SASTERA SASTERA KANAK-KANAK KANAK-KANAK NAMA: WAN NUR FARIHA BINTI MOHD SABRI KELAS: BAHASA MELAYU 1 UNIT: PISMP OGOS 2022
Kesusasteraan kanak-kanak ialah semua jenis bahan bacaan yang dihasilkan untuk kanak-kanak dan sesuai mengikut tahap perkembangan serta umur mereka. Menurut Glazer (2000), sastera kanakkanak merujuk kepada buku-buku yang ditulis untuk tujuan pembacaan kanakkanak atau buku yang menjadi bahan bacaan untuk kanak-kanak, sama ada berbentuk buku fiksyen atau bukan fiksyen. PENGENALAN
Kesusasteraan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri khas yang membezakannya dengan kusasteraan untuk golongan dewasa. Ciri-ciri ini termasuk penggunaan bahasa yang mudah, tema yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak, dan penggunaan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman. Selain itu, karya-karya ini sering kali melibatkan watak-watak yang dekat dengan dunia kanak-kanak.
CERPEN
Di sebuah hutan yang luas, tinggallah pelbagai jenis haiwan yang hidup bersama. Terdapat seekor arnab dengan seekor rusa yang hidup berjiran. Tetapi, si arnab yang sombong ini tidak mahu berkawan dengan rusa itu kerana si arnab merasakan si rusa itu kelihatan comot.
Si arnab juga selalu menghina rusa itu. "Eh, rusa, kau ni aku tengok comot je. Ke kau tak mandi? Patutlah badan kau berbau dan busuk je, " kata si arnab sambil mengejek si rusa.
Pada suatu hari, si arnab sedang makan lobak merah di hutan. Lalu tiba-tiba muncul seorang pemburu di sebalik semak. Arnab itu pun tersenyum lebar kerana dia mendapat idea untuk mengenakan rusa itu. "Huh, sekarang waktu yang tepat untuk kenakan rusa itu!" kata si arnab dengan angkuh.
Si arnab melangkah perlahan menuju ke tempat pemburu itu. Dia mengintai di sebalik semak dan melihat perangkap yang dipasang oleh pemburu. Arnab berbisik, "Kalau aku buat sesuatu di sini, mesti rusa akan terperangkap dalam perangkap ini. Baru dia tahu siapa yang lebih cerdik!"
Si arnab melompat ke arah perangkap pemburu dan menarik tali yang terikat pada perangkap itu. Maka perangkap itu pun terpicu. Arnab tertawa, tetapi tibatiba perangkap itu terjatuh betul-betul di atas kakinya! Arnab berkata, "Oh tidak! Aku terperangkap! Tolong! Tolong!"
Rusa yang mendengar jeritan si arnab terus berlari ke arah suara itu. Dia melihat arnab terperangkap dalam perangkap dan segera menolong. Rusa berkata kepada arnab, "Jangan risau, arnab! Aku akan bantu kau!" Rusa itu menggunakan tanduknya yang kuat untuk mengangkat perangkap dan akhirnya arnab berjaya dibebaskan.
Arnab berasa terharu dan berkata, "Terima kasih, rusa. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau. Aku betul-betul minta maaf kerana telah sombong dengan kau selama ini. " Rusa tersenyum dan berkata, "Tak mengapa, arnab. Semua buat kesilapan. Yang penting, kita belajar dari pengalaman. Aku gembira dapat membantu kau. "
Arnab berkata dengan rasa rendah diri, "Aku janji takkan sombong lagi. Kita boleh jadi kawan baik, kan?" Rusa mengangguk dan berkata, "Sudah tentu! Kawan baik mestilah saling membantu. " Mereka berdua pun ketawa sambil berjalan pulang ke hutan.
