HOMIES
TTAAJJUUKK ::
IIINNNSSSTTTIIITTTUUUSSSIII
PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNNTTTIIINNNGGGGGGIII
SSSEEEBBBAAAGGGAAAIIIPPPLLLAAATTTFFFOOORRRMMM
IIINNNTTTEEEGGGRRRAAASSSIII
MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH:
TUAN AMIR FARIZ BIN
1 CHE MAN 1008 AISHAH
ISI KANDUNGAN
NO KANDUNGAN HALAMAN
1. AHLI HOMIES 3
4
2. PENGENALAN 5
6
3. OBJEKTIF 7-8
9
4. SEJARAH 10
11-12
5. CONTOH-CONTOH INSTITUSI
13
6. KEPENTINGAN IPTA & IPTS 14
15
7. CABARAN-CABARAN IPT
8. PERANAN IPT MEMUPUK PERPADUAN
9. LANGKAH-LANGKAH MENGUKUHKAN
PERPADUAN
10. KESIMPULAN
11. RUJUKAN
2 1008 AISHAH
AHLI HOMIES
NUR AISHAH SOFEA BINTI OMAR
01DEE21F1008
YUGANTHIRA A/L YOGALINGAM
01DEE21F1018
SHAZWANA KAMILA BINTI SHAMSHIR
01DEE21F1015
MOHAMMAD HAZMI BIN MOHAMAD ZAMRI
01DEE21F1028
3 1008 AISHAH
PENGENALAN DECEMBER 2022 | ISSUE 10
Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian
penduduk berbilang kaum yang hidup aman dan damai.
Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India
dan 27 etnik lagi di kawasan Sabah serta Sarawak. Dengan
penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau
sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan
masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana
wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam
kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai
masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan
bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah
antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh
melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan
seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan
darah.
Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan
bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses
yang berbeza. Perpaduan ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan
etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu
dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional
merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam
masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya yang
tersendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Justeru itu, Institusi Penganjian Tinggi (IPT) merupakan satu cara atau tempat yang
amat strategik dalam memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pada peringkat akar
umbi. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar yang ada di Malaysia sama ada Universiti Awam
(UA) atau Universiti Swasta (US) terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta warna
kulit yang berbeza. Jadi, perpaduan kaum di kampus wajar diberi perhatian. Berdasarkan
laporan Jabatan Perpaduan Negara (2003), polarisasi kaum terutama dalam kalangan
generasi muda semakin serius. Bahkan interaksi kaum dalam kalangan golongan
mahasiswa kini berada pada tahap minimum walaupun seolah-olah wujud perpaduan
dalam kalangan mereka dari segi luarannya. Lantaran itu, pihak universiti dengan
kerjasama mahasiswa wajar memainkan peranan penting dalam memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan warga kampus. Dasar pendidikan dan program tertentu perlu
dirangka untuk menyemai elemen-elemen positif yang berkaitan dengan keharmonian
dan perpaduan pada peringkat IPT ini.
4 1015 SHAZWANA
OBJEKTIF
Mengetahui peranan IPT dalam memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.
Mengetahui faktor-faktor yang mengukuhkan perpaduan di IPT.
Mencadangkan langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di peringkat
IPT
Mengenal pasti tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kampus.
Mengenal pasti kepentingan IPTA dan IPTS di Malaysia.
Menerokai contoh-contoh institusi di Malaysia.
5 1015 SHAZWANA
SEJARAH
Pendidikan merupakan satu medium yang berkesan untuk menyatukan
masyarakat pelbagai etnik. Selepas sahaja Tanah Melayu meraih kemerdekaan,
kerajaan mengambil langkah untuk mengasimilasikan dua etnik yang lain iaitu Cina
dan India ke dalam masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, polisi ini gagal
untuk mencipta perpaduan dalam kalangan tiga etnik yang utama iaitu Melayu,
Cina dan India sehingga dikatakan menjadi salah satu penyebab berlakunya
peristiwa rusuhan 13 Mei 1969. Kesan yang nyata yang dapat dilihat selepas
peristiwa itu ialah agenda perpaduan yang sentiasa dititikberatkan di dalam
semua polisi kerajaan, terutama sekali dalam aspek pendidikan. Ianya dimulakan
sejak sekolah rendah lagi, dan diteruskan sehingga sekolah menengah serta pada
peringkat pengajian tinggi, baik di universiti awam mahupun swasta. Sebagai
contoh, kerajaan menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan
pada tahun 1971 hanya boleh mencapai tujuannya melalui pendidikan (Abdul
Rahman, 2009). Pendidikan dilihat memainkan peranan yang penting dalam
mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara. Objektif Rukun Negara
antara lainnya ialah untuk :
perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat,
memelihara cara hidup yang demokratik, dan
membentuk masyarakat yang bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan
masing-masing.
