The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung PIBG 2022
Kali Ke-36

Selasa (28.6.2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgu.juwaini, 2022-06-26 20:41:24

Mesyuarat Agung PIBG 2022

Mesyuarat Agung PIBG 2022
Kali Ke-36

Selasa (28.6.2022)

MESYUARAT AGUNG PIBG SK CHUKAI
KALI KE-36 / 2022
DAN

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN
PERSEKOLAHAN

YAYASAN BANK RAKYAT

SELASA | 28 JUN 2022 | 2.00 PETANG
DEWAN ILMIAH SK CHUKAI

DIRASMIKAN OLEH : YB DATO’ SERI DR. HJ AHMAD BIN SAID
S.S.M.Z, D.P.M.T., A.S.M., P.J.K.

ISI KANDUNGAN

ATURCARA PROGRAM ........................................ 1
AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG 2022 ...... 2
KEHADIRAN HARI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 .... 5
AGENDA MESYUARAT ......................................... 9
LAPORAN AKTIVITI 2021 ...................................... 30
LAPORAN PENYATA KEWANGAN ............................... 31
PENGHARGAAN .............................................. 32
CATATAN .................................................... 33

ATURCARA PROGRAM

2.00 petang : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru

2.30 petang : Ketibaan dif-dif jemputan
- Ketibaan VIP dan Para Jemputan
- Persembahan Selamat Datang
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Yang Dipertua PIBG
- Ucapan Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Bank Rakyat
- Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Seri Dr.
Hj. Ahmad bin Said [ Pengerusi Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH) ]
- Penyampaian Gimik ‘Bantuan
Persekolahan’
- Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG
2021/2022
- Penyampaian Cenderahati Perasmi
- Jamuan VIP

1

AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT
AGUNG PIBG 2022

Penasihat
Tn. Hj. Azhar bin Hamad

Pengerusi
En. Md Amirulizam bin Md. Mokhtar

Naib Pengerusi
En. Lukman Nulhakim bin Muhammad

Setiausaha / Pen. Setiausaha
Pn. Junita Musliha bt Ibrahim /
Pn. Faten Nadiah bt Mohd Fauzi

Bendahari / Pen. Bendahari
Pn. Nurul Adila bt Mat Hassan /
Nor ‘Azura bt Mohd Zain

2

Penyambut Tetamu Backdrop, Hiasan Pentas dan Dewan
1. En Azhar bin Hamad 1.Pn Nurul Izza bt Mohamad (K)
2. Pn Rodziah bt Yahya 2. Pn Suriati bt Wahab
3. Pn Ton Nazratul Nadiah bt Wan Mohd Zaini 3. Pn Tizma bt M.Tahir
4. Pn Wan Azian bt Wan Ismail 4. Pn Noraini bt Adam
5. Pn Rohaida bt Rani 5. Pn Afzan bt Ngah
6. Semua Ajk PIBG 6. Pn Hafizam bt Yusof
7. Pn Hamidah bt Ahmad Latphy
Floor Manager / Pengurus Majlis 8. En Mohd Noor Azhar bin Abdul Razak
1. En Muhammad bin Ali (K)
Bacaan Doa
Persiapan Tempat Sebelum 1.Ustaz Anual bin Husin
1. En Zuraimi bin Abd Wahab (K)
2. En Ahmad Aiman bin Nordin Persiapan Tempat Selepas
3. En Mohd Tarmizi bin Abdul Majid 1. En Rosli bin Yusof (K)
4. En Mohd Nor Fadhlan bin Nayan 2. En Nazri bin Hussein
5. En Azian Laksana bin Ahmad 3. En Mohd Noor Faizal bin Ismail
6. Pn Ezzaheeda Masry bt Mahdi 4. Pn Najihah bt Abd Rahman
7. Pn Maziah bt Ishak 5. Pn Norizan bt Awang @ Rashid
8. Pn Ummairah bt Halim 6. Cik Nurul Izzati bt Zaman
Semua pekerja swasta 7. Pn Rohanawati bt Zakaria
Semua pekerja swasta
Jamuan VIP
1. Pn Emy Nor Aisha bt Mohamad (K) Jamuan Ibu bapa
2. Pn Haridah bt Abdul @ Doon 1. Pn Suraya bt Mohamad (K)
3. Pn Rosina bt Rani 2. Pn Arsalina bt Mohamad @Mohamed Nor
4. Pn Norsuraya bt Ab Rahman 3. Pn Fadzilah bt Alias
5. Pn Norakma bt Hamzah 4. Pn Azurawani bt Abdul Latiff
5. Pn Fadzillah bt Ghani @ Abdul Ghani
Cenderahati dan Bantuan Persekolah 6. Pn Kamarisah bt Adam
1. Pn Junaidah bt Abdul Ghani (K) 7. Pn Zaninah bt Ngah
2. Pn Aminah bt Adinan
3. Pn Nuraini bt Othman@ Abdul Latif Pendaftaran (QR code)
4. Pn Mawarme bt Hassan 1. Pn Suzema Mazlini bt Md Zaman (K)
5. Pn Yusmieta bt Ibrahim 2. Pn Azura bt Jaafar
3. Pn Sharifa Akma bt Alias
4. Pn Nurul Adila bt Mat hassan
5. Cik Zaleha bt Abu Bakar

3

Pencatat Minit Dokumentasi Buku Program dan Flip
1. Pn Siti Sakimah bt Hussain (K) 1. Pn Juwaini bt Jusoh (K)
2. Pn Nor ‘Azura bt Mohd Zain 2. Pn Nor Aini bt Suhaidan
3. Pn Zainab Afina bt Suharto 3. Pn Siti Zalikha bt Zairinzin
4. Pn Noor Hasliza bt Ismail
5. Cik Nor Ain Syukryyiah bt Abd Wahd Seliaan Tempat Ibu bapa
1. Pn Rosia Timah bt Ngah (K)
Sambutan dan Bunga Manggar 2. Pn Norbizuzi bt Abdul @ Abd Rashid
1. Khazilah bt Khalid @ Othman (K) 3. Pn Roslawati bt Abdul Wahab
2. Pn Faten Nadiah bt Mohd Fauzi Pengacara Majlis
1. Siti Madihah bt Amat (K)
Siaraya , Skrin Projektor dan Fotografi 2. Pn Nor Ainshah bt Saleh
1.En Abd Mobin bin Omar (K)
2. En Muhammad Zamzurie bin Harun Tempahan Backdrop
3. En Hng Hang Cheng 1. En Muhammad bin Ali (K)
4. En Muhd Haikal bin Muhd Aliff 2. En Roslan bin Drahaman

Persembahan Murid
1. Pn Norhayati bt Mohd (K)
2. Pn Roziah bt Anang
3. Pn Anisuzana bt Mohd Zain

