The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikhmalsiddiq96, 2022-07-19 03:23:06

TALKIN PDF

TALKIN PDF

BUKU
TALKIN
RUMI







TALKIN DEWASA

Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan Baqa’ dan Qidam.
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang
bernyawa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan
hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang
kecewa. Maha suci tuhan yang menjadikan lubang kubur
sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada
orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang
yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah
akan jahanam dan binasa. Melainkan zat Allah Taala,
Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum.
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat
Allah Taala.

Wahai …………………………… (3X)

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana
kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang
kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat. Kamu telah
mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah. Dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai ………………………...

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa
dengan kamu iaitu Munkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berdukacita
dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai ……………………. Bahawasanya Munkar
dan Nakir itu hamba Allah Taala. Sebagaimana kamu
juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu
duduk. Mereka juga akan menyoal kamu. Mereka
berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama
kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan
mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat
dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah risau
dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan
berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad Nabiku,
Islam Agamaku, Kitab Suci Al-Quran Ikutanku,
Baitullah itu Kiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di
bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan
ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah
saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati
aku mengucap:
“Lailaha illallah Muhammaddar Rasulullah”.

Wahai …………………………….

tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling
besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di
dalam alam Barzakh.

Sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang
Mahsyar.

Insaflah wahai …………………………..

Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat
Munkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar.
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula
adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang
Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar. Minum di kolam air nabi adalah
benar. Ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya. Begitu
juga Tuhan yang Maha Berkuasa. Akan membangkitkan
semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah. Dan selamat
tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan
memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-
mudahan Allah Taala. menjinakkan hati kamu yang liar.

Dan semoga Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-
mudahan Tuhan akan memberi keampunan. Dan
memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala
amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada
Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan
penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma yasifun
wassallamualalmursalinwalhamdulillahIrabbil alamin.

TALKIN UNTUK KANAK-KANAK

Maha suci Tuhan yang tunggal bersifat dengan Baqa’ dan
Qidam. Tuhan yang maha berkuasa, mematikan sekalian
yang bernyawa. Tiada tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagi-Nya,
bersifat keesaan, Tuhan yang mempunyai kerajaan dan
kepujian, yang menghidupkan dan mematikan, bahkan di
atas tiap-tiap sesuatu yang ia mempunyai kekuasaan.

Ya Rahman ya Rahim.

Bahawa mayat ini seorang kanak-kanak yang belum cukup
umurnya, belum dikira amalannya, belum pernah
melakukan dosa dan kesalahan. Kanak kanak yang dalam
kebersihan, dengan rahmat kesayangan-Mu telah
dijadikannya. maka dengan kehendak-Mu jugalah ya Allah
kamu mematikannya.

Mudah mudahan termasuklah di dalam golongan hamba
hamba mu yang soleh dan mendapat kebahagiaan.

Ya Allah Ya Wadud.

Mudah-mudahan dengan kehilangan anak ini, maka ibu
bapanya mendapat iktibar dan pengajaran, yang mana
ianya akan memberi syafaat dan pertolongan, moga moga
ibu bapanya menjadi berat tentang timbangan pahala
yang banyak kamu kurniakan, darjat keduanya kamu
tinggikan. Masukkanlah ke dalam hati keduanya dengan
penuh kesabaran. Sehingga dapatlah anak ini menunggu
kedatangan kedua orang tuanya dipintu syurga tempat
balasan.

Saudara saudaraku para hadirin

Maka dengan kematian anak kita yang dikasihi ini, patutlah
diambil iktibar dan perhatian, sedangkan kanak kanak yang
tidak berdosa pun menerima qada’ daripada tuhan,
tambahan pula kita orang orang dewasa yang telah
mengerjakan berbagai-bagai maksiat dan tidak
menunaikan kewajipan.

Marilah kita bertaubat dengan penuh sesalan, kembalilah
kita ke jalan yang diredai oleh tuhan, bermohonlah kita

kepadanya, supaya sekelian dosa dan kesalahan kita
diampunkan,

Ya Allah, jadikanlah hidup kami sentiasa di dalam
keselamatan dan kebahagiaan.

Wasallahu ala saidina Muhammad, wa ala alihi wasahbihi
wassallam. Al fatihah.


Click to View FlipBook Version