Didapati bahawa polarisasi etnik berlaku di institusi pengajian tinggi, sama ada
awam mahupun swasta walaupun peluang untuk berkerjasama, saling kenal
mengenal antara etnik-etnik yang berbeza telah disediakan. Golongan
mahasiswa masih lagi dilihat selesa berinteraksi sesama etnik dan kurang
menjalinkan perhubungan dengan etnik yang lain. Amin Iskandar (2008) di dalam
rencananya yang bertajuk “Realiti Hubungan Kaum di IPTA” yang disiarkan oleh
portal berita Malaysiakini mendapati bahawa, “di universiti, para mahasiswa
bercampur sesama sendiri Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina dan India
dengan India. Manakala mahasiswa dari Sabah dan Sarawak pula, sebagai
minoriti, akan bergabung dengan mana-mana kaum seperti Melayu, Cina e-
Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018
PASAK3 2018 23-24 April 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
eISBN: 978-967-2122-46-3 217 atau India”. Beliau juga melihat bahawa pentadbir
universiti pada akhir tahun 1990an turut mengasingkan pelajar berlainan etnik, “di
kolej kediaman, telah diatur mahasiswa Melayu tinggal sebilik bersama
mahasiswa Melayu, Cina dengan Cina dan India dengan India. Manakala mereka
dari Sabah atau Sarawak, jika Muslim, ditempatkan bersama mahasiswa Melayu.
Jika bukan Muslim, mereka ditempatkan tinggal dengan mahasiwa Cina atau
India” (Amin Iskandar: 2008).
6 1015 SHAZWANA
CONTOH - CONTOH INSTITUSI
7 1018 YUGANTHIRA
8 1018 YUGANTHIRA
KEPENTINGAN IPTA & IPTS
IPTA
Kos Yuran universiti awam IPTA sangat-sangat berpatutan Jumlah pensyarah yang memiliki PHD jauh lebih banyak berbanding
dan lebih murah berbanding universiti swasta. private university. Banyak pensyarah universiti milik kerajaan
Berdasarkan kajian yuran universiti awam antara yang telah dilatih di luar negara untuk PhD mereka dan ada juga yang
termurah di dunia. menjalankan penyelidikan pasca kedoktoran di institusi terkemuka
di dunia termasuk Oxford, Cambridge dan Harvard.
Kebanyakan kos universiti awam ditampung oleh kerajaan.
Oleh sebab itu ia mampu menawarkan lebih banyak jumlah Disamping itu, anda boleh menjimatkan kos pengajian anda,
kursus pengajian berbanding universiti swasta kerana banyak tempat penginapan disediakan oleh pihak universiti
pada kadar yang berpatutan
Untuk kemasukan ke universiti awam, banyak bantuan
pinjaman pendidikan yang disediakan dan ditawarkan oleh Ini kerana graduan daripada ipta ini menjadi pilihan kalangan
kerajaan negeri, kerajaan Malaysia, PTPTN. Ada banyak majikan Malaysia. Dalam bahasa mudah, jika belajar di universiti
pilihan. awam kerajaan atau ipta senang dapat kerja. Ini kerana Graduan
daripada universiti terkemuka dari kerajaan ini lebih terlatih dan
Dan tidak dinafikan universiti awam yang ada di Malaysia kualitinya diperlukan ramai majikan Malaysia
termasuk kelebihan. Sebagai contoh, universiti malaya,
kelebihan universiti Sains Malaysia, kelebihan universiti Ada universiti awam berjaya mengatasi kedudukan universiti
Malaysia Pahang, kelebihan universiti Teknologi Malaysia, terkemuka yang lain. Contohnya UM adalah sama tahap dan
kelebihan universiti Kebangsaan Malaysia, kelebihan kedudukan dengan Universiti Teknologi Nanyang, malah lebih baik
universiti Putra Malaysia adalah terletak kepada kalangan daripada Royal College of Surgeons Ireland dan Cardiff University.
pensyarah yang berpengalaman dan acapkali
menghasilkan banyak kajian serta penyelidikan
IPTS
Peluang untuk anda sambung belajar lebih mudah disebabkan persaingan yang
kurang sengit berbanding di universiti awam.
Disebabkan jumlah pelajar yang lebih kecil berbanding di universiti tempatan,
peluang akses kepada pensyarah anda lebih mudah dan senang.
Sekarang banyak universiti swasta yang menawarkan pendidikan yang bercorak
praktikal. Kaedah sebegini sangat digemari kalangan majikan hari ini. Contohnya
UNIKL. Kelebihan unikl berbanding ipta, kebanyakan pembelajaran yang
berunsur hand-on.