4

KEHADIRAN HARI MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE-35 ✋

1. EMY NOR AISHA BINTI MOHAMAD 27. YATI BINTI MOHAMAD
2. ROHAIDA BINTI RANY 28. SHAHURIN NAZRI BIN ABDULLAH
3. ROHANI BINTI JAAFAR 29. WAN AISHAH BINTI WAN MUDA
4. NORAZIZAN BINTI ABDUL RAHMAN 30. HAFIZAM BINTI YUSOF
5. WAN AZIAN BT HJ WAN ISMAIL 31. FATIN SUHANA BINTI YUSOP
6. ROHAIDA BINTIBRANY 32. NORMALIZA BINTI MD SAAD
7. ROHANI BINTI JAAFAR 33. ROSE IDZAPIE BINTI ZAHARI
8. NORITA BT MAT RIFIN 34. MOHD SHARIZAN AHMAD FADZIL
9. SITI AISHAH BINTI AWANG TEH 35. SYAHRUL NIZAM BIN YAHYA
10. MOHD NOR FADHLAN BIN NAYAN 36. ROZITA BINTI MAT ROKA
11. RAGHADAH BINTI YUSOF 37. AHMAD AISAM BIN CHE A WAHAB
12. NORLAIDA NOOR AZMI 38. FADHILAH MUHAMAD
13. SUKMA ASMEIDA BINTI SUHAIMI 39. ROSIA TIMAH BINTI NGAH
14. AINY AZLIN BINTI MAT HASSAN 40. ROSIYANTIE SITI RASYIDAH BINTI MOHD
15. AZURAWANI BINTI ABDUL LATIFF
16. MOHD FIRDAUS BIN MD ISA SIDEK
17. NUR LIYANA 41. ZAIMAH BINTI SAID
18. ANUAL BIN HUSIN 42. MARINI BINTI ALI
19. RUSMAWATI BINTI MAHASSAN 43. ANIZI ISMAIL
20. NORMALIZA BINTI MD SAAD 44. WAN ZAINAB BINTI WAN HASSAN
21. TUNKU ABD MOHD JAAFARUDDIN BIN 45. SYAHRUL NIZAM BIN YAHYA
46. AZURA BINTI JA'AFAR
TUNKU ABD AZIZ 47. ROSBARDURI BINTI JUSOH
22. NURUL SYAHIDA BINTI AHMAD 48. SOBRI BIN ABU BAKAR
23. MOHD NOOR AZHAR BIN ABDUL RAZAK 49. CHE ZAMZANA NGAH
24. FAZLIHANA HAYATI BT MOHAMED 50. ASMALIZA BT MOHAMMAD
25. NOR ANIZAH BT. NASIR 51. MANSOR B. MOHAMED/ SUHAILA BT KHALID
26. MOHD NOOR FAIZAL BIN ISMAIL 52. ZAIDA BINTI OTHMAN @ HUSSIN

5

53. RUSTAM EFFENDI 88. ZANINAH BINTI NGAH
54. WAN MAHARI BIN WAN JAAFAR 89. KAMARISAH BINTI ADAM
55. HAMIDAH BINTI AHMAD LATPHY 90. HILMAN ZUBAIR MUDA
56. SITI NOR EMMYLISA BINTI MOHD ZAINI 91. YATIE MUHAMMAD
92. SURAYA BINTI MOHAMAD
ABIDIN 93. NOOR RUZLINA BINTI SULONG
57. WAN NORMALINI BINTI WAN MOHAMED 94. SITI SAKIMAH BINTI HUSSAIN
58. MOHD AZILAN BIN MAT JIN 95. ROSLAN BIN DRAHAMAN
59. KHAZILAH BINTI KHALID 96. NUR SYUHADAH
60. MOHD TAMIDI BIN HASAN 97. NOORIEDAYU BINTI ISMAIL
61. MOHD ASMARA BIN MOHD JONY 98. AFIZAL HALIANA BT ABD AZIZ
62. AIDA ROHAYANI BINTI ABDUL RASHID 99. NORAKMA RADZI
63. NORSIMAH BT MAT ZAINAL 100. ROHANI BINTI SIDEK
64. NORAINI BT AWANG 101. MOHD ZAMRI BIN MAMAT
65. FADZILAH BT ALIAS 102. TIZMA BINTI M TAHIR
66. NORIANA BINTI AB GHALIB@NGAH 103. NURUL ADILA BINTI MAT HASSAN
67. MOHD AZILAN BIN MAT JIN 104. ANIDA BINTI SULONG
68. FADHILAH MUHAMAD 105. NUREENA IMAN BINTI MANJAN
69. NUR ROSHASLINA BINTI YAHYA 106. ROSLINDA BINTI MAT JUSOH
70. SURAYA BINTI MOHAMAD 107. SUZEMA MAZLINI
71. NORLIANI SALLEH 108. NOR HAYATI BINTI MAT ZAINAL
72. NORAZLEEZA BINTI NOOR MUHAMMAD 109. SHARIFAH SYAZANA BINTI SYED MOHAMAD
73. ABD MOBIN OMAR 110. YANTI BT ABD KARIM
74. MOHD KHASNIEFFY KHASIMI 111. NORHAYATI MOHD
75. NORLIZAWATI BT KHALID 112. WAN NUR AAFIEYUANA BT WAN ABD.RAHIM
76. SHAHIDA BINTI SHAMSUDDIN 113. JAMILAH BINTI ABDUL GHANI
77. JUNAIDAH BINTI ABDUL GANI 114. MAZNAH BT MUKHTAR
78. ZURIANI BT BHAINUDDIN 115. ROHANA BT ISMAIL
79. NOR AKMA BINTI HAMZAH 116. NORSABARINA BINTI HASSAN
80. NOR BAITI BT SHAFII 117. NOR MUHAYANI BINTI MUSTAFA
81. HNG HANG CHENG 118. FARAH WAHINA BINTI OTHMAN
82. UMMU AIMAN BINTI AZMI 119. SURIYATI BINTI WAHAB
83. HARIDAH BINTI ABDUL 120. NURUL SYELA BINTI MOHD
84. NOR AMALINA BINTI MUSA 121. SITI WAHIDA BINTI IBRAHIM
85. NURUL ADZHA BT GHAZALI 122. NORAZILA BINTI ZAKARIA
86. JUWAINI BINTI JUSOH 123. SITI NORZIYANA BINTI MAT LAZIM
87. AZIAN LAKSANA BIN AHMAD

