KESIHATAN PUNCA
KEBAHAGIAAN
APA ITU KESIHATAN
DAN PERPADUAN?
Kekayaan terbesar adalah
kesehatan
"Dari kepahitan penyakit seseorang belajar
manisnya sehat". -Catalan Proverb
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 1
KATA-KATA ALUAN 2
SEKAPUR SIREH 3-4
KEPENTINGAN PERPADUAN 5-6
KEPENTINGAN MENJAGA 7-8
KESIHATAN
PANDEMIK DAN ENDAMIK 9
PIRAMID MAKANAN 10-11
CABARAN PERPADUAN 12
KEMPEN DERMA DARAH 13
AKHIR KALAM 14
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada Pensyarah Kursus
MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban,
Puan Aisyah Bt Mohamad Said kerana telah
memberikan bimbingan dan dorongan untuk
menyempurnakan kajian mengenai Peranan
Kesihatan Dalam Menjamin Perpaduan.
Tambahan pula, kumpulan kami telah
menemukan suatu kajian tentang Kesihatan
dalam menjamin Perpaduan. Kami berharap
agar kajian ini mampu menyentuh
masyarakat terutamanya golongan belia
untuk bersama-sama berusaha menyemai
peranan Kesihatan Dalam Menjamin
Perpaduan.
Akhir kata, semoga kajian ini berterusan
untuk menjadi rujukan golongan belia pada
masa akan datang.
1
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum warahmatullahi abarakatuh dan Salam
sejahtera
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada pengarah
Politeknik Sultan Azlan Shah kerana telah memberi
peluang mewujudkan majalah Penghayatan Etika dan
Peradaban atas kejayaan menerbitkan majalah politeknik
yang istimewa ini. Terima kasih kerana telah memberikan
kami mencoret sepatah dua kata dalam majalah ini
majalah yang disediakan oleh kami ini memaparkan
tentang kesihatan dan perpaduan dalam masyarakat. Bagi
warga penuntut ilmu , artikel dan beberapa keping
gambar adalah sebagai bukti betapa pentingnya kesihatan
dan perpaduan dalam masyarakat . Memang benar
bahawa media sosial maya mengakibatkan naskah
bercetak semakin terpinggir , tetapi sebagai dokumentasi
yang bersifat rasmi, majalah akan terus relevan sampai
bila-bila.
Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah yang membimbing kami iaitu
Puan Aisyah Binti Mohamad Said atas memberi peluang
mengeluarkan majalah ini kepada para pembaca majalah.
Kami berharap agar anda peroleh manfaat yang tidak
terhingga.
Sekian terima kasih.
2
SEKAPUR SIREH
Definisi bagi kesihatan, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi
fizikal, mental, rohani dan sosial. Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu
sihat dan sempurna tubuh badan, keadaan dalam dan persekitaran rumah yang
bersih dan teratur, keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan,
tempat tinggal yang sempurna, pemakanan yang seimbang, bekalan air yang bersih,
dan udara yang bersih.
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan
tidak hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat
didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek
positif.Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah
masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang
mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan
erat atau bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam k
alangan kaum dan etnik
yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia
merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup
dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India
Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama
antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan
masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum
bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan
bermasyarakat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan
ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang
berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran
dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin.
Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan
kesihatan ini berlaku. Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama
iaitu, daya pemikiran dan sikap yang positif, dapat menyesuaikan diri dengan keluarga,
takan sebaya dan masyarakat, ada perasaan kasih dan sayang, dan ada rasa
penerimaan, penghargaan dan bersyukur. Kesihatan sosial pula adalah perhubungan
yang baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya, jiran dan juga masyarakat setempat.
3
Mutakhir ini , kita sama-sama dapat melihat apa itu kesihatan dan perpaduan dalam masyarakat
yang ditujukan pada masyarakat Malaysia kita pada harini . Bagaikan aur dengan tebing , hal ini
sedemikian kerana , kesihatan dan perpaduan dalam abad ini , kian dilupakan dan ditelan dek zaman.
Hal ini disebabkan kerana masyarakat Malaysia yang tidak ambil berat tentang kesihatan yang dapat
dipupuk dalam perpaduan masyarakat Malaysia . Justeru itu , kita juga dalam melihat bahawasanya
amat penting kesihatan dan perpaduan dalam masyarakat kini dan kelak pada masa akan datang .
