The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asunaki04, 2021-09-05 07:00:06

SEJARAH SEKOLAH SAYA

SEJARAH SEKOLAH SAYA

Keywords: sejarah

SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA
71900 LABU, NEGERI SEMBILAN

NAMA MURID: NUR QALESYA ALIA BINTI AZMI
KELAS: 4 ZUHRAH

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA
TAJUK: FOLIO SEJARAH SEKOLAH SAYA

NAMA GURU: PN. MARNITA BINTI MOHD ADNAN

PENGENALAN DIRI

NAMA NUR QALESYA ALIA BINTI AZMI
KELAS 4 ZUHRAH
UMUR 10 TAHUN
SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan folio saya yang telah usahakan selama ini bertajuk Sejarah
Sekolah Saya.Folio ini amat penting bagi menunjukkan kajian kes sejarah yang
terdapat di dalam buku teks.

Ribuan terima kasih saya ucapkan keada individu yang paling banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan kajian kes ini. Pertama sekali kepada
Pn. Marnita Binti Mohd Adnan selaku guru yang memberikan bantuan dan semangat
kepada saya.

Sekalung penghargaan untuk keluarga kerana memberikan tunjuk ajar
kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-
masing.Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya
hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya
maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang kajian kes dijalankan.

Objektif kajian kes :Kajian sejarah Sekokah Kebangsaan Gadong Jaya

Saya menjalankan kajian kes ini adalah untuk mengkaji sejarah sekolah saya yang
merupakan salah satu sejarah yang penting untuk diketahui dan diamati. Melalui kajian ini ,
saya dapat:

- Mencari dan memahami maklumat tentang sejarah sekolah saya.

• Setiap tempat mempunyai sejarah yang tersendiri. Sewaktu mengkaji kajian kes ini,
saya dapat memahami dan menghargai sejarah sekolah saya.

- Menerangkan kronologi perkembangan sekolah.

• Perubahan yang berlaku di sekolah telah berlaku dan terus berkembang demi
menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.

- Menerangkan bentuk muka bumi di kawasan sekolah saya.

• Bentuk muka bumi akan mempengaruhi pembinaan sekolah.Oleh itu, perkembangan
sekolah akan berada dalam teratur.

- Menerangkan keistimewaan sekolah saya

• Setiap tempat mempunyai keistimewaan yang dapat menarik minat pelajar untuk
menimba ilu.Melalui kajian kes, saya dapat menilai kelebihan sekolah saya secara
mendalam.

Kaedah kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang saya gunakan sepanjang projek
kajian kes ini dijalankan.

a) Kaedah Rujukan
o Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi pencarian di internet bagi
mendapatkan fakta yang sahih dan tepat.

b) Kaedah Pemerhatian
o Saya ada tonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan
tambahan bagi menambah maklumat tentang sejarah tempat tinggal saya.

c) Kaedah Internet
o Portal sekolah telah menjadi sumber rujukan saya untuk menambah bahan
kajian untuk dijadikan rujukan tambahan dalam tugasan sejarah ini.

d) Kaedah tunjuk ajar Guru
o Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cikgu Marnita Binti Mohd
Adnan telah meningkatkan kualiti hasil kajian ini.

Pengenalan

Sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya terletak di salah sebuah
daerah di Negeri Sembilan, Labu. Sekolah ini terletak di 2°41'58.7"N 101°51'03.6"E .
Sekolah ini ditubuhkan pada 16.7.1961 untuk menampung pelajar yang menetap di
sekitar Gadong Jaya. Nama sekolah ini diambil bersempena tempat ini iaitu
Kampung Gadong Jaya. Sekolah ini telah banyak berkembang sejak daripada
sekolah ini ditubuhkan.Disebabkan sekolah ini dibina di tanah pamah, oleh itu,
mudah untuk para pentadbir untuk mengembangkan sekolah mengikut kapasiti
pelajar.

Aliran sekoah saya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Majoriti pelajar sekolah ini ialah pelajar
Melayu iaitu 80% manakala 20% terdiri daripada pelajar India dan pelajar
Asli.Sekolah saya terletak di lokasi yang strategik dan mudah dikunjungi dengan
menggunakan jalan raya. Hal ini kerana sekolah saya berdekatan dengan jalan
persekutuan.

Sepanjang bertahun-tahun sekolah ini dibuka, terdapat banyak pencapaian
yang telah dicapai oleh murid mahupun guru. Hal ini menambahkan kelebihan
kepada sekolah sekaligus menaikkan nama sekolah di seluruh negeri.

Logo dan lagu sekolah dicipta untuk melambangkan
kebanggaakebanggaankebanggaan sekolah saya.kebanggaan sekolah saya.
kebanggaan sekolah saya. Setiap bait kata dalam lagu sekolah dapat memupuk
semangat kepada para pelajar agar sentiasa berusaha untuk mengharumkan nama
sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan.

Laporan Kajian
Kronologi Sejarah sekolah

16.7.1961 – mula dibuka dengan 3 orang guru termasuk Guru Besar.
Tahun 1966 - kapasiti murid bertambah kepada 174 orang.Terdapat penambahan
sekolah.
22.7.1971 – Perasmian bangunan sekolah baharu oleh Dato Mansor Bin Othman
Tahun 1988 – Jumlah murid berkurang.
Tahun 1944 – Mendapat bangunan tambahan.
13.5.1995 – Bangunan dirasmikan oleh Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin
Dato’ Haji Abdul Samad.
Tahun 2001 – Satu bangunan tambahan untuk 3 bilik darjah dan tambahan bilik
prasekolah.
Tahun 2003 – Satu bangunan makmal komputer dan empat pintu rumah guru
didirikan.
Januari 2004 – Jumlah murid 312 orang dan murid prasekolah seramai 25 orang.