6

124. AHMAD FAIZAL BIN A.BAKAR 159. WAN ASLINDAZ BINTI WAN ISMAIL
125. JUNITA MUSLIHA BINTI IBRAHIM 160. NOOR AZIAN BINTI MAT HASSAN
126. AZURAWATI BINTI IBRAHIM 161. NIK HAFIZA BINTI CHE HASSAN
127. MOHD FATIMI B HARUN 162. LUQMAN NULHAKIM
128. SYAFIQAH MOHAMED 163. NOR ASNIDA BT AB. LLAH
129. NORAINI BINTI AWANG 164. ZAINUDDIN BIN MOHD ALI
130. FAUZIAH MOHAMAD 165. MUHAMMAD KHALISH IMAN BIN ABDUL
131. ASMARANI BINTI AZIZ
132. AZIZAH BINTI ABDUL LATIF AZIZ
133. MOHD ISHAMURI BIN ABDUL RASID 166. SOBRI BIN ABU BAKAR
134. NORAZILA BINTI ZAKARIA 167. YUSNIZA BT MAIDIN
135. ZAINUN BINTI MOHD NOR 168. ROZINO BINTI SHAMSUDIN
136. WAN NOR AZLINA WAN JAAFFAR 169. NORAINI BINTI ADAM
137. CHE KU ZUZILIYANALAKMAL C.KU MANSOL 170. KASMANI BT SAMSUDIN
138. MAIZAITOL AKMAL BT MOHAMED NOOR 171. TUAN MAZENAH BINTI TUAN ABD AZIZ
139. ROSMA HAMID
140. NOORIIYANI BINTI NOODIN MOHAMAD
141. NORAZILA BINTI ZAKARIA 172. NORBIZUZI BT ABDUL RASHID
142. MOHD FAIZUDDIN B MD YUSOF 173. DIRA IDAYU AWANG
143. JASMA AZURA BINTI ABD RAHMAN 174. MAZIAH BT ISHAK
144. NOOR SURAYA BINTI CHE LIAH 175. ROZIAH ANANG
145. MAHASAN HUSSIN 176. RAFIZAH BINTI MOHAMOOD
146. ROHAYU BINTI ISMAIL 177. FASYA RIZI MOHD NABORI
147. ARSALINA BT MOHAMOD @ MOHAMED NOR 178. YATIE MUHAMMAD
148. NOORIIYANI BINTI NOODIN 179. WAN MOHAMMAD KAMEL B
149. ZALEHA BINTI GHAZALI
150. NOR AINSHAH BT SALLEH [email protected]
151. NORHAYATI BT MOHD RANI 180. HILY SUZILA BT ABD.RAZAK
152. NOORIIYANI BINTI NOODIN 181. NOR AZURA MD ZIN
153. SUNIZAR BINTI SIDEK 182. FATIN SUHANA BINTI YUSOP
154. WAN HAMIZI WAN HASAN 183. ZAINUDDIN.BIN.IBRAHIM
155. CHE ENGKU NURUL IZATUL AISHAH BINTI CHE 184. SITI ROBIAH BINTI ABDUL RAHMAN
185. MOHD SHAIFUL BIN ABDULLAH
ENGKU ASARI 186. MOHD AFANDI BIN MAT DAUD
156. ZURINA MOHAMAD 187. RABI`ATUL AHTIQAH BT MUSTAFA K.A
157. KHADIJA AMALIN BINTI ABDUL AZIZ 188. SITI ROBIAH BINTI ABDUL RAHMAN
158. JAMAYAH BINTI AJON 189. SITI ZALIKHA ZAIRINZIN
190. LIZA BINTI YAKUB
191. ROZAWATI BINTI ABDULLAH

7

192. FARAH ASHIKIN BINTI UKAS
193. WAN HASNAH BINTI WAN ABDULLAH
194. SHARIFA AKMA BINTI ALIAS
195. HAZLINA BINTI RONI
196. NAZUHA ZAINOL
197. ABDUL HAKIM BIN AHMED
198. SITI ROHANI BT IBRAHIM
199. MUHAMAD RAFIZ BIN ABDUL RAHIM
200. MOHD KHAIRUL HAFIZI B JAAFOR
201. NUR SUAIDAH BINTI MOHD JAAFAR
202. ROSINA RANI
203. MUHAMAD RAFIZ BIN ABDUL RAHIM
204. NORA MOHD NOR
205. NOOR AZIHA NAWAWI
206. KAMARUDDIN SAID
207. NONI MARYUNI MAT JUSOH
208. TUN AHMAD ZIKRILHAKIMI BIN TON SALLEH
209. ZULKIFFLE BIN YUNUS
210. SITI MADIHAH BINTI AMAT
211. MUHAMAD RAFIZ BIN ABDUL RAHIM
212. NAZRI BIN NAORDIN
213. SOAFFIAN AL HARDY BIN MUSTAFA KAMARUL ARIFFIN
214. RODZIAH BINTI YAHYA
215. AMINAH BINTI ADINAN
216. AHMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH
217. MOHD FAUZI BIN MOHD NOOR
218. ZALEHA BINTI ABU BAKAR
219. CHE WAN NORA SYIKIN
220. HABSAH BINTI HUSSAIN
221. ROSLINAWATI BT JAAFAR
222. FADZILLAH GHANI
223. AIZATOL HAMIMAH BINTI MOHMAD
224. ROSMAWATI BINTI MAT GHANI
225. ROKIAH BINTI ABDUL AZIZ
226. ANISUZANA MOHD ZIN

8

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

yang lalu
3. Membentang dan menerima laporan tahunan
4. Membentang dan menerima penyata kewangan
5. Membahaskan Usul
6. Pembubaran AJK
7. Memilih ahli jawatankuasa :

 Yang Dipertua (Ibu Bapa)
 Naib Yang Dipertua (Ibu Bapa)
 Setiausaha Kehormat (Guru)
 Bendahari Kehormat (Guru)
 Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa dan Guru)
8. Memilih pemeriksa kira-kira
9. Ucapan penangguhan

9

1.0 Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Besar
(Tn. Haji Azhar bin Hamad)

1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran En.
Asian Bin Hussein, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit
Perancangan, En. Md Amirulizam Bin Md. Mokhtar, Yang Dipertua PIBG SK
Chukai, Barisan Para Pentadbir SK Chukai, AJK PIBG, guru-guru seterusnya
ibu bapa penjaga yang hadir dan dapat meluangkan masa ke Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG Sesi 2021/2022 kali ke 35 ini.

1.2 Memaklumkan kepada ibu bapa bahawa anak-anak Pra Sekolah dan PPKI
telah bersekolah dan begitu juga dengan murid-murid tahap 1 dan 2 akan
mula bersekolah apabila mendapat arahan dari Kementerian Pelajaran
Malaysia.

1.3 Beliau berharap ibu bapa bersiap sedia untuk menghantar anak-anak ke
sekolah apabila bersemuka nanti. Memandangkan peratus kehadiran
murid Pra seminggu ini agak mengecewakan iaitu tidak sampai 50%. Begitu
juga dengan peratus kehadiran anak-anak PPKI tidak sampai 60%. Lebih
mengecewakan lagi ibu bapa tidak respon mengenai alasan anak tidak
hadir ke sekolah.

1.4 Pihak sekolah tidak akan mengambil tindakan disiplin kepada anak-anak.
Ibu bapa cuma perlu menyatakan alasan anak tidak hadir ke sekolah.

1.5 Beliau merayu agar ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke sekolah
dan percayalah bahawa pihak sekolah telah mengikut garis panduan dan
SOP yang telah ditetapkan dan adalah tempat yang selamat.

