The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM
SEMAKAN KALI PERTAMA 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by susanna.jaanu, 2024-02-01 11:31:59

KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM2024/2025

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM
SEMAKAN KALI PERTAMA 2024

1 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SEMAKAN KALI PERTAMA 2024 1. NAMA KELAB Kelab Guru & Staf SMK Syed Ibrahim, 06700 Pendang, Kedah (KGS SMKSI). 2. LOGO KELAB 3. OBJEKTIF Menjadi kelab yang berupaya dalam memperjuangkan hak guru-guru dan kakitangan serta dapat menjaga kebajikan ahli-ahli kelab dari segi sosial, ekonomi, masalah semasa yang timbul serta pendidikan mengikut undang-undang sedia ada. 4. MISI KELAB Sentiasa INISIATIF merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah, motivasi ke arah melahirkan warga KGS SMKSI yang lebih efektif, progresif dan dinamik selaras untuk meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa yang sama melindungi serta memperjuangkan hak setiap ahli kelab. 5. KEAHLIAN Semua guru-guru SMK Syed Ibrahim dan kakitangan (staf sokongan) secara automatik menjadi ahli kelab. 6. YURAN KEAHLIAN Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut: a) Guru : RM 120.00 b) Kakitangan : RM 60.00 Nota : Yuran tahunan boleh dibayar secara ansuran selama 2 kali (Mac/Jun) Melalui Bendahari Kelab Guru.


2 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 7. MESYUARAT AGUNG 7.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat guru pertama dijalankan. 7.2 Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak kurang 2/3 daripada keseluruhan ahli kelab. 8. MESYUARAT TERGEMPAR Mesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara berikut: 8.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat tersebut diadakan. 8.2 Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa, mesyuarat akan digugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14 hari dari tarikh tersebut. Pada ketika ini, sebarang keputusan yang diambil adalah muktamad. 9. AHLI JAWATANKUASA Nota : Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa. Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang guru yang dipilih secara undian manakala AJK tambahan lain pula terdiri daripada 3 orang guru dan 3 orang daripada kakitangan sokongan yang dipilih khas oleh Pengetua. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa mengikut perlembagaan ini adalah seperti berikut: 9.1 Pengerusi • Memanggil mesyuarat. • Mempengerusikan mesyuarat. • Melantik Ahli Jawatankuasa kecil. • Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil. • Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan. 9.2 Naib Pengerusi • Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. 9.3 Setiausaha • Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. • Menguruskan surat-menyurat. • Menyimpan rekod kehadiran ahli. 9.4 Penolong Setiausaha • Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas.


3 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 9.5 Bendahari • Menguruskan hal ehwal berhubung kait dengan kewangan. 9.6 Penolong Bendahari • Membantu kerja-kerja Bendahari. 9.7 Ahli jawatankuasa • Menghadiri mesyuarat. • Melaksanakan kerja-kerja sokongan. 10. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA 10.1 Tempoh pelantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 2 tahun bermula mengikut sesi persekolahan. 10.2 Jika Penasihat Kelab mengumumkan pelantikan jawatankuasa baru atau jawatankuasa lama kelab semasa Mesyuarat Guru kali pertama setiap tahun, secara automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada tahun sebelumnya akan tamat berkhidmat. 10.3 Pelantikan ahli jawatankuasa perlu melibatkan gabungan antara guru Senior (telah berkhidmat melebihi 2 tahun) dengan guru Junior bagi memastikan kelab diterajui dengan baik dengan izin Penasihat Kelab. 11. JAWATANKUASA AJK 11.1 AJK KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN • Menguruskan hal berkaitan kebajikan ahli. 11.2 AJK KECERIAAN DAN KESELAMATAN BILIK GURU • Menguruskan kebersihan, keceriaan dan keselamatan bilik guru. 11.3 AJK HADIAH DAN SUMBANGAN • Menguruskan hadiah pertukaran, persaraan dan mencari sumbangan dana. 11.4 AJK JAMUAN • Menguruskan tempahan makanan semasa sesuatu majlis. 11.5 AJK SUKAN & REKREASI • Menguruskan aktiviti sukan dan rekreasi. 11.6 AJK SIARAYA DAN PERSIAPAN TEMPAT • Menguruskan PA sistem dan tempat.


