The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMART DOKUMENTASI KAUNSELING D SAAS, 2023-11-29 21:54:16

INVENTORI TRET PERSONALITI (ITP)

PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Keywords: PSIKOMETRIK

PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI TRET PERSONALITI TINGKATAN 2 & TINGKATAN 4 (ITP_Tg2 & ITP_Tg4) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 MANUAL PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI TRET PERSONALITI (ITP) TINGKATAN 2 & TINGKATAN 4 1.0 PENGENALAN Inventori Tret Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tret personaliti setiap murid. Inventori ini bersandarkan kepada teori Tret dan Faktor yang diperkenalkan oleh Frank Parsons, (1967). Matlamat akhir pendekatan teori ini adalah untuk memastikan ciri peribadi individu selaras dengan keperluan bidang pekerjaan. Aspek ini penting kerana keselarasan antara ciri peribadi dengan keperluan pekerjaan boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi, kepuasan kerja dan produktiviti. Justeru, keselarasan personaliti individu dengan persekitaran pekerjaan perlu diberi penekanan dalam proses merancang kerjaya. Menurut Parsons (dalam Sidek Mohd Noah, 2006), pemilihan kerjaya secara saintifik memerlukan strategi yang sistematik, tepat dan berkesan. Strategi yang diutarakan ialah: i. Mengenal pasti tret personaliti individu daripada aspek potensi diri. ii. Menganalisis maklumat berkaitan keperluan pekerjaan dan pendidikan. iii. Memadan dan membuat perancangan pemilihan kerjaya berdasarkan potensi diri. Parsons (dalam Sidek Mohd Noah, 2006) menyenaraikan tiga langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan: i. Menolong individu mengenal pasti potensi diri dari aspek personaliti, minat, nilai dan pencapaian dengan menggunakan ujian psikometrik seperti ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian pencapaian. ii. Mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai sesuatu pekerjaan dan bidang pengajian seperti keperluan latihan, tempat latihan, syarat kelayakan akademik, jangka masa latihan dan maklumat lain yang berkaitan. iii. Membuat keputusan dalam memilih kerjaya selaras dengan tret personaliti untuk masa depan individu. Konstruk yang ditaksir untuk Inventori Tret Personaliti (ITP) bersesuaian dengan budaya dan keperluan murid. Konstruk ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret dan Faktor (Parsons, 1967), Big Five Personality (McCrea & Costa, 1999) dan Narrow Personality Traits (Jenkins & Griffith, 2003).


2 Lima belas konstruk yang diukur ialah: 1. Autonomi 2. Kreatif 3. Agresif 4. Ekstrovert 5. Pencapaian 6. Kepelbagaian 7. Intelektual 8. Kepimpinan 9. Struktur 10. Resilien 11. Menolong 12. Analitikal 13. Kritik diri 14. Wawasan 15. Ketelusan Ujian ini dilaksanakan pada masa yang ditentukan dan mengikut keperluan. Instrumen ini disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) atau Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (GBKLD) di sekolah. Pelaporan ujian ini perlu disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan murid mengenali potensi diri, minat, nilai dan laluan kerjaya. 2.0 INSTRUMEN 2.1 Inventori Tret Personaliti (ITP) Inventori Tret Personaliti (ITP) telah diuji sah ke atas 1000 orang murid Tingkatan 1 dari 47 buah sekolah menengah di Malaysia dari 5 April 2012 hingga 26 April 2012. Data telah diproses untuk melihat kebolehpercayaan dan kesahan item (Creswell, 2005). Item-item ini mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach > 0.8 (Hair, Black & Babin, 2010). Ujian ITP mengandungi 15 konstruk. Setiap konstruk mempunyai 10 item. 2.2 Kaedah Pentadbiran Inventori ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Pentadbiran inventori ini hendaklah dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Segala arahan perlu diikuti dan dipatuhi oleh murid yang mengambil inventori. Pengambilan inventori ini boleh diulangi selepas enam bulan dari tarikh pengambilan yang pertama. Carta aliran pentadbiran inventori menunjukkan prosedur yang perlu diikuti oleh pentadbiran ujian.


