Kelab_Pencegahan Jenayah
SMK Sultan Abdul Samad
Bukit Kuda,Klang
Selangor
Rujukan Kami :SABS04/05/013(02)
Rujukan Tuan: 04/03/005/(02)
Tarikh : 14 JAN 21
Pengetua,
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya Kumaresan A/L Arumugam,
guru penasihat Kelab Pencegahan Jenayahsekolah berdasarkan Peraturan Seksyen
130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , sukacita dengan ini memohon untuk
menubuhkan Kelab KPJ SMK Sultan Abdul Saman,01 Januari 2011.
2. Bersama-sama ini disertakan :
2.1 Draf Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Kelab.
2.2 Senarai Ahli Jawatankuasa
2.3 Draf Aktiviti Utama
Kerjasama daripada pihak tuan untuk mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan ini sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
………………………
(Saunah Bt Sabu)
Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah
SMK Sultan Abdul Samad
s.k.1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sultan Abdul Sama
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad yang selepas ini disebut sebagai ”kelab” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Kelab : Kelab Pencegahan Jenayah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL
SAMAD
b. Alamat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL
SAMAD , KLANG.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Mengukuh dan memperkayakan pembelajaran dan dapat menyemai sifat-sifat kepimpinan,
kerjasama dan sedia berkhidmat di kalangan pelajar.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat melibatkan diri secara aktif samada secara individu, kumpulan
atau beramai-ramai di dalam pelbagai jenis gerakkerja.
3.2 Ahli-ahli kelab akan sedaya upaya melibatkan diri dalam gerakkerja khidmat
masyarakat.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua palajar sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
kelab ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)
PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan
dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM ______ seorang
setahun.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA
sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
kelab sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
………………………. … …………………. ……. ……………………….
(Saunah bt Sabu)
(Nurul Shazliyana bt Hamizan) Nur Hayfa Faqihah) Guru Penasihat
Kelab Pencegahan Jenayah
Setiausaha Pengerusi
Kelab Pencegahan Jenayah Kelab Pencegahan Jenayah
SMK Sultan Abdul Samad
Bukit Kuda,Klang
Selangor
Rujukan Kami :SABS04/05/013(02)
Rujukan Tuan: 04/03/005/(02)
Tarikh : 20JAN 21
Saunah Bt Sabu
Tuan,
KELULUSAN MENUBUHKAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH
Merujuk surat tuan (No. Rujukan) bertarikh (Tarikh) dinyatakan bahawa dengan kuasa yang
diberikan kepada saya oleh seksyen 130 Akta Pendididkan 1996 seperti yang termaktub dalam
peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U. (A) 196, sukacita dimaklumkan
permohonan tuan untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah (Nama Sekolah) adalah
DILULUSKAN berkuat kuasa mulai (Tarikh)
2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
................................................................
Siti Rahimah bt Tormodi
Pengetua SMK Sultan Abdul Samad
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail KPJ
3. Fail Guru Penasihat
SMK Sultan Abdul Samad Rujukan Kami :SABS04/05/013(02)
Bukit Kuda,Klang
Selangor Rujukan Tuan: 04/03/005/(02)
Nur Hayfa Faqihah Tarikh : 28 JAN 21
Saudara / Saudari,
PENGESAHAN PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN
JENAYAH SEKOLAH (KPJ)
Berhubung perkara di atas melalui Mesyuarat Agung Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah
(KPJ), bahawa saudara / saudari telah disahkan perlantikan sebagai Pengerusi Kelab KPJ
2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
saudara / saudari.
3. Semoga dengan pelantikan ini saudara / saudari dapat menjalankan tanggungjawab
untuk meningkatkan prestasi Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………….
(Pn Hajah Siti Rahimah Bt Thormodi)
Pengetua
s.k 1. Fail H.E.M
2. Fail KPJ
PERLEMBAGAAN
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
SMK SULTAN ABDUL SAMAD
1. NAMA :
Kelab ini dikenali dengan nama KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH (KPJ)
2. ALAMAT
Alamat lengkap Sekolah
3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara.
3.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
3.3 Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa pencegahan
adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
3.4 Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan
mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
3.5 Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara dalam
hal-hal pencegahan jenayah.
4. TEMPAT MESYUARAT, PERJUMPAAN DAN AKTIVITI
4.1. Tempat mesyuarat dan perjumpaan kelab adalah tidak terhad kepada mana-
mana bilik dewan atau kawasan sekolah dengan syarat mendapat kebenaran
pihak pentadbir sekolah terlebih dahulu.
4.2. Tempat menjalankan aktiviti kelab adalah berpusat dalam kawasan sekolah
tetapi boleh juga di tempat-tempat lain di luar kawasan sekolah yang difikirkan
sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru penasihat dan pentadbir sekolah
dengan syarat perjalanan aktiviti tersebut diiringi oleh guru penasihat.
5. KEAHLIAN DAN ORGANISASI
5.1. Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid.
5.2. Organisasi kelab adalah seperti berikut:
5.2.1. Penaung
- Penaung ialah Pengetua
5.2.2. Penasihat
- Penolong Kanan H.E.M
- Pegawai Perhubungan Sekolah Ibu Pejabat Polis Daerah
5.2.3 Guru Penasihat
- 2 orang guru yang terdiri daripada guru dari Jawatankuasa Badan Disiplin
Sekolah.