Tambahan pula , kesannya sudah pastinya mendalam
kepada kesihatan Dan perpaduan terhadap individual. Hal
ini terjadi kerana, sekiranya seseorang itu mengambil berat
tentang kesihatan dan perpaduan , maka isu kesihatan
akan dibagikan kepada 2 , iaitu kebaikan dan keburukan
sesuatu kesihatan tersebut . Contoh keburukan kesihatan
yang akan dialami secara individual ialah seseorang itu
tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan malas
untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti
bersenam , melakukan aktiviti olahraga dan sebagainya
.Maka dari itu jugalah, kesan buruk dalam perpaduan
masyarakat ialah , rakyat tidak akan saling bergaul diantara
satu sama lain dan akan menyebabkan berlaku satu terjadi
dimana masyarakat saling bersikap sombong antara satu
sama lain .
Dengan kata lain ,perkara ini akan dibincangkan dan diatu
r strategi bagi mengelakkan
perkara ini terus berleluasa. Marilah bersama-sama Kita memahami apa yang akan
diterangkan dalam majalah ini .
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan bertanggungjawab menjaga
kebersihan sekeliling kita dan dapat memupuk perpaduan antara kaum dengan menjaga
kebersihan bersama-sama dengan penduduk sekitar yang berbilang kaum. Hal ini
kerana kerjasama antara kaum menjaga kesihatan sejagat mengeratkan lagi perpaduan
kaum di Malaysia.
Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri. Kita
seharusnya cuba untuk memantapkan sahsiah diri kita supaya matlamat hidup tidak
terpesong.
Akhir sekali, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing. Hal
ini dikatakan demikian kerana kita cuba untuk mengelakkan perkara berulang sekali lagi.
4
KEPENTINGAN
PERPADUAN
1 Malaysia, slogan yang telah diperkasakan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, membawa seribu
erti kepada negara. Pengalaman Malaysia mengekalkan formula
perpaduan antara kaum dan amalan bertolak ansur agama
selama ini pastinya dapat diperkukuhkan dengan laungan
slogan 1 Malaysia. Sentiviti pihak kerajaan yang sentiasa
berusaha menyuburkan semangat perpaduan dalam
masyarakat heterogen perlu diberi pujian. Bagaimanakah
perpaduan kaum menatijahkan impak positif kepada negara?
Tuntasnya, tepuk dada tanya selera.
Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah negara
pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya
akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu
tenaga dan idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya
mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang
mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat
mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasi masyarakat
yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu
duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara
daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat
mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dn negara
bertambah gah di persada dunia.
5
Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian
sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya
akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi
memajukan negara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat
yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap individualistik.
Tamsilnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat
resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara
daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat mengeratkan perpaduan
kaum di negara kita dn negara bertambah gah di persada dunia.
Nama negara juga akan disanjungi dan meningkatkan imej negara di mata dunia.
Malaysia pastinya akan menjadi “role model” kepada negara-negara pentas dunia,
seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara. Di negara lain, perpaduan
berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara
kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu. Contohnya, pada 31 Oktober 2006,
dilaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Britain mempelajari pengalaman Malaysia
mengekalkan formula perpaduan. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat yang cinta akan
watan, kita perlulah melaksanakan langkah-langkah yang proaktif bagi mengekalkan
perpdauan antara kaum kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Selain itu, dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia
pasti bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi
Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara
serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya, pelabur
asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman
dan damai, sekali gus dapat menaja ekonomi supaya terus berkembang. Sebagai
contohnnya, rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah keringat bagi
memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi
negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama
bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.
Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat menarik
kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, salah satu sumber ekonomi negara
adalah sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan
kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian adat resam yang membentuk identiti sesebuah
masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat tertarik
dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu, Melayu,
Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini seterusnya mampu menarik kedatangan
pelancong dan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak langsung.
Konklusinya, terdapat pelbagai kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat di negara ini. Rakyat Malaysia amat diseru agar mempertahankan maruah bangsa hingga ke
titisan darah yang terakhir dan memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah, “Keranamu
Malaysia”, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu menggembeleng
tenaga bagi memurnikan dan mengekalkan perpaduan antara kaum.
6
KEPENTINGAN MENJAGA
KESIHATAN
Kebersihan merupakan satu fitrah manusia yang wajib
dipelihara. Jika kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga,
pasti ada padah yang menunggu untuk menimpa. Sebagai
makhluk yang dikurniakan akal, kita seharusnya tahu bahawa
kebersihan adalah penting demi kemaslahatan bersama. Oleh
itu, pastikan huraian dan isi-isi penting yang dihuraikan dapat
memebri penjelasan yang terbaik tentang kepentingan atau
manfaat menjaga kebersihan diri.