3 2.2.1 CARTA ALIR PENTADBIRAN INVENTORI PSIKOMETRIK MAKLUMAT PENTADBIRAN INVENTORI Masa : Januari – Jun sesi persekolahan Sasaran : Inventori Tret Personaliti (ITP) Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 Tempat : Sesuai dan kondusif Arahan : Murid hendaklah menjawab di atas borang jawapan. Kertas soalan inventori ini tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan Penstrukturan : Etika kerahsiaan dan limitasi Masa : 20 hingga 30 minit mengikut keperluan murid Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSM/GBKLD Mengedar Borang Profil Psikometrik (BPP) kepada murid Murid memindahkan skor ke dalam BPP GBKSM/GBKLD akan memberikan pentafsiran skor dan melaksanakan intervensi Pengesahan Pengetua Fail Profil Psikometrik (Terhad) Simpan mengikut urutan nama Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling Edaran inventori dan borang jawapan Penerangan Pentafsiran skor/ Intervensi skor Murid menjawab soalan Pengiraan skor Pengisian skor dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) Murid dikumpulkan Penyimpanan fail BPP


4 2.3 Pengiraan dan Tafsiran Skor 2.3.1 Pengiraan Pengiraan skor dan pembentukan profil inventori boleh dibuat secara manual atau menggunakan program komputer yang khusus. Borang jawapan ITP mengandungi 15 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 15 konstruk iaitu empat belas (14) konstruk tret personaliti dan satu (1) konstruk skala ketelusan. Sementara 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret diwakili oleh 10 item. Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut: i. Pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja mengikut baris 1 hingga 15. ii. Isikan jumlah jawapan Y di ruangan yang disediakan di bahagian kanan borang jawapan. iii. Tukarkan jumlah skor kepada nilai peratus dan masukkan dalam Borang Profil Psikometrik (BPP). 2.3.2 Pentafsiran BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 1. AUTONOMI Individu lebih Rendah 1 – 39 % Anda lebih suka menerima arahan sukakan kebebasan orang lain, akur kepada peraturan dan dalam tindakannya mempunyai sifat kebergantungan yang dan dapat mengawal tinggi. serta menentukan aktiviti-aktiviti Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ciri-ciri autonomi hariannya. pada tahap sederhana dari segi keakuran, kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti harian. Tinggi 70 – 99 % Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan, sangat berdikari dan yakin dalam membuat keputusan. 2. KREATIF Individu Rendah 1 – 39 % Anda lebih suka menggunakan daripada berkebolehan menghasilkan sesuatu. Anda kurang mencipta, menggunakan daya imaginasi tetapi menghasilkan dan selesa menggunakan idea yang sedia mengembangkan ada. idea baru dan asli. Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap sederhana. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif yang asli dan tidak suka kerja yang berstruktur.


5 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 3. AGRESIF Individu bersikap tegas, berani menyuarakan pendapat dan suka memanipulasi perasaan orang lain. Rendah 1 – 39 % Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda. Sederhana 40 – 69 % Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang individu yang agresif dan berani mengkritik tanpa menghiraukan perasaan orang lain demi mencapai matlamat diri. 4. EKSTROVERT Individu suka berada, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. Rendah 1 – 39 % Anda seorang yang introvert; pemalu, suka bersendirian, kurang selesa berada dalam sesuatu majlis dan bercakap di khalayak ramai. Sederhana 40 – 69 % Anda bersederhana dalam pergaulan sosial iaitu berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan persekitaran dan rakan-rakan. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang peramah, suka bergaul, bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri sesuatu majlis dan yakin bercakap di hadapan orang ramai. 5. PENCAPAIAN Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi dalam menyelesaikan tugas, sentiasa ingin kejayaan dan suka bersaing walaupun banyak halangan. Rendah 1 – 39 % Anda kurang bermotivasi, tidak suka akan persaingan dan tidak mementingkan kejayaan. Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai motivasi dan pencapaian yang sederhana. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang sangat bermotivasi, sukakan persaingan dan berorientasikan kecemerlangan.


6 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 6 KEPELBAGAIAN Individu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, inginkan pengalaman dan perubahan berterusan. Rendah 1 – 39 % Anda sangat suka situasi yang tenang, stabil dan selamat. Selesa dengan aktiviti yang rutin dan tidak suka akan perubahan. Sederhana 40 – 69 % Anda seorang yang kurang fleksibel dan mengambil masa untuk menerima dan melakukan perubahan. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang mudah menerima dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan pengalaman baharu serta inginkan perubahan berterusan. 7. INTELEKTUAL Individu berminat kepada aktiviti berfikir dan memberi cabaran minda. Rendah 1 – 39 % Anda tidak berminat kepada aktiviti yang berstruktur, berkemahiran dan praktikal. Anda tidak suka dengan aktiviti mencabar minda. Sederhana 40 – 69 % Anda suka dengan aktiviti mencabar minda dan pengetahuan. Tinggi 70 – 99 % Anda sangat suka kepada aktiviti yang mencabar minda dan pengetahuan serta mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. 8. KEPIMPINAN Individu yang mempunyai ciri-ciri pemimpin dan mudah mempengaruhi orang lain. Rendah 1 – 39 % Anda lebih suka menjadi pengikut daripada memimpin. Sederhana 40 – 69 % Anda boleh menjadi pemimpin atau pengikut. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi, berinisiatif, daya penggerak dan boleh mempengaruhi orang lain


