The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book: “Teknik Mudah Copywriting” ini disediakan khusus untuk para pelajar, pensyarah dan usahawan sebagai rujukan sama ada untuk mengajar, belajar mahupun untuk perniagaan.
Buku ini mengandungi empat topik yang utama yang menjadi panduan dalam menulis copywriting dalam Facebook secara khususnya, laman web, WhatsApp dan sebagainya.
Teknik Hardsell, Softsell dan Teaser dijelaskan secara mudah dan contoh-contoh teknik copywriting yang baik dikongsikan melalui e-book Teknik mudah copywriting ini. Semoga penghasilan e-book ini memberi manfaat kepada semua.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shatilashani, 2021-11-05 02:45:58

EBOOK_TEKNIK MUDAH COPYWRITING

E-book: “Teknik Mudah Copywriting” ini disediakan khusus untuk para pelajar, pensyarah dan usahawan sebagai rujukan sama ada untuk mengajar, belajar mahupun untuk perniagaan.
Buku ini mengandungi empat topik yang utama yang menjadi panduan dalam menulis copywriting dalam Facebook secara khususnya, laman web, WhatsApp dan sebagainya.
Teknik Hardsell, Softsell dan Teaser dijelaskan secara mudah dan contoh-contoh teknik copywriting yang baik dikongsikan melalui e-book Teknik mudah copywriting ini. Semoga penghasilan e-book ini memberi manfaat kepada semua.

SHATILA BINTI SHANI
MOHAMAD NIRZA YUSNIEZAM B. KUSUIRI

E-BOOK 2021

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

SHATILA BINTI SHANI
MOHAMAD NIRZA YUSNIEZAM B. KUSUIRI

Cetakan Pertama / First Printing, November 2021

SHATILA BINTI SHANI
MOHAMAD NIRZA YUSNIEZAM B. KUSUIRI

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, isi
kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentukdan cara samada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada Politeknik
Mukah.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form
or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information
storage and retrieval system, without permission in writing from the Politeknik Mukah.

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Politeknik Mukah
KM7.5 Jalan Oya

96400 Mukah
Sarawak, Malaysia

084-874001
www.pmu.edu.my

PRA KATA

E-book: “Teknik Mudah Copywriting” ini disediakan khusus untuk para pelajar,
pensyarah dan usahawan sebagai rujukan sama ada untuk mengajar, belajar mahupun
untuk perniagaan.

Dalam memulakan sesebuah perniagaan, kita sering keliru bagaimana untuk mula
menulis dalam media sosial terutama di Facebook, Instagram dan sebagainya. Teknik
penulisan yang baik akan membantu untuk capture audience dengan lebih baik dan
mendorong pembaca untuk terus membaca. Bila perlu menulis, bagaimana hendak
menulis akan diterangkan secara ringkas dan contoh-contoh teknik penulisan
copywriting akan dikongsikan dalam e-book ini.

Buku ini mengandungi empat topik yang utama yang menjadi panduan dalam menulis
copywriting dalam Facebook secara khususnya, laman web, WhatsApp dan
sebagainya. Teknik Hardsell, Softsell dan Teaser dijelaskan secara mudah dan contoh-
contoh teknik copywriting yang baik dikongsikan melalui e-book Teknik Mudah
Copywriting ini.

Akhir kata, diharapkan dengan penghasilan buku ini dapat membantu pensyarah,
pelajar dan usahawan menulis copywriting dengan lebih baik dan seterusnya dapat
membantu menarik perhatian prospek untuk terus berminat dengan produk dan
perkhidmatan yang dipromosikan.

