Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan 2024 Prakata Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Alhamdulillah, selawat dan salam untuk Rasulullah pencetus Rahmatan lil a lamin Semua warga guru AL-AHMADI yang dikasihi. Kita selaku penggerak Pengurusan Professional, maka kita adalah pelaksana inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan inisiatif lain yang bakal diperkenal. Kita berada dalam Gelombang Ketiga PPPM 2021-2025. Sebagaimana yang kita imani, hidup ini Alam Dunia ini memang bersifat sementara akan tetapi ganjaran dan akibatnya berkekalan di Alam Akhirat. Dunia seorang guru ini sangat indah dengan warna warni kehidupan dan pelbagai pilihan membuat keputusan terbaik terbentang luas di hadapan kita. Seorang guru perlu membuat pilihan bijak sama ada ingin cemerlang atau kecundang. Saya yakin semua warga guru AL-AHMADI merupakan guru terpilih dan terbaik, bermotivasi dan integriti, sentiasa bersyukur dan bersabar yang boleh menjadi inspirasi kepada semua pelajar. Tahun 2021 merupakan tahun kedua program Transformasi Sekolah (TS25) bertujuan untuk meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Pada asasnya, transformasi sekolah bermula dari dalam bilik darjah. Pembelajaran Berpusatkan Murid memerlukan komitmen Guru sebagai Perancang, Pengawal, Pembimbing, Pendorong dan Penilai untuk merealisasikan Murid Sebagai Pembelajar Aktif sebagaimana Standard 4- SKPMg2. Ujian Covid telah menuntut warga guru beraksi di alam maya dengan variasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Tahniah buat semua warga AL-AHMADI yang telah melonjakkan, kecemerlangan akademik dan kokurikulum hingga harum mewangi ke persada dunia. Untuk memantapkan lagi Kemenjadian Murid dan Kualiti Sekolah Tahun 2021 ini maka semua aktiviti perlu dirancang dan dilaksana dengan cemerlang supaya mendatangkan impak positif selaras dengan 6 Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025. Dalam mendidik modal insan sekaligus mengurus manusia dengan nilai kemanusiaan kita berhadapan dengan pelbagai tuntutan dan cabaran Pemegang Taruh (Stake Holders). Jadi bersama-samalah kita mencipta dan menikmati Kegembiraan (Happiness), Kasih Sayang (Love) dan Hormat Menghormati (Mutual Respect). Semoga hidayah (petunjuk) dan inayah (pertolongan), rahmat (kasih sayang) dan berkat (barakah) Allah sentiasa menaungi kita semua warga AL-AHMADI. Tulus Pada Tuhan, Telus Pada Insan Berani, Bangkit, Berjaya (Hjh Norshimah binti Ramli) Pengetua SMA JAIM Al Ahmadi 4 |
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan 2024 PROSES LATIHAN DAN SOKONGAN PROFESIONAL PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) MODUL LATIHAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 5 |
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan 2024 6 |
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan 2024 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 7 |
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan 2024 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Islam 8 |
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan 2024 Ikrar Perkhidmatan Awam 9 |