Antara rutin asas sebagai seorang manusia adalah untuk
menjaga kebersihan diri. Sejak kecil lagi kita diajar untuk
mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan memastikan
setiap najis yang keluar daripada diri dibersihkan dengan
tatatertib yang betul. Norma ini telah menjadikan tamadun
manusia lebih beretika jika dibandingkan dengan masyarakat
pada zaman purba dahulu. Tambahan pula, kemudahan untuk
menjaga kebersihan diri lebih mudah untuki didapatkan dan
dijual pada harga yang murah. Persoalan yang timbul dala
minda kanak-kanak atau generasi muda hari ini adalah apakah
pentingnya dalam menjaga kebersihan diri dalam kehidupan?
Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab dan
berperanan besar memastikan golongan muda dibekalkan
dengan ilmu pengetahuan yang betul dan bermanfaat untuk
diri mereka, wajar untuk kita bincangkan polemik ini dengan
lebih terperinci.
7
Perlakuan menjaga kebersihan ini dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti
penyakit dan juga merebakkan kepada orang lain. Virus Covid-19 yang melanda
dunia telah memberikan satu fenomena yang jelas tentang pentingnya kita
menjaga kebersihan diri demi menjamin kesihatan dan nyawa diri dan orang
sekeliling. Persis kata mutiara, mencegah lebih baik daripada merawat. Manfaat
lain daripada menjaga kebersihan diri adalah ia dapat mewujudkan suasana yang
kondusif kepada diri dan orang sekeliling kita. Bayangkan jika anda atau kenalan
anda tidak mandi, tidak memberus gigi dan memakai pakaian yang sama selama
beberapa hari. Kita pasti akan berasa tidak selesa dengan bau-bauan yang terhasil
daripada peluh dan daripada persekitarannya. Bak kata pepatah, buang yang
keruh, ambil yang jernih. Sekiranya kita menjaga kebersihan diri dengan baik, diri
kita akan berasa selesa begitu juga dengan orang sekeliling.
Pada masa yang sama, menjaga kebersihan diri dapat memberikan imej yang
baik dan keyakinan diri yang tinggi. Apabila kita menjaga kebersihan diri, secara
langsung ketrampilan diri akan menjadi lebih baik. Misalnya kuku dipotong kemas,
rambut disikat rapi dengan meletakkan minyak rambut dan memakai minyak
wangi yang menyegarkan atau mengharumkan. Pakaian pula digosok dengan
seterika dan terletak rapi pada tubuh badan. Kekemasan pada diri akan
menaikkan imej kita kerana orang sekililing lebih selesa untuk bergaul dengan
penampilan yang kemas dan segak. Jika kebersihan ini dititik beratkan oleh setiap
diantara kita, pasti masyarakat kita akan mempunyai penampilan yang lebih baik
dan dipandang tinggi oleh masyarakat asing mirip seperti apa yang anak-anak
muda hari ini memandang masyarakat di Korea Selatan. Intihannya, kebersihan
diri menjadi faktor utama kepada penampilan dan keyakinan diri.
Kesimpulan daripada perbincangan ini, pelbagai kepentingan yang perlu
dipelihara sekiranya kita menjaga kebersihan diri. Golongan muda yang berumur
setahun jagung hendaklah mendengar nasihat orang tua yang menyeru ke arah
kebaikan. Persis peribahasa Melayu, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Budaya yang diamalkan oleh generasi terdahulu seperti bergotong royong dan
mencuci kaki sebelum masuk ke dalam rumah wajar diteruskan dan menjadi bukti
bahawa menjaga kebersihan adalah budaya kita. Amalan ini perlu dipupuk dan
disematkan dalam diri dan minda setiap ahli masyarakat agar keharmonian dan
keamanan yang kita nikmati di tanah air ini kekal terjamin untuk generasi-generasi
akan datang.
8
PENDEMIK COVID 19 9
Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih
4.7 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan lebih 300,000
nyawa sehingga artikel ini ditulis. Selain itu, penyebaran jangkitan
koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan manusia serta
merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik.
Pandemik COVID-19 mendatangkan kesan langsung kepada
ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan
minuman, industri pembinaan dan pembuatan, industri
pelancongan, serta industri pertanian, pembinaan dan
perkhidmatan. Ini sekaligus mengakibatkan ramai kehilangan
pekerjaan. Sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika
Syarikat pada April lalu yang merupakan paling teruk pernah
berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran meningkat
kepada 14.7 peratus. Di Malaysia pula, jumlah pengangguran pada
Mac lalu mencatatkan peningkatan 17.1 peratus kepada 610,500
orang berbanding 521,300 orang pada bulan sama tahun
...ENDAMIK
Suka atau tidak, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa kita
semua perlu menjalani kehidupan bersama-sama virus Covid -19.
