MODUL: Perubahan Kimia
Keterangan Modul
Pengenalan Modul ini memfokuskan perubahan kimia dan
menyediakan pengenalan kepada asas bagi
pembelajaran tentang tindak balas kimia. Konteks
yang digunakan ialah situasi keluarga bersarapan di
dapur manakala murid pula memerhatikan beberapa
perubahan fizikal dan kimia yang mendorong mereka
untuk membezakan antara kedua-duanya dan
menyatakan definisi bagi kedua-duanya.
Seterusnya murid akan belajar untuk melihat bukti-
bukti bagi setiap tindak balas kimia yang berlaku
serta mengenal pasti sama ada tindak balas ini ialah
eksotermik atau endotermik. Mereka menggunakan
konteks serta aplikasi kimia yang berlaku setiap hari
seperti penggunaan tiub cahaya dan tin minuman
‘panas-kendiri’ (hot can). Hal ini melibatkan 2 aktiviti
penyiasatan dan pendekatan pembelajaran berasaskan
inkuiri, untuk memberi motivasi kepada murid
melakukan aktiviti yang relevan dengan kehidupan
mereka.
Bahagian akhir modul ialah konteks dan tindak
balas kimia dalam bunga api serta keselamatan
bunga api supaya murid dapat belajar tentang tindak
balas pengoksidaan, kepentingan oksigen dalam
pembakaran, serta memahami Segi tiga Api. Dalam
aktiviti ini, mereka akan berperanan sebagai pegawai
bomba yang ditugaskan untuk menghasilkan poster
keselamatan bunga api yang akan digunakan oleh guru
dan ibu bapa.
Tajuk Tingkatan Masa
Tingkatan 1 diperlukan
Perubahan
Kimia 10 waktu / 6–7
jam
1
Episod Pembelajaran
Episod 1: Pemerhatian Kimia
Pautan kurikulum:
Kandungan
Jirim dalam alam: 1 1.2 Memahami tiga Keadaan Jirim
Jirim 2.2 Memahami unsur, sebatian dan campuran
Tenaga: 2 Haba 2.1 Memahami haba sebagai satu bentuk tenaga
2.3 Menganalisis kesan haba ke atas jirim
Pautan kurikulum: Memerhatikan, mengelaskan, mengukur dan
Kemahiran menggunakan nombor, meramalkan, membuat
inferens, mentafsir data, mengawal pemboleh ubah,
Pautan kurikulum: membuat hipotesis; mengeksperimen; berkomunikasi
Sikap dan Nilai
Saintifik • Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan
data
• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan
rakan
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi
• Bersifat objektif, sistematik dan kerjasama
• Berfikir secara rasional
Sumber pembelajaran Panduan Mengajar Episod 1
Persembahanan PowerPoint: Pemerhatian Kimia
Persembahanan Prezi: Pemerhatian Kimia
Lembaran Kerja 1.1: Membezakan perubahan kimia
dan fizikal
Lembaran Kerja 1.2: Tenaga – tindak balas eksotermik
dan endotermik
Lembaran Kerja 1.3: Menyiasat tindak balas kimia ‘hot
can’
2
Episod 2: Bunga Api
Pautan kurikulum: 3.4 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk
Kandungan pembakaran:
Jirim dalam alam: 3
Udara di sekeliling • Menyatakan maksud pembakaran
kita • Menyatakan keperluan oksigen untuk pembakaran
Tenaga: 2 Haba 2.1 Memahami haba sebagai satu bentuk tenaga:
• Menyatakan sumber tenaga-tenaga lain (selain
Pautan kurikulum: matahari)
Kemahiran • Menyatakan haba sebagai satu bentuk tenaga
• Memberi contoh kegunaan haba
Mengelaskan; membuat inferens; mentafsir data;
berkomunikasi
Pautan kurikulum: • Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Sikap dan Nilai • Bersifat objektif, sistematik dan bekerjasama
Saintifik • Berfikir secara rasional
• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, rakan