1.6 Beliau juga berharap agar ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah
untuk menuntut ilmu kerana anak-anak adalah harta dan amanah yang
wajib dijaga dunia dan akhirat.

10

1.7 Semasa PDPR sekarang ini ramai di kalangan anak-anak yang tidak hadir
dan apabila ditanya ada guru yang dimarahi seolah-olah guru tidak faham
masalah ibu bapa. Sebab itu apabila bersemuka nanti ibu bapa mesti
hantar anak-anak ke sekolah.

1.8 Sekiranya anak-anak hadir ke sekolah tidak akan timbul diskriminasi kerana
guru-guru yang dilatih dan yang berintegriti ini akan mendidik anak-anak di
sekolah. Walaupun ada di kalangan anak-anak yang tidak divaksin setelah
murid lain mengambil vaksin, anak-anak tetap dapat hadir ke sekolah,
datang ke sekolah dan tidak ada pengasingan sama ada sudah vaksin
atau belum. Memang tidak akan diambil tindakan disiplin bagi anak-anak
yang tidak hadir tetapi mohon ibu bapa sediakan surat menyatakan sebab
ketidakhadiran anak-anak.

1.9 Apabila bersemuka nanti kehadiran anak-anak adalah 50% penggiliran
kehadiran murid adalah mengikut minggu. Setiap kelas murid akan
dibahagi kepada 2 kumpulan. Akan dibahagi mengikut minggu 1 dan 2.

1.10 Ibu bapa mesti peka pada info dalam kumpulan ‘WhatsApp’ kelas anak-anak
supaya tidak terlepas info terkini terutama mengenai pembukaan sekolah
nanti.

1.11 Mengenai PDPR

1.11.1 Ada ibu bapa yang kurang faham dan anggap PDPR adalah melalui
Google Meet sahaja tetapi banyak lagi platform yang boleh digunakan
termasuklah PDPR melalui ‘WhatsApp’, telegram, youtube ataupun
‘video call’( tasmik )

1.11.2 Pelbagai cara telah digunakan oleh guru-guru tetapi apabila anak-
anak tidak hadir PDPR ada ibu bapa yang langsung tidak memberi
maklum balas apabila ditanya oleh guru. Guru mesti membuat laporan
PDPR setiap hari kepada Jabatan.

11

1.11.3 Ada ibu bapa yang minta guru-guru buat Google Meet tetapi
kehadiran anak-anak amat meyedihkan, satu atau dua orang sahaja
yang hadir terutamanya pada waktu pagi.

1.11.4 Mohon ibu bapa lebih tingkatkan kecaknaan pada kehadiran PDPR
anak-anak. Sekiranya ada masalah berbincanglah dengan guru-guru
ataupun pihak sekolah.

1.11.5 Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat dari Facebook Rasmi
Sekolah Kebangsaan Chukai.

1.12 Pendaftaran Tahun 1.

1.12.1 Setiap tahun ada masalah mengenai murid tahun 1. Ada yang daftar
tapi tidak hadir dan ada yang hadir tetapi tidak mendaftar apa-apa
sebelum itu.

1.12.2 Pihak sekolah memang akan terima kemasukan murid-murid tahun 1
walau apa keadaan sekali pun tetapi akan bermasalah dalam
pembahagian buku teks. Sekolah akan dapat buku teks mengikut
bilangan murid yang berdaftar sahaja.

1.12.3 Mohon ibu bapa mendaftar anak-anak tahun 1 2022 selewat-lewatnya
bulan November tahun ini bagi mengelakkan masalah di kemudian
hari. Tolong makulmkan juga pada jiran tetangga atau pun sahabat
handai untuk mendaftar sekiranya ada anak tahun 1 2022.

1.12.4 Setelah mendaftar, sahkan, cetak dan simpan dahulu borang tersebut
sehingga diminta oleh pihak sekolah. Tolong ingat ‘ID’ dan kata laluan
dan kalau boleh tulis di atas borang pendaftaran tersebut.

1.12.5 Perlu diingatkan segala maklumat dalam borang tersebut mestilah yang
terkini terutama nombor telefon supaya senang dihubungi apabila ada
masalah berbangkit.

12

1.13 Ibu bapa juga perlu kemaskini data dalam APDM terutama bahagian
pendapatan. Maklumkan pada guru kelas untuk dikemaskini. Apabila tidak
dikemaskini akan ada masalah apabila ada pemilihan murid untuk terima
bantuan. Ibu bapa mesti ingat segala kata laluan yang digunakan.

1.14 Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi
sumbangan berbentuk kewangan, pelitup muka, penyukat suhu, cecair
sanitasi tangan, sabun dan sebagainya kepada pihak sekolah. Semoga
penyumbang-penyumbang ini diredhai Allah SWT, dimurahkan rezeki,
dipanjangkan umur dan dikurniakan kebahagiaan.

1.15 Akhir kata jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan
masa secara hibrid dalam Mesyuarat agung Tahunan PIBG Sesi 2021/2022.

13

2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Chukai
(En. Md Amirulizam bin Md. Mokhtar)

2.1 Ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Asian bin Husin, Wakil
PPD Kemaman, Guru Besar SK Chukai, Tuan Haji Azhar bin Hamad, Guru-Guru
Penolong Kanan, barisan Guru SK Chukai,AJK PIBG, ibu bapa dan semua
hadirin.

2.2 Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk melaksanakan
Mesyuarat PIBG kali ke-35 bagi Tahun 2021.Terima kasih diucapkan kepada
semua hadirin kerana meluangkan masa untuk menyertai ‘Google Meet’
Mesyuarat PIBG pada kali ini.

2.3 Ucapan guru besar tadi, telah disentuh secara menyeluruh pelbagai isu
daripada ibu bapa dan pihak sekolah. Dalam keadaan pandemik sekarang
terdapat pelbagai norma baharu seperti pelbagai SOP yang perlu dipatuhi.

2.4 Kerjasama ibu bapa amatlah penting dan diperlukan bagi memastikan
segala perancangan terutamanya keselamatan anak-anak di sekolah ketika
hadir dan pulang dari sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Harapan
saya supaya ibu bapa dapat mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah walaupun hanya berada di luar pagar sekolah.

2.5 Jika kita berada di dalam keadaan endemik sekalipun jika kita mematuhi
setiap peraturan yang ada insyaAllah kita dapat mengekang daripada
dijangkiti wabak COVID-19 ini.

2.6 Berkaitan dengan PDPR ,murid kini tetap bersekolah walaupun tidak hadir ke
sekolah secara bersemuka. Pelbagai kaedah yang telah digunakan oleh
guru-guru mengikut kesesuaian pada ketika itu. Ada permintaan daripada
ibu bapa untuk guru malaksanakan sesi PDPR secara google meet tetapi
apabila dilaksanakan hanya dua atau tiga orang sahaja murid yang masuk.
Apa sahaja permintaan daripada ibu bapa, guru akan cuba tunaikan tetapi
jika tiada kerjasama daripada ibu bapa medium yang terbaik sekalipun
objektif PDPR tidak akan tercapai.