7 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 9. STRUKTUR Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut peraturan. Rendah 1 – 39 % Anda tidak suka kepada peraturan, aktiviti yang bersistematik dan berulang-ulang. Sederhana 40 – 69 % Anda cenderung mengikut peraturan dan bersistematik. Tinggi 70 – 99 % Anda suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, terperinci dan berulang-ulang. 10. RESILIENCE / DAYA TAHAN Individu yang cekal, mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi untuk menyempurnakan sesuatu tugasan. Rendah 1 – 39 % Anda mempunyai daya ketahanan yang rendah, mudah mengalah, cepat bosan dan suka menangguhkan kerja. Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ketahanan diri seperti sifat cuba jaya dan ikhtiar. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai semangat juang yang tinggi, berjiwa kental, asertif tinggi, ikhtiar bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan sesuatu tugasan. 11. MENOLONG Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain. Rendah 1 – 39 % Anda lebih fokus kepada diri sendiri. (Tidak peduli, tidak kisah persekitaran, tidak sensitif) Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ciri-ciri menolong seperti simpati dan sering melibatkan diri dalam kebajikan. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka, dan mudah menghulurkan bantuan secara sukarela. 12 ANALITIKAL Individu yang suka membuat pemerhatian dan menganalisis, sebelum membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti. Rendah 1 – 39 % Anda tidak suka menganalisis dan kurang peka terhadap persekitaran. Sederhana 40 – 69 % Anda cenderung untuk membuat pemerhatian, menganalisis dan peka terhadap persekitaran Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang sangat peka terhadap persekitaran, suka membuat pemerhatian dan menganalisis sebelum membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti.


8 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 13 KRITIK DIRI Individu yang kurang keyakinan diri dan mempunyai tanggapan bahawa orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Rendah 1 – 39 % Anda seorang yang sangat yakin dan berkecenderungan untuk menganggap diri anda selalu betul. Sederhana 40 – 69 % Anda seorang yang suka membuat refleksi diri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta mempertingkatkan kemajuan diri. Tinggi 70 – 99 % Anda sering berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah, resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan. Individu yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan berjumpa guru kaunseling. 14 WAWASAN (VISIONER) Individu yang berpandangan jauh, memilik daya imaginasi yang tinggi, memikirkan idea-idea yang tidak terfikir oleh orang lain, dan berkarisma. Rendah 1 – 39 % Anda tidak memetingkan matlamat dan hala tuju dan perancangan masa hadapan. Sederhana 40 – 69 % Anda selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan keadaan semasa. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas serta perancangan masa hadapan. 15 KETELUSAN Individu yang menunjukkan ketelusan dalam memberi maklum balasterhadap item inventori ini. 50 – 99 % Anda tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item inventori. Catatan: Ketelusan individu digambarkan dengan skor rendah <50.


9 3.0 PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP) 3.1 Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik: 3.1.1 Jenis Profil Psikometrik: a. Profil Individu: Profil Psikometrik Inventori Tret Personaliti seorang pelajar (Borang Profil Psikometrik: BPP) b. Profil Umum: Peratusan dapatan Ujian Psikometrik Inventori Tret Personaliti semua murid. Penting: Skor Pentaksiran Psikometrik TIDAK TERMASUK dalam lain-lain komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Skor tersebut dilaporkan secara berasingan. 3.2 Penyimpanan Dokumen Penyimpanan dokumen bermaksud semua Borang Profil Psikometrik (BPP) iaitu Skor Inventori Tret Personaliti diurus dan disimpan mengikut ketetapan berikut; 3.2.1 Personalia yang bertanggungjawab: Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)/Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (GBKLD) 3.2.2 Lokasi penyimpanan: Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah 3.2.3 Penyimpanan maklumat: BPP disimpan secara urutan abjad nama murid mengikut tingkatan (Fail PBS – Pentaksiran Psikometrik) 3.2.4 Terdapat 2 jenis fail yang perlu disediakan oleh GBKSM/GBKLD a. Fail yang mengandungi data utama, Borang Profil Psikometrik (BPP) dan borang jawapan setiap murid. b. Fail yang mengandungi graf dan analisis data Inventori Tret Personaliti (muat turun di Sistem e-Profil Kerjaya Murid: ePKM) 3.3 Dokumen Murid Pindah/Masuk Sekiranya terdapat murid yang berpindah masuk atau berpindah keluar sekolah, dokumen PBS Psikometrik perlu diurus seperti berikut: 3.3.1 GBKSM/GBKLD menghantar salinan Borang Pentaksiran Psikometrik (BPP) individu di dalam sampul surat yang berasingan dengan bahan PBS yang lain. 3.3.2 Surat perlu dilakri dan dialamatkan kepada GBKSM/GBKLD. 3.3.3 Bagi murid yang berpindah masuk, pastikan maklumat pentaksiran diterima dalam keadaan yang sempurna dan perlu disimpan di dalam fail PBS Psikometrik di dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling.


