E-Folio Etika Dan Peradaban (PERPADUAN DI MALAYSIA) E-FOLIO MPU21032 TAJUK : PERPADUAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH : NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR MATRIK : MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MOHD SABRI (02DEE22F1023) MUHAMMAD NASRUL BIN MOHD AZAM (02DEE22F1054) NORFARHAN BIN ZAINUDIN (02DEE22F1079) MUHAMMAD FAHQRUL AZAM BIN HASAN (02DEE22F1033) MUHAMMAD NIK AQIL BIN NIK LEE (02DEE22F1129)
PENGENALAN : Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka.Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. PENDAHULUAN : Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19,penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabian politik. TUJUAN PERPADUAN DI MALAYSIA : dapat memajukan ekonomi negara memupuk dan membina masyarakat yang harmoni mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi dapat mengelakkan semangat assabiah
KEPENTINGAN PERPADUAN : Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Seterusnya, membentuk semangat nasionalisme demi mempertahankan negara daripada penjajahan. Dalam mendepani zaman modenisasi pada Ketika ini, pertahanan negara bukan sahaja bergantung kepada kekuatan tentera tetapi sebaliknya bergantung kepada masyarakat yang memilih pemimpin terbaik daripada kalangan mereka. Dasawarsa perang ekonomi ini, pemimpin negara harus bijak mengatur strategi yang menguntungkan negara dan mengelakkan kerugian. Justeru, perpaduan antara kaum adalah singnifikan dalam merancana kepimpinan negara yang terbaik untuk mengekalkan kemerdekaan, mengelakkan konfrontasi serta membawa negara ke tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Akhir sekali, signifikan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah kerana ia dapat membantu negara untuk mencapai wawasan dan kemajuan yang lebik baik. Seperti yang dibincangkan, perbezaan kaum masih menjadi polemic pada hari ini terutamanya di arena politik negara. Sepatutnya selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat kita lebih cakna terhadap isu-isu lain yang lenih penting seperti aras Pendidikan negara serta taraf kehidupan masyarakat umum.Perbincangan yang lebih mengutamakan kesejahteraan secara keseluruhan lebih penting daripada perbezaan yang akan merenggangkan satu pihak dengan satu pihak yang lain. Jika masyarakat kita mempunyai semangat perpaduan yang kuat, pastinya setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan nilai toleransi. Sebagai contoh, atlet sukan yang berbeza kaum tetap Bersatu hati. Mewakili negara berjuang habishabisan demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
KEBAIKAN PERPADUAN : - masyarakat hidup bersatu padu - ekonomi negara semakin maju - pembangunan yang dirancang dapat mengekalkan kestabilan politik - menjadikan imej negara semakin baik - aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN I.Penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu *Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan II.Menjaga budi bahasa dan akhlak * kita mestilah menghormati kepercayaan setiap kaum agar hubungan semakin erat III.Mengadakan gotong royong untuk semua kaum *dapat mengukuhkan hubungan antara setiap kaum *dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira bangsa IV.Kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka perayaan setiap kaum *interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum V.mengadakan aktiviti sukan *semua kaum menyokong dan memberi semangat untuk atlet-atlet negara tanpa mengira kaum.
KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU +Masyarakat yang berpecah-belah +keselamatan dan keamanan negara akan terancam +tunjuk perasaaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa +perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi SUMBER RUJUKAN : - https://www.semakan.my/kepentingan-perpaduan-kaum/ - https://perpaduandimalaysia-efolio.blogspot.com/2020/10/e-folio-etika-danperadabanperpaduan-di.html?m=1 - Buku Perpaduan Etnik Di Malaysia karya Nur Azuki Yusuff (UMK) LAMPIRAN :
KESIMPULAN : Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpetual kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina.Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.