14

2.7 Jika ada latihan atau tugasan yang diarahkan oleh guru, harap ibu bapa
boleh pantau anak-anak supaya dapat melaksanakan latihan atau tugasan
tersebut. Buat masa kini itu sahaja medium yang boleh digunakan bagi
memastikan murid tidak ketinggalan.

2.8 Berkaitan SOP, diharapkan agar pihak ibu bapa dan sekolah dapat
mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan sebaiknya. Mungkin dalam
masa yang terdekat akan diumumkan, kita akan hidup di dalam keadaan
endemik. Pentingnya untuk kita mematuhi segala SOP supaya kita dapat
mengekang penularan COVID-19.

2.9 Mengenai isu vaksin seperti yang telah disentuh oleh tuan guru besar, pelajar
tahun 6 iaitu murid yang berusia 12 tahun dijadualkan menerima suntikan
vaksin pada 11.10.2021 di SK Sultan Ismail, Kemaman. Saya wakil PIBG dan
pihak sekolah memohon untuk ibu bapa agar memberi maklum balas jika
diminta berbuat demikian. Pentingnya untuk kami tahu sama ada ibu bapa
menerima atau menolak menerima suntikan vaksin tersebut. Borang yang
diterima haruslah diisi dengan sebaiknya supaya tidak berlaku sebarang
masalah di kemudian hari. Keputusan vaksinasi adalah hak ibu bapa. Tiada
diskriminasi di sekolah.

2.10 Jika ada rasa tidak puas hati kepada pihak sekolah, gunakan saluran yang
betul. Berhubung dengan pihak sekolah supaya dapat penyelesaian dengan
baik dan bermanfaat bagi kedua-dua belah pihak.

2.11 Akhir kata YDP mengucapkan ribuan kemaafan sekiranya terdapat salah
dan silap sepanjang beliau memegang jawatan YDP di SK Chukai. Setiap
permasalah yang ada akan sentiasa di selesaikan secara baik dan
berhemah.

15

3.0 Ucapan Perasmi Majlis
(En. Asian bin Hussin)

3.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi Majlis dan syukur diizinkan Allah
untuk sama- sama hadir Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021 walaupun tidak
secara bersemuka.

3.2 Turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan
komitmen walaupun hari cuti untuk membicarakan masa depan anak- anak
dan bagaimana menyusun kehidupan anak- anak pada masa depan. Anak-
anak sebagai aset berharga dan amanah besar daripada Allah SWT.

3.3 Mewakili PPD Tuan Hj Idris b Bidin yang tidak dapat hadir dan meminta
menyampaikan salam kepada semua.

3.4 Visi Pendidikan Negara yang sangat jelas. Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik
dan Negara Sejahtera. Pendidikan Berkualiti melahirkan anak- anak yang
terdidik, terpelajar dan berilmu. Anak- anak yang akan menjadikan negara
sejahtera. Bagaimana melahirkan anak- anak yang akan mensejahterakan
negara ialah dengan ilmu.

3.5 Pendidikan dalam konteks agama untuk membolehkan anak- anak
mengenal baik buruk, mengenali Tuhan dan menjadi hamba Allah yang
terbaik, anak soleh dan solehah dan menjadi ahli masyarakat yang berguna
kepada masyarakat dan negara.

3.6 Tanggungjawab dan peranan ibu bapa sangat besar terhadap anak- anak.
Salah satu hak anak ialah pendidikan. Gagal beri pendidikan secukupnya
pada anak, hak anak yang akan dituntut. Ibu bapa jalankan tanggunjawab
terhadap anak- anak.

3.7 Ibu bapa tahu dan faham tanggungjawab. Tetapi sekadar tahu dan faham
ibu bapa tidak dapat melaksanakan tugas itu dengan betul. Untuk
melaksanakan tugas itu dengan betul perlu mencari ilmu. Tugas ibu bapa
bekalkan anak- anak dengan ilmu.

16

3.8 Situasi mencabar, penyakit Covid, ekonomi, zaman fitnah berleluasa, anak-
anak terdedah pada maksiat dan mengejar keduniaan. Bekalan ibu bapa di
alam kubur ialah doa anak yang soleh. Anak yang soleh ialah anak yang
berilmu.

3.9 Mengharapkan ibu bapa menghantar anak- anak ke sekolah semasa
persekolahan bersemuka. Kehadiran PPKI dan Prasekolah amat menyedihkan
semasa persekolahan bersemuka. PDPR dan kelas bermuka tidak sama. PDPR
masalah data, peralatan dan sebagainya, persekitaran belajar di rumah tidak
sama dengan sekolah.

3.10 Kekangan ibu bapa bekerja sewaktu PDPR dan meminta jadual dikurangkan.
Jadual PDPR ditetapkan KPM. Sekolah sebagai pelaksana. Guru
mempelbagaikan kaedah untuk memastikan anak- anak boleh memberi
respon PDPR pada waktu lain. Tugas Ibu bapa mengurus PDPR anak- anak.

3.11 Persefahaman ibu bapa dan sekolah melalui komunikasi yang baik dan tolak
ansur. Sifat menyalahkan pihak lain tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya
mewujudkan persengketaan dan kemarahan dan menggugat silaturahim.

3.12 Pengumuman pembukaan sekolah daripada Kementerian, JPN, PPD dan
sekolah. Turut mengharapkan SOP dan peraturan dipatuhi. Gagal menuruti
apa yang ditetapkan, menyebabkan kita dan orang lain tidak selesa. Patuhi
proses hantar, ambil dan penyuraian anak- anak. Ibu bapa mengutamakan
kesihatan anak- anak. Sebarang pertanyaan rujuk pada guru dan sekolah dan
bukan pihak lain.

3.13 Vaksinasi tiada paksaan dan hak ibu bapa. Hanya bagi anak- anak genap
umur 12 tahun pada 30 September 2021. Kebaikan dan faedah, lebih banyak
kebaikan daripada keburukan dan mudarat. Jika ibu bapa tidak terima, isi
borang tidak terima dan hadir ke sekolah dan rujuk doktor di pusat vaksin.
Turut menggalakkan mengambil vaksinasi jika tiada masalah kesihatan.
Tanggungjawab ibu bapa memastikan anak- anak dalam keadaan terbaik
untuk mendapat pendidikan.

17

3.14 Sekolah dan guru terus komited melaksanakan tugas dan
tanggungjawab. Ibu bapa bekerjasama dengan sekolah dan PIBG
dengan erat dan faham fungsi masing- masing. Makluman yuran untuk
aktiviti dan kebaikan anak- anak

3.15 Ucapan tahniah pada semua yang terlibat dalam Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG. Mengharapkan yang terpilih sebagai AJK melaksanakan
tanggungjawab dan tugas diberi. Mendoakan semua pihak diberi ruang
untuk menjalankan tanggungjawab memberikan pendidikan terbaik
buat anak- anak. Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021 kali
ke-35 dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.