Senarai Kandungan

_______________________________________________________________

Pra Kata PENGENALAN Muka Surat
Kandungan Pengenalan i
Topik 1 Kelebihan Perniagaan Digital
Konsep Copywriting ii
Topik 2
Topik 3 TEASER 1
Konsep Teaser 5
Topik 4 Contoh Teaser 8

Rujukan HARDSELL 12
Konsep Hardsell 13
Ciri-ciri Hardsell
Formula AIDCA 18
Contoh Hardsell 19
Cabaran Hardsell 21
27
SOFTSELL 33
Konsep Softsell
Contoh Softsell 34
Cabaran Softsell 36
40
42

TOPIK 1:
Pengenalan

1

PENGENALAN

Pada masa kini, internet adalah alat komunikasi yang sangat berkuasa dalam
perniagaan. Usahawan boleh menjimatkan masa perniagaan, mempromosikan atau
mengiklankan produk dan mengurangkan kos operasi serta mengembangkan pakatan
strategik dengan lebih pantas dan cekap melalui perniagaan dalam talian (e-Dagang).
Menurut statista.com, statistik pengguna internet di Malaysia dari tahun 2015 hingga
2019 menunjukkan angka peningkatan dan terus meningkat sehingga beberapa tahun
kebelakangan ini. Pada tahun 2019, 27.97 juta orang mengakses internet di Malaysia
berbanding angka lima tahun lepas iaitu 21 juta. Angka ini dijangka meningkat kepada
30.77 juta menjelang tahun 2025. Berbanding dengan penjual, pembeli adalah
pengguna internet paling ramai di Malaysia. Sejumlah RM5 bilion dalam saiz pasaran
perniagaan dalam talian di Malaysia pada 2014 berbanding 2010 iaitu RM 1.8 bilion.
Peningkatan bilangan pengguna internet dan pembeli dalam talian mewakili potensi
pasaran perniagaan dalam talian yang sangat besar.

Rajah 1: Bilangan pengguna internet di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2020 dan
ramalan sehingga tahun 2025 (dalam jutaan)

Sumber: Statista.com

2

Senario bagaimana transaksi dilakukan dalam abad ini yang dikatakan dalam industri
4.0 bukan lagi sehala. Sebelum internet, pemilik perniagaan hanya boleh menjual
produk atau perkhidmatan mereka melalui televisyen, radio atau pengiklanan cetak.
Jika iklan itu berjaya menarik pelanggan, kemungkinan jualan akan melonjak.
Walaupun produk atau perkhidmatan di pasaran tidak memenuhi jangkaan pengguna,
mereka tetap akan membelinya kerana mereka mempunyai sedikit pilihan atau tiada
langsung. Ini amat berbeza dengan keadaan masa ini, kerana orang ramai tidak mudah
terpengaruh dengan iklan. Ini berikutan kewujudan media sosial dan laman web
seperti Facebook, Instagram, marketplace, dan seumpamanya, telah mengubah corak
pembelian pengguna.

Faktor utama yang telah mengubah corak pembelian pengguna adalah:-
1. Semua maklumat di hujung jari

Pengguna kini mempunyai kelebihan untuk mengumpul maklumat yang
mencukupi sebelum membuat pembelian yang mungkin akan merugikan
mereka. Pengguna boleh menilai kualiti dan harga sesuatu barangan dengan
membandingkannya dengan jenama lain dengan hanya melayari internet.

2. Maklum balas (feedback) pelanggan
Pembelian daripada pengguna hari ini sangat dipengaruhi oleh kenyataan atau
testimonial yang dibuat oleh pembeli lain tentang produk yang telah mereka
gunakan. Maklum balas yang baik akan membantu penjual untuk meneruskan
kelangsungan perniagaan mereka.