Perkataan 'pandemik' sudah tidak lagi menimbulkan perasaan
gerun kerana virus itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan
kita pada hari ini. Menurut Pro Naib Canselor Penyelidikan Universiti
Perubatan Antarabangsa (IMU) yang juga Pengarah Institut
Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI) IMU, Profesor Datuk Dr
Lokman Hakim Sulaiman, seperti yang sedia maklum, negara kini
berada di landasan betul untuk beralih ke fasa endemik pada
penghujung bulan ini.
Kata beliau, meskipun bakal memasuki fasa endemik, tetapi ia
tidak bermakna virus Covid-19 akan pupus kerana ia tetap ada
bersama-sama masyarakat dan terus menular. "Namun, itu tidak
bermakna masa depan suram, sebaliknya peralihan pandemik kepada
endemik itu merujuk kepada sejumlah besar masyarakat yang semakin
imun kepada virus berkenaan iaitu bekas pesakit Covid-19 yang
dijangkiti secara semula jadi dan sembuh serta mereka sudah
divaksinasi.
PIRAMID MAKANAN
Dasawarsa, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Sejak dua dan tiga dekad
belakangan ini kita dapat menyaksikan lambakan jenama makanan yang memenuhi
pasaran. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang kita
nikmati akan membentuk fizikal, mental waima keperibadian seseorang.
Sebagaimana yang kita ketahui, makanan seimbang ialah pengambilan
makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan manusia yang amat
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan.
Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang
dalam kalangan masyarakat. Kendatipun demikian, kita seharusnya memastikan
pengambilan makanan yang seimbang mampu membawa kemaslahatan kepada
setiap lapisan masyarakat.
Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan seimbang
mampu menjadi faktor dominan yang merangsang tumbesaran seseorang itu lebih
sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat dan kudrat
tulang empat kerat yang berfungsi dengan sempurna, kita memerlukan zat yang
mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat
dan kalsium. Berdasarkan petikan hadis yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu
sebelum datang masa sakit…” jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset
yang paling bernilai dalam hidup. Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas
membolehkan seseorang manusia itu mampu melunaskan amanah yang terpikul di
pundak mereka dengan begitu lancar dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang
amat penting bukan sahaja untuk tumbesaran fizikal manusia malahan turut
menjadi agen penggerak yang paling efektif bagi memastikan kesejahteraan
berkekalan.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, kepentingan pemakanan
seimbang yang menunjangi perkembangan mental seseorang. Selain itu, pemakanan
yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu
terganggu dan mengalami pelbagai kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan
kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang
penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan
seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sudah
terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih
stabil dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas.
10
Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin
yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan
tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan
untuk kesihatan kulit. Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk
pembuluh darah, dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses
metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon. Keseimbangan vitamin ini turut
mengandungi antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan
karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas. Antara
pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan,
sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan
manusia lebih sihat.
Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada
dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit.
Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian
dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia
yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.
Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar
obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek
utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh
seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang
mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika
seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam
hidupnya.
Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting
kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang
seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih ingkar dan
tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk
kita semua merancang prakarsa yang pragmatik.
11
SUMBER DARIPADA:
https://www.eratuku.com/piramid-makanan-malaysia-makanan-berkhasiat-dan-seimbang/
CABARAN DALAM
PERPADUAN
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita
seyogiannya memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi
mengelakkan berlakunya rusuhan kaum, Justeru itu,variasi kaum haruslah
bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke
wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang kelapan iaitu YAB Tan Sri
Muhyidin Yassin,keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling
mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum. Bak kata pepatah, bulat air
kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. Persoalan yang timbul,
apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan
kaum di Negara Malaysia.
Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem
pendidikan berbeza. Sistem persekolahan perlbagai aliran hanya akan
menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Misalnya, wujudnya sekolah tamil
dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina.
Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan perpaduan
kaum. Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitiviti perkaumam kaum kian
berleluasa dilaman sosial. Oleh itu, jika tidak dibendung akan
menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1996 kembali berulang.
Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum. Perbezaan
sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di
Tanah Melayu. Sebagai contoh, masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan
nelayan di kampung,masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-
temurun dan tinggal di bandar,manakala masyarakat India bekerja sebagai
penoreh getah dan tinggal di estet.
