The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian%20kes%20sejarah%20anyflip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azzahnurulazzah9, 2021-10-28 23:38:20

kajian kes sejarah anyflip

kajian%20kes%20sejarah%20anyflip

SMA AL-IRSYADIAH RANAU SABAH
KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 5 2021

NAMA:
NURUL AZZAH INSYIROH BINTI JOHARI
TINGKATAN:
THANAWI 5
NAMA GURU:
ENCIK YAHYA SIMAN

BAB 1: KEDAULATAN NEGARA (BAB
TINGKATAN 5)

PERNYATAAN MASALAH

Negara berdaulat mempunyai ciri tertentu
yang menjamin hak
kebebasannya.Kedaulatan juga penting untuk
mengekalkan dan mengukuhkan kestabilan
sistem politik,ekonomi dan social.

a)Nyatakan takrif kedaulatan mengikut Bahasa
Yunani,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan Bahasa
Melayu.
b)Nyatakan jenis kedaulatan.
c)Nyatakan ciri-ciri Negara yang berdaulat.
d)Jelaskan kepentingan mewujudkan Negara yang
berdaulat.
e)Terangkan langkah mempertahankan kedaulatan.

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini,saya telah memenuhi
objektif berikut:

a)Menyatakan takrif kedaulatan mengikut Bahasa
Yunani,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan Bahasa
Melayu.
b)Menyatakan jenis kedaulatan.
c)Menyatakan ciri-ciri Negara yang berdaulat.
d)Menjelaskan kepentingan mewujudkan Negara
berdaulat.
e)Menerangkan langkah mempertahankan
kedaulatan.

KAEDAH KAJIAN

a)Kaedah penyelidikan buku

-Saya telah menggunakan Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 KSSM untuk mendapatkan
maklumat tentang takrif kedaulatan,jenis-
jenis kedaulatan,ciri-ciri
kedaulatan,kepentingan mewujudkan Negara
berdaulat dan langkah langkah
mempertahankan kedaulatan.

b)Kaedah melayari internet

Dengan kemajuan Internet yang sedia
ada,saya telah melayari beberapa laman
sesawang untuk mendapatkan beberapa
maklumat tambahan.

-Saya telah memperoleh maklumat mengenai
jenis-jenis kedaulatan melalui laman
sesawang ini:

https://www.kompas.com/skola/read/2020/0
1/30/210000269/kedaulatan-pengertian-
jenis-dan-sifat

-Saya telah memperoleh maklumat mengenai
ciri-ciri Negara berdaulat melalui laman
sesawang ini:

https://cgpengajianam.blogspot.com/2013/0
5/konsep-negara-ciri-ciri-negara-
berdaulat.html?m=1

-Saya telah menonton beberapa video dalam
taliam untuk mengetahui kedaulatan Negara
dengan lebih lanjut:

https://youtu.be/LmuPpT48CU

https://youtu.be/30OwcJKN8Fo

LAPORAN

a)Nyatakan takrif kedaulatan mengikut Bahasa
Yunani,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan Bahasa
Melayu.

Takrif kedaulatan mengikut Bahasa Yunani ialah
supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau
tertinggi.Perkataan ini merujuk Negara yang bebas dan
merdeka.

Takrif kedaulatan mengikut Bahasa Inggeris pula ialah
sovereignty yang bermaksud Negara mempunyai kuasa
penuh terhadap pemerintahan.

Perkataan kedaulatan dalam Bahasa Arab berasal
daripada kata daulah yang bermaksud kuasa
pemerintahan sesebuah kerajaan.

Takrif kedaulatan dalam Bahasa Melayu pula
bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap
pemerintahan Negara.

b)Nyatakan jenis kedaulatan.

Pertama sekali,kedaulatan Tradisional.Kedaulatan
Tradisional merujuk sistem pemerintahan berkuasa

mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan
Negara.Kedaulatan ini wujud sejak tamadun awal
manusia.

Seterusnya,Kedaulatan Moden.Kedaulatan moden
dikaitkan dengan idea kemunculan Negara bangsa
selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi
Perancis.Kedaulatan juga dikaitkan dengan hak rakyat
dan kerajaan berperlembagaan.Selepas Perang Dunia
Pertama,kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme
yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa
dan bahasa untuk membentuk Negara bangsa masing-
masing.

Selain itu,Kedaulatan undang-undang.Kedaulatan
undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat terikat
oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.Kedaulatan
undang-undang menjamin keadilan dalam kehidupan
bermasyarakat serta menjadikan Negara aman,stabil
dan makmur.