4 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 12.PEMANSUHAN KELAB Pemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut: • 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian • Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan akan diserahkan kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan. Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli 13.FAEDAH AHLI Setiap ahli KGS SMKSI dengan sendirinya menjadi ahli kelab sekiranya bersetuju dan mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah: 13.1 Saluran menyuarakan pendapat Setiap ahli KGS SMKSI berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan menyuarakan pendapat melalui kelab ini, di mana pihak kelab akan cuba mencari jalan rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati. Ini bermakna kelab akan menjadi orang tengah (saluran terbaik) dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. 13.2 Majlis anjuran KGS SMKSI Kelab akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di sekolah. Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan digunakan dalam majlis. Contohnya jamuan akhir tahun, Hari Guru dan sebagainya. 13.3 Perkahwinan Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli ini berhak mendapat sedikit sumbangan daripada kelab dalam bentuk hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. 13.4 Kelahiran Ahli juga akan memperoleh sedikit sumbangan daripada pihak kelab sekiranya bersalin atau ahli yang isterinya melahirkan anak di SMK SI mulai tahun 2024. 13.5 Persaraan Pihak kelab akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli yang akan bersara dengan dana yang ada. Guru yang berkhidmat selama lebih daripada sepuluh tahun di SMK SI berhak menerima sumbangan atau cenderahati. 13.6 Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal Pihak kelab akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau guru praktikal dengan menggunakan dana yang ada ataupun sekurang-kurangnya diberikan cenderahati sebagai tanda terima kasih.


5 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 13.7 Musibah ahli Kelab sentiasa peka dengan musibah/masalah yang dihadapi ahli dan akan cuba mencari jalan untuk membantu bergantung kepada situasi. Contohnya kebakaran rumah, kemalangan, kecurian dan sakit yang kritikal. 13.8 Kemasukan anak ke SBP/Sekolah Kawalan/Universiti Bagi ahli yang anak-anak mendapat tawaran ke SBP/ universiti buat kali pertama, ahli ini berhak mendapat sedikit sumbangan daripada kelab dalam bentuk hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. 13.9 Hal-hal berkaitan Pihak kelab sebagai medium pengantara kepada guru-guru dan kakitangan sentiasa terbuka untuk mendengar sesuatu isu dan akan cuba menyelesaikannya dengan syarat setiap ahli tidak terburu-buru dan sentiasa merujuk kepada pihak kelab, khususnya Pengerusi dan Naib Pengerusi. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Sebagai satu kelab yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SMK Syed Ibrahim, maka disini amat ditekankan bahawa setiap keluar/masuk dana yang diperoleh MESTI direkodkan dan pihak kelab mesti melantik satu badan bebas (audit dalaman) yang akan meneliti dan mengesahkan perjalanan kewangan kelab.


6 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 SENARAI JAWATANKUASA SESI 2024-2025 BIL NAMA JAWATAN 1 Puan S. Mariam binti Omar Penasihat 2 Puan Nor Mahani binti Mohd Zain Pengerusi 3 Cik Jaanu a/p Ganesun Naib Pengerusi 4 Puan Hilwani binti Abdul Razak Setiausaha 5 Puan Nor Azira binti Che Isa Penolong Setiausaha 6 Puan Noor Huda Hasanah binti Ismail Bendahari 7 Puan Nor Hafizah binti Mat Isa Penolong Bendahari 8 Puan Norsyuhada binti Ab Rashid AJK Kebajikan dan Kerohanian 9 Puan Siti Khalijah binti Daud AJK Keceriaan dan Keselamatan Bilik Guru 10 Puan Noriah binti Ahmad AJK Hadiah dan Sumbangan 11 Ustaz Ibrahim bin Yahaya AJK Jamuan 12 En Khalid bin Awang AJK Sukan dan Rekreasi 13 En Sabri bin Mat Rejab AJK Siaraya dan Persiapan Tempat


