The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN & TABUNG INFAQ RAMADHAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7154773, 2022-03-30 11:12:59

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN & TABUNG INFAQ RAMADHAN

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN & TABUNG INFAQ RAMADHAN

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
IHYA’ RAMADHAN & TABUNG
INFAQ RAMADHAN

“BERPUASALAH SEPERTI MANA
INI BULAN RAMADHAN KITA
YANG TERAKHIR”

PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah swt untuk
umat Islam bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan
ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Ramadhan umpama madrasah
yang mendidik diri dan jiwa setiap muslim untuk memperbaiki
tingkah laku dan perbuatan kita. Berpuasa di bulan Ramadhan
tidak hanya diukur menerusi usaha menahan lapar dan dahaga
semata-mata tetapi setiap amalan kebaikan dinilai oleh Allah
SWT. Oleh itu, pelbagai aktiviti dirancang untuk dilaksanakan
oleh pelajar tahun 1 DVM Kesetiausahaan Pentadbiran bagi
memenuhi kehendak modul DBG2343 Protocol And Etiquette.
Walaupun kita berada didalam era pandemik Covid-19 dan
perlu mengikut SOP yang ditetapkan ianya bukan penghalang
bagi kita meraikan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Tazkirah, kuiz dan lain-lain aktiviti akan dilakukan bagi
memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan tentang
bulan Ramadhan.

OBJEKTIF

• Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta
pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan,
tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.

• Memberi pendedahan kepada murid dalam menghidupkan
bulan Ramadhan.

• Menghayati konsep Ramadhan yang sebenar.

• Menerapkan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah
SAW.

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM IHYA’
RAMADHAN

Pengurus : Nurul Syamimi Binti Amran
Program
: Lyanna Natasha Binti Ahmad
Setiausaha Sabri

Bendahari : Nurul Najwa Syuhada Binti
Pisol

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM IHYA’
RAMADHAN

Pengacara Majlis : Ain Maisarah Binti Muhammad

Kamal

Dokumentasi : Nur Liyana Binti Ahmad Rusyaidi

: Nor Shahera Binti Shaari

AJK Jemputan : Nur Ayuni Irdani Binti Asri

dan : Nurul Alyssa Natasha

Sambutan

AJK Peralatan : Nurul Alia Izzati Binti Tarmizi

AJK Persiapan : Nurina Syadzwin Binti Nurmizan

Tempat : Nurul Alis Nabilah

AJK Hadiah dan : Siti Nuraima Syahira Binti

Sijil : Muhammad Sobri

Aisyah Soffiyah Binti Suhaimi

AJK Aktiviti : Nur Syazwani Saniah Binti Shuib
: Nurul Najwa Syuhada Binti Pisol

DEFINISI PUASA

Dari Sudut Bahasa, menahan diri. Manakala dari sudut syarak,
menahan diri dari makan dan dahaga serta tidak melakukan
sesuatu yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar
sehingga terbenam matahari.

Ruang lingkup makna Ramadhan menjadi semakin luas ketika
dibincangkan dari sudut bahasa.

Ramadhan juga membawa maksud panas dan sangat terik. Hal
ini kerana cuaca di Tanah Arab pada bulan tersebut kering dan
iterik. Disebalik perubahan cuaca itu, ia menjadi simbolik agar
kepanasan tersebut diharap dapat membakar segala kekotoran
doa orang-orang yang berpuasa dan beribadah di sepanjang
bulan Ramadhan.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian) Beserta
Bacaan Rumi

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Sepenuhnya

Bacaan Doa Berbuka Puasa

Tak Nak Jadi 'Manusia Paling Rugi', Elak Lakukan 5
Perkara Ini Di Bulan Ramadan

Sebagai seorang umat Islam, setiap amalan yang dilakukan
dapat memberi manfaat di dalam diri kita

Tambahan lagi bila tiba bulan puasa, tentunya setiap amalan
kebaikan yang kita lakukan Insya-Allah akan menjadi berlipat
kali ganda. Jadi, pada bulan inilah ramai orang berebut-rebut
mahu melakukan amal ibadah.Tetapi, adalah sangat rugi jika
kita tidak mengambil kesempatan dengan melakukan pelbagai
kebaikan dan sunnah pada bulan mulia ini kerana kita tidak
tahu bila lagi kita akan berjumpa dengan Ramadan.

