rokiah telah mencadangkan agar pihak PPRH mengeluarkan surat amaran kepada pemilik di samping penduduk sendiri mengambil inisiatif untuk berdepan dengan pemilik haiwan peliharaan. 4.3.2 Encik Asmadi menyarankan adalah lebih baik segala aduan berkenaan haiwan yang berkeliaran di buat sendiri oleh penduduk memandangkan pihak AJK tidak tahu perincian kejadian kerana pihak MBIP akan menelefon pengadu untuk bertanya lebih lanjut. 4.4 Encik Abdul Malek meminta pihak sekuriti untuk mengetatkan lagi kemasukan orang luar ke dalam taman. 4.4.1 Encik Asmadi memaklumkan pihak PPRH telah melaksanakan aplikasi MyREDS untuk membantu pihak sekuriti dan PPRH memantau kemasukan pelawat serta penduduk yang gagal membuat bayaran bulanan. Aplikasi tersebut juga membantu penduduk untuk memantau sendiri pelawat ke rumah mereka memandangkan ada permintaan daripada penduduk untuk pihak sekuriti menelefon sebelum membenarkan pelawat mereka masuk yang mana amat menyulitkan kepada semua pihak kerana jumlah kemasukan pelawat ke taman i ni adalah tinggi dan ia boleh menambah kesesakan lalulintas. 4.4.1.1 Encik Rosli bertanya apakah tindakan kepada penduduk yang menggunakan aplikasi MyREDS jika mereka gagal membuat bayaran lebih dari 6bulan. Encik Asmadi menjelaskan aplikasi di telefon mereka akan disekat. 4.5 Encik Asmadi mencadangkan kebersihan depan dan belakang kawasan rumah perlu dipantau sendiri oleh tuan rumah kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan kes denggi yang masih berlaku di Taman Mutiara Rini adalah disebabkan oleh sikap individu s endiri yang gagal


. menjaga kebersihan persekitaran. 4.5.1 Encik Hafiz selaku ketua Biro Kebersihan menegaskan pihak KKM telah memberi peringatan dan tidak akan teragak-agak mengeluarkan saman berjumlah RM500 kepada penduduk yang gagal menjaga k ebersihan dikawasan rumah mereka. 4.5.2 Encik Abdul Malek mencadangkan untuk membersihkan longkang besar tetapi di j elaskan oleh Encik Sazali ia adalah agak sukar kerana kebanyakan longkang bertutup rapi. Di ingatkan juga nyamuk Aedes boleh membiak di dalam bekas di dalam rumah dan bukan di dalam longkang atau kawasan luar rumah sahaja . 4.5.3 Puan Rokiah mencadangkan kepada semua penduduk untuk menyembur Ridsect di seluruh rumah sekuramg -kurangnya sebulan sekali untuk mengurangkan potensi pembiakan nyamuk Aedes. 4.5.4 Encik Salim bertanyakan apakah tindakan lain oleh pihak MBIP dan beliau mencadangkan agar pihak PPRH mencadangkan kepada MBIP untuk mencontohi negara Singapura yang menggunakan kaedah pelepasan nyamuk WOLBACHIA yang lebih berkesan untuk jangkamasa panjang berbanding kaedah fogging yang masih digunakan oleh KKM dimana ia merupakan solusi jangkamasa pendek dsn berulang. 4.6 Encik Hamid menegaskan masalah haiwan peliharaan dan kebersihan bermula dengan sikap individu dan tidak boleh mengharapkan untuk dipantau oleh pihak AJK. Di samping haiwan peliharaan, tidak semua orang suka dengan pokok yang di tanam oleh jiran mereka. 4.7 Puan Margaret mengusulkan untuk pihak PPRH meletakkan papantanda larangan meletak kenderaan di setiap simpang jalan. Telah dijelaskan oleh Encik Asmadi papantanda walau di dalam kawasan perumahan adalah di bawah tanggungjawab MBIP dan pihak PPRH tidak boleh sebarangan meletak apa jua papantanda tanpa kebenaran dari pihak MBIP. Masalah parkir tidak tersusun oleh penuduk sepatutnya tidak berlaku memandangkan ia adalah logik akal dan tidak memerlukan arahan dari pihak ketiga . Jiran juga boleh menegur dan tidak membuang masa dengan mengadu pada AJK untuk mengambil tindakan. Encik Sazali akan berhubung dengan MBIP berkenaan papantanda yang dicadangkan. 4.8 Encik Lee mencadangkan stiker di tampal oleh pihak PPRH di rumah penduduk yang membuat bayaran setahun penuh untuk memberi tekanan kepada penduduk yang tidak membuat bayaran. Puan Farahwahida membangkang kerana sekali lagi ia bergantung kepada sikap. Pihak PPRH perlu pula mengeluarkan kos untuk stiker disamping rumah penduduk yang berbayar penuh bertampal stiker sedangkan rumah yang tidak berbayar bersih tanpa tampalan apa-apa. 4.9 Puan Rokiah mencadangkan untuk mengecat semula semua tembok di sepanjang taman perumahan. Ustaz Asmadi Telah menerangkan disebabkan kos yang tinggi, hanya tembok di Gate A dan Gate B sahaja di cat.