3

Sehubungan itu, peniaga tidak boleh hanya menganggap diri mereka hanya sebagai
penjual. Sebagai peniaga, kita mesti menyedari bahawa pelanggan hari ini jauh lebih
berpendidikan daripada mereka dari masa lalu. Jika sesuatu produk tidak sepadan
dengan keperluan pelanggan, maklum balas negatif (komen) akan memberi kesan
langsung kepada jualan. Apliksasi komunikasi digital seperti Whatsapp, Telegram,
WeChat dan lain-lain dalam media sosial menyediakan hubungan langsung antara
pelanggan dan penjual. Sepatutnya tiada lagi jurang yang besar antara peniaga dan
pelanggan, di mana peniaga perlu menitik beratkan terhadap perkara tersebut.
Pelanggan akan lebih setia kepada jenama penjual sekiranya hubungan komunikasi
berjaya. Matlamat menjadi usahawan digital adalah untuk memenuhi keperluan
pelanggan atau menyelesaikan masalah pelanggan dengan produk atau perkhidmatan
yang anda jual. Jadi anda sebagai peniaga, keutamaan anda perlu mendekatkan jurang
anda dengan prospek dan pelanggan anda. Namun begitu, disebabkan perniagaan
digital sangat sensitif terhadap perkara ini, produk atau perkhidmatan yang dijana
semasa proses perniagaan mestilah berkualiti optimum dan harga berpatutan.
Penulisan yang baik bertujuan untuk pengiklanan perlulah menarik perhatian prospek
dan pelanggan dan perkara ini akan menjadi kunci utama kejayaan perletakan
(positioning) produk, perkhidmatan atau jenama sesebuah perniagaan.

4

Kelebihan menjalankan perniagaan secara atas talian
1. Internet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia kini dihubungkan melalui internet, ia telah
mengubah cara kita bekerja, bermain, berniaga, dan berinteraksi antara satu
sama lain secara radikal. Internet telah mengubah corak kehidupan kita iaitu
cara kita berfikir bahkan cara kita hidup. Pengaruh internet terus berkembang
dan setiap hari semakin banyak perniagaan menyedari keperluan untuk
berkomunikasi dan menjalankan perniagaan secara dalam talian.

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet berkembang sepanjang masa.

Sebahagian besar dari kita hari ini mengalami kekangan masa. Usahawan boleh
menjimatkan masa perniagaan, mempromosikan atau mengiklankan produk
dan mengurangkan kos operasi melalui perniagaan dalam talian. E-commerce
berkembang sepanjang masa dan seperti yang dapat dilihat dalam rajah 2,
penjualan perniagaan ke pengguna dalam talian global (B2C) dijangka
meningkat dua kali ganda antara tahun 2017 dan 2021. Pada tahun 2020, nilai
dagangan kasar atau Gross Merchandise Value (GMV) di pasaran e-dagang
Malaysia berjumlah kira-kira enam bilion dolar AS dan dijangka mencapai 13
bilion dolar pada tahun 2025. Ini jelas menunjukkan E-dagang telah meningkat
di Malaysia kini dan diramalkan akan terus meningkat.

5

Rajah 2: Nilai dagangan kasar tahunan (GMV) pasaran e-dagang di Malaysia
dari 2015 hingga 2020 dan ramalan untuk tahun 2025

Sumber: Statista.com
3. Internet telah sepenuhnya mengubah cara kita berkomunikasi.

Pertumbuhan dan penggunaan internet bak cendawan tumbuh selepas hujan
telah banyak mengubah banyak aspek cara kita berkomunikasi antara satu
sama lain. Kedudukan geografi kita tidak lagi mempunyai ukuran untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Kita boleh berkomunikasi dengan
seseorang di seberang dunia semudah kita bercakap dengan jiran kita.
Perniagaan boleh memindahkan data melalui internet tanpa perlu menunggu
perkhidmatan pos. Pekerja kini boleh terus bekerja dari rumah mereka tanpa
perlu ke pejabat. Selain itu, dalam pencarian untuk menjimatkan kos, syarikat
dapat melakukan outsourcing pekerjaan, yang bermaksud menggaji seseorang
dari luar syarikat walaupun di negara yang berbeza.

6

Dengan peningkatan pengguna internet dan sosial media telah memberi peluang
kepada peniaga secara talian untuk melebarkan sayap perniagaan tanpa sempadan.

