The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aziyah So, 2021-01-18 03:24:50

SOP PEMBUKAAN SEKOLAH (PPKI) 2021

SOP PEMBUKAAN SEKOLAH (PPKI) 2021

SMK TAMAN SETIAWANGSA
JALAN BUKIT SETIAWANGSA

54200 KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN PERSEKOLAHAN

PPKI/KPKP

______________________________________

SEMASA

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

TAHUN 2021

1

____________________________________

PERATURAN MURID
PPKI/KPKP

NORMA BAHARU

2

 Murid digalakkan memakai pelitup muka (surgical
mask).

 Pastikan penjarakan sosial 1 meter pada setiap
masa.

 Sentiasa mengamalkan kebersihan dan mencuci
tangan menggunakan air, sabun atau sanitasi
tangan (hand sanitizer).

 Pergerakan murid dalam kelas dan kawasan
sekolah adalah sehala sahaja.

 Murid yang mempunyai penyakit asma dan daya
ketahanan badan yang rendah perlu memakai
pelitup muka sepanjang masa.

 Murid diminta memaklumkan kepada guru
sekiranya tidak sihat.

 Murid hendaklah memakai pakaian seragam
sekolah yang lengkap pada setiap hari dan pada
hari Jumaat - murid lelaki digalakkan memakai baju
Melayu sekolah lengkap bersamping sekolah dan
bersongkok.

 Tiada sebarang aktiviti PJK dan Kokurikulum atau
aktiviti luar sehingga dimaklumkan.

3

MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK
IBU BAPA ATAU PENJAGA

 Murid yang mempunyai masalah kesihatan boleh
mengikuti pembelajaran secara PdPR. Ibu bapa atau
Penjaga hendaklah mengisi Borang Akuan Pengisytiharan
Kesihatan (hubungi Guru Kelas) dan mendapatkan
sokongan Pengetua atau Penolong Kanan Pendidikan
Khas.

 Ibu bapa yang telah mengisi Borang Akuan Pengisytiharan
Kesihatan pada tahun 2020 tidak perlu mengisi borang ini
lagi. Walau bagaimana pun, ibu bapa boleh berbuat
demikian sekiranya mendapati murid perlu mengikuti PdPR
atas faktor kesihatan pada tahun 2021.

 Kit Pembelajaran dan sebagainya akan disediakan untuk
murid yang mengikuti PdPR. Ibu bapa boleh menghubungi
Guru Kelas untuk mengambil Kit Pembelajaran tersebut di
sekolah.

 Murid PPKI digalakkan hadir melalui pintu utama sekolah.
Ibu bapa/penjaga boleh membeli pas keselamatan
daripada Guru Kelas - untuk melalui palang keselamatan/
pengawal taman perumahan. (Tarikh jualan pas
keselamatan ini akan dimaklumkan apabila stok diperolehi)

 Pastikan murid yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

 Murid yang tidak sihat atau bergejala seperti demam,
batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tidak
dibenarkan ke sekolah dan perlu dibawa membuat
pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya. Maklumkan
kepada guru kelas.

4

 Murid digalakkan membawa pensanitasi tangan sendiri.
Pensanitasi tangan turut disediakan di setiap kelas.

 Ibu bapa diminta membekalkan makanan, minuman, sudu,
garfu, penyedut minuman, tisu atau kain lap yang
secukupnya mengikut keperluan murid. Murid tidak
dibenarkan berkongsi makanan, minuman dan alatan
tersebut dengan murid lain.

 Ibu bapa diminta menunggu murid selesai menjalani
pemeriksaan suhu badan oleh guru bertugas dengan
melihat kad yang dipamerkan oleh guru tersebut:

Hasil Pemeriksaan Suhu Badan

Kad Keterangan Tindakan
Hijau
suhu ideal Murid dibenarkan masuk ke
Merah
˂37.5°C dalam kawasan sekolah

suhu melebihi Murid perlu diambil oleh ibu

37.5°C atau bapa/penjaga untuk

bergejala mendapatkan rawatan

selanjutnya

 Jika hujan, ibu bapa diminta menghantar murid ke laluan
berbumbung di luar pagar utama untuk menjalani
pemeriksaan suhu.

