The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANIS BINTI NORMAN IPG-Pelajar, 2024-03-15 12:00:46

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PB

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PB

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 5) PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP3153) DISEDIAKAN OLEH: NAMA ANIS BINTI NORMAN ANGKA GILIRAN 2021192340203 NOMBOR KAD PENGENALAN 030127030088 KUMPULAN PISMP A1 KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH DR. NURUL RABIHAH BT MAT NOH TARIKH HANTAR 15 MAC 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


2 PENGHARGAAN Alhamdulillah atas izin dan kurnia-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk mengharungi cabaran dalam menyiapkan tugasan ini. Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, dengan rahmat dan redha-Nya, saya telah diberikan keselamatan dan kesihatan yang utuh sehingga berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus, Pentaksiran dalam Pendidikan yang berkod EDUP3153 sebaiknya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Nurul Rabihah Bt Mat Noh, selaku pensyarah yang mengajar kursus ini diatas bimbingan dan panduan yang dikongsikan kepada kami dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab. Segala bentuk perkongsian yang diberikan sedikit sebanyak membuka minda dan pemikiran kami tentang cara untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik sekali. Seterusnya, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada dua insan yang paling disayangi iaitu ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan yang jitu supaya saya dapat memberikan yang terbaik dalam menyelesaikan tugasan ini disamping berkongsi ilmu dan pengetahuan yang mereka ada tentang tajuk kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama bertungkus lumus dan saling membantu dalam menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Semoga kejayaan milik kita bersama.


3 ISI KANDUNGAN 1 1.0 DEFINISI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 4 2.0 ANALISIS INSTRUMEN 4 2.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 10 2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 11 3.0 PENILAIAN PROFESIONAL INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 12 4.0 REFLEKSI 13 RUJUKAN 15


4 1.0 DEFINISI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah atau lebih dikenali dengan akronim PBD merupakan pendekatan yang menggabungkan kaedah pengajaran, proses mentaksir dan persekitaran bilik darjah, (Mustaqim Roslan, 2023). Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017), kaedah pengajaran merujuk kepada cara mengajar berdasarkan dasar-dasar tertentu manakala proses mentaksir bermaksud mengira atau menghitung, menelah atau mengagak, menilai dan meneliti. Bilik darjah pula sebagai lokasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa PBD merujuk kepada proses di mana maklumat dikumpulkan dan digunakan untuk membuat penilaian dan pertimbangan daripada produk sesuatu proses pendidikan. Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2016) memperincikan takrifan PBD sebagai suatu proses pentaksiran berterusan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Hal ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan perkembangan, kemajuan kebolehan dan pencapaian murid. Oleh hal demikian, para guru didedahkan dengan pelbagai instrumen untuk mentaksir pencapaian murid melalui kaedah pengujian. 2.0 ANALISIS INSTRUMEN Kajian ini tertumpu kepada jenis dan kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan instrumen yang digunakan oleh para guru di Sekolah Kebangsaan USJ 2. Kajian dijalankan dalam bentuk kuantitatif iaitu kutipan data berbentuk soal selidik melalui Google Form. 2.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Rajah 1: Carta Pai Jenis-jenis Pentaksiran Bilik Darjah Pentaksiran Alternatif Tugasan Bertulis