7

Definisi Copywriting

Copywriting adalah proses penulisan dalam pandangan perniagaan, untuk pemasaran
dan iklan dengan tujuan:

Untuk mewujudkan kesedaran jenama
Untuk menarik perhatian pembaca
Meningkatkan minat prospek / bakal pelanggan
Yakinkan pembaca anda
Mendesak mereka untuk mengambil tindakan seterusnya

Dan yang paling penting sekali, Copyrwiting adalah penting kerana ia dapat
membantu dan mendorong mendapat keuntungan, memperoleh Return on
Investment (ROI) dan mencapai matlamat perniagaan peniaga dengan meyakinkan
pelanggan sasaran anda bahawa penawaran produk anda akan menyelesaikan
keperluan mereka dan memberikan nilai kepada mereka.
Pendek kata: Copywriting adalah teknik menjual yang efektif:-
Hal ini kerana:-

FAQs atau soalan lazim anda memberikan jawapan kepada soalan mereka
apabila mereka memerlukannya
Kandungan/Content Facebook dan Instagram anda menarik pembaca untuk
follow anda
Blog anda menawarkan banyak maklumat menarik dan berinformasi
Kandungan laman web anda membantu mereka bagaimana anda dapat
menyelesaikan masalah mereka
Iklan anda memberi mereka gambaran ringkas
Skrip video anda menghiburkan dan melibatkan mereka (pembaca)

8

Perniagaan anda memerlukan pelanggan. Sehubungan itu, perniagaan anda
memerlukan copywriting yang berkualiti. Berikut merupakan asas copywriting.

Menarik
Prospek

Mewujudkan Mendorong
kesedaran pembaca untuk
jenama terus membaca

Meyakinkan Pembaca
prospek untuk mengambil
membeli produk tindakan (CTA)

9

• Lebih – lebih baik, lebih berkesan
• Terrr….
• Ini sahaja…tiada yg lain…
• Kesan ke atas kesan – “Alat Mengelakkan Suami Curang” (Produk: cuci

muka) Beli cuci muka, muka jadi cantik. Bila cantik, suami takcurang.
• Anda gemuk tapi malas untuk bersenam?
• Mari sini saya tunjukkan bagaimana untuk….
• Jangan baca! (Reverse psychology)
• Perhatian kepada perempuan berumur 25 tahun yang sudah berkahwin

sahaja.
• Misteri, rahsia dibongkarkan, didedahkan.
• “Best. Guna 3 hari saja dah start kurang berat badan (Zaim, Mukah

Sarawak)
• Pandang muka anak-anak, fikirkan nasib mereka jika……………….

10

Jenis Copywriting

11

TOPIK 2:
Teaser

12

Teknik Teaser

Memperkenalkan produk baru atau memperkenalkan semula produk yang ada
ke pasaran. Wujudkan rasa ingin tahu dalam kalangan pembaca atau audience.
Perkataan teaser sendiri memberi maksud mengusik atau anda boleh
memberikan sedikit preview berkenaan dengan produk atau perkhidmatan
baru anda. Teknik copywriting ini juga boleh digunakan untuk memperkenalkan
semula produk yang berada dalam peringkat penurunan Kitaran Hayat Produk
(Product Life Cycle). Jangan lupa untuk masukkan gambar/poster atau video
untuk menjadikan iklan anda menjadi lebih menarik. Ia adalah satu elemen eye
catcher dalam setiap copywriting anda.
Berikut merupakan penggunaan teaser dalam Facebook.