 Ibu bapa digalakkan membekalkan murid dengan payung
atau yang bersesuaian kerana keadaan cuaca yang tidak
menentu kini.

 Semua kelas, bilik khas dan sebagainya akan disanitasi oleh
PPM setiap hari.

5

____________________________________

MAKLUMAT PERSEKOLAHAN
DAN WAKTU REHAT
MURID PPKI/KPKP

6

 Pembelajaran dijalankan mengikut peraturan dan
penjarakan sosial yang telah ditetapkan.

 Waktu persekolahan adalah seperti di bawah. Ibu
bapa/penjaga diminta menghantar dan mengambil murid
sebagaimana jadual yang dinyatakan.

WAKTU PERSEKOLAHAN DAN PAKAIAN

Hari Waktu hadir Waktu Pakaian

(Pemariksaan Suhu) Persekolahan

Isnin 7.25 pagi Seragam sekolah
- -
7.00 pagi
Khamis - 1.00 t.hari

Jumaat 7.25 pagi Baju Melayu
Sekolah (L)
7.25 pagi
- Seragam Sekolah
(P)
12.00 t.hari

 Waktu rehat murid PPKI ialah pada pukul 9.00 - 9.30 pagi.
Semua murid akan makan di dalam kelas masing-masing di
bawah pengawasan guru dan PPM.

 Penggunaan tandas dihadkan kepada 4 orang murid
pada satu-satu masa.

7

____________________________________

LALUAN PERGERAKAN MURID
PPKI/KPKP

DATANG DAN BALIK

8

Penjelasan lanjut akan dimaklumkan oleh guru semasa
di sekolah

Pelan Laluan Murid PPKI/KPKP

DC B A

RnR

Pondok
Jaga

Pintu utama Pintu kecil

Petunjuk :

Waktu Datang
Waktu Balik
Pemeriksaan suhu badan murid PPKI

9

 Suhu badan murid akan diambil sebanyak 1 kali iaitu
bermula jam 7.00 hingga 7.25 pagi di laluan berbumbung
( ) hadapan pintu utama sekolah.

 Murid yang hadir lebih awal diminta menunggu di laluan
berbumbung bersama ibu bapa.

 Murid yang melepasi pemeriksaan suhu dan tidak
bergejala (sihat) akan diiringi oleh PPM ke kelas.

 Murid yang mempunyai ketidakupayaan tingkah laku di
awal pagi perlu diiringi oleh ibu bapa ke kelas. Guru
kelas/bertugas menunggu di kelas mulai jam 7.00 pagi.

 Murid yang melepasi pemeriksaan suhu namun bergejala
akan diletakkan di Bilik Isolasi. Ibu bapa akan dipanggil ke
sekolah dengan kadar segera dan Klinik Kesihatan turut
dimaklumkan untuk rawatan selanjutnya.

 Semua murid perlu mengikut laluan terarah yang telah
ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.

 Waktu pulang - Murid akan turun dari aras PPKI secara
berperingkat dengan diiringi oleh guru dan PPM bermula
dari tingkatan/kelas : Delima, 4 Intan, 2 Berlian, 1 Nilam, 5
Zamrud, Baiduri, Permata, Mutiara dan 3 Kristal.

 Murid tidak digalakkan berkumpul di tempat menunggu
(RnR) semasa pulang. Murid akan dihantar terus kepada
ibu bapa/penjaga.

 Murid yang pulang menggunakan van atau pengangkutan
awam dibenarkan keluar melalui pintu kecil untuk menaiki
kenderaan tersebut.

 Ibu bapa/penjaga diminta memastikan murid pulang terus
ke rumah masing-masing mengikut waktu pulang yang
telah ditetapkan.

10

SEKIAN

TERIMA KASIH

#PKP2#
#kitabelummenang#

#kitajagakita#

11


Click to View FlipBook Version