Bentuk muka bumi di kawasan sekolah

Bentuk muka bumi ialah tanah pamah. Hal ini menyebabkan terdiri banyak
kawasan perumahan di sekitar kawasan sekolah saya yang meningkatkan enrolmen
murid. Selain itu, kawasan tanah pamah akan memudahkan pembinaan jalan raya .
Oleh itu, ia akan memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah
selain mudah untuk akses ke mana-mana lokasi yang hendak dituju.

Pengenalan tentang sekolah saya

Setiap sekolah mempunya lencana sebagai tanda pengenalan sekolah kita di
mata orang lain. Lencana sekolah dicipta pada tahun 1961 semenjak sekolah
ditubuhkan. Setiap warna pada lencana sekolah membawa maksud yang tersendiri.
Warna kuning melambangkan kepatuhan dan setia kepada sistem Beraja.Warna
merah melambangkan keberanian menghadapi keberanian. Warna biru
melambangkan keharmonian dan perpaduan kaum.Warna hitam melambangkan
kecekalan hat dan semangat perjuangan hidup. Warna putih melambangkan
kesucian hati, fizikal dan rohani. Lambang obor melambangkan perjuangan yang
berkekalan. Lambang buku melambangkan kecintaan kepada ilmu. Lambang burung

melambangkan kebebasan pendemokrasian pendidikan.Lambang roda
melambangkan kemajuan dan teknologi diutamakan.

VISI SEKOLAH

Pendidiakan berkualiti, Insan terdidik, Negara sejahtera.

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

MOTO SEKOLAH

“ILMU SULUH HIDUP”

KEISTIMEWAAN SEKOLAH

Sekolah saya mempunyai banyak keistimewaan dan pencapaian yang amat
memberangsangkan. Sekolah saya mempunyai taman permainan prasekolah yang
cantik dan bersih.Sekolah saya mempunyai sebuah taman herba yang ditanami
dengan pelbagai herba seperti pokok serai, kunyit, pegaga dan pudina. Sekoah saya
juga mempunyai pondok bacaan yang mempunyai banyak rak buku yang terdiri
banyak jenis buku untuk memudahkan murid untuk membaca buku pada waktu
senggang.

Antara pencapaian sekolah saya ialah sekolah saya telah menghantar wakil
nilam buat julung kalinya. Hasil kerjasama semua pihak, wakil nilam itu telah
mendapat tempat dan telah mengharumkan nama sekolah. Selain itu, sekolah saya
telah menghantar wakil untuk menyertai pertandingan STEM. Pertandingan ini untuk
mengembangkan inovasi dalam kalangan pelajar. Pelajar yang mewakili sekolah
sekali lagi mencipta sejarah apabila telah menang dan telah membuktikan bahawa
murid-murid sekolah saya amat berbakat dan sedia untuk bekerjasama dengan guru
untuk bersama-sama menggembleng tenaga untuk menceburkan diri dalam
pelbagai bidang.Di samping itu, para guru juga telah menyertai pelbagai
pertandingan untuk memberi semangat kepada para pelajar untuk menceburkan diri
dalam pertandingan di luar bilik darjah seperti Pertandingan Inovasi Guru.
Pertandingan ini menguji inovasi guru yang berguna kepada para pelajar untuk
menambahbaik cara pengajaran para guru.

Gambar kronologi perkembangan sekolah

Gambar pencapaian- pencapaian pelajar sekolah saya

Program STEM(bercerita) Program Nilam 2017 Program Inovasi
Guru 2019

Kesimpulan

Setiap sekolah mempunyai sejarah yang menarik di sebalik terbinanya
sebuah sekolah yang tersegam indah.Sekolah saya juga mempunyai sejarah yang
menarik dan para pelajar perlu mengetahui sejarah tersebut supaya wujud perasaan
cinta akan sekolah. Hal ini akan menyebabkan para pelajar sentiasa bersemangat
untuk datang ke sekolah serta mengharumkan nama sekolah dalam apa jua bidang.

Terdapat beberapa faktor sekolah saya berkembang daripada sebuah
sekolah yang kecil sehingga sebuah sekolah yang mempunyai dua blok yang
mempunyai empat tingkat terdiri daripada bilik darjah, perpustakaan,dewan, bilik
guru, pejabat dan surau. Faktor- faktornya ialah pembukaan taman perumahan di
sekitar kawasan sekolah menyebabkan pertambahan murid di sekolah saya. Selain
itu, sekolah saya berdekatan dengan jalan persekutuan menyebabkan sekolah saya
senang untuk dicari serta dikenalpasti.

Setiap pelajar perlu menghayati logo sekolah yang menjadi lambang utama
sekolah. Hal ini supaya pelajar mengetahui setiap lambang yang terdapat dalam
logo yang menjadi tonggok asbab pembukaan sekolah. Para pelajar perlu

mengetahui moto dan visi sekolah agar pelajar dapat menyumbang dalam
perkembangan sekolah ke arah yang lebih baik.

Oleh itu, saya berharap agar para pelajar sentiasa peka dengan sejarah
sekolah agar pelajar lebih bersemangat untuk menyumbang bakti kepada sekolah
dalam setipa bidang yang diceburi. Saya juga berharap agar sekolah saya terus
berkembang dan akan melakar banyak kemenangan yang dapat mengharumkan
nama sekolah ke persada dunia.

Rujukan

➢ Internet

• http://skgj.blogspot.com/p/profil.html
• https://www.google.com/search?q=kelebihan+tanah+pamah&oq=kelebihan+tanah+pamah&a

qs=chrome..69i57j0i22i30l2.11241j1j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8

➢ Buku peraturan sekolah


Click to View FlipBook Version