5 Jadual 1: Jenis-jenis Pentaksiran Bilik Darjah Berdasarkan carta pai dan jadual di atas, pentaksiran alternatif tugasan bertulis mendapat nilai peratusan paling tinggi yang digunakan oleh para guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu 14.6%. Para guru mengaplikasikan jenis pentaksiran tersebut dengan menggunakan instrumen lembaran kerja dan buku tulis. Hal ini demikian kerana lembaran kerja dan buku tulis berfungsi untuk mengukur keupayaan murid menguasai dan memahami kemahiran dalam setiap matapelajaran selepas sesi Pengajaran dan Pembelajran (PdP) berlangsung. Bagi murid yang lemah, guru akan melakukan aktiviti pemulihan manakala murid yang cemerlang akan melaksanakan aktiviti pengukuhan. Mereka akan diberikan lembaran kerja dan latihan dalam buku tulis mengikut tahap penguasaan dan pemahaman dalam pembelajaran. Berikut merupakan beberapa contoh lembaran kerja dan buku tulis yang digunakan oleh guru di dalam kelas: No. Item Peratusan (%) 1. Formatif 12.2 2. Sumatif 7.3 3. Pentaksiran alternatif- rakan sebaya 0 4. Pentaksiran alternatif- penilaian kendiri 0 5. pentaksiran alternatif pentaksiran berkumpulan 9.8 6. Pentaksiran alternatif projek 4.9 7. Pentaksiran alternatif temubual 2.4 8. Pentaksiran alternatif pembentangan lisan 7.3 9. Pentaksiran alternatif portfolio 2.4 10. Pentaksiran alternatif pemerhatian 12.2 11. Pentaksiran alternatif penghasilan produk 12.2 12. Pentaksiran alternatif amali 4.9 13. Pentaksiran alternatif buku skrap 7.3 14. Pentaksiran alternatif tugasan bertulis 14.6


6 Rajah 2: Contoh Lembaran Kerja dan Buku Tulis Lembaran kerja Bahasa Arab Lembaran kerja Bahasa Enggeris Lembaran kerja Matematik Lembaran kerja Sains Buku tulis bahasa Melayu


7 Buku tulis bahasa Enggeris Buku tulis Matematik Rajah 3: Carta Pai Jenis-jenis Pentaksiran Bilik Darjah Sumatif, Pentaksiran Alternatif Pembentangan Lisan dan Buku Skrap. Berdasarkan carta pai di atas, peratusan sederhana tinggi jenis pentaksiran dalam PBD ialah sumatif, pentaksiran alternatif pembentangan lisan dan pentaksiran alternatif buku skrap iaitu 7.3%, (rujuk jadual 1). Sumatif merupakan penilaian pada semester pertama (awal tahun) dan semester kedua (akhir tahun). Tujuan penilaian sumatif dilaksanakan di sekolah untuk membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain, (Joohari Ariffin & Kalai, 2021). Sebagai contoh,Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).


8 Selain itu, pentaksiran alternatif pembentangan lisan dilaksanakan secara berterusan dalam proses PdP secara terancang melalui sesi soal jawab, kuiz dan persembahan. Pentaksiran ini merupakan kaedah yang mudah dan cepat digunakan oleh para guru untuk mengesan perkembangan atau penguasaan murid, (Halimah & Rozita, 2019). Sebagai contoh. guru mentaksir kefahaman konsep, pengetahuan fakta, kemahiran mendengar, penggunaan bahasa dan intonansi murid melalui pelbagai aktiviti lisan. Pentaksiran ini juga dapat dilaksanakan antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Seterusnya, jenis pentaksiran alternatif buku skrap. Pentaksiran jenis ini merupakan pembelajaran berasaskan projek dimana pelajar diminta untuk membuat penghasilan buku berkaitan matapelajaran di sekolah yang mengandungi pelbagai elemen seperti gambar, tulisan dan bahan-bahan yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Pentaksiran dinilai berdasarkan kreativiti, kebolehan memahami dan menyusun maklumat. Rajah 4: Contoh Sumatif, Pentaksiran Alternatif Pembentangan Lisan dan Pentaksiran Alternatif Buku Skrap. Peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik


9 Persembahan Bercerita Sempena Ambang Kemerdekaan Pertandingan Tilawah dan Hafazan Alquran Buku Skrap Bahasa Melayu, Muzik dan Matematik Buku Skrap Bahasa Tamil