18

4.0 Minit Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-35

MESYUARAT AGUNG PIBG SK CHUKAI 2021
KALI KE-35

Tarikh : 9/10/2021

Hari : Sabtu

Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
(secara atas talian Google Meet)

4.1 Ucapan Pengerusi (En. Md Amirulizam bin Md Mokhtar)
4.1.1 Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.
4.1.2 Berharap mesyuarat kali ini berjalan dengan baik dan
lancar.
4.1.3 Mohon kerjasama dari semua ibu bapa agar dapat
menyumbang kepada pihak sekolah sama ada dari segi
kewangan, kepakaran, tenaga dan lain-lain. Sumbangan
tersebut amatlah bererti buat pihak sekolah.

4.2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
4.2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat
4.2.2 Pengesahan: Siti Wahida Binti Ibrahim

4.3 Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahun 2020
4.3.1 Laporan aktiviti dibentangkan oleh setiausaha
4.3.2 Pengesahan: Mohayani Binti Mustafa

4.4 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan 2020
4.4.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan
4.4.2 Pengesahan: Syahrulnizam Bin Yahya

19

5.0 KEPUTUSAN PEMILIHAN
JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

Sidang mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan AJK PIBG bagi sesi
2020/2021 untuk sesi 2021/2022.

YDP : EN. En Md Amirulizam bin Md Mokhtar

NYDP: En. Lukman Nulhakim Bin Muhammad

AJK:
1. En Azami bin Abd Wahab
2. En Mahasan bin Hussin
3. En Syahrul Nizam bin Yahya
4. En Wan Masandy bin Wan kamaruddin
5. En Mohd Khasnieffy bin Khasimi
6. Pn Nor Anizah binti Nasir
7. Pn Zuliyana binti Yahya
8. Pn Sarah binti Sulong
9. Pn Nooriedayu binti Ismail
10. Pn Che Nurianun binti Harun

Ahli KSIB
1. En Mohd Faizul bin Mohamad @ Ismail
2. Pn Khadijah binti Yusof
3. Pn Zumi binti Mat Deris

Pemeriksa Kira-kira: Pn Wan Satinah binti Wan Ismail

20

6.0 Usul dan Cadangan

6.1 Che Wan Nor’Syikin bt Che Wan Zulkifli
Mencadangkan pertimbangan guru-guru untuk menggunakan 1 platform
yang sama untuk kelas PDPR bagi semua subjek. Contoh: semua subjek
menggunakan google classroom. Ini bertujuan untuk memudahkan ibu bapa
mengesan pending assignment serta boleh mengelakkan daripada kekeliruan
kerana terlalu banyak penggunaan aplikasi seperti telegram/ whatsapps/
googlemeet . Pembelajaran akan menjadi lebih sistematik dalam
menguruskan PDPR di rumah. Menambah baik interaksi 1-1/face to face
antara guru dan murid di alam maya supaya murid lebih rasa “connected”
dengan guru masing2. Boleh dimulakan dengan 1-1 session dengan guru kelas
seminggu sekali kemudian diikuti dengan feedback drp guru kelas masing-
masing terhadap performance murid2 (melalui 1-1 video meet)

Jawapan: YDP
PDPR tidak terhad kepada penggunaan Google Meet sahaja. Bergantung kepada
kesesuaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Apa jua
platform yang digunakan, ibu bapa perlu memberi kerjasama supaya anak-anak
tidak ketinggalan dalam pelajaran.

6.2 Mohd Ghazali
Mencadangkan untuk pembelajaran dari rumah menggunakan modul atau
buku aktiviti lebih baik daripada memberikan link youtube.

Jawapan: YDP
Isu-isu berkaitan PDPR terlalu banyak. Oleh yang demikian, pecayalah kepada
guru-guru. Walau apa sahaja platform yang digunakan, platform tersebut
adalah yang paling terbaik.

21

6.0 Usul dan Cadangan

6.3 Rohani binti Abdul Wahab
Memandangkan covid yang masih melanda negara sekarang ini saya
mencadangkan agar PDPR diteruskan untuk keselamatan pelajar dan
kakitangan sekolah termasuk guru-guru dan saya berharap sekolah dibuka
selepas negara betul-betul bebas dari covid.

Jawapan: YDP
Semua orang berharap agar pandemik ini berakhir tetapi sekarang kita harus akur
bahawa kita kini hidup bersama covid. Kita akan berada dalam keadaan endemik
di mana covid berada bersama kita setiap hari. Oleh itu pentingnya kita
mengamalkan setiap SOP yang ada bagi mengekang penularan covid. Setiap
keputusan pembukaan sekolah adalah daripada KPM bukan aripada pihak
sekolah.

6.4 Jamilah binti Abdul Ghani
Mencadangkan supaya sekolah menggunakan buku aktiviti atau buku kerja luar
yg mengikut sukatan mata pelajaran anak-anak mengikut tahun kerana menjadi
kesusahan bagi penjaga jika terpaksa mencetak kerana tiada kemudahan
komputer riba dan pencetak di rumah. Menjadi beban bagi saya terpaksa
mencetak di kedai. Jika hanya menyalin kerja tidak akan lengkap. Dengan
adanya buku kerja tambahan. Guru boleh memberi latihan berdasarkan muka
surat di dalam buku kerja. Anak-anak juga boleh membuat semakan
berbanding dengan menjawab kuiz yang hanya dijawab kemudian dan tidak
boleh dirujuk semula. Masa anak-anak dengan telefon juga boleh dikurangkan.
Rujuk video kemudian jawab soalan di dalam buku kerja. Ibu bapa juga mudah
untuk menyemak kerja anak-anak.

Jawapan : YDP
Pihak sekolah ada menyediakan modul yang diberikan secara ‘Drive Thru’. Bagi
saya, apabila kita menyalin,kita akan dapat apa yang disalin. Zaman sekarang
terlalu banyak kemudahan yang ada. Oleh itu manfaatkan setiap kemudahan yang
ada bagi tujuan pembelajaran. Kami pihak PIBG akan setiap memantau setiap
keperluan dan saya berharap agar kita ibu bapa dapat menyokong pihak sekolah
dalam memastikan pembelajaran anak kita berjalan seperti biasa walaupun
dalam keadaan pandemik sekarang.

22

6.0 Usul dan Cadangan

6.5 Rabi'atul Ahtiqah bt Mustafa Kamarul Ariffin
Mencadangkan pihak sekolah boleh menyediakan sistem locker bagi
memudahkan murid-murid menyimpan barang/buku yang mana tidak perlu
di bawa pulang selain kerja sekolah. Ini boleh mengurangkan masalah berat
beg sekolah, sekaligus mengurangkan sakit pinggang/tulang belakang. Selain
dari itu, sekiranya PDPR masih dijalankan, pihak cikgu mungkin perlu
memantau keadaan anak murid di mana mungkin terdapat segelintir dari
mereka yang ada kekangan dari segi kewangan,masa dan juga peralatan. Dari
itu, pihak cikgu dapat memikirkan solusi untuk atasinya. Contohnya, mungkin
anak murid hanya ada waktu malam untuk google meet. Dan ada juga
sesetangah yang perlu menjaga adik beradik yang lain dan tiada masa untuk
menyiapkan kerja sekolah. Yang terakhir, dari segi kasta kelas. Saya rasa pihak
sekolah perlu mengenalpasti pros&cons. Sebab akan ada masalah sekiranya
murid diasingkan atau pun tidak.