TEASER 1 : Contoh Teaser dalam Facebook

13

TEASER 2 : Contoh Teaser dalam Facebook

14

TEASER 3 : Contoh Teaser dalam Facebook

15

TEASER 4 : Contoh Teaser dalam Facebook

16

TEASER 5 : Contoh Teaser dalam Facebook

17

TOPIK 3:
Hardsell

18

Teknik Hardsell

Teknik hardsell merujuk pada penggunaan pendekatan periklanan (advertising)
atau penjualan (sales) yang tepat, terus atau secara langsung, yang bertujuan
untuk memujuk prospek untuk membuat keputusan segera untuk membeli
produk atau perkhidmatan anda. Harsell bersifat sangat langsung. Iklan akan
mengandungi slogan yang kuat dan lantang untuk menarik perhatian pembeli,
atau penjual akan menjadi sangat gigih dan mendorong pembeli mereka untuk
membeli produk yang mereka jual.

Ciri-ciri hardsell

Teknik Hardsell selalunya dicirikan oleh keghairahan yang membuak-buak,
dengan tujuan untuk menarik minat prospek atau bakal pelanggan tentang
produk seperti yang dilihat oleh penjual. Hardsell biasanya mengandungi fakta
dan angka yang bertujuan untuk membanjiri pengguna dengan banyak faedah
membeli produk yang ditawarkan. Sebagai contoh, penjual kereta akan sering
menggunakan semua ciri "tambahan" atau "mewah" sebuah kereta, dengan
harapan menjadikan kereta itu terdengar seperti tawaran yang tidak dapat
ditolak.

Hardsell biasanya bertujuan untuk meyakinkan pengguna untuk membeli
produk secara rasional dengan memberi mereka banyak sebab “mengapa”
(Why) atau “bagaimana” (How) memiliki produk tersebut akan meningkatkan
kehidupan mereka. Sebagai contoh, penjual boleh memberikan sebab seperti
fakta bahawa memiliki produk mereka akan menjimatkan masa pengguna dan
ia lebih mudah digunakan serta lebih murah berbanding dengan produk
pesaing.

19

Selain itu, ciri-ciri Hardsell adalah rasa mendesak yang disampaikan oleh
penjual sehinggakan prospek tidak sempat untuk menjawab seperti, “nantilah”,
“no thanks”, atau "biarkan saya fikirkan dulu" sebagai jawapan. Rasa mendesak
sering disampaikan dengan dorongan harga khas, seperti menawarkan
potongan harga yang besar kepada bakal pelanggan jika mereka melakukan
pembelian di tempat sambil menunjukkan bahawa jika mereka menunggu
untuk membuat pembelian di kemudian hari, mereka harus membayar lebih
banyak untuk produk.

20

FORMULA AIDCA
21

PERHATIAN (ATTENTION)

Elemen pertama adalah perhatian. Setiap pengiklanan yang dbuat perlu berjaya
menarik perhatian pembaca. Frasa biasa yang digunakan di sini ialah "Tanggapan
pertama ialah tanggapan terakhir" (First impression is last impression). Sehubungan
itu, ayat pertama mainkan peranan yang sangat penting dan akan tentukan sama ada
penulisan anda akan terus dibaca atau tidak. Anda mesti menggunakan tajuk dan imej
yang berkaitan dan relevan. Jangka perhatian bakal pelanggan ialah 3-5 saat, oleh itu
setiap saat adalah dikira.
CONTOH PENULISAN : ATTENTION

22

MINAT (INTEREST)

Elemen kedua adalah menarik minat. Sebaik sahaja iklan anda telah mendapat
perhatian, adalah sangat penting untuk mengekalkan minat. Sesetengah penjual
sangat baik dalam pembukaan tetapi apabila di bahagian teknikal, mereka menjadi
tidak selesa semasa menerangkan produk dan ini menyebabkan pembaca hilang minat
untuk terus membaca. Mengekalkan minat adalah bahagian penting dalam proses
sesuatu jualan. Ia boleh ditulis dalam bentuk ulasan, cerita, fakta, soalan, dan apa-apa
kenyataan yang boleh minat pembaca.
CONTOH PENULISAN : INTEREST

23

KEINGINAN (DESIRE)

