GENERASI MADANI,SEKOLAH BEBAS DADAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INTAN PERDANA 1.MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD NASRUN (2 IBNU KHALDUN) 2.MUHAMMAD IRFAN SYAHMI BIN MOHD HELMI (2 IBNU KHALDUN) 3.MUHAMMAD FITRI ALAMGIR BIN MOHD NUR SUHAIMI (2 IBNU KHALDUN) PN.NOOR LIZURA BINTI MOHAMED NASIR GURU PENYELARAS PPDa SMK INTAN PERDANA NAMA SEKOLAH NAMA AHLI KUMPULAN NAMA GURU PEMBIMBING KOD SEKOLAH NEA2057
Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat, merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan berlebih atau tidak mengikut had dan peraturan. MAKSUD DADAH
Mengikut kajian dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut -Opiat -Inhalan -Ganja -Depresen -Stimulan JENIS DADAH
Opiat merujuk kepada dadah yang dihasilkan dari getah pokok popi. Antara dadah kategori opiat ialah candu, heroin dan morfin. Dadah candu sudah lama tidak digunakan di Malaysia, namun dadah heroin dan morfin masih lagi disalahgunakan. Dadah heroin dan morfin diproses ke dalam bentuk blok mampat dan dipeket ke dalam unit yang lebih kecil untuk mudah dipasarkan. OPIAT
INHALAN Sejenis bahan mudah meruap. Bahan ruapan ini seterusnya menghasilkan wap-wap bersama bahan kimia psikoaktif, yang mana jika wap itu dihirup atau disedut dengan cepat dan kuat, akan dapat memberikan kesan khayalan dan euforia kepada pengguna, sekaligus mengubah cara minda berfungsi.
GANJA Berasal dari pokok hemp, Cannabis sativa dan mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Bahan kimia utama yang bersifat psikoaktif dalam ganja ialah delta9- tetrahydrocannabinol atau lebih dikenali sebagai THC. Ganja akan dikeringkan dan diproses sebelum boleh digunakan sebagaimana menggunakan tembakau.
DEPRESEN Depresen secara sahnya digunakan untuk merawat penyakit kegelisahan yang melampau dan juga kecelaruan tidur seseorang individu. Dadah jenis penindas ini bertindak di sistem saraf pusat individu dengan cara memperlahankan gerak kerja organ dalam tubuh pengguna. Antara contoh dadah jenis depresen adalah termasuk ubat sedatif dan tranquilizer seperti Barbiturates, Erimin 5, dan juga Roche.
STIMULAN Stimulan merujuk kepada dadah-dadah yang merangsang sistem saraf pusat seseorang secara hiper dan drastik, kesan daripada bahan psikoaktif yang terdapat dalam komponen dadah tersebut. Terdapat 3 jenis dadah stimulan yang biasa disalahguna pada masa kini iaitu dadah jenis Kokain, Amphetamine, dan Methamphetamine.
KESIMPULANNYA KAMI BERHARAP AGAR ANAK MUDA TIDAK MENYALAHGUNAKAN DADAH DAN KAMI BERHARP AGAR ANAK MUDA MENJADI INSAN YANG BERGUNA DI SUATU HARI NANTI. KESIMPULAN PENGHARGAAN Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kami menyiapkan Buku Skrap Digital ini yang bertemakan “Generasi Madani,Sekolah Bebas Dadah”sempena Program E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 Akhir kata,terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa proses menyiapkan buku skrap digital ini. SEKIAN,TERIMA KASIH