10 4.0 PERANAN BAHAGIAN 4.1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) 4.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dengan dibantu oleh GBSKM/GBKLD yang telah mengikuti sesi penataran. 4.1.2 Mengedarkan bahan Manual Pentaksiran Psikometrik Inventori Tret Personaliti (ITP) kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melalui Penolong Pengarah Pendidikan Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Sektor Pembangunan Murid. 4.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik di peringkat PPD. 4.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 4.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima bahan Pentaksiran Psikometrik. 4.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Pengetua di PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik. 4.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah. 4.3 PENGETUA 4.3.1 Mengadakan perbincangan bersamaan GBKSM/GBKLD di sekolah masing-masing. 4.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.3.3 Memastikan GBKSM/GBKLD melaksanakan Pentaksiran Psikometrik berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan. 4.4 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)/GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING LANTIKAN DALAMAN (GBKLD) 4.4.1 Berbincang bersama Pengetua tentang prosedur pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik. 4.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.4.4 Menyediakan dan menyimpan data Pentaksiran Psikometrik ITP. 4.4.5 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik (Inventori Tret Personaliti). 4.4.6 Membuat intervens, sesi dan konsultasi dapatan inventori. 4.5 GURU 4.5.1 Menggunakan hasil dapatan inventori yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD untuk penambahbaikan serta perancangan pengajaran dan pembelajaran. 4.5.2 Menggunakan hasil dapatan inventori yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD untuk perkembangan murid.


11 RUJUKAN BPS.(2012). http://www.bps.org.uk (atas talian) Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Ed. Ke-2. New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hair, Black & Babin.2010. Multivariate Data Analysis: A Global Persepctive. 7th Edition. U.S: Pearson Publication Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: Penerokaan dimensi baru. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. Tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Hanizah Hamzah (2011c). Pentaksiran holistic acuan Malaysia: PASSaK PADI 5 SERANGKAI. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choices: A theory of vocational personality and work environment. Florida. Psychological Assessment resources Inc. Holland, J.L. (1985). Making Vocational Choices: A theory of vocational personality and work environment. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Holland, J.L. (1973). Making Vocational Choices: A theory of careers. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Iran Herman (2004). Ujian pengukuran dan taksiran dalam kaunseling. Kolukium Kebangsaan Pemantapan Program Kaunseling di Malaysia. Anjuran: Jabatan Kaunseling & Psikologi, Fakulti Pembangunan Sosial & Manusia, UUM, Hotel City Bayview, Langkawi. 13-16 Disember Jenkins, M.S & Griffith, R.L 2003. Using Personality Constructs to Predict Performance: Narrow or Broad Bandwidth. Journal of Business and Psychology 19(2). Khodori Ahmad (2011). Berkenalan dan bercinta dengan ujian psikometrik. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Lewis, G & Crozier, G.1999. Understanding Psychometric Testing in a Week. Hodder & Stougton: NZ McCrea, R.R. & Costa, P.T. (1999). A Five Factor Theory of Personality. Dalam L,A. Pervin & O.P, John (Eds.), Personality theory and research, New York: Guldford Press Parson, F. (1967). Choosing a Vocation. New York: Agathon Press. Edisi asal diterbitkan pada tahun 1990 Piaget, J (1964). Development and Learning. Ithaca: Cornell University, School of Education Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Sekaran, U. (2003). Research methods for business. 4th Edition. New York: John Wiley & Son. Inc.


Click to View FlipBook Version