Elemen ketiga adalah cetuskan keinginan. Pernahkah anda melihat iklan di mana anda
hanya perlu keluar dari rumah anda dan mendapatkan produk tersebut? Keluar untuk
dapatkan produk yang diiklankan seperti, ais krim, barang kemas, kereta, makanan
dan sebagainya. Perkara yang sama perlu dilakukan oleh penjual dalam personel
selling. Anda perlu mewujudkan keinginan yang mencukupi dalam fikiran pelanggan
supaya dia segera membeli produk itu. Bayangkan seorang penjual tupperware.
Mereka menyerlahkan produk dengan cara yang anda mungkin berfikir "Mengapa
saya tidak membeli produk ini sebelum ini". Jadi, pentingnya untuk mencetuskan
minat dalam diri pembaca.

CONTOH PENULISAN : DESIRE

24

KEYAKIKAN (CONVICTION)

Elemen keempat adalah membina keyakinan. Ulasan pelanggan (customer reviews),
maklumat produk, maklum balas pelanggan dan faedah berkaitan yang dipaparkan
akan membantu pengguna membuat keputusan untuk membeli produk anda. Ia
menjadikan iklan kelihatan lebih boleh dipercayai, yang meningkatkan peluang untuk
meyakinkan pembaca untuk membeli produk tersebut.
CONTOH PENULISAN : CONVICTION

25

TINDAKAN (ACTION)

Elemen terakhir adalah tindakan atau Call to Action (CTA). Walaupun mungkin
terdapat keinginan untuk produk itu, pelanggan mungkin tidak bertindak ke atasnya.
Dia mungkin mahu membeli produk itu tetapi dia mungkin TIDAK membelinya. Dalam
kes sedemikian, pelanggan perlu didorong. Terdapat pelbagai cara untuk mendorong
pelanggan supaya dia membeli produk tersebut. Antaranya adalah letak CTA untuk
mendorong prospek terus membeli.
CONTOH PENULISAN : ACTION

26

Hardsell 1: Penggunaan elemen AIDCA dalam copywriting

27

Hardsell 2: Penggunaan elemen AIDCA dalam copywriting

28

Hardsell 3: Penggunaan elemen AIDCA dalam copywriting

29

Hardsell 4: Contoh Hardsell dalam Facebook

30

Contoh 5: Contoh Hardsell dalam Facebook

31

Contoh 6: Contoh Hardsell dalam Facebook

32

Cabaran Hardsell

Hardsell • Jika anda seorang newbie dan tidak tahu
boleh cara hendak promosi hardsell anda, anda
menjauhkan berkemungkinan besar akan menjauhkan
prospek prospek anda dan bukannya menukarnya.
anda Prospek umumnya tidak lebih suka tekanan
yang berkaitan dengan hardsell. Selain itu,
posting hardsell yang banyak dalam satu-
satu masa akan menjauhkan prospek anda.
Oleh itu, mereka boleh dengan mudah
menolak panggilan CTA anda tanpa
membaca sehingga habis.

Hardsell • Anda mungkin mendapatkan pelanggan
adalah untuk membeli produk atau perkhidmatan
sekali anda dengan posting hardsell, tetapi itu
transaksi biasanya hanya sekali transaksi sahaja.
sahaja Pembelian berulang sangat jarang berlaku
dalam hardsell. Hal ini kerana hadsell tidak
menumpukan dan bertujuan untuk
membina hubungan, oleh itu pelanggan
tidak mempunyai sebarang hubungan
emosi dengan jenama yang diiklankan.