12
KEMPEN DERMA DARAH
Halakah remaja dan dewasa kini pernah menderma darah walaupun sekali, kalian
merupakan insan yang istimewa dengan sumbangan yang telah diberikan yang tidak
ternilai harganya. Untuk menderma darah seseorang didorong dengan banyak
faktor. Antara faktornya ialah kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu
pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat
pengaruh rakan-rakan dan saudara mara. Ini juga adalah salah satu slogan yang
dinamakan perpaduan. Ini kerana kita menderma pada sesiapa yang memerlukan
tak kira bangsa atau agama.
Selain itu, kita sedia maklum bahawa darah merupakan satu komponen penting
dalam perawatan kesihatan. Hal ini kerana, keperluan dan permintaan terhadap
darah semakin meningkat atas hasil kemajuan teknologi perubatan yang telah
mempromosikan kempen darah ini kepada seluruh Malaysia dan peningkatan
bilangan paket darah di seleuruh hospital kerajaan dan swasta semakin bertambah.
Pada waktu yang sama kewujudan Kempen Derma Darah ini juga telah memberi
kesembuhan kepada penyakit yang berbahaya. Sebagai contoh, pembedahan
jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan
anemia yang memerlukan pemindahan atau pertukaran darah.
Sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk menjadikan sekurang-
kurangnya 5 % rakyat Malaysia sebagai penderma darah. Akan tetapi, masih terdapat
kurang dari 5% rakyat Malaysia yang masih kurang faham akan faedah yang
diperolehi dari Kempen Derma Darah ini. Terdapat juga segilintir masyarakat
Malaysia yang mementingkan bangsa dan mereka juga berfikir bahawa andai mereka
menderma darah mereka cuma ingin darah mereka diberi kepada bangsa mereka
sendiri tanpa menyedari bahawa mereka telah meluapakan perpaduan yang
mengukuhkan kesejahteraan Malaysia sehinga sekarang.
Dalam pada itu,segala usaha dan matlamat untuk membekalkan darah yang
secukupnya untuk kegunaan pesakit tidak akan berjaya tanpa sokongan perpaduan
dari seluruh rakyat Malaysia. Di samping kita mewujudakan kesedaran di kalangan
masyarakat, kita juga telah mengeratkan perpaduan di antara seluruh rakyat
Malaysia. Ingatlah dengan kita mendermakan darah satu paket, kita juga telah
menyelamatkan 3 nyawa tak kira bangsa atau agama, dewasa atau muda.
Bagi yang tidak tahu tentang proses atau langkah yang perlu diambil sekiranya ingin
menderma darah. Anda perlulah ke Hospital yang berhampiran anda untuk
bertanyakan dengan lebih teliti ataupun melewati laman sensawang yang terdapat di
“Goggle” untuk makluman lebih lanjut
13
AKHIR KALAM
Konklusinya, yang dapat kita huraikan adalah tidak dinafikan lagi
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai
kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu
hubungan perpaduan yang merupakan tonggak utama kepada
kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa adanya
perpaduan yang utuh, maka keharmonian bermasyarakat tidak
dapat dirasakan. Di samping itu, setiap masyarakat hendaklah
mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam
pembangunan negara supaya negara sentiasa kekal aman dan
harmoni. Justeru itu juga, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah
menganjurkan pelbagai kempen bagi mengukuhkan perpaduan di
antara sesama masyarakat . Tamsilnya, Kempen Derma Darah yang
sangat popular dan mendapat sambutan yang paling meriah
dikalangan para pelajar dan dewasa di masa kini.
Seterusnya, bagi kesihatan pula, kita sebagai rakyat Malaysia
mestilah berganding bahu bagi mengekalkan dan mengamalkan
amalan dan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan bagi setiap
masyarakat. Lebih-lebih lagi tentang pengamalan makanan yang
sihat dan seimbang juga perlulah sentiasa diterapkan dalam diri kita
supaya dapat mengelakkan diri kita daripada sebarang penyakit
berjangkit. Seperti yang termaktub di majalah terdapat sedikit
sebanyak tentang pengenalan Piramid Makanan yang sesuai untuk
kita mengamalkan gaya hidup sihat. Seperkara lagi, setiap rakyat
perlulah tahu berapa pentingnya menjaga kesihatan diri supaya
kadar penyakit berjangkit dapat dikurangi dan dapat menjadikan
masyarakat dan negara bebas daripada penyakit berjangkit.
Sekian dari kami, Terima kasih telah meluangkan masa dengan
membaca majalah yang telah kami sediakan ini.
14
ANA RAIHANA
15DTK21F1006
NURUL NUR SYADINA
FATIEHAH 15DTK21F1004
15DTK21F1032 -SEKIAN
TERIMA KASIH