Jadi, jika anda tidak mahu tergolong dalam kalangan manusia
paling rugi, elakkan daripada melakukan perkara-perkara ini di
bulan ramadan:

1. Tidak bangun sahur

Sahur merupakan waktu yang sangat penting untuk orang yang
berpuasa. Hal ini kerana waktu sahur dapat memberikan
keberkatan kepada kita di pagi hari. Selain itu, orang yang
bangun pada waktu sahur dan meminta keampunan Allah maka
dosa mereka akan diampuni.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 17: (Dan juga)
orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah),
dan orang-orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya),
dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah),
dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan
Allah), dan orang-orang-orang yang beristighfar (memohon
ampun) pada waktu sahur.

2. Menunggu waktu berbuka tanpa berdoa

Antara waktu yang paling mujarab untuk berdoa adalah
semasa menunggu waktu berbuka puasa. Namun, tidak ramai
dalam kalangan kita mengamalkannya kerana terlalu fokus
melihat hidangan yang berada di depan mata.

Rasulullah SAW bersabda: Sungguh orang yang berpuasa
mempunyai doa yang dikabulkan dan tidak akan ditolak
tatkala berbuka puasa (HR Ibn Majah 1743).

3. Tidur sepanjang hari

Perbuatan tidur itu tidaklah membatalkan puasa, namun para
ulama berkata orang yang banyak menghabiskan waktunya
dengan tidur sepanjang hari merupakan orang yang paling rugi.

Sudah pasti mereka adalah orang yang paling rugi kerana
mementingkan tidur daripada melakukan amal ibadah.

Rasulullah SAW bersabda: Berapa banyak orang yang
berpuasa tidak mendapatkan pahala puasanya selain lapar
dahaga dan berapa banyak orang yang solat malam tidak
mendapatkan pahala solat malamnya selain hanya sekadar
bangun malam.

4. Tidak membaca Al-Quran

Pada bulan ini, Al-Quran diturunkan sebagai panduan bagi
semua umat Islam. Membaca Al-Quran pada bulan Ramadan
tidak sama dengan membacanya pada bulan lain kerana hukum
membaca Al-Quran bukan wajib, tetapi sunat.

Namun, apabila dibaca pada bulan Ramadan, ganjarannya
ibarat melakukan amalan wajib pada bulan lain. Sangat rugi
jika seseorang tidak meluangkan waktunya untuk membaca Al-
Quran pada bulan Ramadan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang
padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan

petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan
yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
5. Tidak bersedekah

Bulan Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan
bersedekah. Namun, ada sesetengah orang tidak mengambil
endah tentang perkara ini. Ia sepatutnya perlu dilaksanakan
dengan sebaik mungkin kerana pada bulan yang mulia ini Allah
SWT menjanjikan bagi tiap-tiap amal soleh itu akan
digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman: "Ambillah zakat daripada sebahagian
harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan
mensucikan mereka dan berdoalah untuk
mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)
ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 103)

Keistimewaan Ramadhan
Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah
bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,
bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini

dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan
mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya
kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para
malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal
yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah
yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR
At-Thabrani)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap
manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung
penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu
malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah
menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan
qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa
menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu
setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban.
Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan
kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan
santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki
setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan
hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka
akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu

neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang
yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa
tersebut.” (HR Khuzaimah)

1. Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)

‘Azhim’ digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap
kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Sesuatu yang diagungkan
Rasulullah SAW tentulah memiliki nilai yang jauh lebih besar
dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh
manusia biasa. Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah
kerana Allah SWT juga mengagungkan bulan ini. Firman Allah
SWT: “Demikianlah (perintah Allah SWT). Dan
barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka
sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” (QS Al-Hajj:
32)

Ramadhan diagungkan oleh Allah SWT kerana pada bulan
inilah Allah SWT mewajibkan puasa sebagai salah satu dari
lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah Penyayang telah
menetapkan dan mensucikan bulan ini dan kemudiannya

memberikan segala kemurahan, kasih sayang, dan kemudahan
bagi hamba-hamba yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

2. Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)

Bulan ini penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di
bulan Suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga
bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika
berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung
dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan
dilipatgandakan asalkan ikhlas.

Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada
3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat
Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan
pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir
merupakan pembebasan manusia dari api neraka.
Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya
kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW: “Setiap amal yang dilakukan anak
Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh
kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah
Ta'ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku
yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan
syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang
berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan
ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa
dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa
lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan
Muslim)

3. Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
Allah SWT mengistimewakan Ramadhan sekaligus
menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran
sebagai pedoman hidup.
Firman Allah SWT: “Bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu
dan furqan (pembeda di antara yang hak dan yang batil).
Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu,
maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu, dan barangsiapa

sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka
(wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah
menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki
kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan
bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah
atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya
kamu bersyukur.” (QS Al-Baqarah: 185)

Ayat di atas menjelaskan bahawa tujuan utama amalan pada
bulan Ramadhan ialah membentuk insane bertakwa yang
menjadikan Kitabullah sebagai manhajul hayat (pedoman
hidup). Dapat dikatakan bahawa Ramadhan tidak dapat
dipisahkan dengan Al-Quran. Rasulullah SAW menerima
wahyu pertama pada bulan Ramadhan dan di setiap bulan
Ramadhan, Malaikat Jibril AS akan datang sehingga dua kali
untuk menguji hafalan dan pemahaman Rasulullah SAW
terhadap Al-Quran.

3. Syahrus Siyam

Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa.” (QS Al-Baqarah: 183)

Dari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu
dari 5 rukun (tiang) Islam yang sangat penting, iaitu shaum
(puasa). Kewajiban berpuasa adalah penting sebagaimana
kewajiban solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seseorang
Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana dia
mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu
beberapa minit sahaja. Puasa Ramadhan dilakukan tiap hari
dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (Maghrib). Siyam
bermaksud menahan diri dari makan, minum dan berjimak
serta segala macam maksiat di siang hari mulai dari terbit fajar
hingga terbenamnya matahari. Jadi, untuk mencapai
kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan,
minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri dengan
meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh.

4. Syahrul Qiyam

Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan
amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca Al-
Quran. Di bulan Ramadhan, setiap mukmin sangat dianjurkan
melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu
mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat
malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap
pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR Muttafaqun 'Alaih).

6. Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk sentiasa sabar,
tidak mengeluh dan tahan uji di dalam keadaan lapar dan
dahaga. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk
kelemahan mental dan spiritual. Orang yang sabar akan
bersama Allah SWT sedangkan balasan orang-orang yang
sabar adalah syurga.

Sabar lahir bersama segala bentuk kerja besar yang berisiko
seperti dalam dakwah dan jihad fi sabilillah. Ramadhan melatih
Muslim beramal islami dalam berjamaah untuk meninggikan
kalimah Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: "Puasa itu setengah kesabaran.
Kesabaran itu setengah dari iman." (HR Tirmidzi, Abu
Na'im, dan Abu Mas'ud)

7. Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)

Ramadhan menjadi bulan santunan apabila orang-orang
beriman sedar sepenuhnya bahawa puasa mendidik mereka
untuk memiliki rasa simpati terhadap golongan fakir miskin
kerana merasakan lapar dan dahaga sebagaimana yang biasa
dirasai oleh golongan tersebut. Kerana itu kaum Muslimin
dianjurkan supaya sentiasa bermurah hati untuk membantu
golongan yang memerlukan. Sifat memberi tanpa
mengharapkan balasan harus ditanam di dalam setiap diri
Muslim.

“Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan
beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau
ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an.
Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan
Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an.
Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan
dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.” (HR
Bukhari dan Muslim)

Segala amal yang berkaitan dengan harta seperti zakat fitrah
sedekah, infak, wakaf, dan sebagainya, bahkan zakat harta pun
sebaiknya dilakukan pada bulan yang mulia ini. Memberi,
meskipun kecil, bernilai besar di sisi Allah SWT. Sesiapa yang
memberi makan atau minum kepada orang yang berpuasa
walaupun hanya seteguk air, mendapat pahala puasa seperti
yang diperolehi oleh orang yang berpuasa.

8. Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki
Untuk Orang2 Mukmin)

Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerana segala
kemudahan dibuka oleh Allah SWT seluas-luasnya. Para

pedagang akan beruntung, orang yang menjadi pekerja
mendapat kelebihan pendapatan dan sebagainya. Namun rezeki
terbesar adalah hidayah Allah SWT kemudian hikmah dan ilmu
yang begitu mudah diperoleh di bulan yang mulia ini.
Wallahua’lam.


Click to View FlipBook Version