33

TOPIK 4:
Softsell

34

Teknik Softsell

Softsell adalah lebih tertumpu secara emosi apabila dibandingkan dengan
Hardsell. Iklan atau penjual akan cuba mencetuskan perasaan dalam diri
pembeli yang akan membuatkan mereka ingin membeli produk yang
diiklankan. Teknik jualan ini juga lebih bersifat tidak langsung jika dibandingkan
dengan hardsell. Kehalusan softsell sangat jelas, dan ramai pembeli sering tidak
menyedari bahawa mereka sengaja diarahkan sedemikian rupa untuk membeli
produk sebagaimana penjual meramalkan bahawa mereka akan membelinya.
Matlamat utama jenis jualan ini adalah untuk mencipta mood atau imej yang
akan menarik minat pembeli dan membuatkan mereka mahu membelanjakan
wang mereka untuk produk, semuanya tanpa pembeli menyedari bahawa ini
berlaku. Kegigihan untuk menjual tidak terlibat atau tidak ketara dalam softsell
seperti dalam posting hardsell. Secara amnya, softsell lebih kepada perkongsian
petua dan cadangan produk, untuk menunjukkan kepakaran dan pengetahuan
produk yang baik dan yang paling utama adalah untuk membina hubungan dan
kepercayaan.

35

Softsell 1: Contoh Softsell dalam Facebook

36

Softsell 2: Contoh Softsell dalam Facebook

37

Softsell 3: Contoh Softsell dalam Facebook

38

Contoh 4 : Penulisan Softsell

39

Cabaran Softsell

01

40

Sukar membina hubungan

Dalam softsell, pembinaan perhubungan menjadi perkara utama. Tetapi
adakah mudah untuk membina kepercayaan? Tidak! Mendekati pelanggan,
menyelidik titik kelemahan/kekurangan (pain point) mereka, kekal berhubung
melalui pelbagai saluran atau membuat tindakan susulan (follow up) secara
kerap boleh membebankan peniaga. Selain itu, anda seharusnya dapat
berkomunikasi dengan telus supaya prospek menganggap jenama anda sebagai
setia dan jujur.

Mengambil masa untuk close deal

Dengan softsell, menutup tawaran jualan (closing deals) boleh mengambil
masa. Anda tidak boleh memaksa prospek anda untuk membeli daripada anda.
Anda perlu menunggu dan terus membuat tindakan susulan dengan mereka
selagi mereka perlu membuat keputusan. Ini adalah cabaran dalam teknik
softsell kerana anda bukan secara langsung (direct) menjual.

Salah memberi petunjuk (hint) kepada prospek

Posting softsell kadang kala memberi petunjuk yang kurang tepat kepada
peniagaan anda. Posting softsell mungkin akan membantu peniaga yang lain
melalui petunjuk yang beri terutama melibatkan tawaran produk dan
perkhidmatan yang hampir sama. Ini adalah cabaran biasa dalam penggunaaan
teknik softsell. Peniaga sering menghabiskan banyak masa memberi petunjuk
yang tidak berharga. Impaknya adalah pembaziran masa, kos kewangan dan
sumber manusia.

41

Rujukan

Department of Statistics Malaysia (2020). Retrieved from www.statistics.gov.my
Malaysia Digital Marketing Statistics 2020. Retrieved from

https://digitalinfluencelab.com/malaysia-digital-marketing-stats/
Malaysia: GMV e-commerce market 2015-2025. Statista.com
Number of internet users in Malaysia from 2010 to 2020 and a forecast up to 2025.

Statista.com
Wan Nong Muzafar. (2018). Kuasai Perniagaan Internet. Alaf 21.

42

E-book: “Teknik Mudah Copywriting” ini disediakan khusus untuk para pelajar,
pensyarah dan usahawan sebagai rujukan sama ada untuk mengajar, belajar mahupun
untuk perniagaan. Buku ini mengandungi empat topik yang utama yang menjadi
panduan dalam menulis copywriting dalam Facebook secara khususnya, laman web,
WhatsApp dan sebagainya.
Teknik Hardsell, Softsell dan Teaser dijelaskan secara mudah dan contoh-contoh teknik
copywriting yang baik dikongsikan melalui e-book Teknik mudah copywriting ini.
Semoga penghasilan e-book ini memberi manfaat kepada semua.

43


Click to View FlipBook Version