PERENGGAN BOMBASTIK
BENTUK PERENGGAN “PENDAHULUAN”
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” izhar menunjukkan
gambaran bahawa golongan remaja merupakan khazanah sumber manusia
yang cukup penting kepada pembangunan, kemajuan dan masa depan bangsa
dan negara. Maju dan mundurnya sesebuah negara banyak bergantung kepada
modal insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal
ini dikatakan demikian kerana di pundak merekalah bakal dipikul tanggungjawab
berat, iltizam dan amanah yang cukup bermakna untuk memajukan negara
bangsa sekali gus merealisasikan wawasan perdana, Wawasan 2020.
Malangnya, penyakit sosial (isu karangan yang diperkatakan)dalam kalangan
remaja semakin serius. Kekangan ini boleh diibaratkan seperti api dalam sekam.
Saban hari, masalah sosial dalam kalangan remaja sering terpampang di dada-
dada akhbar dan terdengar di corong-corong radio dan televisyen. Fenomena ini
amat mendukacitakan semua pihak. Persoalannya, sanggupkah anda melihat
perkara ini terus berleluasa bak kilat yang datang menyambar? Tepuk dada,
tanya selera.
CONTOH AYAT DALAM PERENGGAN “LANGKAH MENGATASI”
Ada peribahasa menyatakan, tiada gunung yang tidak dapat didaki dan
tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Setiap permasalahan ada jalan
penyelesaiannya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh yang demikian,
pelbagai langkah drastik dan dominan perlu direncanakan dan dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat dan dinamik untuk memerangi ancaman
dadah (rujuk kepada isu karangan anda). Hal ini dikatakan demikian kerana
jangan dibiar cacing naik ke mata. Patutkah kita saling menuding jari seperti lagu
“Bangau, oh! Bangau”? Tentunya tidak, bukan? Semua pihak haruslah
berganding bahu dalam menangani masalah ini. Bak kata peribahasa “bersatu
kita gagah, bercerai kita rebah”. Seperti perumpamaan sebatang kayu yang
dinyala, unggun api tidak akan dapat dihidupkan. Tuntasnya, semua pihak
janganlah bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing.
BENTUK PERENGGAN ELEMEN PERANAN IBU BAPA
Faktor perdana berlakunya permasalahan sosial (isu karangan) dalam
kalangan masyarakat ialah sikap kealpaan ibu bapa dalam menyalurkan didikan
kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan individu yang
paling rapat dengan anak-anak yang lahir ke alam buana ini. Seperti
perumpamaan kain putih yang sayugianya dicorakkan oleh ibu bapa. Oleh itu,
ibu bapa haruslah bijak mengorak langkah dalam mengatasi masalah ini. Ibu
bapa hendaklah menyalurkan didikan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ironinya, anak-anak
tidak akan melakukan perkara-perkara yang melanggar norma-norma
masyarakat dan agama. Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-
anak agar mereka tidak berasa terabai bagai melukut di tepi gantang. Di
samping itu, ibu bapa hendaklah cakna terhadap keperluan anak-anak dan
menjadi “role model” kepada mereka. Hal ini demikian kerana ada peribahasa
menyatakan ke mana tumpah hujan dari bumbung, kalau tidak ke cucuran atap.
Jika anak-anak persis mutiara yang kerap digilap, mereka mampu menjadi modal
insan acuan Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek yang amat diperlukan oleh negara, agama dan bangsa. Tuntasnya, ibu
bapa merupakan individu yang amat berpengaruh dalam membentuk
keperibadian mulia anak-anak serta melahirkan keluarga sakinah.