9 1018 YUGANTHIRA
CABARAN-CABARAN IPT
Perbezaan dari segi bahasa, agama,
dan kebudayaan
Setiap kaum mempunyai cara yang
tersendiri dan berbeza pendapat. Hal ini
menyebabkan mereka kurang
berkomunikasi antara setiap etnik.
Kefahaman mereka terhadap kebudayaan
kaum lain akan menjadi sesuatu yang aneh.
Prasangka terhadap etnik lain Rintangan mentaliti masyarakat
Satu sikap negatif yang sering berlaku Pemikiran rakyat yang bersifat psikologi
dalam kalangan masyarakat Malaysia. akan menyebabkan masalah antara
Mereka melemparkan pandangan atau perpaduan kaum di Malaysia. Sebagai
pendapat kepada sesuatu etnik tanpa usul contoh, buruk sangka terhadap sesuatu
periksa dan bukti yang kukuh. kaum dan memburukkan kaum lain.
Program di iPT Sukatan kursus di semua institusi
Pihak Hal Ehwal Pelajar perlu memiankan
peranan yang aktif dalam merangka Kursus yang ditawarkan harus
altiviti-aktiviti dan program yang menitikberatkan aspek-aspek pendidikan
menjurus kepada perpaduan kaum di yang harmonis dalam sebuah masyarakat
kalangan mahasiswa. pelbagai kaum. Kurikulum juga dapat
mengukuhkan peribadi moral dan
10 sahsiah para pelajar.
Mendaftar semua kaum untuk
aktivit berpersatuan
Aktiviti khidmat masyarakat mempunyai
peranan yang penting dalam
menggalakkan penyertaan dan
pengalaman bersama kaum. Aktiviti
seperti ini perlu diberikan penekanan dan
bekerjasama dengan pihak kerajaan dan
swasta.
1008 AISHAH
PERANAN IPT
MEMUPUK PERPADUAN
Integrasi dan perpaduan kaum memainkan peranan yang sangat besar
dalam memajukan negara. Oleh yang demikian, kerajaan menjadikan sektor
pendidikan sebagai medium memupuk perpaduan dan integrasi yang kuat
dia antara kaum-kaum di Malaysia. Namun begitu, apakah yang
dimaksudkan dengan perpaduan dan integrasi itu sendiri? Perpaduan
merupakan suatu yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka. Manakala integrasi bermaksud
menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada
asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.
Tidak mengetepikan proses penguasaan
bahasa ibunda masing masing iaitu Melayu,
Cina dan India. Oleh itu, pihak IPT perlu melatih
lebih ramai tenaga pengajar bagi mengajar
bahasa ibunda masing-masing. Ini telah
dilakukan dengan kerajaan memperkenalkan
pengajaran Bahasa Mandarin dan Tamil.
Memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang
kepentingan interaksi antara etnik. Ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara satu sama
lain. Pihak IPT harus mengadakan lebih banyak
program antara etnik supaya perkara
berunsurkan perkauman dapat dielakkan di
dalam institusi.
11 1008 AISHAH
Pengurusan IPT perlu adanya strategi pelaksanaan
seperti membina IPT baru di kawasan yang ramai
penduduk berbilang kaum. Selain itu, memindah
atau mencamtumkan dua atau tiga buah institusi
dalam satu kawasan. Justeru, penambahbaikkan
aliran di seluruh institusi yang sedia ada perlu
dipertingkatkan agar perpaduan kaum di Malaysia
terjalin dengan harmonis.
NAMI ISLANDThe Charms of
The Fairy Tale Village
Mengadakan program bengkel kepimpinan belia
melibatkan (IPTA) dan (IPTS) yang berbilang bangsa,
agama, kaum dan etnik di seluruh negara. Pihak NGO
perlu mengambil bahagian dalam menyusun
program yang dilakukan dari aspek sosial,
keselamatan dan hak asasi dan pendidikan dan
keagamaan. Program seperti ini menjadi landasan
bagi melatih mahasiswa melahirkan graduan holistik
dan versatil yang seimbang.
Mahasiswa mampu menjadi landasan terbaik untuk menyemai
sikap kasih sayang serta menyemarakkan semangat kebersamaan
antara mahasiswa yang pelbagai kaum di samping dapat
memperkukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan mahasiswa
serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari cara
hidup dan kebudayaan kaum lain supaya mereka dapat menerima
serta menghormati dan menghayati kepelbagaian kaum yang
terdapat di negara ini.
12 1008 AISHAH
LANGKAH -LANGKAH MENGUKUHKAN
PERPADUAN
Langkah-langkah bagi institusi pengajian tinggi sebagai platfrom integrasi adalah
memperkenalkan pelbagai budaya yang berlainan kepada pelajar-pelajar dalam
pembelajaran mahupun aktiviti luar di peringkat IPT. Ini bertujuan untuk mendedahkan
kepada pelajar-pelajar memahami konsep-konsep hubungan etnik dalam budaya yang
ada di Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Selain itu juga, pelajar-
pelajar dapat lebih memahami dan menimbulkan sikap kasih sayang di kalangan pelajar
IPT. Contoh seperti memperkenalkan makanan, pakaian, tarian, agama dan sebagainya.