7 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 CARTA ORGANISASI KGS 2024-2025 AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT PN S. MARIAM BINTI OMAR PENGERUSI PN NOR MAHANI BINTI MOHD ZAIN SETIAUSAHA PN HILWANI BINTI ABDUL RAZAK AJK HADIAH & SUMBANGAN PN NORIAH BINTI AHMAD PEN. BENDAHARI PN NOR HAFIZAH BINTI MAT ISA BENDAHARI PN NOOR HUDA HASANAH BINTI ISMAIL AJK SUKAN & REKREASI EN KHALID BIN AWANG AJK KEBAJIKAN & KEROHANIAN PN NORSYUHADA BINTI AB RASHID AJK KECERIAAN & KESELAMATAN BILIK GURU PN SITI KHALIJAH BINTI DAUD AJK SIARAYA & PERSIAPAN TEMPAT EN SABRI BIN MAT REJAB NAIB PENGERUSI CIK JAANU A/P GANESUN PEN. SETIAUSAHA PN NOR AZIRA BINTI CHE ISA AJK JAMUAN UST IBRAHIM BIN YAHYA


8 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 LAPORAN AKTIVITI 2024 BIL. AKTIVITI TARIKH CATATAN 1. Mesyuarat AJK Kelab Guru dan Staf Bil. 1/2024 04 Jan 2024 2. Mesyuarat AJK Kelab Guru dan Staf Bil. 2/2024 31 Jan 2024 3. Mesyuarat Agung Khas Kelab Guru dan Staf 2024 02 Feb 2024 4. Majlis Hi-Tea KGS Sesi 2023 dan meraikan Staf En. Mohd Zahari bin Kader (02 Jan 2024) 02 Feb 2024 5. Majlis berbuka puasa & solat terawih dengan kerjasama Panitia PAI, Asrama Sekolah & PIBG Akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak terlibat. 6. Majlis sambutan Hari Raya Tarikh belum di tetapkan lagi. 7. Program sambutan Hari Guru & Hari Pekerja 15 @ 16 Mei 2024 Tarikh cadangan bertembung dengan acara Balapan. 8. Baju seragam (Kutipan Asing) April-Mei 2024 Tarikh MAC pada 19 Julai 2024. 9. ‘Team building’ - Pertandingan Tenpin Boling dengan kerjasama LADAP sekolah Akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak terlibat. 10. Ucapan Hari Jadi kepada guru setiap bulan dan Sambutan Hari Jadi (kek) - 3 bulan sekali Sepanjang tahun Kek akan di tempah dengan pihak PVMA dan diraikan di bilik guru utama. 11. Gotong royong bilik guru Jan-Feb 2024 Sedang dalam proses pembersihan. 12. Pertandingan keceriaan bilik guru – meja guru Mac-Jun 2024 Tempoh penilaian akan dimaklumkan kemudian.


9 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 13. Majlis Persaraan - Azman bin Abdul Kadir (01 April 2024) - Mohamad Lani bin Luxamana (26 April 2024) 28 Mac 2024 25 Apr 2024 14. Majlis Persaraan - Zawiah binti Ismail (01 Jun 2024) - Norihan binti Abdul Halim@Yaacob (02 Jun 2024) 23 Mei 2024 Majlis diadakan sekali. 15. Majlis Persaraan - Latipah binti Zainal Abidin (26 Julai 2024) - Mardziah binti Abu Bakar (01 Sept 2024) - 29 Ogos 2024 Untuk AKP pihak pentadbir akan raikan. 16. Perpindahan guru/bertukar Perubahan semasa. 17. Aktiviti jualan sempena Hari Kokorikulum Tarikh belum di tetapkan lagi. 18. Majlis Jamuan Akhir Tahun 2024 Tarikh belum di tetapkan lagi. 19. Hadiah untuk guru baru kahwin Perubahan semasa. 20. Hadiah untuk guru yang dapat cahaya mata Perubahan semasa. 21. Kemasukan anak ke SBP/Sekolah Kawalan/Universiti Perubahan semasa. 22. ‘Team building’ (Perancangan tambahan) Tarikh belum di tetapkan lagi.


10 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 PERANCANGAN TAHUNAN KGS 2024 BIL. PROGRAM/AKTIVITI TARIKH CATATAN 1. Jamuan Akhir Tahun 2023 02 Feb 2024 Peruntukan: Baki pada Bendahari = RM 2570 Baki pada Sukma = RM 1200 Kutipan yuran belum jelas 2023 = RM1100 Duit lebihan tshirt = RM 250 Jumlah BAKI = RM5120 TOLAK: 1. Bayaran hotel RM50 seorang 86 x RM50 = RM4300 + SST (6% = RM258) = RM4558


11 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 2. Bahan-bahan deco (Nor Mahani) = RM 127.63 3. Bahan-bahan deco (Nor Azira) = RM 54 BAKI AKHIR 2023 = RM 380 2. Majlis Persaraan/Perpisahan **Rujuk Laporan Aktiviti 2024 Peruntukan: Cenderahati Seorang = RM100 5 x RM100 = RM500 1 x RM 50 = RM 50 Jumlah: RM 550 3. Kursus ‘Teambuilding’ (ladap)/ Hari Keluarga Tarikh belum di tetapkan lagi. Peruntukan: ** Akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak terlibat.