Akhir sekali,Kedaulatan Antarabangsa.Kedaulatan
antarabangsa merujuk pengiktirafan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah
Negara yang tidak boleh dicabuli oleh Negara lain.

c)Nyatakan ciri-ciri Negara yang berdaulat.

Pertama sekali,mempunyai
pemerintahan.Pemerintahan Negara berdaulat
diwujudkan untuk menjaga kestabilan
politik,keamanan,pertahanan dan
ekonomi.Pemerintahan ini dijalankan secara teratur.

Seterusnya,mempunyai Sempadan.Sempadan
merupakan garis pemisah antara negeri atau
Negara.Malaysia merupakan Negara yang berkongsi
sempadan darat,air dan udara dengan Negara
jiran,iaitu Singapura,Thailand,Indonesia,Brunei dan
Filipina.Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat
antarabangsa,khasnya PBB.

Selain itu,mempunyai perundangan.Sistem
perundangan menjadi asas kepada peraturan
Negara.Sistem perundangan penting untuk
memelihara kesejahteraan,menjamin keadilan dan
melindungi rakyat.Asas kepada sistem perundangan
Negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Akhir sekali,Mempunyai Rakyat.Rakyat merupakan
penduduk di sesebuah Negara.Rakyat terikat kepada
undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan

oleh pemerintah.Rakyat Negara terdiri daripada
pelbagai kaum,agama dan adat resam.

d)Jelaskan kepentingan mewujudkan Negara
berdaulat.

Pertama sekali,keberkesanan Pentadbiran.Kedaulatan
memberikan kebebasan kepada Negara untuk
menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan
pihak luar.Dasar pentadbiran Negara dilaksanakan
dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan
Kementerian yang berkaitan.

Seterusnya,kemakmuran Ekonomi.Kedaulatam penting
untuk Negara melaksanakan dasar kemakmuran
ekonomi.Selepas Negara mencapai kemerdekaan dan
meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum di
Malaysia.

Selain itu,kesejahteraan social.Kedaulatan penting
untuk Negara melaksanakan dasar sosial bagi
kesejahteraan rakyat.Negara dapat melahirkan
generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui
pendidikan.Oleh itu,mereka dapat memberikan
sumbangan untuk pembangunan Negara.

Akhir sekali,kecemerlangan Hubungan Luar
Negara.Kedaulatan penting bagi memberikan hak
kepada Negara untuk menjalinkan hubungan dengan
Negara lain.Hubungan ini dibentuk melalui
penggubalan dasar luar Negara kita.Selain dapat
menjalinkan hubungan diplomatic dan persahabatan
dengan Negara lain,Negara juga dapat mengadakan
perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

e)Terangkan langkah mempertahankan kedaulatan.

Mewujudkan kestabilan Politik dan kemakmuran
Ekonomi.Pemerintah dan rakyat mempunyai peranan
yang sama untuk menjamin kestabilan politik dan
kemakmuran ekonomi.Pemerintah melaksanakan
pentadbiran dengan cekap dan menjalankan pelbagai
usaha serta program bagi memajukan ekonomi.Rakyat
pula memberikan kerjasama sepenuhnya untuk
menjayakan semua usaha dan program yang
dilaksanakan oleh pemerintah.

Seterusnya,mengekalkan perpaduan kaum.Sejak awal
kemerdekaan,pemerintah dan rakyat berusaha untuk
mengekalkan perpaduan kaum.Perpaduan penting
dalam usaha kita mengekalkan kedaulatan Negara.

Selain itu,mengukuhkan pertahanan
Negara.Pemerintah dan rakyat mempunyai
tanggungjawab untuk mempertahankan Negara
daripada ancaman musuh.Pertahanan Negara penting
untuk mengekalkan kedaulatan Negara kita.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,kedaulatan merupakan kekuasaan
tertinggi dan kewibawaan sesebuah Negara merdeka
untuk menjalankan pemerintahann serta
melaksanakan undang-undang.Kedaulatan penting
demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
Negara.Kedaulatan ini diterima dan diiktiraf oleh
Negara lain.Pada hakikatnya,setiap Negara yang
berdaulat mempunyai kekuasaan penuh untuk
mengatur segala hal yang ada dalam wilayah tanpa
campur tangan kuasa asing.Pemahaman terhadap
konsep kedaulatan ini memberikan kesedaran tentang
cabaran bagi mempertahankan Negara.Oleh hal yang
demikian,Rakyat perlu menggunakan kebijaksanaan
bagi menghadapi cabaran demi mengekalkan
keadulatan Negara kita.Kedaulatan juga dapat
mewujudkan kesejahteraan dan kemakmuran kepada
rakyat.Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu memahami
pentingnya mengekalkan kedaulatan Negara yang
diperoleh pada masa ini.


Click to View FlipBook Version