Jawapan: Guru besar
Untuk makluman, sekolah kita ada menyediakan loker untuk murid tahun 1
kerana ada arahan daripada kementerian. Pihak sekolah menggunakan
peruntukan sekolah untuk mewujudkan loker tesebut.Jika ibu bapa mahu
menggunakan sistem loker,kita perlu mengambil kira beberapa perkara
termasuk luas kelas kerana sekarang ruang di dalam kelas adalah terhad. Ada
satu syarikat datang ke sekolah dan membuat tawaran berkenaan loker.Sewa
bulanan adalah RM10. Jika mendapat persetujuan daripada semua ibu bapa
pada hari ini, kita akan mewujudkan sistem berkenaan dan sebaliknya jika tiada
persetujuan.

23

6.0 Usul dan Cadangan

6.6 Jamilah bt Abdul Ghani
Mencadangkan agar pihak pibg menyediakan tempat air minuman kerana
ramai anak-anak yang tidak cukup air semasa persekolahan.

Jawapan : Guru Besar
Cadangan yang baik dan sekiranya ibubapa bersetuju, pihak pibg akan membuat
tabung kutipan untuk membeli mesin air minuman ini.

6.7 Noraini binti Mohd Zain
Mencadangkan sebelum sesi persekolahan bermula semua guru-guru dan
murid perlu divaksin.

Jawapan : YDP PIBG
Tiada paksaan dalam isu vaksin in. tetapi YDP menyeru dan merayu kepada
semua ibu bapa supaya ambil vaksin untuk anak-anak. Tetapi terpulanglah
kepada ibu bapa sama ada mahukan anak-anak mereka divaksin atau tidak.

6.8 Rozalina bt Abdul Wahab
Mencadangkan sekiranya sekolah akan di buka kembali, minta pihak skolah
memberi kelonggaran kepada ibubapa yang masih lagi ragu-ragu untuk
menghantar anak-anak ke sekolah memandangkan kes covid masih lagi
berada di paras 10K.
Jawapan : YDP PIBG
Sebagaimana makluman dari Tuan GB sebelum ini, memang tiada tindakan
disiplin yang dikenakan bagi anak-anak yang tidak hadir ke sekolah di musim
pendamik ini.

24

6.0 Usul dan Cadangan

6.9 Zulkiffle bin Yunus
Mencadangkan supaya kerja sekolah PDPR disediakan dalam bentuk modul yang
bertulis.. Memudah buat anak-anak membuat latihan jika ibu bapa tiada dirumah.

Jawapan :YDP PIBG
Tuan GB telah menjawab dalam usul 5

6.10 Hasmawi bin Hamzah
Mencadangkan diperketatkan SOP covid19 apabila bermulanya sesi persekolahan
nanti, terutama ketika ibu bapa mengambil dan menghantar anak-anak ke
sekolah.

Jawapan : YDP PIBG
Menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan agar SOP dipatuhi walaupun
berada di luar kawasan sekolah. Masing-masing perlu menjaga SOP dan tidak
menyalahkan sesiapa. Kita jaga kita.

6.11 Zaimah bt Said
Mencadangkan supaya sumbangan untuk PIBG kekal seperti tahun sebelumnya.

Jawapan : YDP PIBG
Sumbangan berdasarkan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat agung yang
lalu. Sumbangan tahun lepas sebanyak RM50. YDP buka cadangan dan
mengharap biarlah keputusan dicapai daripada mesyuarat dan bukan satu pihak.
Memandangkan tiada cadangan lain, YDP mencadangkan kutipan RM20 sahaja
untuk kutipan tahun 2021. Cadangan disokong oleh Pn Nur Hidayah. Keputusan
terbaik untuk tidak membebankan mana- mana pihak. Pada mana- mana ibu
bapa, sumbangan lain dialu- alukan. Berdasarkan pembentangan penyata
kewangan, kutipan PIBG tidak digunakan sewenang- wenangnya sebaliknya
perbelanjaan diputuskan jawatankuasa. Jika ada sumbangan pihak lain, tidak
menggunakan sumbangan PIBG. Kutipan RM20 adalah untuk kegunaan apa- apa
jua berkaitan anak- anak sama seperti sebelum ini. Perbelanjaan diputuskan
apabila dipersetujui dan dikira perlu.

25

6.0 Usul dan Cadangan

6.12 Mohamad Yusof bin Yahya
Mencadangkan supaya dikurangkan sumbangan PIBG.

Jawapan: YDP
Sumbangan berdasarkan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat agung yang
lalu. Sumbangan tahun lepas sebanyak RM50. YDP buka cadangan dan
mengharap biarlah keputusan dicapai daripada mesyuarat dan bukan satu
pihak. Memandangkan tiada cadangan lain, YDP mencadangkan kutipan RM20
sahaja untuk kutipan tahun 2021. Keputusan terbaik untuk tidak membebankan
mana- mana pihak. Pada mana- mana ibu bapa, sumbangan lain dialu- alukan.
Berdasarkan pembentangan penyata kewangan, kutipan PIBG tidak digunakan
sewenang- wenangnya sebaliknya perbelanjaan diputuskan jawatankuasa. Jika
ada sumbangan pihak lain, tidak menggunakan sumbangan PIBG. Kutipan RM20
adalah untuk kegunaan apa- apa jua berkaitan anak- anak sama seperti sebelum
ini. Perbelanjaan diputuskan apabila dipersetujui dan dikira perlu.

6.13 Yusaimi b Mohd Nor
Mencadangkan agar ibu bapa mematuhi SOP apabila menjemput anak-anak
pulang dari sekolah apabila sesi persekolahan bermula nanti.

Jawapan: YDP
Walaupun di luar pagar sekolah, peranan ibu bapa untuk jaga diri dan anak-
anak masing- masing. Kerjasama semua untuk melindungi diri dan semua
amatlah dihargai.

Jawapan: Guru Besar
Keselamatan di luar pagar sekolah. Tahun lepas pihak sekolah memohon
sukarelawan daripada kalangan ibu bapa kerana ada aduan daripada penjaga
tetapi tidak mendapat maklum balas. Memohon jika ada pihak ibu bapa yang
sanggup menjadi sukarelawan dan tidak mengharapkan AJK PIBG sahaja.