10 Rajah 5: Carta Pai Jenis-jenis Pentaksiran Alternatif Temubual dan Pentaksiran Alternatif Portfolio Berdasarkan carta pai di atas, pentaksiran alternatif temubual dan pentaksiran alternatif portfolio mendapat nilai peratusan paling rendah iaitu 2.4%. Hal ini demikian kerana guru kurang mengaplikasikan jenis pentaksiran ini di sekolah. Tujuan pentaksiran alternatif temubual dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar dalam berkomunikasi secara langsung dengan penilai atau guru melalui pertanyaan struktur atau semi struktur. Kesannya, penilai dapat mentaksir maklumat yang diutarakan oleh pelajar. Di samping itu, pentaksiran alternatif portfolio merupakan proses penilaian murid dalam mengumpul dan menyusun koleksi karya dalam pelbagai jenis bahan seperti tulisan, projek, karya seni dan sebagainya. Para pelajar dapat menonjolkan pelbagai kemahiran dan pencapaian mereka sepanjang penghasilan portfolio. Rajah 6: Contoh Pentaksiran Alternatif Temubual dan Pentaksiran Alternatif Portfolio


11 2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Rajah 7: Carta Pai Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah Berdasarkan carta pai di atas, terdapat tiga kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang digunakan oleh guru iaitu pemerhatian, lisan dan bertulis. Kaedah pemerhatian mendapat nilai peratusan tertinggi iaitu 41.5% manakala kaedah bertulis sederhana tinggi iaitu 39% dan kaedah lisan peratusan paling rendah iaitu 19.5%. Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017), kaedah pemerhatian bermaksud perihal memerhatikan dan mengamati sesuatu. Sebagai contoh, dalam konteks penilaian PBD, guru akan memerhatikan murid sepanjang PdP berjalan untuk menetapkan tahap pencapaian (TP) mereka dalam setiap subjek yang dajar. Terdapat enam TP yang telah dicadangkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) seperti gambar rajah di bawah: Rajah 8: Tahap Penguasaan


12 Seterusnya, kaedah penulisan bermaksud perihal atau kegiatan menulis, mengarang dan lain-lain yang diaplikasikan oleh guru dalam PdP agar pentaksiran dapat dinilai dengan lebih mudah dan lancar. Sebagai contoh, penilaian tahap menulis bagi murid tahun satu dan tahun dua berbeza sepanjang sesi PdP kerana Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam DSKP adalah berbeza, (KPM, 2017). Tambahan pula, kaedah lisan merupakan kaedah terakhir yang digunakan oleh guru dalam PBD. Lisan ditakrifkan kepada sesuatu yang dituturkan dengan mulut dan bukan secara bertulis. Sebagai contoh, berkomunikasi secara terus dalam menyampaikan maklumat atau informasi. Kaedah lisan dalam konteks PBD dinilai oleh guru merujuk kepada tahap kebolehan komunikasi, percakapan dan pertuturan murid sepanjang PdP bagi menetapkan pencapaian TP mereka. Pencapaian mereka dinilai berdasarkan pelbagai aktivti yang dilaksanakan dalam kelas seperti persembahan bercerita, bersyair, tilawah, hafazan dan sebagainya. 3.0 PENILAIAN PROFESIONAL INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Penilaian profesional merupakan satu proses berterusan sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan oleh guru untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan instrumen dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan jenis pentaksiran dan kaedah PBD. Sebagai contoh, guru mengumpul hasil kerja murid serta melakukan pemerhatian holistik terhadap tahap pencapaian mereka. Guru juga perlu menerapkan elemen-elemen pertimbangan profesional dalam membuat keputusan berkaitan dengan kepelbagaian keupayaan dan kecenderungan murid, (Noel et al., 2021) Antara elemen yang perlu dipraktikkan dalam pertimbangan profesional ialah tanggungjawab profesional. Sebagai contoh, guru membuat refleksi terhadap pengajaran mereka dan melakukan penambahbaikan terhadap kelemahan yang berlaku dalam menyampaikan input kepada murid. Guru juga membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid berdasarkan analisis dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran, (Miftahuljanah, 2020). Contohnya, menggunakan rubrik kriteria dan standard yang ditetapkan.