Kosa Kata Sombong - kelakuan atau percakapan yang berlagak Comot - keadaan yang kotor Mengintai - melihat dengan bersembunyi Perangkap - masuk ke dalam sesuatu jerat Terpicu - tercetus Terharu - perasaan sedih
Pengajaran Kita hendaklah menjauhi sikap sombong dan suka menghina orang lain
TAMAT
RUMUSAN CERPEN
Berdasarkan cerpen yang telah dihasilkan, saya akan menganalisis cerpen tersebut dengan lebih mendalam. Cerpen tersebut bertajuk “Arnab Yang Sombong” . Saya memilih tajuk itu kerana ia sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Kanakkanak lebih tertarik untuk membaca cerpen apabila melihat tajuk cerpen yang menarik dan kreatif. Selain itu, tema yang disampaikan oleh penulis ialah sikap yang sombong membawa impak buruk. Arnab dikenali dengan sikapnya yang sombong kerana dia berasa lebih hebat berbanding haiwan lain. Dalam cerpen ini penulis mengajarkan kepada kanak-kanak akan impak sekiranya kita berlaku sombong dalam kehidupan.
Seterusnya, watak utama dalam cerpen ini ialah Arnab. Dia digambarkan dengan sikap cepat dan pandai tetapi memiliki sifat sombong sehingga dia sanggup menghina dan bersikap sombong terhadap haiwan lain. Watak sampingan pula ialah rusa. Rusa digambarkan dengan watak yang rendah hati dan bekerjasama. Rusa yang baik hati telah berjaya mengatasi sikap sombong arnab dan ini mengajar pembaca tentang pentingnya nilai kesederhanaan dan kerjasama. Ia juga memberikan pengajaran bahawa sikap sombong tidak membawa keuntungan dan akan mendatangkan akibat buruk. Sebaliknya, sifat rendah hati, kesederhanaan, dan kerjasama antara satu sama dapat membantu mencapai kejayaan.
Cerpen ini juga menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Contohnya, “Si Arnab tidak mahu berkawan dengan rusa kerana dia comot” . Kanak-kanak sering kali menggunakan pengamatan visual mereka untuk memahami dunia di sekeliling. Mereka mungkin pernah melihat haiwan atau orang lain yang kelihatan kotor. Ini menjadikan cerita lebih dekat dengan pengalaman mereka. Akhir sekali, penggunaan gambar atau ilustrasi yang menarik dan cantik membantu kanakkanak untuk lebih memahami dan menggambarkan cerita dengan cara yang lebih jelas. Kadang-kadang, teks sahaja mungkin sukar difahami oleh kanak-kanak, tetapi dengan adanya gambar yang melengkapi cerita, mereka dapat lebih mudah mengaitkan apa yang dibaca dengan apa yang mereka lihat dalam ilustrasi.
SAJAK
Inilah kisah seekor arnab, Dia arnab sempurna, Umpama bulan mengambang Maka, wujud rasa sombong dalam jiwa. SAJAK:“PERANGKAPKESOMBONGANARNAB” Dia seekor arnab comel, Memiliki buluyang putih mulus, Mata terang bagai diterangi cahaya, Juga langkahyang pantas.
Kehadiran rusa tidak diendahkan, Si arnab makin meninggi diri, Si rusa menjadi bahan hinaan, Dek kerana rupadan sifat yang berbeza Namun, roda takdir sentiasa berputar, Si arnab jatuh dalam perangkapnya, Si rusa umpama hero penyelamat, Ikhlas membantu tanpa balasan.
RUMUSAN SAJAK
Berdasarkan sajak yang telah dihasilkan, saya akan menganalisis sajak tersebut dengan lebih mendalam. Sajak tersebut bertajuk “Perangkap Kesombongan Arnab” . Saya memilih tajuk itu kerana ianya bertepatan dengan kisah Si Arnab yang sangat sombong, angkuh dan suka menghina rusa. Sikap Arnab yang buruk itu menyebabkan dirinya yang terperangkap dalam perangkap pemburu itu. Selain itu, tema yang ingin diketengahkan oleh penyair ialah tentang sikap sombong membinasakan diri. Penyair menggambarkan arnab ialah seekor haiwan yang sempurna kerana memiliki bulu yang putih, bersih da mata yang terang. Kesempurnaan yang dimiliki arnab menyebabkan dia menjadi sombong, riak dan angkuh.
