1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN 3
1.0 PENGENALAN SENI 3 DIMENSI 4
2.0 JENIS-JENIS SENI 3 DIMENSI 6~13
2.1 Arca Stabail
2.2 Arca Mobail 15~18
2.3Arca Asemblaj 20~23
2.4 Instalasi 25~27
2.5 Diorama 29~30
2.6 Topeng
2.7 Boneka 32
2.8 Origami 34~36
3.0 SUMBER ILHAM (FLORA & FAUNA)
4.0 LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA 38
39
5.0 LUKISAN KOMPOSISI DIORAMA 40
6.0 KAJIAN WARNA DIORAMA 42
7.0 KAJIAN TEKNIK
8.0 ALAT DAN BAHAN
9.0 KARYA AKHIR
10.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
2
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya dan izin-Nya jua, saya berjaya siapkan tugasan ini pada waktu yang telah
ditetapkan. Saya merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Seni Tiga Dimensi (STDK3013), Puan Norsalawati Binti
Wahid, atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan garis panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar dan
bimbingan beliau, maka kerja kursus ini berjaya disiapkan dengan sebaik-baiknya.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang telah banyak membantu dari segi kewangan, dorongan, dan
sokongan moral. Sesungguhnya, berkat dan doa daripada ibu bapa memberikan kekuatan kepada penulis untuk melengkapkan tugasan ini. Akhir kata, terima
kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Segala bantuan yang diberikan amat saya
hargai. Semoga Tuhan merahmati hidup kalian dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Sekian, terima kasih
3
PENGENALAN
Seni sering kali dikaitkan dengan kemampuan seseorang dalam menghasilkan sesuatu yang indah. Adakah perkara tersebut benar? Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2014), seni merupakan kebolehan dalam mencipta sesuatu yang indah seperti lukisan, ukiran dan sebagainya. Seni juga dikaitkan dengan
penghasilan karya-karya seperti sajak, muzik dan lukisan yang dicipta dengan bakat kecekapan. Jika kita berbincang tentang seni, masyarakat umumnya lebih
tertarik kepada seni lakonan dan seni muzik sehinggakan terdapat pelbagai majlis anugerah yang diadakan untuk menghargai hasil karya mereka. Hal ini
demikian kerana, industri muzik dan lakonan di tanah air kita sangat diterima oleh masyarakat umum.
Namun begitu, jika kita berbincang tentang seni tiga dimensi, perkara sebaliknya yang berlaku. Hanya golongan tertentu seperti tokoh arca dan
para pelajar yang mengambil kursus seni sahaja yang benar-benar menghayati seni tiga dimensi walaupun seni tersebut telah wujud sejak berzaman. Oleh itu,
tujuan penulisan ini adalah untuk menerangkan konsep asas bagi seni tiga dimensi dan jenis-jenis kegiatan yang terdapat dalam seni tiga dimensi.
Bentuk seni tiga dimensi ialah objek konkrit, isipadu dengan pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia adalah objek semula jadi, objek
buatan manusia, atau bentuk ilusi. Antara seni tiga dimensi ialah arca. Arca merupakan suatu bentuk dalam susunan seni tiga dimensi (Pablo Picasso, 2019).
Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa Latin iaitu sculpture yang bermaksud suatu proses
mengukir, melarik, mencungkil dan mengguris. Arca juga mempunyai pelbagai jenis. Antaranya, stabail, mobail, instalasi, asemblaj, topeng, boneka, origami dan
diorama.
4
JENIS-JENIS SENI
TIGA DIMENSI
5
ARCA STABAIL
Stabail adalah suatu binaan seperti kenderaan yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh
bergerak (Suhaibah Abdul Mutalib, 2016). Setiap bahagian dalam arca tersebut dicantum dengan tali atau benang pada satu palang yang
tidak boleh bergerak. Arca ini tidak mempunyai sendi-sendi dengan erti kata lain bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara
terawang-awang. Arca stabail boleh berdiri dengan sendiri kerana kedudukannya yang seimbang di atas sesuatu permukaan yang rata dan
dicantum dengan menggunakan teknik yang sesuai. Berikut merupakan contoh arca stabail:
6
ARCA MOBAIL
Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder iaitu seorang artis dan jurutera Amerika Syarikat pada awal tahun
1930-an. Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan
boleh bergerak. Arca ini mempunyai nilai estetika yang boleh dikomersilkan. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2014), mobail bermaksud mudah bergerak atau digerakkan. Hal ini bersesuai dengan Istilah arca
mobail. Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya
berasaskan seni yang boleh bergerak. Arca ini sering digantung pada syiling.. Berikut merupakan contoh arca
mobail:
7
ARCA ASEMBLAJ
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai nilai estetika ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu
makna. Bahan kutipan atau terbuang dicantum antara satu sama lain untuk membentuk kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil.