Perkara ini harus diterapkan dalam diri setiap pelajar supaya pelajar dapat lebih
mendalami budaya pelbagai etnik yang ada di Malaysia tanpa mengira kaum. Secara
tidak langsung, pelajar-pelajar dapat menolong satu sama lain, berinteraksi dan
bekerjasama antara satu sama lain.
Tambahan pula, pihak IPT dapat memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan
membentuk tingkahlaku positif menerusi nilai-nilai murni. Pelajar-pelajar yang mengambil
bahagian dalam latihan ini dapat mengeratkan perpaduan di kalangan etnik,
mempertingkatkan mental dan fizikal bagi tujuan hidup, meningkatkan daya kepimpinan,
disiplin, keyakinan diri, kemahiran bekerja dalam satu pasukan dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Impak dari latihan ini dapat mewujudkan sikap dari pelajar untuk
lebih bertanggungjawab dan saling mengenali antara satu sama lain, walaupun mereka
dari pelbagai budaya lain.
Akhir sekali, menerapkan konsep pergaulan, komunikasi dan berinteraksi oleh
pelbagai etnik di peringkat IPT. Ini bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar untuk saling
berkomunikasi antara pelbagai etnik . Golongan pelajar yang selalu bergaul dan
berinteraksi dalam sebuah komuniti kampus dapat mempengaruhi cara pergaulan dan
interaksi mereka dengan masyarakat luar adalah lebih kompleks. Contohnya , pihak IPT
menganjurkan aktiviti kepada pelajar-pelajar yang ada unsur komunikasi seperti aktiviti
perkhemahan. Kesan daripada program yang mereka terlibat ini dapat meningkatkan
tahap kefasihan bahasa, dan pemahaman antara agama. Mereka juga dapat
meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Dengan cara
ini mereka dapat meningkatkan integrasi antara kaum dan etnik dalam penguasaan
bahasa. Ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan antara
kaum. Hal ini juga dapat mengeratkan integrasi dan hubungan dalam kefahaman dan
kefasihan bahasa yang tinggi yang dapat memudahkan pelajar-pelajar berkomunikasi
dan seterusnya dapat memupuk perpaduan dan integrasi di antara etnik.
13 1028 HAZMI
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ingin mencapai negara Malaysia yang maju
dan berjaya bukan perkara yang mudah untuk kita capai, tetapi
sebagai pihak institusi pengajian tinggi IPT perlu memainkan
peranan yang penting untuk melahirkan pelajar yang berkualiti
dan bersahsiah tinggi. Institusi pengajian tinggi juga bukan sahaja
tempat untuk menimba ilmu sahaja tetapi tempat untuk pelajar-
pelajar meningkatkan nilai murni dan etika dengan bimbingan
daripada tenaga pengajar di IPT. Selain itu, institusi pengajian
tinggi ini juga merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan
perpaduan kaum di Malaysia. Disamping itu, institusi pengajian
tinggi dapat memberikan semangat perpaduan pelajar dan
memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar supaya
mereka dapat menggunakannya pada bila-bila masa sehingga
mereka melangkah ke alam pekerjaan. Dengan ini juga pelajar
dapat meningkatkan semangat cinta akan negara yang tinggi dan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara
Malaysia.
14 1028 HAZMI
http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/11/peranan-institusi-pengajian-tinggi.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Latihan_Khidmat_Negara
https://iptplatformintegrasi.blogspot.com/2021/05/institusi-pengajian-tinggi-sebagai.html
Buku rujukan penghayatan etika dan peradaban
15 1028 HAZMI
JADUAL TUGASAN AHLI
KUMPULAN
NO. NAMA AHLI NO. TUGASAN
PENDAFTARAN
1. SHAZWANA KAMILA BINTI 01DEE21F1015 1. PENGENALAN
SHAMSHIR 2. OBJEKTIF
3. SEJARAH
2. YUGANTHIRA A/L 01DEE21F1018 1. CONTOH-CONTOH
YOGALINGAM INSTITUSI
2. KEPENTINGAN IPTA
& IPTS
3. NUR AISHAH SOFEA BINTI 01DEE21F1008 1. CABARAN-CABARAN
OMAR IPT
4. MOHAMMAD HAZMI BIN 01DEE21F1028 2. PERANAN INSTITUSI
MOHAMMAD ZAMRI MEMUPUK
PERPADUAN
1. LANGKAH-LANGKAH
MENGUKUHKAN
PERPADUAN
2. KESIMPULAN
3. RUJUKAN
1015 SHAZWANA