Seterusnya, struktur sajak ini terdiri daripada 4 rangkap dan yang pada setiap rangkap itu terdiri daripada 4 baris sahaja. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada rima akhir yang sama. Struktur yang bebas ini mencerminkan sikap kesombongan dalam diri penyair. Di samping itu, gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah hiperbola iaitu ungkapan yang berlebih-lebihan untuk menekankan bahawa Si Arnab adalah seekor haiwan yang sempurna jika dibandingkan dengan rusa yang comot. Sajak ini juga memberikan pengajaran agar sentiasa beringat usah terlalu meninggi diri walaupun kita memiliki segalanya.
Sajak ini juga menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh kanakkanak. Contohnya, “Si Arnab makin tinggi diri” . Dalam bait sajak ini, bahasa tersebut mudah ditafsirkan dan difahami oleh kanak-kanak kerana mereka sudah sudah biasa dengan ungkapan seperti "tinggi diri" yang merujuk kepada sifat sombong atau berlagak. Akhir sekali, penggunaan font yang besar dan berwarna juga menarik perhatian kanak-kanak untuk mempelajari syair. Warna-warna cerah dan font yang lebih besar memudahkan mereka untuk fokus pada teks dan membuat proses membaca lebih menarik.
Secara ringkasnya, kesusasteraan kanak-kanak bukan hanya sekadar hiburan semata-mata tetapi ia juga sebagai alat pendidikan yang mampu menjadikan kanak-kanak seorang individu yang berilmu pengetahuan, mempunyai emosi dan berkemahiran dalam menjalani kehidupan sosial mereka. Kesimpulan
RUJUKAN Liyana (2024, Disember 6). Buku Cerita Kanak-Kanak: Muat Turun 6 Kisah Menarik. https://ecentral.my/buku-cerita-kanak-kanak/ Muhammad Al Afzan Ali Hussin (2018,April 17). Konsep Cerpen. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/konsep-cerpen.html Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur Hasliza Mohd Saleh & Nur Syaza Norazharuddin (2022, Mac 20). Bolehkah Sastera Kanak-Kanak Malaysia buka Lembaran Baru. https://www.malaysianow.com/my/news/2022/03/20/bolehkah-sastera-kanak-kanakmalaysia-buka-lembaran-baru
RUJUKAN Nurlyana Ezani (2018, November 28). Sajak: Apa Itu Sajak? https://ezadayana.blogspot.com/2018/11/apa-itusajak.html#:~:text=Sajak%20adalah%20puisi%20baru%20yang,Terima%20kasih%20sudi%20mem baca Pju18_d605 (2020, Ogos 31). Konsep, Peranan dan Sumbangan Sastera Kanak-Kanak. https://pubhtml5.com/hbkk/jlem/basic/ Salmah Ayob, (1981, Januari 1). Sastera Untuk Kanak-Kanak; Fungsi dan Implikasinya : Pendidik dan Pendidikan. (3)1 http://eprints.usm.my/33538/1/Jilid_03_Artikel_09.pdf
RUJUKAN Shamsudin Abu Bakar, Arfah Ahamad, Fadzilah Abdul Rahim, Azman Rahmat & Hasnah Awang (2024). Kesusasteraan Kanak-Kanak Dalam Pendidikan Bahasa Melayu : Seri Saujana Marketing. Shamsudin Abu Bakar, Azman Rahmat & Arfah Ahamad (2022). Pengantar Kesusasteraan Melayu : Seri Saujana Marketing. Solehahshuibs (2024, Oktober 14). Nota Ringkas Kesusasteraan Kanak-Kanak: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TERIMA KASIH