The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hebahan awal maklumat mengenai Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SKSS, 2022-03-21 20:58:45

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT

Hebahan awal maklumat mengenai Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat.

Keywords: Sekolah,Sekamat,Maklumat,Info,Kebangsaan

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT

BT 12 1/2 JALAN CHERAS
43000 KAJANG
SELANGOR

NO. TELEFON: 03-8736 0579
EMAIL SEKOLAH: [email protected]

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Bismillahhirrahmanirrahim, DR. SARIFAH RAFEAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. BT YA'ACOB

GURU BESAR SKSS

Yang dihormati semua ibu bapa murid SK Seri Sekamat. Terlebih dahulu
saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan puan atas kejayaan tuan
puan menunaikan tanggungjawab menghantar anak-anak bersekolah di SK
Seri Sekamat. Terima kasih kerana sudi memilih SK Seri Sekamat sebagai
tempat anak tuan puan menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman.

SK Seri Sekamat berazam untuk melaksanakan segala amanah yang
diberi dengan sebaik mungkin. Adalah menjadi tekad kami untuk
merealisasikan segala impian tuan puan mahu melihat anak-anak berjaya
suatu masa nanti. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bersatu hati agar
tindak buat dan fokus kita berada pada landasan yang sama. Selaku ibu bapa
kepada anak-anak, kita perlu saling bekerjasama, bermuafakat dan seiringan
agar akhirnya nanti anak-anak kita dapat dididik dengan sempurna, berilmu
pengetahuan, berkemahiran dan berpekerti tinggi, generasi gemilang pewaris
masa depan Negara.

Dalam usaha ke arah tersebut, SK Seri Sekamat menggariskan visi dan
misi yang menjadi pendukung dalam usaha kami melahirkan modal insan
sempurna yang bakal menjadi aspirasi Negara. Di samping itu, KPI sekolah
juga menjadi sandaran kami untuk memastikan kualiti murid dalam segenap
aspek dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Semoga restu Allah
SWT sentiasa mengiringi perjuangan kami.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KPM

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera”

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

DESKRIPSI VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat mengupayakan sistem
pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan
cemerlang dari segi akademik dan sahsiah agar menjadi generasi

yang dapat menjamin kesejahteraan bangsa dan Negara

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat melestarikan satu sistem
pendidikan berkualiti merangkumi aspek kepimpinan,

pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal
ehwal murid serta proses pembelajaran yang berkesan bagi
membangunkan potensi murid dalam memenuhi aspirasi
Negara.

PIAGAM PELANGGAN

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat komited dan berjanji akan
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan kami :

MURID
1. Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.
2. Memastikan semua murid mendapat pengajaran dan pembelajaran

mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
3. Memastikan semua kerja murid akan disemak dengan teliti dalam

ja ngka masa tiga hari selepas diberi.
4. Berpeluang menyertai semua program sekolah diperingkat zon, negeri

da n kebangsaan bagi yang layak.
5. Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu,

be rketerampilan, beramal dan berakhlak mulia.

GURU DAN STAF
1. Memastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut

op syen.
2. Memastikan guru-guru dan staf sokongan yang baru bertugas

m enerima gaji dalam tempoh tiga bulan.
3. Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang.
4. Mewujudkan suasana kerja berpasukan dan setiakawan di antara

warga sekolah.
5. Melaksanakan segala khidmat dan tanggungjawab dengan penuh

ikh las di samping mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

IBU BAPA DAN PELAWAT

1. Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan sekolah
dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.

2. Memastikan segala aduan daripada ibu bapa atau penjaga akan
m endapat perhatian dan tindakan segera.

3. Berkongsi idea dan bekerjasama dengan ibu bapa /penjaga melalui
sa luran PIBG bagi meningkatkan kemajuan, menjalin perpaduan dan
hubungan baik tanpa mengira latar belakang dan keturunan.

STAKEHOLDER

1. Memastikan laporan dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia,
JPN, dan PPD sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.

2. Memastikan segala urusan surat-menyurat dengan PPD, JPN, atau
Kem enterian Pendidikan Malaysia berbalas dalam masa tujuh hari.

KPI SEKOLAH 2022/2023

ALIRAN PERDANA
1. Meningkatkan peratus pencapaian PBD TP5 dan TP6 untuk semua

ma ta pelajaran kepada 41% (TOV : 40.11%).
2. Mengurangkan tahap penguasaan minimum PBD TP1 dan TP2 kepada

0.60% (TOV : 0.76%).
3. Memastikan 100% murid tahun 3 menguasai Literasi Bahasa Melayu,

Ba hasa Inggeris, dan Numerasi (TOV: BM-99.53%, BI-99.53%,
MT-99.53%).
4. Memenangi sekurang-kurangnya 5 pencapaian dalam Kokurikulum
da n Ko-Akademik di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan
sa ma ada di tempat pertama, kedua dan ketiga (TOV : 4).
5. Memastikan penglibatan murid dalam Kokurikulum dan
K o-Akademik anjuran PPD, JPN, dan KPM serta agensi luar
me ningkat ke pada 23% (TOV : 22.01%).

PPKI (Murid Berkeperluan Khas)

1. Meningkatkan peratus pencapaian Program Inklusif bagi Murid
B erkeperluan Khas kepada 80% (TOV : 75.7%).

2. Meningkatkan peratus penguasaan tahap pengurusan diri Murid
Be rkeperluan Khas kepada 77% (TOV : 76%).

3. Meningkatkan penglibatan Murid Berkeperluan Khas dalam
Kokurikulum dan Ko-Akademik anjuran PPD, JPN, KPM kepada 3
pen yertaan (TOV :1).

PRASEKOLAH

1. Memastikan pencapaian tahap penguasaan IPPK TP2 dan TP3 murid 6
ta hun prasekolah mencapai 90% (TOV : 89%).


Click to View FlipBook Version