Teknik yang bersesuaian dengan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. Berikut merupakan contoh hasil arca asemblaj:
8
INSTALASI
Seni instalasi merupakan merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam
sesuatu ruang nyata. Ini juga selaras dengan pendapat Allan Kaprow (2008) yang menyatakan
bahawa, seni instalasi terhasil daripada penyusunan objek yang melibatkan pengunaan media
atau medium yang tidak terhad bertujuan untuk mencipta suatu persekitaran yang
mempunyai ntang yang menarik. Arca instalasi dipersembahkan dengan menyusun objek-
objek seni seperti arca, lukisan, cetakan atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang
oleh pengkarya.
9
DIORAMA
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama juga terdiri daripada dua dimensi yakni catan
dan arca figura tiga dimensi yang menggambarkan sesuatu situasi atau keadaan. Diorama
biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau
untuk tujuan pendidikan. Selain itu, diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam
rumah. Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya
dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama base.
10
TOPENG
Arca topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di
kesenian daerah umumnya untuk menghormati persembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Terdapat pelbagai bentuk
topeng seperti topeng yang menggambarkan watak marah, lembut, dan menggambarkan kebijaksanaan. Tambahan pula, topeng terbahagi
kepada 3 jenis iaitu topeng mata, topeng muka, dan topeng sarung kepala. Berikut merupakan contoh arca topeng:
11
BONEKA
Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis, iaitu boneca, merupakan satu jenis mainan yang dapat berbentuk berbagai-bagai,
terutamnya manusia atau haiwan. Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Boneka juga
boleh disimpulkan seperti patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
Setiap boneka yang dihasilkan mempunyai teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan bergantung kepada jenis
boneka yang ingin dihasilkan. Antara teknik yang sesuai digunakan untuk membentuk boneka adalah lukisan, catan, tampalan, ikatan, dan
guntingan. Berikut merupakan contoh arca boneka:
12
ORIGAMI
Origami merupakan satu teknik lipatan sama da dengan menggunakan kain atau kertas. Berasal daripada perkataan Jepun ‘Orikami’ yang
bermaksud seni melipat kertas sehingga menjadi sebuah bentuk.Sehingga kini, origami masih terkenal di kalangan orang Jepun terutamanya
dengan penghasilan kertas origami Jepun ‘Washi’. Berikut merupakan contoh arca origami:
13
SUMBER ILHAM
(FLORA & FAUNA)
14
SUMBER ILHAM
15
LAKARAN SUMBER ILHAM
16
17
18
LAKARAN
PERKEMBANGAN IDEA
19
20
21
22
23
LUKISAN KOMPOSISI
KARYA YANG DIPILIH
24
DEPAN 25
SISI
26
ATAS
27
KAJIAN WARNA DIORAMA
28
29
30
KAJIAN TEKNIK
31
TEKNIK GAM
32
ALAT DAN BAHAN
33
ALAT
Pisau Pemotong Gunting Gam 3 saat
34
BAHAN
Buaya mainan
Pokok Mainan
Rumput Karpet
35
BAHAN
Pokok Hiasan Kertas warna Tali
36
KARYA AKHIR
37
38
KESIMPULAN
Natijahnya, portfolio yang dihasilkan ini merupakan perancangan saya dalam menghasilkan karya seni tiga dimensi iaitu tugasan kedua
bagi kursus STDK 3013. Berdasarkan teori-teori serta definisi yang dikemukakan, saya yakin bahawa karya yang dirancang saya merupakan karya
seni tiga dimensi. Sewaktu merancang, saya memperoleh ilham dengan mengeluarkan mimpi buruk ataupun perkara yang saya takut dalam hidup
untuk menjadikan ia sebuah karya tiga dimensi. Meskipun tidak ada ilmu yang mendalam tentang lukisan dan mewarna, saya gagahkan diri untuk
mencuba. Jadi, nilai yang ada sewaktu menghasilkan portfolio ini ialah berani.
39
RUJUKAN
Elizebeth C. & Wendy K. (1995). The Art and Craft Movement. London: Thames and Hudson.
Kamus Dewan. (2014). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ki Hadjar Dewantara. (1962). Karja Ki Hadjar Dewantara.Jogjakarta: Pertjetakan Taman Siswa.
Pablo Picasso. (2019). Pablo Picasso The Impossible Collection. New York: Assouline Publishing.
Suhaibah Abdul Mutalib. (2016). Pengkaryaan dan Hasil Seni Visual. Selangor: Penerbitan Zamzam.
40
LAMPIRAN
41
PROSES MENCARI
WARNA YANG
SESUAI
42