12 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 4. Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 15 @ 16 Mei 2024 Peruntukan: Makanan: 87 x RM10 = RM870 Hadiah: 87 x RM 5 = RM435 Jumlah: RM 1305 4. Sambutan Hari Raya Tarikh belum di tetapkan lagi. Peruntukan: Makanan: 87 x RM10 = RM870 Jumlah: RM 870 5. Program Dana Kelab - jualan Tarikh belum di tetapkan lagi. Peruntukan: **Akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak terlibat 6. Pertandingan Keceriaan Bilik Guru – meja guru Mac-Jun 2024 Peruntukan: 3 Hadiah utama 3 x RM25 = RM75 Jumlah: RM 75 7. Jamuan Akhir Tahun 2024 Tarikh belum di tetapkan lagi. Peruntukan: Jumlah: RM6000


13 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 8. Hadiah ‘Happy Birthday’ 2024 Sepanjang tahun. Peruntukan: 87 x RM5 = RM435 Jumlah: RM435 9. Lain-lain (perkahwinan, kelahiran cahaya mata, pertukaran guru/perkhidmatan guru praktikal, musibah ahli dan kemasukan anak ke SBP/Sekolah Kawalan/Universiti) Sepanjang tahun. Peruntukan: Jumlah: RM500 Peruntukan: Anggaran Kutipan 2024 Guru = 76 x RM120 = RM9120 AKP = 11 x RM 60 = RM 660 Jumlah = RM 9780 – RM 9735 BAKI = RM 45 TAMBAH BAKI 2023 = RM380 JUMLAH KESELURUHAN = RM425


14 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 SENARAI NAMA GURU DAN AKP YANG BERSARA TAHUN 2024 BIL. NAMA TARIKH CATATAN 1. MOHD ZAHARI BIN KADER 02 Jan 2024 √ 2. AZMAN BIN ABDUL KADIR 01 April 2024 3. MOHAMAD LANI BIN LUXAMANA 26 April 2024 4. ZAWIAH BINTI ISMAIL 01 Jun 2024 5. NORIHAN BINTI ABDUL HALIM@YAACOB 02 Jun 2024 6. LATIPAH BINTI ZAINAL ABIDIN 26 Julai 2024 7. SHARIZAL BIN HASHIM 20 Ogos 2024 - 8. MARDZIAH BINTI ABU BAKAR 01 Sept 2024


15 KELAB GURU DAN STAF SMK SYED IBRAHIM SESI 2024-2025 Jamuan Akhir Tahun dan Mesyuarat Akhir Tahun 2023 Aturcara Majlis 2.00pm : Pendaftaran dan para tetamu mengambil tempat 2.30pm : Bacaan doa oleh Ustaz Ibrahim : Ucapan Aluan & Pembentangan Aktiviti Tahun 2024 oleh Pengerusi KGS 2024-2025 : Amanat Terakhir Sesi 2023/2024 oleh Tuan Pengetua 4.30pm : Jamuan & Lucky Draw 5.30pm : Majlis Bersurai AGIHAN TUGAS GURU BERTUGAS Emcee En. Aqeed & Cik. Jaanu Doa Ustaz Ibrahim Ucapan Aluan & Pembentangan Aktiviti Tahun 2024 oleh Pengerusi KGS 2024-2025 Pn Nor Mahani Amanat Terakhir Sesi 2023/2024 oleh Tuan Pengetua Pn S. Mariam Pencatat Minit Mesyuarat KGS & Guru Pn Hilwani & Pn Nor Azira Penyambut Tetamu Pn Norsyuhada, Pn Siti Khalijah, En Khalid, Ust Ibrahim & En Sabri Pendaftaran Kehadiran dan Cabutan Hadiah Pn Noor Huda, Pn Nor Hafizah & Pn Noriah Persiapan dan Kebersihan Tempat Semua Ahli KGS


Click to View FlipBook Version