BENTUK PERENGGAN ELEMEN PIHAK SEKOLAH
Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam
memerangi gejala ini (isu karangan). Seperti yang umum ketahui, sekolah
merupakan rumah kedua bagi generasi muda. Begitu juga dengan semua
lapisan masyarakat yang ada dalam di buana ini, sudah tentu akan melalui
institusi persekolahan sebelum meningkat dewasa. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa pihak sekolah amat dominan dalam membentuk sahsiah diri masyarakat
umum. Pihak sekolah hendaklah menitikberatkan nilai-nilai murni dalam pakej
proses pengajaran dan pembelajaran anak didikan mereka. Misalnya, nilai-nilai
murni yang diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan
Sivik dan KOMSAS. Para pendidik janganlah memandang enteng terhadap
subjek-subjek tersebut. Sebaliknya, mereka harus menggembleng anak didik
dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh bak kata pepatah Melayu
genggam bara api, biar sampai jadi arang. Natijahnya, pihak sekolah akan
sukses dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai
sikap berbudi bahasa yang menebal dalam sanubari. Dengan itu, sudah tentu
anasir-anasir jahat dapat dihapuskan dan terpadam dalam kamus kehidupan
kita. Bukan itu sahaja, para pendidik juga harus menunjukkan teladan yang baik
kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana, guru kencing berdiri, murid kencing
berlari. Dapat disimpulkan di sini, pihak sekolah juga memainkan peranan
penting dalam mengatasi masalah yang rumit ini.
BENTUK PERENGGAN ELEMEN PIHAK KERAJAAN
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga berperanan dalam menangani
permasalahan ini. Pihak kerajaan tidak perlu berpeluk tubuh dan berdiam diri
sahaja. Dalam situasi ini, pihak kerajaan bolehlah memaksimakan
penguatkuasaan undang-undang. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh
bertindak tegas terhadap individu yang melakukan pelanggaran terhadap
undang-undang. Pihak kerajaan janganlah bersikap hangat-hangat tahi ayam
dalam menangani gejala ini. Akibatnya, masyarakat umum akan berani bertindak
liar dalam melibatkan diri dengan gejala sosial. Antara lainnya, pihak kerajaan
bolehlah memanfaatkan pengangkutan awam sebagai platform dalam mendidik
dan menyedarkan masyarakat ke arah fiil positif. Contohnya, pihak-pihak tertentu
bolehlah melekatkan iklan-iklan ataupun cogan kata yang berunsurkan nasihat
dan perkara yang berkaitan dengan impak buruk jika melibatkan diri dengan
gejala sosial. Iklan-iklan dan cogan kata tersebut bolehlah dilekatkan pada
dinding-dinding kenderaan awam seperti bas, LRT dan monorel. Kesannya,
mesej yang hendak disampaikan oleh pihak kerajaan tercapai sekali gus
membantu dalam memerangi gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Jelaslah
di sini bahawa pihak kerajaan memainkan peranan dalam membanteras masalah
yang rumit ini.
BENTUK PERENGGAN ELEMEN MEDIA MASSA
Daripada pandangan yang berbeza, pihak media massa juga
bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini. Marcapada menyaksikan pihak
media massa berpaksikan hiburan kerana sikap yang haloba dan menginginkan
keuntungan semata-mata. Dalam membendung kemelut ini (isu karangan) pihak
media massa harus bangkit dan cakna terhadap isu yang mendukacitakan ini.
Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan masyarakat memilih televisyen atau
radio sebagai wahana untuk mengisi masa lapang. Contohnya, sekiranya pihak
media massa menyiarkan iklan atau drama berunsurkan amalan budi bahasa.
Sedar atau tidak, amalan budi bahasa akan terpahat dalam sanubari
masyarakat. Sebagai contoh, lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” (lagu yang
berkaitan dengan isu karangan anda) yang didendangkan oleh Dato’ Siti
Nurhaliza yang sering dipaparkan di kaca televisyen. Izharlah bahawa lagu ini
bukan sekadar nyanyian sahaja tetapi intipati dalam lagu tersebut menjadi
amalan rakyat Malaysia. Natijahnya, anak-anak muda akan terpengaruh dan
mengamalkan amalan budi bahasa sekaligus dapat meminimakan bilangan
masyarakat rosak akhlaknya. Tuntasnya, jika pihak media massa memainkan
peranannya dengan baik, sudah pasti masyarakat yang mempunyai sikap
berbudi bahasa yang menebal dalam diri dapat dilahirkan kelak. Janganlah
bekerja seperti melepaskan batuh di tangga dan bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing yang hanya menginginkan keuntungan
semata-mata.