13 Selain itu, elemen input murid. Elemen ini dianalisis oleh guru dan dibuat pertimbangan berdasarkan input murid seperti soal jawab, lembaran kerja, kuiz, projek dan sebagainya. Kemudian, guru memberi maklum balas terhadap pertimbangan tersebut untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. Kesannya, murid sedar akan kelemahan mereka dan melakukan penambahbaikan. Tambahan pula, pengetahuan guru meliputi ilmu dan kemahiran yang luas dalam matapelajaran yang diajar serta ilmu pedagogi merupakan salah satu elemen dalam pertimbangan profesional. Oleh itu, guru perlu memahami objektif kurikulum yang terkandung dalam DSKP matapelajaran serta mempelbagaikan strategi atau gaya pembelajaran untuk mencapai objektif kurikulum. Di samping itu, pengalaman dapat meningkatkan kompetensi guru dalam menetapkan strategi pembelajaran menyeronokkan tanpa sebarang tekanan. Contohnya, kepelbagaian pentaksiran yang meliputi pemerhatian, lisan dan tulisan. 4.0 REFLEKSI Sepanjang melakukan kajian lapangan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah Kebangsaan USJ 2, saya sangat seronok kerana dapat menemu bual hampir kesemua guru berkaitan jenis, kaedah dan instrumen pentaksiran yang mereka gunakan untuk menilai murid. Tambahan pula, mereka memberi kerjasama yang sangat baik walaupun sibuk menguruskan sesi akhir persekolahan. Saya juga berpeluang untuk masuk ke dalam kelas bagi melihat sendiri proses PdP berlangsung. Semasa menemu bual guru, saya dapati hampir kesemua guru mengaplikasikan jenis, kaedah dan instrumen PBD dengan tepat dan betul. Hal ini demikian kerana mereka memahami konsep dan ciri-ciri PBD. Para guru juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Namun begitu, para guru hanya mengaplikasikan sebahagian jenis pentaksiran sahaja seperti pentaksiran alternatif projek, pertaksiran alternatif berkumpulan, pentaksiran alternatif pemerhatian dan sebagainya tetapi tidak menggunakan pentaksiran alternatif rakan sebaya dan pentaksiran alternatif kendiri (rujuk jadual 1) sedangkan pentaksiran tersebut memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap pencapaian murid kerana penekanan pembelajaran berpusatkan murid, projek dan bahan.


14 Pentaksiran alternatif rakan sebaya bermaksud tugasan yang dilakukan oleh murid dan ditaksir oleh rakannya sendiri. Melalui pentaksiran ini, murid menyedari kesilapan yang dilakukan oleh rakannya dan belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Namun begitu, kebanyakan guru beranggapan peranan murid dalam mentaksir kurang penting kerana mereka tidak berpengalaman. Seterusnya, pentaksiran alternatif kendiri tidak dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana sebahagian guru masih lagi terikut dengan pembelajaran tradisional iaitu chalk and talk sedangkan guru perlu menerapkan pembelajaran abad ke-21 iaitu guru sebagai fasilitator. Oleh itu, para guru perlu melaksanakan pentaksiran alternatif rakan sebaya yang bersandarkan kepada pendekatan heutagogi iaitu secara rundingan antara guru dengan murid dan fleksibel sepertimana yang disarankan oleh Blaschke (2012). Hal ini kerana penglibatan murid dapat meningkatkan motivasi dan mengurangkan tekanan. Guru juga perlu menekankan pembelajaran kendiri agar murid mengetahui tahap perkembangan diri sendiri.


15 RUJUKAN Halimah Jamil & Rozita Radhiah Said. (2019). Pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan bahasa Melayu, 9(2), 25-46. Joohari Ariffin & Kalai Selvan Arumugham. (2021). Pemansuhan ujian penilaian sekolah rendah pelaksanaan pentaksiran bilik darjah: Satu tinjauan dalam kalangan guru besar. Asian People Journal, 4(2), 80-89. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bahasa Melayu tahun 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Miftahuljanaj Kamaruddin. (2020). Kualiti pertimbangan professional guru dan penerapan IB learner profile berdasarkan amalan pentaksiran dalam middle years programme international baccalaureate. Malaysia International Convention on Education Research & Management. Mustaqim Roslan. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan kesannya kepada murid tahap satu di Malaysia: Analisis subjek Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63-78. Noel Jimbai Bilang, Kiah Sakudan dan Mohamad Faizal Semion. (2021). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) demi kemenjadian murid.


Click to View FlipBook Version