The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN KERJAYA DALAM BIDANG HOLLAND RIASEC

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMART DOKUMENTASI KAUNSELING D SAAS, 2024-03-21 23:27:07

KAMUS PEKERJAAN RIASEC

PANDUAN KERJAYA DALAM BIDANG HOLLAND RIASEC

Keywords: ubksaas

Pengaturcaraan Menulis arahan dan pemprosesan data secara Perniagaan terperinci, menggunakan satu bahasa yang khas untuk pembangunan komputer. Memeriksa program dan mengenalpasti kesilapan. Biasanya mengkhususkan untuk perniagaan atau operasi saintifik. Agen Pelancongan Menyusun jadual perjalanan, mengurus kemudahan penginapan dan memberi perkhidmatan perjalanan yang lain kepada pelanggan agensi pelancongan. Melibatkan destinasi, jenis pengangkutan, tarikh perjalanan, cadangan perbelanjaan dan penginapan yang diperlukan. Jurutera Perisian Menyelidik, mereka dan memajukan program perkomputeran selari dengan permintaan produk komputer untuk kegunaan pelbagai di dalam aspek perubatan, industri, pertahanan, komunikasi, angkasalepas dan aplikasi saintifik. Menggunakan prinsip dan teknik komputer sains, kejuruteraan dan analisa matematik. Jurugambar Merakamkan gambar yang bercirikan berita Akhbar/Berita melibatkan peristiwa,lokasi, manusia dan ilustrasi lain yang berkaitan dengan pendidikan untuk diterbitkan atau disiarkan. Menyerahkan negatif filem dan gambar kepada penyunting sebelum disiarkan. Pakar di dalam satu-satu fasa fotografi sama ada untuk berita, sukan, acara khas dan bebas. Kerani Dokumentasi Menyimpan rekod dan penyata laporan bayaran untuk pelanggan. Memeriksa kesahihan laporan dan menyemak kesipan penyata bayaran. Melakukan proses pembayaran masuk dan keluar. Kerani Pengkosan Menyediakan anggaran kos atau harga untuk pengeluaran produk, projek pembinaan atau perkhidmatan yang diminta untuk membantu pihak pengurusan menetapkan harga barangan dan perkhidmatan.


Juruaudit Dalaman Mereka biasanya adalah akauntan yang mengurus audit kewangan dan operasi di dalam organisasi. Mengesahkan ketepatan maklumat kewangan yang lengkap. Menganalisa kawalan audit organisasi agar objektif kewangan tercapai. Penganalisa Menyelidik keadaan pasaran tempatan dan luar Penyelidikan Pasaran untuk menentukan potensi jualan bagi produk yang ingin dipasarkan. Membuat penyelidikan metodologi dan merangka format untuk pengumpulan data melalui tinjauan, pungutan suara, pemerhatian dan sesi soal jawab. Mendapatkan maklumat dari pesaing untuk menganalisa harga, jualan, kaedah pemasaran dan pengedaran. Mengumpul data pasaran berdasarkan permintaan pelanggan dan tabiat membeli mereka. Penganggar Menyediakan anggaran kos perbelanjaan untuk pengeluaran produk, pembinaan projek atau perkhidmatan untuk menentukan nilai harga yang perlu dikeluarkan. Menyelia kajian khusus untuk memperolehi piawai anggaran yang melibatkan penambahan dan pengurangan kos. Kerani media Menyimpan rekod jadual pengiklanan klien untuk agensi iklan. Merekod penggunaan media sebagai iklan seperti suratkhabar dan majalah. Menentukan kos ruangan iklan pelbagai jenis media untuk perbandingan dari segi saiz, populasi penduduk, kadar harga, jenis ddan kekerapan penerbitan. Kerani Kawalan Membuka invois jualan, mengira jumlah Invois pembayaran dan merekodnya dalam fail khusus untuk setiap barangan atau perkhidmatan yang diberi. Memeriksa pesanan-pesanan bellian , bil penempatan, tiket jualan, rekod hospital atau slip harga untuk mengira jumlah pembayaran yang akan dikenakan kepada pelanggan.


Kerani transit Mengurus jadual perjalanan dan menyusun khidmat penginapan untuk pelanggan. Menetapkan pelan destinasi, jenis pengangkutan, tarikh perjalanan dan had perbelanjaan yang diperlukan. Penajajamin Mengenalpasti dan menganalisa risiko kerugian setiap pemegang polisi, menyediakan kadar premium yang sesuai dan menyediakan polisi yang boleh meliputi risiko tersebut. Dengan bantuan komputer, maklumat pemohon insurans dapat dianalisa berdasarkan laporan perunding kawalan kerugian, laporan perubatan dan kajian pakar aktuari.


Harapan Penulis Agar Pembaca Beroleh Manfaat Daripada Kamus Pekerjaan Riasec Ini Dan Menjadi Rujukan Pada Masa Akan Datang. Sekalung Penghargaan Kepada Dr. Noraini Ismail Harapan Penulis Agar Pembaca Beroleh Manfaat Daripada Kamus Pekerjaan Riasec Ini Dan Menjadi Rujukan Pada Masa Akan Datang. Sekalung Penghargaan Kepada Dr. Noraini Ismail


Click to View FlipBook Version