4.10 Encik Salim mencadangkan bayaran tambahan RM10 untuk tujuan menganjurkan majlis Mesyuarat Agung Tahunan. Encik Asmadi menjelaskan cadangan untuk menyimpan RM100,000 daripada akaun persatuan ke dalam Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit) untuk mendapat pendapatan tambahan agar tidak bergantung kepada pungutan yuran semata-mata untuk menganjurkan sebarang aktiviti. Encik Hamid berpendapat cadangan penambahan tersebut adalah tidak sesuai. 4.11 Encik Abdul Malek mencadangkan untuk membuat bonggol(speed hump) di beberapa tempat untuk mengurangkan kelajuan kenderaan di dalam taman. 4.11.1 Puan Hazlinah mencadangkan agar diletakkan papantanda had laju. . Encik Sazali menyatakan umum mengetahui had laju di dalam kawasan taman perumahan adalah tidak melebihi 40km/j dan papantanda tersebut ada Cuma ia telah rosak dan pihak MBIP masih tidak membaikinya. 4.12 Encik Nor Azrul menegur pokok di taman permainan yang mana daun yang luruh tidak lagi kerap dibersihkan seperti sebelumnya. Encik Hafiz memberitahu dengan kadar RM2500 sebulan adalah tidak cukup untuk memastikan sekitar taman perumahan bersih dari segala daun yang gugur sepanjang masa. 4.13 Encik Nik Ahmad Ridhwan menegur keadaan taman permainan yang sangat merbahaya kepada kanak-kanak kerana keadaannya yang tidak kondusif dan selamat . Encik Hafiz meminta kerjasama penduduk untuk sama-sama membuat laporan kepada MBIP. 4.14 Encik Asmadi selaku bendahari mencadangkan beberapa perkara berbangkit untuk mendapatkan persetujuan daripada para penduduk yang hadir. Majoriti penduduk memberi persetujuan ke atas setiap cadangan tersebut. 4.14.1 Memberi bonus kepada Puan Hidayah atas segala kerja tambahan yang beliau lakukan selain tugas hakiki sebagai kerani persatuan. 4.14.2 Mengadakan baju uniform untuk Puan Hidayah untuk memudahkan penduduk mengemalpasti beliau sebagai kerani. 4.14.3 Mengadakan rompi(vest) untuk Ahli Jawatankuasa PPRH dimana rompi tersebut adalah dipinjamkan dan bukan menjadi milik kekal individu (AJK). 4.14.4 Memberi imbuhan kepada semua Ahli Jawatankuasa memandangkan mereka tidak menerima sebarang bayaran atas khidmat yang diberikan. 4.15 Encik Nik Ahmad Ridhwan mencadangkan untuk menambah papantanda di bumbung laluan masuk sepertimana dibuat untuk laluan keluar. Encik Asmadi menerangkan telah banyak papantanda dibuat untuk laluan masuk dan tidak bercadang untuk menambah papantanda yang baru buat masa terdekat. Tindakan: Ahli Jawatankuasa dan Penduduk


55.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 5.1 Barisan Ahli Jawantankuasa memperkenalkan diri kepada para penduduk. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00petang. Tindakan: Ahli Jawatankuasa PPRH Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: SHARIFAH FATIMAH BT SYED ALI ASMADI BIN MD. RAHANI) SAZALI BIN ALI Setiausaha Bendahari Pengerusi Persatuan Penduduk Rini Hills Persatuan Penduduk Rini Hills Persatuan Penduduk Rini Hills Taman Mutiara Rini Taman Mutiara Rini Taman Mutiara Rini


KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK RINI HILLS KALI KE - 10 2022/2024 1. Pn Chaw May Chee 2. En Cheong Kok Woi 3. Pn Ho Sek Lee 4. En Sazali Bin Ali 5. En Chiang Choon Fatt 6. Pn Heng See Ling 7. En Ng Soo Hock 8. En Mohd Faris Bin Mohd Nor 9. Pn Hadayu Lina Bte Razali 10. En Shadan Bin Tecklan 11. En Abdul Malek Bin Md Zin 12. En Tan Kian Peng 13. En Shahrul Nizam Bin Jaffar 14. Pn Sharifah Fatimah Bte Syed Ali 15. Pn Lau Bee Chee 16. En Lee Mun Sum 17. Pn Law Seet Mooi 18. Pn Sheila Dewi 19. En Lin Boon Hwa 20. En Tan Yin Hao 21. En Tan Yin Keat 22. En Koh Lai Siong 23. Pn Farawahida Bte Mohd Yusof 24. En Asmadi Bin Md Rahani 25. En Zain Azzra’iy Bin Haji Mahat 26. En Samsudin Bin Md Tarmudi 27. En Norlizarin Bin Md Yusop 28. Pn Asmawati Bte Omri 29. En Ali Bin Abdullah 30. En Theywa a/l Subramaniam 31. Pn Goh Ah Moi 32. Pn M. Santhi 33. En Shahadan Haji idris 34. Pn Kwee Ong Hwa 35. En Kee Keng Peng 36. En Kee Ching Guan 37. En Yap Song Rong 38. En Yong Lee Cheng 39. En Hafiz Bin Yaacob 40. Pn Suhaina Binti Yahaya 41. Nor Azrul Bin Abd Malik 42. En Looi Kian Peng 43. Pn Che Reha Bte Ya 44. En Tan Yin Nee 45. Pn Akmaliley Bte Abdullah 46. Pn Noor Hayati Bte Mohd Yusak 47. En Hi Koang Hwei 48. Pn Rosalita Bte Abd Hir 49. En Lee Boon Hau 50. En Abd Hamid 51. Pn Sabarena Bte Yusop 52. En Raja Ramli Bin Raja Othman 53. En Yap Chin Tiam 54. En Abd Rahman Bin Awang 55. En Ahmad Zaki Bin Arsat 56. Pn Siti Hajar Bte Sidek 57. Pn Nor Haizi Bte Abd Nasir


58. Pn See Chew Choon 69. En Chew Boon Leong 60. En Lee Wai Yen 61. En Tan Siew Sin 62. Pn Margaret Lee 63. En Mohd Azmi Bin Md Sait. 64. Pn Khatijah Bte Tajudin 65. En Lim Toh Wen 66. En Eddie Arifin Bin Rubain @ Rubaeh 67. En Mohd Farid Yu Bin Abdullah 68. En hairol Azhar Bin Abd Kadir 69. Pn Sahidatul Azwa Bte Ismail 70. Pn Mee Ai Ngok 71. En Nor Faizal Bin Nordin 72. Pn Christina a/p Sowriappan 73. Pn Kong Yi Keong 74. Pn Noor Aini 75. En Jemanon Bin Kayat 76. En Lee Lai Hock 77. Pn Loo Chai Hiang 78. En Liew You Kian 79. En Ahmad Saufi Bin Mohamed Zahri 80. Pn Lieng Li Li 81. En Tay Kah Chiaw 82. Pn Tan Mui Hong 83. En Lok Ah Choi 84. Pn Chan Poh Choo 85. Pn Lee Foong Yoke 86. En Lai Yong Kit 87. Pn Hazlinah Bte Tajudin 88. Che Hasbullah Bin Che Rani 89. En Chia Kok Ming 90. Pn Rosyati Bte Kadis 91. Pn Chia Kim Fong 92. Pn Noraini Bte Amat 93. Pn Guan Shou Ping 94. Pn Azlin Bte Ahmad Ali 95. En Ungku Ahmad Bin Ungku Zakaria 96. En Yeoh Sieh Cheng 97. Puan Melor Bte Omar 98. Pn Aidah Bte Ubin 99. Pn Normaliza Bte Sukarno 100. En Khrisnan a/l Munisamy 101. En Nik Ahmad Ridhwan 102. Pn Rokiah Bte Ibrahim 103. Pn Nur Hidayah Bte Ibrahim


Terima kasih


Click to View FlipBook Version