dan alam sekitar
Sumber pembelajaran Panduan Mengajar Episod
Persembahan PowerPoint: Keselamatan Bunga api
Persembahanan Prezi: Keselamatan Bunga api
Lembaran Kerja 2.1 Keselamatan bunga api
3
Latar belakang sains Murid belajar untuk membezakan perubahan fizikal
dan salah konsep dan kimia dan menyedari bahawa perubahan kimia
biasa melibatkan tenaga dan perubahan keadaan atau fasa
Latar belakang sains (pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi) atau
bentuk/keadaan/saiz. Bahan baharu tidak terbentuk
Salah faham biasa dan dalam banyak kes boleh berbalik. Perubahan
kimia akan berlaku apabila atom/molekul (bahan tindak
balas) bergabung untuk membentuk bahan baharu
(hasil tindak balas), yang sukar untuk berbalik. Semua
tindak balas kimia mempunyai ciri-ciri tertentu yang
dapat diperhatikan dan dikesan, seperti perubahan
rupa, penghasilan tenaga, warna, dan penghasilan
gas. Pemindahan tenaga kepada atau daripada
persekitaran dalam tindak balas kimia biasanya dalam
bentuk haba namun kadang-kadang dalam bentuk
cahaya (kimipendarcahaya). Murid dapat mengenal
pasti tindak balas eksotermik dan endotermik yang
mudah, aplikasi tindak balas dalam tiub cahaya, ‘hot
can’, ‘chill can’, mengetahui oksigen diperlukan dalam
pengoksidaan/pembakaran, menghubung kait kepada
asas kimia dalam bunga api/langkah keselamatan
bunga api, Segi tiga Api.
Perubahan fizikal atau kimia? Isu melarutkan bahan
(seperti garam atau gula) dalam air kadang-kadang
boleh mengelirukan murid sama ada perubahan
tersebut ialah perubahan kimia atau fizikal. Walau
bagaimanapun, garam dan gula boleh dikembalikan
sepenuhnya melalui penyejatan dan kedua-duanya
melibatkan perubahan keadaan apabila terlarut dan
berubah daripada pepejal kepada cecair – maka
kedua-dua pemerhatian ini menunjukkan perubahan
fizikal. Walau bagaimanapun bagi garam, guru mungkin
4
menyatakan pandangan mereka bahawa apabila
garam larut dalam air, garam berubah bentuk daripada
pepejal kepada cecair, namun pada masa yang sama
garam akan terurai kepada ion dan bertindak balas
dengan air dan ini melibatkan perubahan kimia. Bagi
murid Tingkatan 1 mungkin dapat disimpulkan bahawa
keterlarutan ialah perubahan fizikal.
Pembelajaran di luar
sekolah
Aktiviti Luar Sekolah 1 Aktiviti kerja rumah yang dicadangkan ialah soalan kuiz
tentang perubahan fizikal dan perubahan kimia. Tujuan
aktiviti ini untuk mengukuhkan pengetahuan dan
menguji pembelajaran murid dalam episod ini.
Aktiviti Luar Sekolah 2 Murid diminta melakukan projek mini untuk:
i. mengenal pasti contoh lain bagi tindak balas
eksotermik yang mungkin digunakan dalam ‘hot
can’,
ii. melihat tindak balas endotermik yang lain,
iii. mengenal pasti fungsi ‘chill can’ (minuman sejuk-
kendiri), dan
iv. mereka cipta tin ‘sejuk-kendiri’. Gunakan Lembaran
Pautan laman Kerja 1.2 dan 1.3.
sesawang
Bagi Episod 1:
Menyediakan maklumat tentang Syarikat Hot can di
Malaysia.
http://www.hot-can.com/news2.html
Menyediakan maklumat tentang cara alat sains dan
teknologi yang popular berfungsi.
http://www.popsci.com/gadgets/article/2012-06/first-
ever-self-chilling-can
Bagi Episod 2:
Menyediakan maklumat tentang cara peralatan sains
dan teknologi yang popular berfungsi.
http://science.howstuffworks.com/innovation/everyday-
innovations/fireworks.htm
5