BENTUK PERENGGAN ELEMEN DIRI SENDIRI
Diri sendiri juga memainkan peranan penting. Jika individu tersebut
lemah keperibadian dan imannya, sudah tentu mereka mudah terjatuh dan meniti
ke lembah kebobrokan. Konotasi dominan dalam mengelakkan diri daripada
terpengaruh dengan anasir jahat ialah pegangan agama yang kukuh. Agama
amat penting dalam memantapkan pendirian seseorang individu. Bak kata
peribahasa, kapal yang tiada nakhoda akan terumbang-ambing hanyut dibuai
ombak yang bergelora. Peribahasa tersebut izhar menunjukkan peri pentingnya
pegangan agama kepada kita. Dengan itu, seseorang individu tidak akan mudah
terpengaruh dalam melibatkan diri dengan gejala sosial (isu karangan anda).
Selain itu, seseorang individu hendaklah bijak dalam memilih rakan sebaya.
Janganlah bertindak mengikut gerak hati kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Sebaliknya, berhati-hatilah seperti kata peribahasa, menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak ketika memilih rakan sebaya.
Jelaslah di sini, diri sendiri memainkan peranan penting dalam menangani
masalah ini.
BENTUK PERENGGAN ELEMEN PIHAK MASYARAKAT
Akhir sekali, masyarakat umum juga berperanan dalam mengatasi
kekangan ini. Masyarakat umum diseru agar tidak mengamalkan pepatah bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing untuk kebaikan diri
sendiri, bangsa dan negara. Masyarakat hendaklah peka dan cakna terhadap isu
dan perkara yang berlaku di sekeliling. Contohnya, terjumpa kelompok generasi
muda yang sedang berkhayal dengan dadah. (Berikan contoh bersesuaian
dengan isu karangan). Dalam situasi ini, individu tersebut hendaklah bijak
mengorak langkah dengan melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.
Implikasinya, masalah yang rumit ini dapat di atasi dan lenyap dari kamus
kehidupan kita. Kata peribahasa menjaga tepi kain orang selalunya dipandang
negatif. Hakikatnya, jika difikirkan secara positifnya, pepatah ini amat penting
dalam hidup bermasyarakat. Contohnya, jiran tetangga harus cakna pergerakan
anak-anak jirannya. Hal ini sedikit-sebanyak dapat membantu jiran dalam
mengatasi masalah-masalah yang wujud dewasa ini. Akhir kalam, masyarakat
umum hendaklah prihatin dan memainkan peranan baik dalam menangani
masalah ini. Bersatu teguh, bercerai roboh.
BENTUK PERENGGAN PENUTUP
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam
menangani kekangan ini. Bak kata peribahasa, serumpun bagai serai, selubang
bagai tebu. Janganlah berputus asa kerana tiada gunung tidak dapat didaki,
tiada lurah tidak dapat dituruni. Natijahnya, gejala sosial dalam kalangan
masyarakat (isu karangan) dapat dibendung sekali gus dapat mencapai hasrat
umarak negara untuk mencapai wawasan perdana 2020, iaitu Malaysia menjadi
sebuah negara maju, aman dan damai.
BENTUK PERENGGAN PENDAHULUAN
Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin
hari semakin bijak. Namun, gejala ini (isu karangan) semakin menular ke seluruh
pelosok buana. Isu ini merebak bagaikan virus epidemik yang semakin hari
semakin membimbangkan dan semakin mendapat perhatian semua pihak, tidak
ketinggalan juga para wartawan yang menginginkan topik hangat. Isu ini juga
meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan masyarakat. Saban hari, isu ini
sering terpampang di dada-dada akhbar dan terdengar di corong-corong radio
dan televisyen. Fenomena ini amat mendukacitakan. Siapakah yang harus
dipersalah? Apakah kesannya jika isu ini tidak dibendung? Tepuk dada, tanya
selera.