26

6.0 Usul dan Cadangan

6.14
i.Che Ku Zuziliyanalakma bt Che Ku Mansol
ii.Azura bt Jaafar
iii.Liza bt Yakub
iv.Wan Maran Nazari
• Mencadangkan supaya mempertingkatkan kecerian dan kebersihan tandas sekolah.
• Membaiki pulih tandas dan memasang lampu untuk tandas tahun 1 yang gelap dan

kurang selesa.
• Membaiki tandas yang rosak.
• Memastikan air di dalam tandas sentiasa ada serta mempertingkatkan kebersihan

tandas.

Jawapan: YDP
Tandas sekolah digunakan oleh semua murid. Jika setiap murid didisiplinkan dengan
kebersihan, murid tetap mengamalkan kebersihan apabila menggunakan tandas
sekolah. Pendidikan kebersihan tidak diserahkan kepada pendidik sahaja sebaliknya
bermula daripada ibu bapa untuk menjadikan murid berdisiplin. Tandas telah
beberapa kali melalui proses baik pulih. Penyelenggaraan tandas sentiasa diberi
perhatian. Untuk bekalan air telah diupgrade dengan menyediakan tangki dan
waterpump. Namun apabila terputus bekalan elektrik, air daripada tangki tidak dapat
disokong. Masalah air bukanlah masalah yang berlarutan dan jarang berlaku. Tandas
sekolah akan dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik dan diselenggara.

Jawapan: Guru Besar
Jika ada aduan murid berkenaan tandas, pihak sekolah terus mengatasi masalah.
Berkenaan air yang lambat turun, pihak sekolah memohon dua waterpump dan
masalah telah selesai. Walau bagaimaanapun jika berlaku putus bekalan elektrik,
maka air tidak berjalan. Cadangan melantik penjaga khas tandas dengan bayaran
RM1200, kos dibayar ibu bapa RM10 sebulan kerana bilangan pekerja sekolah 5 orang
sahaja yang tidak hanya membersihkan tandas sebaliknya membersih longkang dan
sebagainya. Untuk pengetahuan, sekolah menjadi tempat penempatan mangsa banjir
dan mendapat bantuan NADMA sebanya RM10000 pada 2018 untuk pembaikan
tandas. Tetapi tidak sampai setahun, berlaku kerosakan pintu tercabut dan
disebabkan oleh murid. Kos pembaikan agak tinggi dan bukan daripada PIBG. Sekolah
akan mohon daripada PIBG untuk pembelian kepala paip, lampu, engsel dan pintu
tidak termasuk kos pemasangan. Pemasangan oleh guru atau jika ada ibu bapa yang
sanggup.

27

6.0 Usul dan Cadangan

6.15 Zainuddin bin Mohd Ali
Mencadangkan jika sesi persekolahan di buka kelak perketatkan SOP utk
keselamatan anak- anak. Tingkatkan kebersihan kantin dan tandas sekolah
untuk keselesaan murid.
Jawapan: YDP
Sekolah tidak sewenang- wenangnya membuat SOP tidak berkaitan. SOP yang
disarankan oleh sekolah datang dari KPM dan yang ditetapkan oleh KKM. Sama-
sama kita memperkasakan dan berusaha mematuhi SOP yang ditetapkan.
Amalkan SOP dengan betul sebagai langkah kendiri.

Jawapan: Guru Besar
Kantin diperiksa oleh KKM dan memperoleh gred A bagi tahap kebersihan.
Kantin tidak boleh digunakan sepanjang bulan Febuari dan Mac, murid makan
di kelas. Kantin dipantau oleh pengurusan dan guru bahagian kantin. Murid-
murid boleh maklumkan berkenaan kantin dan tandas.

6.16 Nurul Hasliza bt Muhamad Fazley
Mencadangkan supaya dikekalkan cara pesanan makanan di kantin sewaktu
rehat

Jawapan: YDP
Kaedah ambil pesanan yang digunakan buat masa ini kaedah yang paling baik.
Jika keadaan masih begini (Covid 19) mungkin sistem tersebut masih
digunapakai.

28

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

YDP menyeru agar semua ibubapa mengubah minda dan
mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kepada ajk yang
baru dilantik sama-sama berganding bahu memberikan idea dan
pandangan untuk kemajuan PIBG SK Chukai.

8.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang
sudi hadir dan meluangkan masa sehingga mesyuarat selesai.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh:

…………………………………………… ……………………………………………
(PN.JUNITA MUSLIHA BINTI IBRAHIM) (ENCIK MD.AMIRULIZAM BIN MD MOKHTAR)
Setiausaha Kehormat Yang Dipertua
Persatuan Ibu bapa dan Guru Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Chukai Sekolah Kebangsaan Chukai
Kemaman. Kemaman.

29

AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK CHUKAI 2021

Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian
Perjumpaan ibu bapa Tahun 1 atas talian (alam maya) secara Google

Meet.
Gotong royong persiapan pembukaan sekolah.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah.
Pertandingan Mewarna sempena Hari Raya (Tahap 1).
Mencipta video kreatif sempena Hari Raya (Tahap 2).

Melabel Tandas Sekolah (SOP).
Pertandingan video Tiktok Hari Kemerdekaan.

30

PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2021

TARIKH PERKARA DEBIT (RM) KREDIT (RM)
01.01.2021 Baki 2020 21 309. 15
07.01.2021 Bantuan Covid Dun Chukai 500.00
13.09.2021 Sumbangan Label Tandas Sekolah 600.00 500.00
17.10.2021 Jamuan Mesyuarat PIBG 2021
06.12.2021 Sumbangan Perseorangan 750.00
31.12.2021 Sumbangan PIBG 10 660.00
533 x RM 20

Perbelanjaan (1100.00) 33 219.15
Disemak oleh, 32 119.15
Baki Akhir pada 31 Disember
Disediakan oleh,

................................................................ ...............................................................
(NURUL ADILA BT MAT HASSAN) (WAN SATINAH BT WAN ISMAIL)
Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-Kira PIBG
SK Chukai, Kemaman, SK Chukai, Kemaman,
Terengganu. Terengganu.

Disaksikan oleh, Disahkan oleh,

............................................... .......................................................................
(HJ AZHAR BIN HAMAD) (MD AMIRULIZAM BIN MD MOKHTAR)
Guru Besar Yang Dipertua PIBG
SK Chukai, Kemaman, SK Chukai, Kemaman.
Terengganu. Terengganu.

31

PENGHARGAAN

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada :

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH)

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat
Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Para ibubapa
Semua Ahli Jawatankuasa Kerja
Dan
Semua Guru dan Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Chukai
Kerana

sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36

Terima kasih

32

CATATAN

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023

Yang Dipertua : ________________________________________

Naib Yang Dipertua : ________________________________________

Setiausaha : ___________________________________

Bendahari : ___________________________________

Ahli Jawatankuasa :

1.________________________________________

2.________________________________________
3.________________________________________
4.________________________________________
5.________________________________________
6.________________________________________
7.________________________________________

8.________________________________________

9.________________________________________

10._______________________________________
11.________________________________________

33


Click to View FlipBook Version