5.2.4 Jawatankuasa Kelab
Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam
mesyuarat agung tahunan iaitu:
a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Naib Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Penolong Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f. 5 orang ahli jawatankuasa
g. 2 orang pemeriksa kira-kira
6. MESYUARAT
6.1 Mesyuarat Penaja
6.1.1 Surat permohonan penubuhan dari guru penasihat kepada Pengetua
hendaklah disertakan :
a. Draf perlembagaan
b. Draf aktiviti asas
c. Senarai Jawatankuasa Penaja
6.1.2 Surat Kelulusan Penaja daripada Pengetua selaku Pendaftar Kelab di
sekolah kepada Guru Penasihat.
6.1.3 Surat Pelantikan daripada Pengetua kepada Guru Penasihat.
6.2 Mesyuarat Agung :-
6.2.1 Mesyuarat Agung Penubuhan
a. Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua
b. Pemilihan Jawatankuasa kelab
c. Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua
6.2.2 Mesyuarat Agung Tahunan
a. Laporan tahunan kelab
b. Laporan kewangan kelab
c. Pemilihan jawatankuasa kelab yang baru
6.2.3 Mesyuarat Agung Tergempar
a. Atas arahan guru penasihat apabila difikirkan perlu oleh jawatankuasa
b. Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 bilangan ahli dan
diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan permintaan.
c. Dihadkan hanya kepada maksud atau tujuan mesyuarat itu diadakan.
6.2.4 Mesyuarat Jawatankuasa
a. Minit mesyuarat
b. Laporan aktiviti
c. Laporan kewangan
d. Perancangan aktiviti
7, KEWANGAN
7.1 Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.
7.2 Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah pada kadar yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa.
7.3 Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara yang perlu
dan berfaedah bagi mencapai objektif aktiviti kelab.
7.4 Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi RM 10.00
pada satu-satu masa dan wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada Guru
Penasihat.
7.5 Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.
8. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
8.1 Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan dengan
mendapatkan persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau
Mesyuarat Agung Tergempar.
8.2 Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat Kelab adalah perlu sebelum
sesuatu pindaan perlembagaan kelab dilakukan.
9. PERKARA-PERKARA LAIN
Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dan
akan dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran
Negeri masing-masing.
PEJABAT KETUA PENGARAB PELAJARAN MALAYSIA Fef: 03•8884 6077
Office of Director-General of Education Malaysia F 03-8859 4558
ARAS8,BLOKE8 £amlin web: http: www.moe.gov.my.
Level 8, Block E8,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Coitt plex Parcel E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Federal Government Adminirf t ative Centre
62604 PUTRAJAYA
KP(BS-DSR)S787/008/2/JId.1 ( )
/g Mei 2006
Semua . engarah Pelajaran Negeri
8URAT PE.YELILING IKHTISAT BIL 5/2006:
PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DI SEMUA SEKOLAH
RENDAH DAN MENENGAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) telah ditubuhkan di sekolah-sekolah
menengah sejak tahun 1999 dalam kawasan yang d‘ikenalpasti oleh pihak
polis sebagai kawasan berisiko iinggi. Penubuhan Kelab tersebut adalah
seüagai salah satu usaha berterusan pihak !tementerıan Pelajaran Malaysia
untuk meiJingketkan kesedaran dan kepekaan nurid-murid terhadap
kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah dan !angkah-langi‹ah
mencegahnya. Selain üar'pada itu, pen›abuhan Kelab ini juga teta.h dapat
mengera f.kan lagi hubungan kerjasama antara sekolah dengan pi!nak polis
rlalam usaha m rı ûanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar
kawasan sekolah.
2. Kementer!an Pela.jaran berpendapat Këlab Pencegahan Jenayah ini
mampu memainkan peranannya bukan saja di sekolah menengah tetapi juga
juga di sekolah-sekolah rendah. Sehubungan itu, Kem=nterian Pelajaran telah
memutuskan supuya penubuhan Keiab Pencegahan Jenayah diperluaskan ke
semua sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. De.to’/Tuan/Puan adalah
dipohon untuk memastikan supaya semua sekolah di bawah pentadbiran Y.
Bhg. Dato’/Tuan/Puan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah dengan
kadar seqera. Sila pastikan semasa merancang penubuhan kelab tersebut
oerhatian diberikan kepada perkara-pcrkara berikut:
3.1 Penubuhannya hendaklah mengikut Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996
yang telah diwarta pada 21 Mei 1998.
3.2 Semua kelab hendaklah menggunakan Perlembagaan Kelab
yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
seperti di Lampiran A.
3.3 Perancangan dan pelaksanaan aktiviti hendaklah berfokuskan
kepentingan murid.
2.1 Aktiviti yang dilaksanakan mestilah dalam lingkungan batasan
yang dibenarkan.
2.2 Penasihat k.elab hendaklah menjadi penggerak utama dan
bertanggungjawao seperiuhnya terhadap pengurusan, perjalanan
dan pelaksanaan pelbagai kegiatan kelab.
3. Dengan ini Surat Pekeliling lkhtisas Bil.7/1999, Penubuhan Kelab
Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah hertarikh 10 Jun 1999 adalah
terbat°ul.
4. Sila niaklumkan kandungan Surat Peke!iling lkhtisas, ini ke,pada pegawai
yang bertatiggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah/Gabungan serta Pengetua dan Suru Besar sekolah- sekolah di bawah
pentadbirari Y.Bhg. Dato'/Tuan/Fuan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
D.4TO’ Dr. HA.II AHAMAD BIN SIPON
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
s.k. 1. Y.B. Dato’ Sri I-iishammiJddin bin Tun Hussein
Menteri . elajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Hcn Choon Kim
Timba!an Menteri Pelajaran Malaysia
o. Y.B. Dato’ Noh bin Omar
Tirnbalan Menteri Pelajaran Malaysiá
4. Y.B. Puan Komala Devi
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pe!ajaran
8. Ketüa-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
9. Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran
Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran
11. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran